Sunday 18 December 2011

sambungan..

4. Menyamakan system perbankan islam dengan bank konvensional  

Saya mengikuti isu tentang tuduhan kepada perbankan islam ini dalam banyak website dan blog-blog samada yang dikendalikan oleh golongan ustaz mahupun website politik dan isu semasa.

Apa yang saya hairan walaupun para ustaz tersebut telah menerang secara detail dan penuh ilmiah siap dengan nas dan dalil baik daripada al Quran,al hadis dan fatwa para ulama namun masih kedapatan komen-komen yang di berikan menolak secara total hujjah tersebut.

Mereka tetap beranggapan bahawa bank islam hanya menukar istilah sahaja daripada bahasa english kepada bahasa arab.Atau dengan kata lain tetap menjalankan urusniaga RIBA.....Astagfirullahala'zim!!!

Ulasan saya :-

Untuk mereka ini saya berharap, segeralah bertaubat dan perbaharui semula syahadah anda.Ini kerana anda secara tidak langsung telah menuduh para ulama seluruh dunia dengan tuduhan yang berat  iaitu dengan sengaja mencampakkan umat islam ke neraka sebab menghalalkan benda yang haram.

Dan tuduhan anda itu juga boleh menyebabkan anda terkeluar daripada islam kerana mengharamkan benda yang halal tanpa anda sedari.
Banyak alasan yang di berikan ialah bank islam terlampau mahal berganda-ganda dari bank konvensional dalam bab pinjaman perumahan.

Saya bukanlah ahli dalam sistem perbankan ini tapi saya cuba mengambil analogi mudah supaya mereka yang menolak hujjah secara ilmiah kerana mungkin tidak faham sistem kewangan islam dapat memahami jika menggunakan logik rasional (ilmu mantik)

Dalam semua ibadah yang di syariatkan kita akan berjumpa dengan syarat dan rukun.Begitulah juga dalam sistem kewangan islam ada syarat dan rukunnya.

Hubungan di antara pihak bank islam dengan pelanggan ialah dalam bentuk penjual-pembeli,penyewa- menyewa dan pembiaya-pengusaha.

Daripada pengertian di atas dapat di simpul bahawa loan yang kita buat dengan perbankan islam untuk membeli sebuah rumah bermakna kita telah berurusan jual beli dengan pihak bank.
Syarat asas jualbeli ialah mesti ada barang,penjual,pembeli dan akad.Pembeli iaitu kita dan penjual ialah pihak pemaju dan barangnya ialah rumah yang ingin dan  kita beli itu.

Masalahnya ialah kita tidak ada sejumlah wang yang cukup untuk membeli secara tunai dengan pihak pemaju.Lalu kita pun memohon pinjaman dari pihak perbankan islam.

Apabila kita memohon pinjaman perumahan dengan bank islam ini bermakna kita berurusniaga jualbeli dengan pihak bank.Dengan bahasa mudahnya pihak bank bertukar status kepada penjual dan kita pembeli.

Soalnya apa yang kita beli dan kenapa bank islam pula bertukar status menjadi penjual?

Itulah perbezaan prinsip kewangan islam dengan konvensional.Pihak bank islam perlu membeli rumah itu dulu daripada pemaju.contoh;katakan rumah itu harganya jualan RM 200k.Lalu pihak bank akan membeli rumah itu dengan harga tersebut secara tunai dengan pemaju maka rumah tersebut menjadi milik pihak bank.

Selepas itu barulah pihak bank menjual kepada kita tetapi sudah tentu pihak bank mengambil untung dari penjualan tersebut.Umpama saya sebagai peniaga membeli seutas jam tangan harga RM 150.00 maka sudah tentu saya akan menjual dengan harga RM 250.00 sebagai untung saya.Bodohlah kalau saya jual sama dengan harga beli.

Begitulah juga pihak bank ,cumanya penjualan oleh pihak bank kepada kita adalah dalam bentuk bertangguh (bayar secara ansuran) maka sudah tentu perbezaan harganya agak besar.Kebiasaannya pihak bank akan menjual rumah tersebut berdasarkan tempoh pembiayaan.
Katakanlah tempohnya 20 tahun maka jualan rumah tersebut adalah pada 20 tahun yang akan datang mengikut harga semasa ketika tahun tersebut.
Pihak bank akan menjual kepada kita dengan harga RM 450k misalnya.

Ini bermakna loan yang kita kena bayar ialah sebanyak RM 450k untuk harga rumah tersebut selama 20 tahun.

Kenapa jadi begitu?

Sebab syarat jualbeli dalam islam ialah barang yang hendak dijual mestilah hak mutlak penjual.sebaliknya dalam sistem konvensional,pihak bank hanya bertindak sebagai pemberi pinjam bukan tuan punya rumah.

Kata kuncinya ialah kita mengadakan kontrak jual beli rumah dengan pihak bank islam secara bertangguh sebaliknya dalam sistem konvensional kita mengadakan kontrak meminjam wang daripada pihak bank untuk membeli rumah.
Konsep inilah yang membezakan antara sistem islam dengan sistem konvensional,antara halal dengan haram dan antara riba dengan keuntungan.

Prinsip ini yang ramai orang tidak faham.  

Wallahua’lam

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...