Friday 16 December 2011

muhasabah 3

Polimik persepsi

Untuk kali ini saya ingin berkongsi dengan para pembaca berkenaan persepsi masyarakat kita khususnya umat islam (melayu) dalam pemahaman beragama hasil daripada pengalaman yang saya lalui.Sebenarnya perkara-perkara yang akan saya sebutkan nanti mungkin bagi sesetengah orang adalah perkara remeh temeh dan kecil sahaja.
Dan saya pun condong pada pandangan tersebutnya cumanya samada kita sedar ataupun tidak, persepsi tentang sesuatu perkara tersebut walaupun kecil  kadang-kadang mempengaruhi juga persepsi dalam perkara-perkara yang besar.
Dalam isu ini saya lebih suka mengupas @ mengulas secara simple sebab mentaliti kebanyakan orang suka penerangan yang ringkas tapi padat dan santai.Kalau nak di kupas secara ilmiah, saya rasa dah banyak website dan blog-blog yang dikendalikan oleh ustaz-ustaz  tersohor dan hebat-hebat belaka ilmu mereka.

Di antara perkara itu:

1-  Tidak suka mengambil  wuduk dalam kolah masjid atau surau.Lebih suka berwuduk  menggunakan pili paip
(sekiranya di masjid/surau tersebut ada kolah dan paip )

ULASAN SAYA :-

Mungkin mereka ini meragui kebersihan atau kesucian air dalam kolah tersebut  walaupun kebiasaannya semua  kolah masjid/surau mesti di bina agar boleh menampung air yang lebih daripada 2 kolah ataupun boleh dibuat perbandingan dengan 12 ting biskut yang besar.Maka air kolah tersebut cukup syaratnya menjadi air mutlak (suci lagi menyucikan).



 Atau mungkin juga mereka takut penyakit berjangkit?

Sidang pembaca sekalian, di sinilah penting ilmu fiqah itu di pelajari secara berguru (bersanad) kerana ilmu yang akan di perolehi bukan sahaja daripada kitab bahkan juga yang paling mahal ialah pengalaman /kupasan daripada ulama, tuan guru dan ustaz/ustazah yang mengajar itu.Itulah bezanya belajar dengan mengadap guru berbanding dengan hanya membaca kitab/buku semata-mata.

Ramai orang terlepas pandang atau kurang mengerti maksud KEBERKATAN @ BARAKAH.Mungkin mereka hanya anggap berkat hanya dalam soal rezeki makan minum,harta dan pendapatan sahaja.Sebenarnya dalam hal berwuduk pun ada keberkatannya kalau kita memahami hakikat ilmu islam itu.

Sekiranya  di beri pilihan berwuduk antara paip dan kolah,SUDAH PASTI SAYA AKAN MEMILIH KOLAH UNTUK BERWUDUK SEBAB KEBERKATAN YANG ADA PADA AIR KOLAH TERSEBUT ADALAH TERHASIL DARIPADA IA “MENDENGAR” KALIMAH  AZAN  5 WAKTU SEHARI SEMALAM.Di samping itu sisa –sisa air wuduk tidak jatuh ke lantai sebaliknya  kita selamat dari termasuk dalam golongan saudara syaitan (membazir).


Sebuah hadis sebagai panduan;



عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَرَّ بِسَعْدٍ وَهُوَ يَتَوَضَّأُ فَقَالَ مَاهَذَا السَّرَفُ يَا سَعْدُ قَالَ أَفِي الْوُضُوءِ سَرَفٌ قَالَ نَعَمْ وَإِنْ كُنْتَ عَلَى نَهْرٍ جَارٍ

Dari Abdullah bin Amru bin Al-As bahawa Rasulullah SAW lalu berdekatan Saad yang sedang berwudhuk. Lalu Rasulullah SAW berkata ; Pembaziran jenis apa ini, wahai Saad ? Maka Saad bertanya : Apakah dalam wuduk pun ada pembaziran ? Rasulullah SAW menjawab : Ya, walaupun kamu berwuduk di sungai yang mengalir. 
Hadis Riwayat Ibnu Majah  dan Ahmad.




      2- Malu untuk solat di kawasan terbuka




      Orang malayu (islam) malu untuk solat di kawasan lapang kerana mungkin mereka takut dilihat orang nanti akan timbul riak dan ujub dalam hati mereka.

ULASAN SAYA


Pernah beberapa tahun lepas saya melawat ke pulau tasik dayang bunting di Langkawi Kedah.Dari Pekan Langkawi pergi kesitu dengan menaiki bot.Kami bergerak bersama dengan sebuah lagi bot yang membawa pelancong dari Negara Arab.

Sampai di jeti pulau tersebut,sebaik selesai turun,saya telah di sapa oleh salah seorang muslimat arab yang berpakaian purdah penuh (hanya nampak mata sahaja) bertanya tentang arah kiblat.Lalu saya pun menunjukkan arah kiblat tersebut kebetulan saya memang sentiasa membawa kompas kemana sahaja saya pergi.

Setelah mengetahui arah kiblat,terus muslimat tersebut yang bersama seorang lelaki(mungkin suaminya berdasarkan gayanya) solat di sebuah pondok yang berhampiran di situ.Dan pondok itu pula penuh dengan daun-daun pokok yang jatuh (maklumlah kawasan hutan) dan lantainya yang berdebu/bertanah.

Itulah antara pengalaman yang berlaku di negara sendiri.Mungkin ada sidang pembaca yang pernah belajar di negara timur tengah melalui pengalaman yang sama dengan saya.





Kenapa perkara itu berlaku?

Sebab mereka memahami islam itu dengan kefahaman yang menyeluruh dan memahami falsafah ibadah dengan kefahaman yang jitu.Sebaliknya kita orang melayu islam di Malaysia masih jauh dengan kefahaman tersebut walaupun tidak dinafikan ada juga keadaan itu berlaku di sini tetapi peratusnya masih sangat kecil.

Kalau tak percaya cuba kita perhati suasana di pasaraya yang sedang membuat jualan murah atau pasar malam/pasar tani ataupun pesta-pesta seperti Jom Heboh dan seumpamanya.Apabila masuk waktu Maghrib,maka berpusu-pusu orang ramai serbu musolla/surau kecil yang hanya boleh menampung paling ramai 15 orang.

Dengan pili paip untuk berwuduk yang terhad dan ruang solat yang sempit di tambah dengan waktu solat yang singkat maka kita akan melihat orang bersolat dalam keadaan terburu-buru,tidak tenang dan tidak selesa.

Sekiranya mereka memahami syariat islam sebagaimana yang difahami oleh pelancong arab itu tadi nescaya mereka akan dapat melaksanakan ibadah dalam keadaan tenang dan khusyuk..InsyaAllah.





3. Melakukan solat sunat tahyatul masjid ketika tazkirah sebelum solat jumaat.

Di lembah Kelang sinario penyampaian tazkirah sebelum azan di laungkan adalah suasana biasa terutama selepas PR memerintah Selangor.Dalam masa sekitar setengah jam tazkirah (majlis ilmu) di sampaikan oleh ustaz jemputan,kita akan melihat kehadiran orang ramai semakin lama memenuhi dewan solat.

Boleh dikatakan 95% jemaah akan melakukan solat sunat tersebut dan dalam masa yang sama mendengar tazkirah yang disampaikan oleh ustaz tersebut yang pastinya menggunakan pembesar suara.

Agak-agak mereka boleh khusyuk tak?
Dalam keadaan ini adakah ustaz tersebut yang salah atau mereka yang bersolat itu yang betul?

ULASAN SAYA :- 

Dalam hal ini kaedah fiqh telah mengajar kita ”JIKA BERTEMBUNG 2 PERKARA ANTARA SUNAT DENGAN YANG WAJIB MAKA MESTI DI UTAMAKAN YANG WAJIB DAHULU”.

Hukum mendengar majlis ilmu itu wajib sedangkan solat itu nama pun solat sunat.Dari situ kita boleh menilai tahap ilmu kebanyakkan umat islam di Malaysia.Cuma yang saya terkilan apabila penampilan mereka yang memakai jubah,berserban dan berjanggut yang melambangkan kealiman dan ketakwaan dalam pandangan umum di malaysia pun melakukan hal yang tak melambang penampilan mereka.

Sepatutnya penampilan mereka itu melambangkan kefahaman mereka tentang ilmu syariat ini tapi sayang sekali realitinya tidak begitu.Orang seperti mereka inilah yang terkadang mencacatkan wajah islam dengan penampilan mereka yang bertentangan dengan perbuatan mereka.
Yang anehnya walaupun ustaz yang memberi tazkirah tersebut telah mengingatkan tentang perkara tersebut,namun masih ada yang tidak faham dan mengerti.Rasulullah SAW pernah bersabda maksudnya:


"Sesiapa yang Allah ingin memberikan kebaikan kepadanya, nescaya Allah memberi dia kefahaman yang baik tentang agama".
                                                                      (Muttafaqun ‘Alaih dari Mu'awiyah r.a)


Sebenarnya ada tasbih yang boleh di baca bagi menggantikan solat sunat tersebut:-
Dr Wahbah al-Zuhaili mengatakan: 
"Barangsiapa yang tidak dapat mengerjakan sembahyang Tahiyatul Masjid kerana hadas atau lain-lain sebab, dia disunatkan mengucapkan empat kali tasbih berikut: Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar."

Ayat ”lain-lain sebab” itu termasuk majilis ilmu@tazkirah,ada jenazah di masjid yang perlu di segerakan solat jenazahnya dan seumpamanya.
Wallahua’lam


 Bersambung………..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...