Wednesday 7 December 2011

10 Muharram 1433

Pembaca yang dirahmati Allah,

Dalam bulan Muharram, hari yang paling bertuah ialah hari ke-10 atau lebih 
dikenali dengan namaHari Asyura’.Pada hari tersebut kita disunatkan berpuasa.Malah dalam Mazhab Hanafi puasa hari ke-10 dalam bulan Muharram ini adalah satu-satunya fardhu puasa yang pertama sebelum difardhukan puasa dalam bulan Ramadhan.
 
 Hadith daripada Aisyah rdnh:
"Sesiapa ingin berpuasa (sunat 10 Muharram) maka bolehlah dia berpuasa.
Dan sesiapa yang tak ingin berpuasa maka boleh dia tinggalkan”. 
(HR Bukhari dan Muslim.)


Malah dalam sebuah hadith riwayat Muslim, Nabi saw berpuasa pada 10 Muharram kerana pada hari tersebut diselamatkan Nabi Musa a.s daripada lemas dan juga daripada buruan Firaun.

KELEBIHAN

Baginda saw bersabda: “Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya”. (HR Imam Muslim)

BEZAKAN PUASA DENGAN ORANG YAHUDI……. Oleh kerana orang Yahudi juga berpuasa pada10 Muharram maka disunatkan umat Islam berpuasa sejak 9 Muharram lagi bagi membezakan dengan puasa orang Yahudi. Hadith ini dikhabarkanoleh Ibnu Abbas dalam sebuah hadith riwayat Muslim dan Abu Daud.
Atau kalau tidak dapat dikerjakan pada 9 Muharram maka boleh juga digandingkan 10 Muharram dengan 11 Muharram.



SEJARAH 10 MUHARRAM

Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub bahawa pada
tarikh tersebut:
+ Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala’.
+ Diterima taubat Nabi Adam a.s.
+ Dicipta Adam a.s
+ Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
+ Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
+ Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
+ Selamat Nabi Ibrahim daripada api Namrud.
+ Selamat Musa dan pengikutnya.+ Lemas Firaun
+ Dilahirkan Nabi Isa a.s.
+ Diangkat Nabi Isa kelangit.
+ Diangkat Nabi Idris ke langit.
+ Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
+ Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
+ Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun
+ Nabi Ya’kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
+ Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
+ Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
+ Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.

14 perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura :

1. Melapangkan masa / belanja anak isteri . Fadhilat – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin. Fadhilat – Allah akan melapangkannya dalam kubur 
3. Menahan marah. Fadhilat – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya 
ke dalam golongan yang redha
4. Menunjukkan orang sesat. Fadhilat – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim. fadhilat – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.
6. Bersedekah. Fadhilat – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang  tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali. Fadhilat – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti
8. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

 kesimpulan
 
Betapa istimewanya hari 10 Muharram ini,bilamana bukan sahaja manusia di galakkan berpuasa bahkan binatang pun berpuasa pada hari tersebut.
Pengalaman ini pernah di lalui oleh seorang ulama yang pernah meletakkan manisan pada suatu tempat yang berdekatan dengan sarang semut tepat pada hari 10 Muharram tersebut tetapi anehnya beliau dapati seekor semut pun tak menghurung atau menghampiri manisan tersebut .
Keesokan harinya barulah manisan tersebut di hurungi oleh semut-semut berkenaan.Subhanallah…….

Wallahu'alam

1 comment:

  1. Untuk pengetahuan pembaca,sengaja ana tak masukkan baki lagi 6 tersebut kerana hadis-hadis yang berkaitan masih dalam status khilaf ulama.

    Wallahu'alam

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...