Sunday 20 October 2013

Satu Perbandingan: Dialog Yang Agung


Sidang pembaca yang dirahmati Allah

Entri kali ini kami ingin berkongsi dengan sidang pembaca akan satu dialog yang agung yang diucapkan oleh segolongan manusia pilihan Allah melalui lidah Rasulullah Sallahu'alaihi wassalam.Cuma kali ini kami hendak fokuskan dalam kontek yang berbeza daripada tulisan-tulisan lain yang menyentuh isu yang sama.

Sabda Rasulullah SAW ketika menggali parit dalam peperangan Khandaq, “…Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera…” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Contoh 1

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh. Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah SAW di dalam hadisnya itu.

Contoh 2

Suatu ketika, dalam perjalanan menuju keConstantinople, tentera al-Fateh melalui sebuah kebun anggur yang besar dan buahnya sedang masak ranum. Namun, sebelum melalui kebun tersebut, al-Fateh telah mengingatkan tenteranya supaya jangan diambil anggur itu walaupun sebiji.

Perjalanan diteruskan hingga sampai di suatu tempat, mereka berehat. Setelah didirikan khemah dan berehat, pembantu al-Fateh keluar dari khemah dengan wajah yang sugul dan memanggil semua tentera berkumpul.Paratentera diberitahu bahawa al-Fateh telah jatuh sakit. Setelah diteliti oleh tabib, ubat yang diperlukan adalah sebiji anggur. Maka dia bertanya kepada seluruh tentera, siapa yang mempunyai buah anggur, kerana jika tidak, mungkin al-Fateh akan terus sakit dan mati. Malangnya, tiada seorang pun tenteranya mempunyai buah anggur. Lalu tahulah al-Fateh, bahawa tenteranya bukan sahaja kuat dari segi fizikal, malah rohani mereka juga. Benarlah, tidak seorang pun dari tenteranya yang mengingkari perintahnya. Maka keluarlah al-Fateh dari khemah, dan memuji tenteranya dan menerangkan kepda mereka maksud sebenar.

Rata-rata umat islam yang membaca kisah dialog di atas kebanyakan hanya melihat dari skop yang kecil.Sebenarnya falsafah dialog di atas adalah sangat luas dan merangkumi berbagai bidang,Ia bukan sahaja dalam skop berperang  tetapi juga dalam skop yang berbagai.Dialog tersebut juga boleh di implimentasikan dalam sebuah syarikat,jemaah,pertubuhan dan seumpamanya sebagai kunci kejayaan .

Kesimpulan yang dapat kami buat dari inti dialog tersebut ialah:

1. Semua orang sama dalam amalan fardhu tetapi tidak sama dalam amalan sunat.
2. Sebaik-baik pemimpin tidak sama maqamnya dengan sebaik-baik pengikut.Contohnya kalau pemimpin perlu membuat 10 amalan sunat untuk menjadi terbaik,pengikutnya hanya perlu laksana 5 amalan sunat  sahaja untuk jadi terbaik. 
3. Sultan Muhammad Al Fateh tidak bertanya kepada seluruh rakyatnya samada pernah tinggal solat fardhu atau tidak tetapi memadai ke atas tenteranya sahaja sebagai prasyarat diberi kemenangan oleh Allah.Dalam kontek jemaah zaman kini PAS mencontohi perbuatan tersebut.PAS memfokuskan program tarbiyah hanya kepada ahlinya sebaliknya program ilmu kepada masyarat umum (yang bukan ahli) untuk memberi kefahaman islam yang sebenar.
4. Dalam organisasi HAMAS meletakan prasyarat yang ketat untuk menjadi anggotanya umpamanya tak tinggal solat fardhu,hafaz 30 juzuk al quran dan lain-lain lagi.Ini bermakna selagi mereka jahil tidak layak menjadi anggota kerana bimbang tidak memenuhi prasyarat kemenangan yang dijanjikan oleh Allah.
5. Dalam PAS syarat keanggotaan agak longgar sedikit berdasarkan mathod dakwah Wali Songo di Indonesia yang lebih menekankan kesahihan Aqidah barangkali.
6. Dalam jemaah tabligh pula mereka lebih menjurus seperti 'PUSAT PEMULIHAN'.Mereka 'mengutip' insan-insan yang 'tiada arah' atau 'hilang arah' untuk diperbaiki menurut kaedah jemaah mereka.Sebenarnya kaedah ini mempuyai banyak kelemahan dan jauh dari prasyarat diberi kemenangan oleh Allah kerana tidak secocok dengan sunnah Rasulullah SAW.

Bila kita menyemak sirah Rasul dan para sahabat,Penghijrahan mereka ke Madinah bukan kerana mereka berjaya mendakwah (mengislamkan) seluruh penduduk kota Mekkah tetapi kerana prasyarat kemenangan telah mereka penuhi maka atas sebab itu Allah perintah mereka berhijrah untuk menzahirkan kemenangan (negara islam).Rasul SAW hanya memilih manusia terbaik pada zaman itu untuk didakwahkan sebagaimana doa Baginda keatas Saidina Umar al Khattab ra. Sebaliknya jemaah tabligh tidak mencontohi perbuatan sunnah tersebut.

Prasyarat kemenangan bukan dengan ramainya umat islam dalam sesebuah negeri atau negara.Buktinya kita boleh lihat negara Sri Lanka yang majoriti karkun tabligh teramai didunia tetapi tampuk pemerintahan negara masih di pegang oleh seorang wanita yang tidak laksanakan syariat islam.Yang lebih malang Jemaah tabligh di sana tidak berusaha merubah keadaan itu bahkan mengambil sikap berkecuali pula.Mereka hanya berbangga ramainya pengikut mereka dalam ijtimak tahunan di Tongi dan seumpamanya.

Benarlah hadith Nabi SAW yang bermaksud:"Daripada Tsauban r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”. Maka salah seorang sahabat bertanya “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi s.a.w. menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’.”
Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu hai Rasulullah?” Nabi kita menjawab, “Cinta pada dunia dan takut pada mati.”
(Riwayat Abu Daud)

Biarlah kita seperti pejuang Hamas yang sedikit bilangannya tetapi tidak ada penyakit WAHAN itu.Kita lebih bergembira menjadi golongan yang sedikit kerana Rasul SAW pernah bersabda:

“Sentiasa akan ada sekelompok dari umatku yang sentiasa berjuang bersama2 kebenaran, mencabar dan menentang musuh2 mereka. Musuh2 mereka tidak dapat memberi mudarat kepada mereka sehingga Allah mendatangkan keputusannya.Mereka tetap dalam keadaan demikian.” Maka para sahabat bertanya,”Dimanakah mereka?” Jawab Rasulullah.” Di Baitul Maqdis dan sekitarnya”
Riwayat Bukhari
Istilah Kelompok bermakna tidak ramai.....

Wallahu'alam


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...