Tuesday 6 December 2011

Sambungan

Aliran Keadilan ( al-Tayyar Al-Wasati )

Asas aliran ini ialah : keseimbangan dan keadilan di dalam memahami hakikat agama,kehidupan dan perjuangan untuk menegakkan kalimah Allah Ta’ala.aliran ini juga mempunyai ciri-ciri khusus seperti yang lain,namun mereka banyak memberikan tumpuan kepada hal-hal seperti berikut:

1) Memahami agama dengan cara menyeluruh,seimbang dan mendalam

2)Memahami reality kehidupan dengan lengkap.Semuanya diambil kira samada reality kaum muslimin ataupun reality semua musuh-musuh islam

3)Memahami benar sunnah Allah yang berlaku di dalam kehidupan ini yang tidak pernah berubah dan berganti

4) Memahami maqasid syariah ( maksud-maksud ) secara syumul dan tidak bersikap static (jumud) terhadap makna-makna yang zahir sahaja

5)Memahami erti kata keutamaan dan priority di dalam langkah-langkah perjuangan yang berkaitan langsung dengan kefahaman pertimbangan antara tugas-tugas yang dijalankan

6)Memelihara cara keterbukaan dan tolak ansur dalam urusan khilafiyah dengan aliran-aliran perjuangan islam yang lainnya.Kaedah mereka adalah ;Bekerjasama dalam perkara-perkara yang disepakati dan saling bermaafkan dalam perkara yang masih diperselisihkan.
7) Menggabungkan antara aliran salafiyah dan pembaharuan atau  dengan kata lain;antara ciri keaslian dan tuntutan kemodenan

8) Mempadukan antara keaslian hukum syara’ dengan perubahan zaman

9) Membuka pintu untuk berdialog dengan pihak-pihak lain iaitu dengan golongan bukan islam atau dengan kelompok muslimin yang telah terjajah pemikiran dan mentalitinya  oleh pengaruh barat.

10)Menampilkan islam sebagai satu-satunya alternative dalam pembangunan peradaban manusia yang intergrated dan menyeluruh demi menyelamatkan mereka dari kongkongan dunia materialisme

11)Menjadikan jihad sebagai satu cara untuk melindungi kemuliaan umat islam dan negaranya.

Aliran inilah yang menjadi ikutan kami dan sentiasa kami menyeru kepada kaum muslimin untuk menjadikannya sebagai satu jalan perjuangan menuju kepada kejayaan islam,kerana ianya selari dengan ajaran-ajaran al-Qur’anul Karim dan pedoman yang diberikan oleh Rasulullah saw dalam sunnah dan sirahnya dan telah pun dijadikan pedoman oleh para Khulafa al-Rasyidin,para sahabat dan generasi tabiin dan seterusnya yang termasuk dalam generasi pilihan.

Satu fakta yang tidak dapat dinafikan pada hari ini bahawa pihak-pihak yang memusuhi islam dan kebangkitannya,samada yang bersarang dalam tubuh umat islam sendiri ataupun dari luar,sangat gerun terhadap aliran ini daripada aliran yang lain.Bahkan lebih dari itu mereka lebih memusuhi gerakan aliran Keadilan islam ini lebih daripada yang lainnya.

Fakta sejarah dan semasa telah membuktikan hal tersebut apabila ramai tokoh-tokoh yang lahir daripada aliran ini (Ikhwanul Muslimin, hamas,FIS ,PAS dan lain-lain) yang telah dibunuh ataupun ditangkap lalu diseksa menerusi berbagai komplot yang diatur rapi oleh pihak musuh islam khususnya puak yahudi Zionist, gerakan kristian,pemimpin umat islam yang menjadi talibarut ataupun komunis.

Oleh itu amat bertepatanlah sekali  Firman Allah yang mafhumnya;

 “Dan tidak akan sekali-kali redha ke atas kamu yahudi dan nasara, sehinggalah kamu mengikuti ajaran (millah ) mereka” (Al-Baqarah ayat 120).

Secara ringkasnya pengajaran yang boleh kita ambil daripada ayat di atas ialah:

1) Musuh islam sekali-kali tidak akan membenarkan umat islam mempraktikkan  system islam secara menyeluruh sebagaimana yang telah dipraktikkan oleh Rasulullah saw,Khulafa ar-Rasyidin dan generasi pilihan.

2) Sekiranya mereka mendapati system/sunnah tersebut cuba dipraktikkan maka mereka akan segera menghalanginya samada dengan melancarkan perang,memburu dan membunuh tokoh-tokoh utama gerakan itu ataupun memburuk-burukkan gerakan tersebut dengan memberi label yang negative supaya manusia lain membenci gerakan tersebut.

3) Neraca untuk menilai samada sesebuah gerakan islam itu  menepati sunnah perjuangan para nabi dan rasul serta para sahabat adalah apabila ia di musuhi oleh dua musuh islam yang utama tersebut.


Kesimpulan

Mudah-mudahan dengan kupasan penulis yang fakir ilmu ini akan memberi kefahaman kepada mereka yang masih tercari-cari atau masih keliru untuk memilih “ platform” dalam rangka memperjuangkan islam yang kita cintai ini.

Dalam memperjuangkan islam ini marilah kita menjadikan perkataan yang diucapkan oleh panglima Tariq bin Ziyad kepada bala tenteranya ketika mereka sampai di bumi Andalus dengan katanya : “……………..di hadapan kita musuh,samada kita menang (dengan islam memerintah) ataupun kita mati syahid”,sebagai motivasi semangat……..insyaAllah.


2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Salam, ramai di kalangan umat islam memahami ayat 120 surah al Baqarah itu dalam kontek individu sedangkan ia perlu di fahami secara menyeluruh iaitu secara haraki atau jema'ie. Dan setengahnya pula memahami kalimah 'tidak redha' kaum yahudi dan kristian sebagaimana kefahaman orang melayu islam kita. 'tidak redha'orang melayu setakat simpan dalam hati tetapi 'tidak redha'musuh islam tersebut dalam keadaan mereka berkuasa. contoh: Apabila pihak polis tidak redha dengan dengan kemalangan yang semakin meningkat maka speedtrap dan saman akan di keluarkan lalu pesalah akan di tangkap sebab mereka berkuasa. Samalah dengan bangsa yahudi dan kristian yang ketika ini menguasai dunia.Sudah tentulah kuasa mereka lebih besar lagi. Mana-mana orang/bangsa yang menentang dia dan tak mau ikut 'millah' mereka maka sudah tentu dia tak redha sebagaimana maksud ayat quran di atas. So dengan kuasa yang ada pada mereka maka sudah tentulah kaum yang tak sehaluan dengan mereka akan diganggu gugat dengan ancaman yang samada di bunuh atau ditangkap dll

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...