Wednesday, 13 June 2012

PENGHAKIMAN PALING ANEH DI DUNIA



Selepas Samarkand jatuh ke tangan tentera Islam, padri besar negeri itu mengutus surat kepada khalifah Islam, Amirul-Mu’minin Umar bin Abdul Aziz. Di dalam surat tersebut dia mendakwa panglima tentera Islam, Qutaibah serta angkatan tenteranya telah memasuki Samarkand tanpa amaran dan tanpa seruan dakwah kepada Islam.

Umar mengarahkan hakim yang dilantik untuk bertugas di Samarkand bernama Jumay’ supaya membicarakan kes yang didakwa oleh padri besar tersebut.

Hakim memanggil kedua-dua pihak, pendakwa (padri besar Samarkand) dan yang didakwa (Qutaibah, panglima angkatan tentera Islam). Qutaibah dipanggil oleh petugas mahkamah atas nama peribadinya, tanpa dikaitkan dengan sebarang gelaran.

Datanglah Qutaibah ke mahkamah. Dia duduk bersebelahan padri besar Samarkand di hadapan hakim Samarkand yang muslim.

Hakim memulakan perbicaraannya dengan mengajukan soalan kepada padri besar Samarkand:
- Apakah dakwaan kamu wahai orang Samarkand?
- Qutaibah dan tenteranya telah memasuki dan menakluki negeri kami tanpa menyeru kami kepada Islam terlebih dahulu dan memberi tempoh kepada kami untuk kami membuat keputusan mengenai pendirian kami!

Hakim berpaling kepada Qutaibah seraya bertanya:
- Apa jawapan kamu terhadap dakwaan ini wahai Qutaibah?
- Peperangan adalah tipu muslihat. Samarkand merupakan negeri yang besar. Semua negeri-negeri di sekitarnya melawan kami. Mereka tidak menerima Islam dan tidak mahu membayar jizyah.

Hakim berkata:
- Wahai Qutaibah! Adakah kamu telah menyeru mereka (penduduk Samarkand) kepada Islam atau membayar jizyah atau perang?

Qutaibah menjawab:
- Tidak! Sebaliknya kami terus serang mereka secara mengejut dengan alasan yang telah saya sebutkan tadi.

Hakim berkata lagi:
- Aku mendapati kamu telah mengaku. Dan apabila pihak yang didakwa mengaku, selesailah perbicaraan. Wahai Qutaibah! Allah tidak menolong umat ini melainkan dengan (berpegang kepada) agama, menjauhi tipu daya dan menegakkan keadilan.
Kemudian hakim mengisytiharkan keputusan penghakimannya:

- "Kami memutuskan supaya semua orang Islam dikeluarkan dari bumi Samarkand, merangkumi pemerintah, tentera, orang-orang lelaki, kanak-kanak dan wanita. Mereka hendaklah mengosongkan kedai-kedai dan rumah-rumah mereka. Jangan ada seorangpun orang Islam yang tinggal di Samarkand!"

Padri besar terpinga-pinga,tidak percaya dengan apa yang dilihat dan didengarnya. Tanpa bukti, tanpa saksi, perbicaraan selesai dalam masa beberapa minit sahaja. Padri besar dan orang-orang Samarkand yang turut hadir dalam mahkamah ketika itu, tidak menyedari bahawa perbicaraan telahpun selesai kecuali setelah melihat hakim, Qutaibah dan para petugas bangun dan beredar.

Hanya beberapa saat saja selepas itu, penduduk Samarkand mendengar deringan suara loceng memenuhi angkasan, debu-debu berterbangan memenuhi setiap ruang dan bendera-bendera kelihatan berkibaran di sebalik debu-debu yang bertiupan. Mereka tertanya-tanya kehairanan, apa yang telah terjadi? Lalu diberitahu kepada mereka bahawa pemerintahan Islam telah ditamatkan dan angkatan tenteranya telah ditarik keluar. Satu pemandangan yang sungguh menakjubkan dan menggemparkan.

Dan terbenam sahaja matahari pada hari itu, anjing-anjing berkeliaran di jalan-jalan yang sunyi, suara-suara tangisan bersahutan dari setiap rumah menangisi pemergian satu umat yang adil lagi penyayang dari negeri mereka. Lantas padri besar dan seluruh penduduk Samarkand tidak dapat menahan diri lebih lama lagi. Mereka keluar berarak beramai-ramai dikepalai padri besar menuju ke arah angkatan tentera Islam sambil melaungkan syahadah bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad pesuruh Allah.

Ya Allah! Betapa hebatnya kisah ini. Betapa gemilangnya lembaran sejarah Islam yang agung.

Pernahkah anda dengar satu angkatan tentera menakluk sebuah kota, kemudian penduduk kota itu membuat dakwaan ke atas tentera yang menakluk, dan akhirnya tentera yang menakluk itu kalah dalam perbicaraan dan diperintahkan keluar dari kota yang telah ditakluknya?
Demi Allah! Kita tidak akan temui kisah serupa ini dalam sejarah mana-mana umat di dunia ini selain dari umat Islam!


Dipetik dari buku ‘Qasas min at-Tarikh’ oleh Syaikh Ali at-Tantawi


Ambil visa dari Yahudi untuk ziarah Masjid al-Aqsa?


Akhir-akhir ini terdapat beberapa syarikat pelancongan yang menawarkan lawatan ke Masjid al-Aqsa. Dan pastinya tawaran itu mendapat sambutan daripada kalangan umat Islam yang berada dengan segala senang hatinya tanpa berfikir dan bertanya pandangan Islam mengenainya. Mereka menganggap ini satu peluang keemasan untuk menziarahi masjid yang digalakkan oleh Nabi s.a.w. sendiri supaya menziarahinya.

Sebagai memenuhi amanah ilmu, ana turunkan di sini perbahasan para ilmuan mengenai hukum menziarahi al-Quds khususnya Masjid al-Aqsa pada masa kini, yang dikupas oleh Dr. Anas Jarrab (PhD. Jami’ah al-Ulum al-Islamiyyah, takhassus Fiqh wa Usul Fiqh).

Menurut beliau, berlaku perselisihan pendapat yang agak sengit di kalangan ulamak berhubung persoalan ini. Ada yang berpendapat harus dan ada juga yang mengatakan haram. Setiap golongan mengemukakan hujah serta dalil masing-masing.

Hujah golongan yang mengatakan harus:

Golongan ini berpendapat harus bagi seseorang muslim menziarahi al-Quds dan Masjid al-Aqsa dengan mengambil visa dari kedutaan Israel. Antara alasan yang mereka bawa ialah:

1. Qias kepada ziarah Mekah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. yang mana Mekah ketika itu berada di bawah penguasaan Musyrikin Quraisy. Sedia maklum bahawa kaum Quraisy memerangi Nabi s.a.w. Mereka menguasai tempat paling suci di muka bumi ini, iaitu Bait-Allah al-Haram. Sekiranya perbuatan ziarah itu haram, sudah tentu Rasulullah s.a.w. tidak akan melakukannya.
2. Ziarah boleh membantu rakyat Palestin dengan memberikan sokongan material dan moral, lebih-lebih lagi kepada mereka yang menetap di al-Quds. Ini dapat meningkatkan semangat juang serta ketabahan mereka menentang musuh.
3. Perkongsian isu Palestin, khususnya isu al-Quds. Melalui lawatan dapat menzahirkan ikatan umat Islam dengan Bandar suci ini dan mendorong mereka mengambil berat mengenainya lebih daripada sebelumnya.
4. Ziarah sama sekali tidak bermakna mengiktiraf Negara Yahudi. Bahkan sekadar mengambil kebenaran masuk demi mencapai maslahah yang lebih besar, iaitu memelihara kesucian al-Quds dan meramaikan umat Islam di sana.
5. Qias kepada rakyat Palestin yang berada di dalam Palestin itu sendiri, di mana mereka masuk dan keluar al-Quds di bawah pengawasan Israel. Dan tidak ada seorang ulamak pun yang mengatakan keluar masuknya mereka itu haram.
6. Meraih pahala yang dijanjikan oleh Rasulullah s.a.w. melalui sabda baginda yang bermaksud: “Jangan kamu bersusah payah bermusafir kecuali untuk mengunjungi tiga masjid; Masjid aku ini, Masjid al-Haram dan Masjid al-Aqsa.” At-Tirmizi.

Dalil golongan yang mengatakan haram:

Golongan ini berpendapat tidak harus menziarahi Masjid al-Aqsa dengan mengambil visa daripada penjajah Israel atau kedutaan mereka. Dalil mereka ialah:

1. Sesungguhnya Allah Ta’ala melarang kita bekerjasan dengan musuh dan menolong mereka. Allah berfirman maksudnya: “… dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan…” (Al-Maidah:2). Masuk ke dalam al-Quds dan Masjid al-Aqsa dengan mengambil visa daripada mereka bererti kita menolong Yahudi dari segi material dengan membayar harga visa dan lain-lain. Dari segi moral juga memberi keuntungan kepada mereka dengan menunjukkan bahawa mereka membenarkan umat Islam masuk untuk ziarah Masjid al-Aqsa. Ini jelas merupakan satu bentuk tolong menolong dalam perkara dosa.
2. Sesungguhnya mengiktiraf rejim Yahudi adalah haram sebagaimana diputuskan oleh jumhur ulamak. Mengambil visa daripada mereka bererti kita memperakui kewujudan dan keabsahan kedutaan mereka. Dengan itu secara langsungnya kita mengiktiraf keabsahan kewujudan rejim mereka serta kekuasaannya di atas bumi umat Islam.
3. Palestin kini sedang dijajah. Kewajipan kita adalah membebaskan dan membersihkannya dari penjajahan. Sekiranya kita tidak mampu membebaskannya, maka lebih utama kita memboikot pihak yang menjajahnya, bukan dengan cara kita masuk ke dalam kedutaan mereka dan meminta izin daripada mereka untuk masuk, kemudian mereka yang menentukan sama ada kita boleh masuk atau tidak.
4. Masuk ke dalam keduataan Israel kemudian ke bumi Palestin menjadikan itu satu kebiasaan yang akan menjadikan orang berasa tidak salah lagi Yahudi menjajah bumi itu. Apa lagi segolongan besar mereka yang dapat masuk itu mengambil kesempatan pula menziarahi penempatan haram mereka seperti Tel Aviv, Haifa, Netanya, dan Kaisarea. Ini bererti suatu perkara yang mungkar dan keji.

Perbahasan dan tarjih (pemilihan pendapat yang paling tepat):

Pada hakikatnya, masalah ini tidak boleh dilihat dari satu sudut sahaja. Sebaliknya mesti dilihat dari semua sudut;
- dari sudut fiqh al-waqi’ (fiqh reality) di mana kita bercakap tentang reality yang dihadapi oleh umat Islam masa kini, bukan masa lampau
- dari sudut fiqh al-muwazanat yang bermaksud mengkaji maslahah (kebaikan) dan mafsadah (kerosakan) yang timbul daripada perkara ini (ziarah) kemudian mendahulukan mana yang lebih utama daripada keduanya (maslahah dan mafsadah). Al-Qarafi, di dalam kitabnya “Al-Furuq” berkata: “Maka sesungguhnya suruhan-suruhan Syarak berdasrkan maslahah yang murni atau benar-benar jelas (khalisah dan rajihah). Dan larangan-larangannya berdasarkan mafsadah yang khalisah dan rajihah.
- Isu ini juga berkaitan dengan fiqh al-maalat, iaitu mengambil kira natijah dan kesudahan selepas sesuatu tindakan yang kita lakukan. Dalam hal ini, Ibn al-Qayyim berkata di dalam kitabnya “I’lam al-Muwaqqa’een” : “Oleh kerana maqasid (matalamat) tidak boleh dicapai kecuali dengan sebab serta jalan-jalan yang menyampaikan kepadanya, maka sebab-sebab dan jalan-jalan itu mengikut matalamat yang hendak dicapai itu (dari segi hukumnya)”. Imam asy-Syatibiy, di dalam kitabnya “Al-Muwafaqat” berkata: “Dan melihat kepada maal (apa yang akan terjadi akhirnya) sesuatu perbuatan adalah sesuatu yang dituntut dan dan diberi perhatian oleh Syarak, sama ada maal itu bersesuaian atau bercanggah dengannya”.

Oleh itu, apabila kita melihat isu ini secara sempurna dan menyeluruh kita mentarjihkan pendapat yang mengatakan haram berdasarkan hujah-hujah yang dibentangkan oleh golongan ini. Pihak yang mengatakan harus, berpegang kepada maslahah yang diharap akan berlaku, sedangkan pihak yang mengatakan haram mengingatkan mafsadah yang akan berlaku. Para ulamak telah menjelaskan bahawa apabila bertentangan antara mafsadah dengan maslahah, mestilah didahulukan dengan menolak atau mengelak mafsadah. Hal ini disebut oleh Ibn Nujaim al-Hanafiy di dalam kitabnya “al-Asybah wa an-Nadzair”: “Menolak mafsadah lebih diutamakan daripada menarik maslahah. Maka apabila berlawanan antara mafsadah dan maslahah, dahulukan menolak mafsadah”.

Maka bagaimana kalau mafsadah yang akan timbul lebih besar daripada maslahah yang diharapkan? Tentulah menolaknya lebih utama. Al-‘Izz bin Abdus-Salam berkata di dalam kitabnya “Qawaed al-Ahkam”: “Sekiranya mafsadah lebih besar daripada maslahah, kita tolak mafsadah dan tidak perlu peduli dengan hilangnya maslahah”.

Menolak hujah golongan yang mengatakan harus:

1. Qias kepada Nabi menziarahi Mekah untuk menunaikan umrah adalah qias ma’a al-fariq, iaitu qias sesuatu perkara kepada sesuatu yang berbeza dengannya. Kaum Quraisy bukan penjajah kora Mekah. Sebaliknya mereka adalah penduduk tempatan sejak berzaman. Mereka bukan datang dari serata pelusuk dunia untuk menguasai Mekah. Berbeza dengan Yahudi yang menjajah bumi Palestin dengan menggunakan kekerasan, menghalau dan mengusir penduduk asal secara zalim dan tidak bermaruah.

2. Adapun alasan membantu rakyat Palestin dengan bantuan material dan moral, boleh dilakukan dengan menyalurkan bantuan melalui jalan-jalan yang sah dan dipercayai. Dari segi sokongan moral pula, boleh dilakukan dengan mendokong isu Palestin, memberi kesedaran, menyebarkan kefahaman mengenainya dengan pelbagai cara yang sah. Ini boleh meningkatkan sokongan dunia dan mengambil berat mengenainya.

3. Kata-kata bahawa mengambil visa tidak bererti mengiktirah Yahudi adalah bercanggah dengan reality. Sedia maklum bahawa kedutaan adalah satu pengiktirafan kepada kewujudan sesebuah Negara. Masuk ke dalam kedutaan dan ambil visa adalah satu bentuk pengiktirafan kepadanya. Lebih-lebih lagi apabila kita mengambil visa bererti kita kena hormat undang-undang mereka dan tidak boleh melakukan perkara yang boleh menyentuh kepentingan mereka. Ini tentunya bercanggah dengan ajaran agama kita. Bagaimana kita boleh mengiktiraf ketuanan mereka di atas bumi umat Islam? Bagaimana kita reda berjanji tidak akan mencemarkan keselamatan mereka di atas bumi Palesti pada hal jihad menentang mereka adalah fardu ain?

4. Adapun qias kepada orang dalam Palestin yang keluar masuk itu juga qias ma’a al-fariq. Orang Palestin berinteraksi dengan Yahudi adalah berdasarkan fiqh al-waqi’ dan fiqh adh-dharurah. Mereka tidak boleh keluar dari rumah mereka dan tidak boleh mendapatkan apa-apa dokumen kecuali dengan izin Yahudi. Untuk mereka ada hukum khas yang tidak boleh disamakan dengan muslimin yang tidak berada di bawah penjajahan. Qaedah Fiqhiyyah menegaskan bahawa: “Sesuatu perkara itu apabila telah sempit akan diluaskan” dan “Dharurat (keterpaksaan) mengharuskan yang dilarang”. Maka qaedah ini diaplikasikan ke atas orang Palestin. Ia tidak boleh diaplikasikan ke atas orang lain yang tinggal di luar kerana mereka tidak terperangkap di dalam belenggu penjajahan.
5. Adapun hujah untuk mendapat pahala, maka kita boleh mendapatkannya dengan ziarah al-Haramain (Mekah dan Madinah). Di situ pahalanya lebih berganda-ganda lagi berbanding dengan al-Quds. Di samping itu maslahah yang umum, iaitu tidak bekerjasama dengan Yahudi dan memboikot mereka lebih diutamakan daripada maslahah khusus yang diperolehi oleh individu tertentu daripada ziarah itu.

Dengan ini jelaslah kepada kita kekuatan hujah pihak yang mengatakan haram berbanding dengan pihak yang mengatakan harus ambil visa dari Yahudi untuk ziarah Masjid al-Aqsa.

والله تعالى اعلم

RENUNGAN





Isteri kepada sorang lelaki yang paling baik hati pada zamannya berkata kepada suaminya:
- Aku tidak pernah melihat manusia yang paling keji akhlaknya selain daripada saudara maramu dan sahabat-sahabatmu.

Lelaki itu bertanya isterinya tentang alasan kenapa dia berkata begitu. Maka isterinya menjelaskan:
- Sebab aku lihat, ketika engkau kaya mereka selalu mendampingimu. Dan ketika engkau papa mereka tinggalkanmu

Dengan tenang si suami berkata kepada isterinya:
- Demi Allah, itulah tanda kemuliaan akhlak mereka. Mereka datang kepada kita di kala kita mampu memuliakan mereka. Dan mereka tinggalkan kita di kala kita tidak mampu menunaikan hak-hak mereka.

Kata seorang hukamak (orang bijak pandai) ketika mengulas kisah ini: “Llihatlah betapa tinggi pekertinya! Dengan ketinggian pekertinya itu dia mentakwilkan perbuatan yang buruk menjadi baik, tindakan yang zahirnya mungkir menjadi setia. Inilah yang dikatakan salamatus-sadr.

Salamatus-sadr adalah kerehatan di dunia, keberuntungan di akhirat. Ia juga merupakan antara sebab seseorang itu masuk syurga.”

Sunday, 10 June 2012

Golongan yang berjuang secara jahil


Sidang pembaca yang dirahmati Allah

Apabila kita sebut perjuangan dalam Islam ertinya ada wadah iaitu sebuah jemaah yang ada pemimpin yang di taati, ada pengikut yang setia, ada dasar perjuangan yang berlandaskan Al Quran dan As Sunnah yang di mana ianya di tegakkkan terlebih dahulu dalam jemaahnya sebagai model.


Erti kata, Islam tidak boleh di juangkan secara individu tanpa ada jemaah, pemimpin dan pengikut serta tidak boleh berjuang tanpa buat kerja atau aktiviti.Islam itu adalah politik cara hidup dalam semua bidang bernegara,berekonomi,bermasyarakat,
berpendidikan,berkebudayaan, berundang - undang, dan sebagainya.

Orang yang memperjuangkan Islam sentiasa sibuk.Mereka yang berjuang melalui Dakwah terlalu sibuk dengan dakwahnya, mereka yang berjuang melalui politik pun begitu juga.Saintis Islam pun berjuang dalam bidangnya dan memang mereka pun terlalu sibuk.Nelayan,guru, buruh,doktor, jurutera,suri rumah dan yang lain lain nya semua di kira berjuang jika perjalanannya betul kerana Allah.

Adalah satu kesilapan besar jika kita anggap perjuangan Islam hanya ada satu saluran iaitu melalui politik pilihanraya sahaja.

Pejuang Islam boleh kita kategori kepada beberapa golongan seperti berikut:

1. Golongan yang hidup matinya kerana Islam.Mereka faham dengan sebenarnya apa yang di perjuangkan.Bersungguh mengamalkannya didalam diri dan keluarga mereka.Memberi seluruh jiwa raga, masa dan harta untuk Allah dan Rasul.Mereka bersedia menghadapi sebarang risiko, bahkan mati di dalam perjuangan itu memang di harap harapkan.Syahid adalah cita cita mereka.Golongan ini amat sedikit bilangannya di zaman ini.Darjat mereka amat tinggi di sisi Allah.


2. Golongan ini lebih kurang sama saperti golongan pertama tadi.Cuma mereka lemah mujahadah melawan nafsu.Di dalam kegigihan berjuang maksiat buat juga.Sedangkan Allah berjanji kemenangan dalam perjuangkan hanya di berikan kepada mereka yang paling taqwa.Sebab itu ada pejuang pejuang yang sudah berpuluh puluh tahun berjuang tetapi Allah masih belum beri dia kemenangan.Golongan ini terserahlah kepada Allah.Dia mengampunkan sesiapa yang dia kehendaki.


3. Golongan ke 3 ini adalah golongan yang berjuang secara jahil.Mereka berjuang semata mata kerana fanatik dan semangat semangat.Ilmu tentang hukum Islam pun tidak ada.Ada juga Fardhu Ain pun tak lepas.Di dalam perjuangan mereka mengganas, merosak dan menzalimi manusia.Mengumpat, mengata, mengutuk,memfitnah, dan mengaibkan manusia adalah mainan mereka.Mereka ini walaupun gigih berjuang namun Allah tidak akan terima perjuangkan mereka.


4. Ini adalah golongan yang berjuang bukan kerana Allah dan Rasul atau bukan kerana hendak menegakkan Islam.Mereka berjuang kerana hendak merebut pangkat atau sakit hati dengan lawan atau musuh musuhnya.Berjuang kerana megah terhadap bangsanya (nasionalisma), negara atau kerana ideologi anutan mereka.Islam itu hanya di selit selit di mana ada kepentingan untuknya.Golongan ini memang tertolak.Mereka ini zalim,fasik atau bolih jatuh kafir.


5. Ini golongan yang ingin berjuang tapi masih belum mula kerana wadah wadah perjuangan yang wujud di negara nya atau harakah perjuangan yang ada tidak menyakinkan.Kerana mereka tahu diri mereka tidak kemampuan dan kelayakkan mereka beribadah dan membaiki diri sambil menunnggu perjuangan yang sebenar.Mereka lebih banyak menyendiri.Golongan ini memang elok menyendiri.


6. Golongan yang menghabiskan masa hanya beribadah dan membaiki diri sedangkan kemampuan untuk berjuang ada.Walaupun ada harakah perjuangan kebenaran di hadapan matanya namun mereka tidak mahu melibatkan diri untuk berjuang bersama.Mereka tidak mahu bersusah payah atau menanggung risiko.Golongan ini amat di murkai Allah.


7. Golongan ini tidak memperdulikan lansung tentang Islam.Mereka ini Islam keturunan.Ibadah untuk dirinya sahaja, tidak mahu berjuang,malah mereka tidak mahu fikir mengenainya dan hanya mahu hidup semata mata.Kerja, makan,minum,hiburan dan seks.Golongan ini di sangsi ke Islaman nya.


Wallahu 'alam.

Thursday, 7 June 2012

MENJAWAB FITNAH MANTAN TABLIGH

Isu menghina TGNA oleh Prof Dr Nasoha 
(mantan syura Tabligh)

Kami terpanggil untuk mengulas isu di atas memandangkan ia telah di highlightkan oleh banyak blog politik.Klip video berdurasi 28 min lebih itu dengan terang dan jelas menunjukkan perkataan beliau yang menfitnah TGNA sebagai mengajak gaya hidup IBLIS…….


Biodata beliau

Beliau adalah lulusan sarjana dalam bidang kesihatan dan Optometri dari Universiti Melbourne Australia.  Oleh kerana kerana beliau berminat dalam bidang kesihatan secara holistik, beliau telah mengasaskan dan mengendalikan perubatan merawat tekanan dan rawatan badan di klinik Integrative Holistic Wellness Centre, IHWC . Beliau percaya bahawa kesihatan manusia secara menyeluruh hanya dapat dicapai apabila kesihatan itu merangkumi kesihatan badan, mental dan roh. Beliau percaya bahawa kesihatan adalah dipengaruhi oleh gaya hidup manusia. Gaya hidup manusia dipengaruhi oleh fikiran dan keyakinan manusia dan keyakinan dan pemikiran manusia dipengaruhi oleh percakapan manusia. Kajian beliau didalam bidang ini telah membawa beliau kepada penemuan satu terapi yang terunggul didunia untuk mengubah gaya hidup atau perangai manusia.


Sekarang beliau merupakan Dekan Fakulti Optometri di International University College of Tehnology Twintech, Pengerusi Octagon Petroleum Technology Sdn Bhd dan Pengarah dan Perunding Utama di Integrative Holistic Wellness Centre Sdn Bhd.


Dalam bidang agama tidak di ketahui latarbelakang beliau.Apa yang pasti,beliau telah berkhidmat sebagai pendakwah dalam tabligh hampir 30 tahun.Walaupun begitu beliau telah bermufarakah dari jemaah Tabligh kerana telah tidak bersetuju dengan keputusan majlis tertinggi syura tabligh di India yang melarang beliau daripada berdakwah kepada non muslim.Walaupun begitu,beliau masih aktif berdakwah berdasarkan mathode tabligh(6 prinsip) itu.


Menjawab tuduhan Prof kangkung….

Oleh kerana tidak di ketahui taraf pendidikan agamanya samada aliran pondok  atau institusi rasmi lainnya maka kami melihat beliau bercakap tidak berdasarkan ilmu agama yang benar sebaliknya hanya berdasarkan emosi prijudis dan kefahaman agama yang cetek.


Mungkin kefahaman agamanya hanya berdasarkan pembacaan kitab-kitab atau buku-buku ataupun melalui internet seperti Hafiz Firdaus al Wahabi….Wallahu’alam


Kalau dilihat kepada blog beliau sendiri jelas menunjukkan beliau adalah pemuja Tun Mahathir (tokoh tersohor UMNO) yang berfahaman SEKULAR.Oleh itu tidak hairan hanya orang yang berfahaman secular sahaja yang akan menyokong/memuja-muji tokoh secular.


Tetapi ada satu perkara yang kami dapat menilai ialah Dr Nasoha mewakili kelompok elit jemaah tabligh di Sri Petaling yang berfikrah secular (memisahkan agama dari politik)Cuma individu – individu tersebut tidak pernah mengeluarkan kenyataan rasmi mereka baik di media massa atau di khalayak ramai seperti professor itu.Jadi benarlah andaian kami bahawa kecelaruan aqidah dalam organisasi Tabligh khususnya di Malaysia mencambahkan golongan yang jahil agama tapi kuat beribadah seperti yang nyatakan oleh Rasul saw dalam mafhum hadith:


Daripada Anas r.a. berkata, bersabda Rasulullah saw., "Selagi akan ada di akhir zaman ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasiq". H.R. Ibnu Ady

 

Wallahu’alam


Tuesday, 5 June 2012

Penemuan baru

DNA Firaun Ada di Tubuh Orang Eropah??



Intermezo News - Orang Eropah ternyata mewarisi DNA Firaun. Penelitian yang dilakukan oleh ahli genetik asal Switzerland menunjukkan 70 peratus orang Inggris dan 50 peratus orang Eropah barat mendapat warisan gen dari Firaun Tutankhamun.


DNA. hollanddoc.nl

Temuan tersebut didapatkan setelah pusat genealogi DNA asal Zurich, iGENEA, merekonstruksi profil DNA Firaun Tutankhamun yang mendapat warisan kekuasaan dari ayahnya, Akhenaten, dan datuknya, Amenhotep III. Perhatian peneliti lalu tertuju pada kelompok profil gen bernama haplogroup R1b1a2 yang juga dimiliki 50 peratus manusia Eropa barat. Dengan demikian, manusia Eropha berkongsi nenek moyang yang sama dengan Firaun.

"Temuan yang menarik kerana DNA Tutankhamun ada di diri sekelompok orang Eropah," ujar Direktur iGENEA Roman Scholz.

Untuk beberapa negara di Eropah barat, porsi warisan DNA Firaun ini cukup besar. Orang Sepanyol memiliki 70 peratus DNA Firaun, sementara orang Perancis memiliki 60 peratus.

"Firaun dan orang Eropah berasal dari nenek moyang yang menghuni Kaukasus sekitar 9.500 tahun lalu," ujar Scholz.

Haplogroup R1b1a2 sendiri menyebar dari Kaukasus ke arah barat pada tahun 7.000 sebelum Masehi. Penyebaran juga membawa teknologi pertanian ke Eropah.

Tutankhamun adalah Firaun yang mati muda. Ia hidup antara 1334-1323 sebelum Masehi. Makam Tutankhamun sendiri baru ditemukan pada March 1922 oleh arkeologi Inggris Howard Carter bersama topeng emas murni seberat hampir 11 kilogram berlapis berbagai batuan mulia.[SUMBER]


Sunday, 3 June 2012

ADA SEBUAH KISAH.......




SYAITAN PUN TERKEJUT………..........

Ada seorang manusia yang bertemu dengan setan di waktu subuh. Entah bagaimana awalnya, 
akhirnya mereka berdua sepakat mengikat
tali persahabatan. Ketika waktu subuh berakhir dan orang itu tidak mengerjakan solat, maka setan pun sambil tersenyum bergumam, "Orang ini memang boleh menjadi sahabatku..!"

Begitu juga ketika waktu Zuhur orang ini tidak mengerjakan solat, setan tersenyum lebar sambil membatin, " Rupanya inilah bakal teman sejatiku 

di akhirat nanti..!"

Ketika waktu ashar hampir habis tetapi temannya itu dilihatnya masih juga asyik dengan 
kegiatannya, setan mulai terdiam...... Kemudian ketika datang waktunya magrib, temannya itu ternyata tidak shalat juga, maka setan nampak mulai gelisah, senyumnya sudah berubah menjadi kecut. Dari wajahnya nampak bahwa ia seolah-olah sedang mengingat-ngingat sesuatu. 

Dan akhirnya ketika dilihatnya sahabatnya itu tidak juga mengerjakan shalat Isya, maka setan itu sangat panik.

Ia rupanya tidak bisa menahan diri lagi, dihampirinya sahabatnya manusianya itu sambil berkata dengan penuh ketakutan, "Wahai sahabat, aku terpaksa memutuskan persahabatan kita !"

Dengan keheranan manusia ini bertanya, "Kenapa engkau ingkar janji bukankah baru tadi pagi kita berjanji akan menjadi sahabat ?". "Aku takut!", jawab setan dengan suara gemetar. "Nenek moyangku saja yang dulu hanya sekali membangkang pada perintah-Nya, iaitu ketika menolak disuruh sujud pada "Adam", telah dilaknat-Nya; apalagi engkau yang
hari ini saja kusaksikan telah lima kali membangkang untuk bersujud pada-Nya (Sujud pada Allah). Tidak terbayangkan olehku bagaimana besarnya murka Allah kepadamu!", kata setan sambil beredar pergi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...