Wednesday, 13 March 2013

Jundullah VS Ibn Hussain: Isu Maulid nabi

Sidang pembaca yang dirahmati Allah,

Perbezaan antara dua pandangan antara Ahli Sunah (tulen) dengan Wahabi (dulu) sekarang sudah tukar nama kepada salafi(hakikatnya sama) dalam isu sambutan Maulid Nabi samada HARAM ATAU HARUS.Berdasarkan perbincangan para ulama muktabar sejak dahulu lagi telah menghukumkan HARUS meraikan maulid nabi atas dasar ia perbuatan bid'ah hasanah(baik).Pebincangannya boleh ditemui dalam link yang telah kami beri dalam rung komenter.

Sebaliknya di kalangan ulama Wahabi@salafi ,mereka menghukumnya sebagai bid'ah dholalah(sesat) kepada sesiapa yang menyambutnya.Ini telah dibuktikan dengan kenyataan Syeikh Anwar Shah Kashmiri(ulama deobandi) dalam link http://www.central-mosque.com/fiqh/dmawlid1.htm

karkun Ibn Hussain dalam komen terbarunya menulis: 

"Ana rasa antum ni tak berapa faham bahasa inggeris. Dalam fatwa Hadrat Maulana Anwar Shah (rah) yg antum quote tu pun takda perkataan musyrik, kafir. Ini yg dikatakan fitnah. Sekali lagi ana quote dan baca betui2"



kami jawab:>>>check balik tulisan kami tu berbunyi: "

"ULAMA ASWJ MENGHUKUM HARUS ATAU BID'AH HASANAH(TERPUJI)SEBALIK ANWAR KASHMIRI (ULAMA DEOBANDI) DAN LAINNYA MENGHUKUM MUSYRIK,KAFIR,BID'AH,SESAT KEPADA PENGASAS MAULID NABI IAITU Muzaffar ad-Din ibn Zain al-Din DAN BARELWI KERANA SAMBUT MAULID."


Lihat kepada tulisan yang bold merah tu.Tak kan tak faham lagi.Kalau tak faham juga pi ambik BM paper Julai supaya faham bahasa melayu.

karkun Ibn Hussain masih mahu menegakkan benangnya yang basah tu dengan menuduh kami tak faham english....susah nak ajar orang taksub buta ni.....wahai karkun Ibn Hussain...cuba translate ayat ini:

 The celebration of the mawlid is an innovation in religion. Neither was it the practice of the Prophet s.a.w و nor did the companions or tābi’īn (followers) celebrate this occasion. The great scholar, ‘Allāmah Anwar Shāh Al-Kashmīri (May Allāh Ta'ālā be pleased with him) said,
“A Ṣufi innovated it in the era of Sulṭān Irbil around the year 600 A.H, and it does not have any basis in our pure Sharī’ah.” (Al-‘Arf ash-Shadhi, 2/82)


lepas tu tengok tulisan imam Ibnu Katsir pandangan beliau tentang sultan tersebut: 

 Al-Hafiz Ibn Katsir berkata dalam al-Bidayah wa an-Nihayah Juzuk 13, Halaman 136, Terbitan Maktabah al-Ma’arif seperti berikut:

“… al-Malik al-Mudzaffar Abu Sa’id al-Kukabri, salah seorang dari pemimpin besar yang cemerlang serta raja-raja yang mulia, baginya kesan-kesan yang baik14 (lihat kata Ibn Katsir “kesan-kesan yang baik”), beliau telah mengadakan maulid yang mulia pada bulan Rabiulawwal, dan mengadakan sambutan yang besar. Selain itu, beliau seorang yang amat berani, berakal, alim lagi adil. Semoga Allah merahmati beliau dan memperbaikkan kesudahannya…” dan beliau berkata seterusnya : “dan beliau (Sultan Muzaffar) berbelanja untuk menyambut maulid 300,000 dinar”
 Dalam link yang sama beliau(anwar shah kashmiri) memetik kata-kata Imam Ibn Hajar as qolani sebagai berkata :



"He was a follower of the Zāhiri school of thought and often slandered the scholars and the scholars of the past. He possessed an evil tongue and was stupid, self-conceited, lacked insight in religious matters, and looked down upon religion." (Lisān al-Mizān, 4/296)
 Di bawah kami scan kitab tersebut yang ada perkataan Imam Ibn Hajar  :

















Lihat pada baris ketiga beliau berkata :" Inahu kant Bid'atan hasana" yang bermaksud bid'ah yang baik (terpuji).

Kenapa ayat "BID'AH HASANAH' itu di sembunyikan dalam fatwa tersebut??
Ini dipanggil JENAYAH PENIPUAN INTELEK oleh golongan salafi wahabi.

Ibn Hussain menulis:>>
Tuan, bila pula ana kata Syeikh Saifur Rahman Mubarakfuri tu wahabi, ana kata dia salafi. Antum ni wahabi ngan salafi pun tak boleh beza lagi.

kami jawab:>>>cuba baca link ini: http://zalghazali.multiply.com/journal/item/76/ASAL-SALAFI-DAN-KAITANNYA-DENGAN-WAHABI.?&show_interstitial=1&u=%2Fjournal%2Fitem

dan FOKUS kepada ayat-ayat ini: '
  Salafi datang nya dari kalimah "salafa" yg bererti "terdahulu". Di itlaqkan kalimah ini pada "salafus soleh" iaitu golongan 300 tahun pertama selepas hijrah yang merangkumi Sahabah, Tabiin dan Tabiut Tabiiin. Itulah sebenar-benar salafi.

Ulama yang lebih berhak menggunakan istilah  SALAFI adalah 4 orang imam mazhab.Salafi yang ujud sekarang ini adalah jelmaan dari wahabi Saudi termasuk Anwar Kashmiri dan ulama deobandi lainnya berdasarkan fatwa mereka  yang suka  membid'ahkan orang lain.

Ibn Hussain tulis:

Tuan2 mengatakan politik merupakan perbualan harian Nabi s.a.w dan para sahabah r.anhum dan merujuk kepada peristiwa fathah makkah dan hijrah ke habsyah. Tuan2 sila rujuk dlm kitab2 hadith, para muhaddithin meletakkan hadith serta peristiwa di bawah bab apa dan tajuk apa.

 
kami jawab:>>>boleh bagi hadith tu bawah tajuk apa dan sebut nama kitab sekali??

Ibn Hussain tulis:
Berkenaan laporan jemaah ke baitul maqdis tu ana pun faham macamana antum boleh buat kesimpulan begini"KALAU PARA RASUL PUN MEREKA BOLEH MENIPU TIBA-TIBA TABLIGH PULAK LEBIH HEBAT DARI NABI??
Adakah tuan juga akan kata Saidina Umar lebih baik dari Nabi s.a.w kerana org2 yahudi menyerahkan kunci baitul maqdis kpdnya.
Utk pengetahuan tuan org2 yahudi dan nasara tidak takut pada senjata, tetapi takut pada amal agama yg mengikut sunnah nabi s.a.w, spt solat berjemaah, miswak, dsbgnya kerana pertolongan Allah terletak di dalamnya. Saidina Umar r.a dlm suratnya kpd Saidina Amr Al As berpesan, perbetulkan saf solat kamu dan jangan tinggalkan miswak, pertolongan Allah bersama kamu.

kami jawab:>>>betulkan tulisan anda...bukan baitul maqdis TETAPI Israel.Dalam blog-blog karkun mereka tak tulis baitul maqdis pun!!
Kami dalam harakah islamiyah lebih tahu perihal tipudaya yahudi dari  karkun jemaah tabligh.Jadi tak perlu anda menyebarkan kebohongan hanya berdasarkan cerita-cerita yang didengar dalam bayan sahaja.

Saidina Umar dapat kunci Baitul maqdis melalui peperangan bukan dengan cara dakwah ala tabligh.Cuba baca ringkasan kisah itu dalam link ini:
http://muhdhazrie.wordpress.com/2011/08/06/kisah-saidina-umar-al-khattab-membuka-kota-al-quds/

Peperangan Yarmouk adalah muqadimmah kepada pembukaan kota Baitul Maqdis.Bila sebut peperangan alat UTAMANYA adalah senjata BUKAN PERIUK BELANGA YE...
Jemaah tabligh pergi Israel satu habuk senjata pun tak bawak,tiba-tiba nak compare dengan perbuatan para sahabat yang bawa senjata??

Ibn Hussain tulis:
Tuan2 yg Mulia, apakah para orientalis pernah bersetuju dengan Islam? Dlm semua tulisan mereka diselitkan sikap supaya mempersoalkan secara logik syariat serta sunnah nabi s.a.w. Raja dan Sultan sesat dikatakan hebat, yg adil dan taqwa dikatan jahat dan zalim. Allah telah ciptakan manusia dengan sifat ingin tahu. Lagi banyak org merekacipta cerita berkenaan Islam dan amalan dalam Islam, lagi ramai org membuat kajian dan bertemu dengan kebenaran.

kami jawab:
Sama macam ulama wahabi termasuk Anwar shah kashmiri yang menuduh sultan Irbil bid'ah sesat.Adik beradik Oreantalis.itu sebab kami dedahkan dokument ulama deobandi supaya umat islam tahu kebenarannya.

 Ibn Hussain tulis:

Antum ni ikut daripada jauh, dengar sayup2 sahaja, macamana nak faham. Buat apa pun perbetulkan niat dulu. "Dan sesiapa yg Allah s.w.t mahukan kebaikan drpnya, maka Allah bagi dia kefahaman agama. Org yg terhalang drp mendapat kefahaman agama yg betul terjauh dr rahmat Allah. Org yg pernah keluar tidak akan mengungkap "kami pernah ikut". Antum ni macam dengan SB dan pegawai2 pusat islam yg Tun M hantar ke masjid india, sri petaling, nizammuddin dan raiwind mencari maklumat dan menghasut.

kami jawab:
ini namanya dakwaan sembrono...kami duduk rapat dengan karkun lain dalam majlis bayan tiba-tiba anda kata kami dengar dari jauh??....ish...ish...ish...
jangan tafsir ayat tu guna logik akal kamu yang sempit itu.Rujuk tafsiran ulama maknanya supaya kamu tidak sesat dan menyesatkan orang!!!
Jakim tahu kesesatan jemaah al Arqam dulu pun bukan hanya pandang dari jauh tapi hantar spy dalam program mereka untuk siasat dan buat kajian.kalau duduk jauh-jauh,sampai la ni tak tau arqam sesat.apa daa punya hujjah....

 Ibn Hussain tulis:
Komen ana: Bayan ini dalam urdu dan terjemahannya yg sebenar ada dijual di Masjid Jame' BB Sri Petaling. Bayan tu panjang dia hampir 3jam, kan panjang tu saja teks dia. Ana ada dalam bayan ni.
Tuan2 yg mulia, kalau nak cari salah org memang senang, tetapi kalau tuan2 ni ahli ilmu maka ikutlah adab. Adab adalah akhlaq dan akhlaq pakaian org mukmin.

kami jawab:
Dulu dalam kitab fadhail amal ada bab fadilat haji,tapi la ni bab tu telah dibuang sebab telah dikritik hebat kerana mengadungi cerita dongeng,tahyul dan khurafat.Kami sempat membeli kitab pertama itu di sri petaling.Kalau tidak dikritik nescaya bab tersebut masih wujud sehingga kini.

Dalam islam wajib mendedahkan kemungkaran dengan tujuan menyelamat umat islam lain dari kemungkaran/kesalahan tersebut.

 Ibn Hussain tulis:
 Sekali lagi ana ingin nasihatkan antum semua, mulut tu jangan lah celupar sangat.

kami jawab:
anda juga kena nasihatkan semua karkun tabligh yang masih degil itu supaya hentikan tulisan mereka yang menghina para rasul,sahabat dan ulamak tu.Jangan jadi Syaitan bisu ye....
Celupar untuk tegak kebenaran LEBIK BAIK dari celupar mempertahan kebathilan.........





 


 
  









Monday, 4 March 2013

Hakikat Ungkapan 'Yakin Allah"

“YAKIN DENGAN ALLAH” TIDAK BERERTI KITA TIDAK PERLU BERJUANG

 

 Berjuanglah dengan keyakinan. Janganlah jadi seperti mereka yang hanya yakin tetapi tidak berjuang. Bahkan mereka mengatakan bahawa, “sudah yakin, apa perlunya berjuang?”. Ini bukanlah andaian semata-mata, tetapi ia adalah realiti yang terdapat di dalam benak beberapa golongan manusia. Artikel ini akan menjelaskan satu persatu tentang pemikiran songsang ini.

Golongan ini beranggapan bahawa mereka begitu yakin bahawa Islam pasti akan menang. Maka, tidak perlulah kita bersusah payah berjuang pada hari ini, kerana kemenangan itu satu yang pasti. Mereka menggunakan contoh yang tersilap, dengan mengatakan bahawa, seseorang yang sudah dijamin oleh cikgu, lulus dalam peperiksaan, maka, apa perlunya mengulangkaji pelajaran?

Untuk menolak pandangan mereka ini, marilah kita lihat Nabi Muhammad SAW. Baginda SAW sudah pun dijamin syurga, bahkan Baginda SAW sudah pun menyebut beberapa sahabatnya yang dijamin syurga. Maka, apa perlunya Baginda SAW bersusah payah menyebarkan Islam, bersusah payah berhijrah, bersusah payah menahan ejekan dan sebagainya? Adakah Baginda SAW tidak yakin dengan Allah SWT yang menjamin syurga baginya?

Begitu juga kita melihat kesungguhan Baginda SAW dalam menyebarkan Islam. Walaupun terpaksa mengharungi beberapa peperangan. Bukankah doa Baginda SAW mustajab? Kenapakah tidak berdoa sahaja supaya orang kafir dimusnahkan oleh Allah sebelum berperang lagi? Bahkan Saidatina Aisyah pernah bertanya kepada Baginda SAW, “Kenapa perlu bersusah payah untuk beribadah sedangkan engkau telah dijamin syurga?”.

Nabi SAW menjawab “Salahkah sekiranya aku ingin menjadi seorang hamba yang bersyukur?”. Inilah jawapan ringkas oleh Nabi SAW yang sepatutnya disedari oleh kita. Bahkan kita melihat, perjuangan Baginda SAW yang melalui jutaan rintangan. Sedangkan Baginda SAW sendiri memberitahu bahawa Islam pasti akan menang satu hari nanti. Maka apa perlunya Baginda SAW berjuang sekiranya Islam pasti akan tertegak?

Maka, jawapan bagi mereka yang terdapat kesilapan dalam memahami ini, ialah dengan menyatakan bahawa “yakin dengan Allah, tidak bererti kita tidak perlu berjuang”. Bahkan, disebabkan kita yakin dengan Allah lah, kita wajib berjuang. Ya, perjuangan Islam itu adalah wajib.

Sekiranya Baginda SAW yang sudah dijamin syurga dan dijamin kemenangan juga berjuang dan bersusah payah menegakkan Islam, adakah kita hanya boleh mendapatkannya hanya dengan yakin semata-mata? Adakah kemuliaan kita lebih hebat berbanding Nabi SAW? Nabi SAW pun pergi berperang, adakah kita hanya perlu “yakin dengan Allah”, tetapi membiarkan Islam itu dihancurkan?

Mereka juga mengatakan bahawa, Islam itu kepunyaan Allah, dan Allah akan memeliharanya. Maka, saya bertanya balik, “Kamu itu adalah hamba Allah, adakah kita membiarkan agama Allah itu dihancurkan?”. Adakah Nabi SAW tidak mendapat keyakinan sehebat anda? Adakah keyakinan anda lebih hebat daripada keyakinan Nabi SAW sehinggakan anda hanya perlu yakin dan menunggu kemenangan itu sampai?

Hakikatnya yang sebenarnya ialah “berjuang dengan yakin”, bukanlah yakin menang, tetapi tidak berjuang. Orang yang tidak mengulangkaji pelajaran kerana sudah yakin bahawa cikgu akan memberi kelulusan seratus kepadanya, akan menjadi seorang yang bodoh dan malas. Bahkan dia mengatakan bahawa aku tidak perlu mengulangkaji pelajaran kerana cikgu sudah menjamin memberi kelulusan seratus kepada aku. Inilah kalam orang yang bodoh dan malas.

Salam Perjuangan


sumber:  http://drfikrah.blogspot.com

Sunday, 3 March 2013

Syeikh Ahmad Sirhindi


The holy tomb of Imam Rabbani Mujaddid Alf-e-thsni Shaykh Ahmad Sirhindi, at Sirhind, India 

Syeikh Ahmad Sirhindi ialah tokoh pembaharuan dan ahli sufi terkemuka India pada zaman pemerintahan dua sultan Moghul, Akbar (m. 1606) dan Jahagir (m. 1627) ialah Syeikh Ahmad Sirhindi. Beliau lahir pada 1564 di Sirhindi (kini Punjab), India.
Salasilah keturunannya dikatakan sampai kepada Umar al-Khattab. Sirhindi belajar di Sialkot (kini di Pakistan), pusat ilmu Islam pada zaman Moghul.
Setelah tamat belajar di Sialkot, beliau pulang ke kampungnya dan kemudian pergi ke Agra, ibu kota Moghul, untuk mendalami ilmu hadis dan tafsir. Di Agra, beliau berhubungan dengan ulama istana seperti al-Faidi dan Abu al-Fadl.
Kedua-duanya tidak disukai oleh ulama ortodoks kerana dianggap menganut agama bidaah. Pada 1617, Sirhindi dipenjarakan di Gwalior selama setahun oleh Sultan Jahangir tetapi dibebaskan atas desakan Mahabat Khan, pemerintahan Kabul. Kemudian beliau menjadi penasihat khusus Jahangir selama enam tahun.
Sirhindi meninggal dunia pada usia 60 tahun (1624) dan dikebumikan di tanah kelahirannya, Sirhind.
Sirhindi dikenali dengan gelaran kehormat Mujaddid Alf Thani (tokoh pembaharuan millennium kedua) dan Imam-I Rabbani (pemimpin yang diilhami Tuhan). Gelaran Mujaddid Alf- Thani ini diberikan oleh Mulla Abdul Hakim, seorang ulama terkemuka dari Sialkot.
PERJUANGAN KESUCIAN ISLAM
Sirhindi berjuang membela kesucian Islam dengan menentang ajaran agama yang dianggap sesat dan menyimpang daripada akidah serta syariat yang sebenar. Beliau menentang Din Ilahi (agama Tuhan) beraliran Syiah yang memasukkan unsur luar ke dalam Islam.
Aliran Din Ilahi ini diumumkan oleh Sultan Akbar. Sirhindi juga menentang wahdatul wujud (panteisme) kerana mengganggapnya menyimpang daripada syariat dan berusaha berusaha membersihkan tasawwuf daripada segala bentuk penyimpangan. Beliau sendiri merupakan pengikut Naqsyabandiyah.
ISBAT AL- NUBUWWAH
Ahmad Sirhindi menulis beberapa karya; antara yang paling penting ialah Isbat al- Nubuwwah(Pembelaan Atas Kenabian), Radd-I Rawafid ( Penolakan Atas Aliran [Syiah] Rafidah), danMaktubat (Surat-surat).
Melalui karyanya ini, gerakan Sirhindi memberikan pengaruh yang besar di benua kecil India, dan pada umumnya berjaya menandingi kecenderungan yang mengabaikan ikatan moral di kalangan ahli sufi.
KESATUAN WUJUD
Sirhindi mengkritik doktrin wahdah al-wujud (kesatuan wujud: panteisme) Ibnu Arabi (1165-1240). Beliau mendakwa bahawa doktrin wahdah al-wujud menyamakan Tuhan dengan alam semesta hingga perbezaan antara Tuhan dengan alam semesta hingga perbezaan antara Tuhan dengan alam, termasuk manusia, tidak jelas  lagi. Menurut beliau, doktrin wahdah al-wujud tidak mempunyai dasar di dalam al-Quran dan sunnah.
Bagaimanapun, beliau bersetuju jika wahdah al-wujud dilihat sebagai suatu pengalaman semata-mata, bukan sebagai kepercayaan kepada hakikat sebenarnya. Menurut Sirhindi, wahdah al-wujudialah peringkat pengalaman mistik paling rendah.
KESATUAN KESAKSIAN
Untuk menentang wahdah al-wujud, Sirhindi mengajarkan doktrin wahdat al-syuhud (kesatuan kesaksian), yang membuktikan bahawa yang ada dalam kesaksian (penglihatan) hanya satu wujud, iaitu Tuhan, meskipun pada kenyataannya ada dua wujud yang berbeza: Tuhan dan alam.
Dengan yang demikian, Sirhindi menegaskan perbezaan mutlak antara Tuhan dengan alam. Menurutnya, inilah peringkat mistik paling tinggi.
BIODATA RINGKAS SYEIKH AHMAD SIRHINDI
1564  (10 Muharam 971 Hijrah) Dilahirkan di Sirhindi
1592  Pergi ke Delhi
1593-1594  Bergabung dengan Tarekat Naqsyabandiyah
1600  Memperolehi ijazah dan status Syeikh Tarekat Naqsyabandiyah daripada Syeikh Kwaja Baqi Billah, penyebar pertama Naqsyabandiyah di India
1604  Menjadi mujaddid (tokoh pembaharuan ajaran Islam)
1617  Dipenjarakan di Gwalior oleh Sultan Jahangir
1618  dibebaskan dari penjara atas desakan Mahbat Khan, pemerintahan Kabul
1618-1624  Menjadi penasihat khas Jahangir
1624 Meninggal dunia dan dikebumikan di Sirhind

Susunan ALISAH HARUN
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...