Saturday 31 December 2011

MEMBETULKAN KEFAHAMAN TABLIGH

Saya ingin menyambung lagi artikel berkenaan jemaah Tabligh ini.Telah agak banyak jugalah blog-blog karkun tabligh yang saya lawati dan meninggalkan komen tapi sehingga saat ini tak seorang pun daripada mereka menjawab balik komen  saya tersebut.

Jadi sekira-kiranya betullah anggapan para pengkritik tabligh ini yang telah saya sebutkan dalam artikel sebelum ini bahawa mereka tidak bersedia untuk ditegur dan tidak mahu mengambil pengajaran jika ia di buat oleh pihak yang bukan dari kalangan mereka.

Sekiranya kelemahan /keburukan jemaah mereka di dedahkan maka jawapan yang akan mereka beri ialah seperti ;

3 Responses
1.                               azharjaafar
semoga Allah ampunkan penulis & penyebar rencana ini kerana fitnah yang dahsyat..


2.                               zamieza forever
setakat cakap je itu salah..ini salah. cuba la berdoa dengan ALLAH swt... "berilah aku dapat ikut usaha tabligh ni..jika ia BENAR...aminn"


3.                               Anonymous
ahli bid'ah selalu bicara bid'ah.. padahal dirinya sendiri yang telah terjerumus dalam kebid'ahan yang sangat dalam.. sehingga sesat dan menyesatkan orang lain.. tobatlah

Sebaliknya kami dalam jemaah PAS jika berhadapan dengan kritikan maka setiap ahli mampu menjawab balik secara ”on the spot” dengan hujjah berdasarkan al quran,sunnah, ijmak para ulama dan qias atau sekurang-kurangnya secara rasional.Ini kerana proses tarbiyah yang kami jalani yang berdasarkan uslub dakwah nabi SAW ,para sahabat dan ulama muktabar telah mendidik kami dengan ilmu-ilmu islam yang sahih lagi benar.

Ini menyebabkan ahli PAS dapat mewarisi method dan uslub generasi awal islam dlm mempertahankan islam dengan hujjah yang mantap dan matang sesuai dengan perubahan zaman dan masa.

Bukanlah niat hendak membangga diri cuma nak buat perbandingan sebagaimana yang di tunjukan dalam sirah  awal Nabawi didalam ucapan nabi SAW: ” Islam itu di kuatkan oleh Umar”.

Di zaman mutakhir yang penuh dengan ujian fitnah terhadap islam perlu kepada 1000 atau lebih UMAR supaya islam itu sentiasa digeruni dan di hormati.

Berbalik kepada masalah tabligh,bila saya amati blog mereka secara keseluruhan saya dapati mereka hanya meng”highlight”kan hanya sunnah nabi SAW tapi menafikan sunnah para sahabat.
APAKAH  MAULANA MEREKA TIDAK BERJUMPA DENGAN HADIS :

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Berpeganglah kamu sekalian kepada sunnahku dan sunnah Khalifah ar-Rasyidin yang mendapat petunjuk selepasku, pegang dan gigitlah dengan gigi geraham, berjaga-jagalah kamu dari benda-benda yang baru maka sesungguhnya setiap yang baru itu bid’ah dan setiap yang bid’ah itu sesat”..’ [Hadith ibnu Majah]

Kita tidak mempertikaikan kerja buat mereka dalam mengajak orang ke masjid,ajak orang solat jemaah,ajak orang buat dakwah dan seumpamanya TAPI yang kita pertikai ialah manhaj@method@uslub dan cara mereka berfikir dan memahami islam itu yang kita pertikaikan.

Ayat yang selalu bermain di bibir karkun2 tabligh ialah mereka ”buat kerja dakwah Nabi” seolah-olah siapa yang buat kerja Nabi maka dia MAKSUM macam Nabi,tak boleh di tegur dan dikritik.Mengkritik mereka bermakna mengkritik Nabi.

FAHAMAN INILAH YANG BERLEGAR DALAM KEPALA SEBAHAGIAN BESAR KARKUN TABLIGH dan kefahaman inilah yang para ilmuan islam nak perbetulkan.

Itu sebab ramai para ulama yang pernah study di markaz besar tabligh di India  (rujuk artikel sebelum ini) tidak join tabligh bukan sebab tak dapat hidayah seperti dakwaan mereka tapi antara sebabnya ialah fahaman seperti di atas telah didoktrinkan oleh eldest-eldest mereka di seluruh dunia bercanggah dengan syariat islam.

Kalau kita tanya mereka,antara maulana besar mereka dengan para sahabat nabi SAW,”SIAPAKAH YANG LEBIH FAHAM DAN MENGERTI SUNNAH NABI”??. Maka sudah tentu mereka akan jawab ”tentulah para sahabat”.

Baik!! Ini bermakna khalifah Abu Bakar r.a akan ikut sunnah nabi 100% sebagaimana fahaman karkun tabligh atau dengan lain perkataan ”tidak tambah dan tidak kurang.”

TAPI kenapa Sydina Abu Bakar buat benda yang Nabi tak buat?..iaitu membukukan al quran dalam bentuk mushaf?? Dan kenapa baginda juga memerangi orang islam yang masih solat Cuma tak bayar zakat??.

Begitu juga di zaman khalifah Umar r.a yang menambah solat sunat terawih kepada 20 rakaat secara berjemaah pulak tu di masjid??.

Begitu juga khalifah Osman bin Affan r.a yang menambah azan pada hari jumaat sebanyak 2 kali. Apakah mereka ini tidak ikut sunnah nabi ??

Ini menunjukkan bahawa sunnah Nabi SAW tidak boleh di fahami secara rigid(jumud dan konsevertif) semata-mata seperti  yang difahami golongan tabligh.Ia boleh di ”upgred” sesuai dengan perubahan zaman,tempat dan masa.Kaedah dakwah boleh berubah tanpa perlu menyertai hanya jemaah tabligh tapi boleh di lakukan secar individu atau perkumpulan selain tabligh dan  tetap akan mendapat ganjaran pahala daripada Allah.

Syaratnya ”upgred” tersebut atau bahasa mudahnya ”IJTIHAD” MESTI DI LAKUKAN OLEH PARA ULAMA YANG DI IKTIRAF SELURUH DUNIA.BUKAN ULAMA YANG HANYA DI IKTIRAF OLEH GOLONGAN TABLIGH SAHAJA.

Saya berpandangan bahawa dalam jemaah tabligh yang berpusat di India ini tidak ada ulama yang bertaraf FUQAHA yang boleh berfatwa dan berijtihad.itulah sebabnya dakwah mereka sejak tabligh di tubuhkan pada 1926 sampai sekarang tidak ada pembaharuan dari segi pendekatan dakwah sebab mereka hanya bertakliq buta sahaja.

Mungkin kalau ada pun tapi tidak berada dalam majlis tertinggi mereka sebagai pembuat dasar jemaah tabligh.Kalau ada cadangan nak buat pembaharuan kaedah dakwah hanya duduk di peringkat bawah sahaja.bila sampai ke majlis syura akan di tolak mentah-mentah dengan memberi alasan guna logik akal seperti yang di ceritakan dalam blog


Sedangkan Khulafa ar Rasyidin yang paling hampir dengan zaman Nabi SAW pun berijtihad untuk melaksankan sunnah Nabi SAW dalam berdakwah.Mungkin mereka (tabligh) tidak menganggap membukukan al quran itu sebagai satu kaedah dakwah agaknya di sebabkan kejahilan mereka dalam memahami sunnah.

Kalau begitu fahaman mereka,buang sahajalah kitab fadhail amal dan lain-lain kitab karangan maulana mereka sebab tak termasuk sebagai alat untuk berdakwah…

Kita yang berada jauh dari zaman kenabian sepatutnya lebih banyak berijtihad dan berfatwa  kerana lebih besar dan luas negara umat islam yang berbagai bangsa dan adat resamnya.

Sebenarnya saya ada satu kejutan untuk para karkun tabligh yang mungkin ada yang telah membaca dan mungkin ada yang belum berkenaan satu pengakuan taubat seorang bekas karkun tabligh yang berkhimat lama (otai) dalam JT.

Beliau merekodkan hujjah taubat tersebut beserta nas dan dalil sekali setelah beliau mengaji agama dengan ulama yang muktabar dalam bab tauhid.

Marilah kita membaca hujjah –hujjah beliau dalam blog


yang ada 12 siri itu.Sebenarnya ketika mula-mula nak menulis tentang JT ini,saya mengambil sikap berhati-hati agar tidak menyinggung mana-mana pihak tapi bila saya jumpa blog ini maka senang sikitlah kerja saya.

WallahuA’lam

3 comments:

  1. Pas tidak akan berdiri buat kerajaan selagi kamu tidak mengakui usaha dakwah cara nabi saw dan para sahabatnya....... .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya cadangkan tuan baca artikel ini agar tuan punya minda akan terbuka dan menerima realiti semasa.Jangan jumudkan fikiran anda .....

      http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=News&file=article&sid=26574

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...