Thursday 7 November 2013

Kisah mimpi bertemu Rasulullah s.a.w: Siri 1

Imam Asy-Syafie rhm bermimpi melihat Imam Ahmad bin Hanbal yang merupakan murid dan juga sahabatnya akan menghadapi ujian yang amat getir mengenai al quran,samada ianya makhluk atau sebaliknya.Imam ibnu Jauzi rhm meriwayatkan kisah ini dalam kitab “Manaqib Al Imam Ahmad” dengan sanadnya kepada Ar-Rabie’ ibnu Sulaiman.

Ar Rabe’ berkata: “Asy Syafie telah berkata kepadaku:”Wahai Rabie’,ambillah kitab(surat) aku ini dan engkau pergi bertemu Abi Abdillah Ahmad ibni Hanbal serta serahkan kepadanya.Dan engkau bawa balik kepadaku jawapan daripadanya”.

Beliau pun berangkat ke kota Baghdad berserta surat tersebut.Beliau bertemu dengan Imam Ahmad di waktu solat suboh.Setelah selesai solat bersama,Imam Ahmad bangun menuju ke mihrab.Semasa inilah Rabie’ menemui Imam Ahmad dan menyerahkan surat itu seraya berkata: ”Ini adalah surat dari saudaramu Asy Syafie dari Mesir.”

Imam Ahmad bertanya: “Adakah egkau sudah melihat isi kandungannya?”

”Tidak,” jawab Rabie’ ringkas.
Imam Ahmad terus membuka penutup surat itu lalu membacanya.Tiba-tiba air mata kelihatan bergenang di kelopak matanya.Melihat keadaan itu Rabie’ bertanya:
”Ada sesuatu pada isinya wahai Abu Abdillah?”
Imam Ahmad berkata : ” Isinya menyebut bahawa dia (Imam Syafie) telah melihat Nabi s.a.w di dalam mimpinya.

Baginda berkata: { Tulislah kepada Abi Abdillah Ahmad bin Hanbal dan sampaikan salamku kepadanya.Dan katakan bahawa : ”Engkau akan diuji dan diseru kepada dakwaan bahawa al quran adalah makhluk maka jangan engkau menerima seruan mereka itu.Allah akan mengangkat bendera (kemenangan) untuk engkau sehinggalah ke hari kiamat}.

Rabie’ berkat: Ia adalah berita baik (mubasyirot)”.

Setelah selesai membaca surat Imam Syafie itu,Imam Ahmad menanggalkan pakaiannya yang menyentuh kulitnya (pakaiannya banyak lapis) lalu diberikan kepada Rabie’.apabila mendapat baju itu Rabie’ pun pulang ke Mesir dan menyerahkannya kepada Imam Asy Syafie.

Belum sempat menyerahkan pakaian sebagai jawaapan suratnya maka Imam Syafie berkata: ”Wahai Rabie’,kami tidak menyakiti engkau dengannya akan tetapi menyembuhkan (pakaian itu dijadi penawar untuk mengubati penyakit).Ambilkan air supaya engkau juga mendapatkannya.”

*keterangan*
Baju Imam Ahmad yang berpeluh itu direndam ke dalam air oleh Imam Asy Shafie untuk dijadikan sebagai penawar penyakit.


Wallahu’alam

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...