Tuesday 30 October 2012

Menjawab karkun tabligh



Kepada para karkun tabligh yang memberi komen dalam blog ini khususnya zulcar9 dan seri yang telah menghantar komen terbaru anda tetapi kami tidak dapat menyiarkannya atas sebab hendak memfokuskan kepada FITNAH terbaru dari karkun tajuddin adbullah yang sangat melampau itu.

Walaupun begitu kami akan jawab secara umum komen anda berdua.Berkenaan dengan pelawaan anda yang bertali arus untuk menyuruh kami bermuzakarah dengan ulama dakwah di sri petaling bagi merungkai masalah isu yang kami bangkitkan dalam blog ini,

kami jawab:

Apabila jemaah tabligh mengklimkan diri mereka sebagai pekerja agama bermakna  ilmu-ilmu asas tentang islam WAJIB  ada dalam dada setiap karkun sebelum keluar menjadi da’ie. 
Sebagaimana kita sebelum di beri lesen memandu kenderaan terlebih dahulu WAJIB mengambil  ujian undang-undang oleh JPJ.Setelah lulus ,baru diajar cara@kaedah pemanduan kenderaan  yang betul dan selamat.

Ini menunjukkan dengan jelas bahawa dalam masalah dunia pun ada peraturan ketat yang wajib diikuti maka apatah lagi dalam masalah agama lagilah wajib sewajib2nya diberi kefahaman asas tentang islam.Persoalan pokok yang wajib ada sebelum terjun dalam medan dakwah ialah ilmu aqidah kerana dengannya dapat membezakan  mana yang haq dengan yang batil.Sebagai contoh BAGAIMANA KITA HENDAK MENGETAHUI SESUATU UCAPAN SESEORANG ITU BOLEH MENGGUGURKAN IMAN DAN MEROSAKKAN AQIDAHNYA UMPAMANYA AYAT “ALLAH BERKUASA,MAKHLUK LANGSUNG TIADA KUASA” yang kerap di ucapkan oleh orang2 tabligh??
 
Orang yang tidak mengaji bab aqidah pasti tidak akan tahu bahwa ayat tersebut menyebabkan si pengucap menjadi sesat.Perkara aqidah ini bukan berada di ‘tangan ‘ ulama tabligh di sri petaling sebagai ‘SUMBER RUJUKAN’ tetapi ia ada dalam  dua sumber yang maksum(al quran dan sunnah).Ini bermakna bila timbul isu aqidah pegangan jemaah tabligh maka hendaklah kita merujuk dua sumber maksum tersebut iaitu kitab-kitab tafsir para ulama muktabar yang paling hampir dengan zaman nabi dan para sahabat sebab DAKWAH ISLAMIYAH BERASAL DARI MEREKA BUKAN DARI JEMAAH TABLIGH DI INDIA,PAKISTAN DAN BANGLADESH.

BUKANKAH ORANG TABLIGH MENGEMBAR-GEMBURKAN DAKWAH MEREKA IKUT CARA NABI DAN PARA SAHABAT MAKA APA MASALAHNYA BILA KITA MENCARI DAN RUJUK TERUS KEPADA SUMBER ASAL DARI PARA ULAMA YANG MEMBUKUKAN KITAB-KITAB HADITH SEPERTI IMAM BUKHARI,MUSLIM,ABU DAWUD DAN RAMAI LAGI UNTUK KITA FAHAM KERJA DAKWAH NABI??

KENAPA  MESTI RUJUK KEPADA KITAB2 MAULANA TABLIGH SAHAJA ATAU TOKOH2 MEREKA DI SRI PETALING???.Cuba kita tengok PAS apabila di kritik oleh berbagai pihak dengan tuduhan ‘pergunakan agama untuk tujuan politik sempit’,parti ajaran sesat,ulama su’k(dunia)dan berbagai tuduhan lain tetapi semuanya dapat dijawab dan sanggah oleh bukan sahaja majlis syura ulama PAS bahkan AHLI BIASA SEPERTI KAMI PUN MAMPU MENJAWAB SEMUA TUDUHAN TERSEBUT KERANA SUMBER KAMI ADALAH AL QURAN DAN HADITH YANG BISA DIPELAJARI OLEH SEMUA AHLI PAS.DIA BUKAN HAQ MUTLAK ULAMA PAS SAHAJA .

INI BERBEZA DENGAN PENGIKUT TABLIGH YANG RATA-RATA TIDAK MAMPU MENJAWAB KRITIKAN DARI PIHAK LAIN KERANA SEBABNYA DALAM SISTEM JEMAAH TABLIGH  TIDAK ADA PENGAJIAN ILMU KEFAHAMAN ASAS-ASAS ISLAM TERMASUK MEMPERDALAMKAN ILMU AQIDAH.bila datang isu-isu yang dibangkitkan dalam blog ini,para karkun menjadi ‘blank’.

Umpama seperti seorang yang baru membeli sebuah kereta tetapi mengabaikan atau tidak peduli dengan buku manual(ilmu) yang telah disediakan oleh kilang kereta tersebut lalu apabila berlaku kerosakan yang kecil sahaja sudah kelam kabut ia mencari mekanik untuk repair walhal jika sekiranya ia membaca buku manual(ilmu) itu pasti dia dapat sekurang-kurangnya menyelesaikan sendiri kerosakan kecil tersebut tanpa perlu kelam kabut mencari mekanik.

Begitulah perumpamaan orang tabligh yang mengabaikan buku manual(pengajian ilmu aqidah)sehingga isu-isu kecil pun menjadikan mereka kelam kabut macam kena serang  Tsunami.Isunya kecil sahaja iaitu SEBUTKAN NAMA KITAB,PENULIS,PENERBIT,PENCETAK,MUKA SURAT,LINK DAN TAHUN CETAKAN .

TAK KAN PERKARA SEKECIL ITU PUN KENA RUJUK PEMIMPIN TERTINGGI??

KAMI DAH SEBUT BANYAK KALI BAHAWA JEMAAH TABLIGH DAN KERJA DAKWAH  UMPAMA SEBUAH KERETA DENGAN PEMANDU.KERETA MEWAKILI KERJA DAKWAH MANAKALA PEMANDU MEWAKILI JEMAAH TABLIGH.APABILA KITA MELIHAT SEBUAH KERETA DIPANDU DENGAN LAJU hingga MELANGGAR SEEKOR KUCING MAKA ORANG ramai AKAN PERSALAHKAN PEMANDU.HANYA ORANG YANG TAK WARAS  SAHAJA YANG AKAN SALAHKAN KERETA.

Begitu juga bila kami kritik jemaah tabligh bermakna kami kritik system atau method gerakerja organisasi tabligh.kerja dakwah tak kena mengena langsung.

Tak kan perumpamaan simple ini pun tak faham???

Orang marah kepada kami kerana mencari salah dan aib jemaah tabligh TETAPI MEREKA LUPA BAHAWA TINDAKAN KAMI INI ADALAH SEBAGAI MENCONTOHI SAHABAT NABI IAITU HUZAIFAH IBNU YAMAN R.A .DIKALA SEMUA ORANG HANYA BERTANYA HAL-HAL KEBAIKAN SEBALIKNYA BELIAU SEORANG SAHAJA YANG BERTANYAKAN HAL-HAL BURUK AGAR BISA MENGENAL DAN MENJAUHINYA;

Dari Hudzaifah Ibnul Yaman Radhiyallahu Anhu berkata : Manusia bertanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam . tentang kebaikan, sedangkan aku bertanya kepada baginda tentang keburukan karena khawatir jangan-jangan  menimpaku.Maka aku bertanya ; Wahai Rasulullah, sebelumnya  kita berada di zaman Jahiliyyah dan keburukan, kemudian Allah mendatangkan kebaikan ini. Apakah setelah ini ada keburukan ? Baginda bersabda : ‘Ada’. Aku bertanya : Apakah setelah keburukan itu akan datang kebaikan ? Beliau bersabda : Ya, akan tetapi di dalamnya ada dakhanun.
Aku bertanya : Apakah dakhanun itu ?. Beliau menjawab : Suatu kaum yang mensunnahkan selain sunnahku dan memberi petunjuk dengan selain petunjukku. Jika engkau menemui mereka maka ingkarilah. Aku bertanya : Apakah setelah kebaikan itu ada keburukan ?. Beliau bersabda : Ya, Du’atun ala abwabi jahannam (Para Penyeru(da’i-da’i) ke Pintu-Pintu Neraka Jahannam).
Barang siapa yang mengijabahinya (mengikutinya), maka akan dilemparkan ke dalamnya. Aku bertanya : Wahai Rasulullah, berikan ciri-ciri mereka kepadaku. Baginda bersabda : Mereka mempunyai kulit seperti kita dan berbahasa dengan bahasa kita.
Aku bertanya : Apa yang engkau perintahkan kepadaku jika aku menemuinya ?. Baginda bersabda :Berpegang teguhlah pada Jama’ah Muslimin dan imamnya. Aku bertanya : Bagaimana jika tidak ada jama’ah maupun imamnya ? Baginda bersabda : Hindarilah semua firqah itu, walaupun dengan menggigit pokok pohon hingga maut menjemputmu sedangkan engkau dalam keadaan seperti itu”. 
(Bukhari dan Muslim)

Kami mengetahui kerosakan dan kebathilan jemaah tabligh berdasarkan pendedahan oleh ustaz Jamaluddin Abu Bakar(bekas karkun besar) dalam blog beliau: http://jamaluddinab.blogspot.com/2011/02/kenali-jemaah-tabligh.html

Ini berlaku setelah beliau belajar secara bertalaqqi kitab-kitab ilmu tauhid/aqidah ASWJ para ulama muktabar.Ini menjadi bukti jelas bahawa dalam organisasi tabligh itu memang wujud berbagai fahaman yang salah dan bathil.Ia hanya dapat dikesan bila telah mengaji ilmu aqidah ASWJ.




41 comments:

  1. Kami ada satu cadangan kepada karkun zulcar9 agar meminta ahli syura tabligh sri petaling menerbitkan satu risalah atau buletin lepas tu di tampal di setiap masjid dan surau yang ada karkun tempatan supaya jawapan dari pihak atasan tabligh dapat dibaca oleh semua orang.

    Kalau dalam medium internet,tak semua orang ada kemudahan itu terutama golongan tua yang dah pencen.Dan kadang -kadang yang menjawabnya bukan ulama tabligh tapi karkun level 'awamunnas' yang naif dan tak mewakili tabligh pusat.lebih kepada pandangan peribadi.

    kami tak jumpa dalam blog-blog karkun tabligh membincang penderitaan yang menimpa umat islam di serata dunia seperti Somalia,Syiria,Afganistan,Palestine dll.

    APAKAH ORANG TABLIGH TIDAK ADA SIFAT BELAS KASIHAN DAN PRIKEMANUSIAN??

    YANG BANYAK KAMI JUMPA IALAH ISU IMAN LEMAH,DAKWAH KHURUJ,IJTIMAK,AUDIO BAYAN,FOTO-FOTO SANTAI DI LOKASI KHURUJ,MAKAN DALAM TALAM DAN SEWAKTU DENGANNYA.YANG LEBIH MENJEMGKELKAN CERITA PUJIAN MELAMPAU(TAKSUB) KEPADA PENGASAS TABLIGH DAN ANAKNYA...

    APAKAH SETELAH 100 TAHUN USIA JEMAAH TABLIGH HANYA CUKUP BICARA SOAL ITU SAHAJA??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anda tidak menjawab soalan dgn betul.Cuba baca soalan betul2 ayatnya "kenapa blog karkun tak pernah highlight isu penderitaan umat islam......."

      Kami tak tanya "adakah org tabligh pernah turun bantu umat islam di Somalia.....?
      Mcm mane kami nak publish komen anda jika jawapan yg di beri lari dari tajuk?

      Analoginya spt org yg tengok bola kat stadium dlm masa yg sama org kat rumah dpt tengok kat tv.sama2 kongsi rasa walaupun sekadar tengok tv.

      Delete
  2. komen anda hanya akan di publish bila:

    1. menggunakan nama yang dipamirkan sahaja.sekiranya anda guna nama yang lain dari itu ,komen anda tidak akan dilayan.

    2. komen yang perlu dijawab.jika ia telah di jawab sebelumnya maka komen itu tidak akan dilayan.

    3. soalan baru...

    bersambung....

    ReplyDelete
  3. Salam Tn Jundullah;

    Soalan sebenar ialah

    APAKAH ORANG TABLIGH TIDAK ADA SIFAT BELAS KASIHAN DAN PRIKEMANUSIAN?

    Analogi yang tuan buat tu kena bagi details lagi...maaf saya tak dapat tangkap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. anda kena melihat ayat sebelum itu yang berbunyi:

      "kami tak jumpa dalam blog-blog karkun tabligh membincang penderitaan yang menimpa umat islam di serata dunia seperti Somalia,Syiria,Afganistan,Palestine dll."

      kata kuncinya: 'membincangkan'...

      sila nyatakan jawapan anda pada ayat itu....

      kami pergi kepada soalan seterusnya.

      Syariat islam sangat mementingkan sumber ambilan sesuatu perkara khususnya dalam bab amal ibadah dan fakta sejarah.Dalinya Firman Allah yang mafhumNya:

      "Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”. [Al Hujurat : 6].

      Begitu juga AMARAN Rasulullah SAW yang telah bersabda dengan amat tegas:

      “Barangsiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja, maka dia telah menempah tempat di dalam neraka.” Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim.

      kami dapati dalam semua blog karkun tabligh pada topik dalil 'khuruj' ada menukilkan nama WAHAB BIN ABI QABAHAH yang dikatakan sebagai sahabat nabi telah berdakwah(khuruj) ke kepulauan Riau pada tahun 627M.....

      SOALAN KAMI,BOLEH NYATAKAN TARIKH LENGKAPNYA??

      Delete
    2. "kami tak jumpa dalam blog-blog karkun tabligh membincang penderitaan yang menimpa umat islam di serata dunia seperti Somalia,Syiria,Afganistan,Palestine dll."

      Assalam. .
      Maaf, Ingin saya bertanya. apakah yang tuan mampu untuk lakukan untuk itu?
      sedang diri masih belum benar2 memahami erti perjuangan, cukup kuatkah kita untuk membantu mereka? kita melihat pada kesengsaraan mereka tapi terlihatkah kita pada apa yang akan berlaku pada negara kita suatu masa nanti? Jika kita sesama islam masih tak menampakkan ikatan yang kukuh, masih tidak mahu menerima pendapat orang lain disebabkan merasakan ilmu didada terlalu tinggi hingga berjalan tak melihat pada bumi akhlak diri seperti inikah yang membuatkan kita merasa cukup bersedia?
      Oleh itu lebih baik kita fikir risau bimbang saudara2 kita terlebih dahulu. Sesungguhnya mencegah itu lebih baik daripada merawat.. harap tuan2 sekalian dapat memahami bisikan hati insan biasa. :-)

      Delete
  4. Tn Jundullah;

    Alhamdulillah sangat bagus teguran tuan untuk para daei'2 sekalian. Ambilah peringatan ini juga untuk diri saya dan tuan juga.

    Berkenaan dengan cerita Sahabat Nabi SAW yang khuruj sampai ke kepulauan Riau, tuan pun faham asalnya dari kitab yang berjudul

    'Wali Songo dengan perkembangan Islam di Nusantara', oleh Haji Abdul Halim Bashah, terbitan Al Kafilah Enterprise, Kelantan, 1996, m/s 79, bab 9, ISBN 983-99852-8-0.

    Jadi atas maksud ilmu, apa salahnya saya dan tuan, kita berdua mencari kitab rujukan yang berjudul seperti di atas unutk mencari keaslian/kebenaran dalam tarikh sebenar seperti yang diminta..

    Lagipun ini adalah sebahagian dari sejarah islam. Bukan setakat kisah di atas malahan ribuan kisah dalam sejarah islam yang mana tarikh sebenar adalah dalam pertikaian dan perselisihan. Ini tidaklah pula bermaksud untuk kita perlu saling tuding menuding menyalahi sesama kita selagi pegangan tidak menyalahi hukum perundangan dalam Al-Qur'an dan Hadith. Sebagaimana kata Maulana Zakariyya rah dalam kitab Fadhilat Solat mengatakan yang kisah2 para ahlullah adalah sebahagian dari sejarah dan sememangnya kedudukan sejarah adalah rendah berbanding kedudukan hadith...

    Berkenaan analogi itu saya belum mampu memahaminya. Adakah cukup hanya kita duduk di depan kaca tv, dan itu sudah merasai penderitaan ummat? Bagaimana hanya cukup memerhatikan orang pergi berdakwah/berdemo/mengundi dengan hanya kita perhatikan semuanya di depan kaca tv? Dan ini dikatakn kita sudah sama2 merasai perasaan orang berdakwah/berdemo/mengundi?
    Minta tolong jelaskan...

    Wallahu a'lam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam islam (berdasarkan ayat al quran dan hadith di atas) telah ditetapkan garis panduan dalam kita hendak menyampaikan sesuatu berita tak kira samada sejarah,hukum hakam dll.

      anda tulis:

      "selagi pegangan tidak menyalahi hukum perundangan dalam Al-Qur'an dan Hadith."

      kami jawab:

      kisah sejarah yang dinukilkan oleh hampir seluruh blog karkun tabligh yang mendakwa tokoh tersebut sebagai sahabat nabi sebenarnya menyalahi NAS al quran & hadith.SEBABNYA IALAH KERANA KISAH TERSEBUT MASIH LAGI DALAM KAJIAN AHLI SEJARAH/AKEOLOGI TEMPATAN DAN LUAR NEGARA UNTUK MENGESAHKAN KEBENARANYA.

      BAGAIMANA ORANG TABLIGH BOLEH MENYEBARKAN BENDA YANG BELUM PASTI??

      Yang lebih teruk ialah mendakwa tokoh tersebut seabagai sahabat nabi.Sekiranya kajian menunjukkan beliau bukan sahabat nabi bermakna cerita yang telah disebarkan itu termasuk dalam kategori "BERDUSTA ATAS NAMA NABI SAW" yang akibatnya CONFIRM masuk neraka sekiranya tidak sempat bertaubat sebelum mati.

      Yang menjadi masalah ialah taubat anda hendaklah(wajib) secara terbuka (dalam blog atau TV).TIDAK CUKUP HANYA BERTAUBAT DALAM BILIK SORANG-SORANG SEBAB IA MELIBATKAN RAMAI ORANG YANG TELAH MEMBACA INFO TERSEBUT.Apa yang lebih penting kena jelaskan perkara sebenar.

      Kalau sidang pembaca tidak percaya sila buat buat carian google nama wahab bin abi Qabisah.Hampir seluruh blog karkun tabligh menukilkan kisah tersebut tanpa selidik dahulu samada ia benar atau tidak.Ini adalah perkara yang sangat memalukan dan menjatuhkan standard orang islam di mata orang bukan islam.

      sebagai contoh kita tengok blog
      http://wirapendang.blogspot.com/2011/04/dakwaan-ada-kubur-sahabat-nabi-di_13.html

      Fakta awal bercanggah dengan fakta pertengahan dan akhir.di ruang komen ada seorang hamba Allah menegur kesilapan tuan blog yang menerbitkan artikel tanpa usul periksa.Walaupun ia isu sejarah namun ia melibatkan benar atau palsu,dosa dan pahala.bukan boleh buat sembrono je(syok sendiri).hanya kerana nak menarik orang ramai joint tabligh direka-reka cerita2 yang samar-samar(tidak jelas) bahkan palsu.

      Delete
  5. Salam Tn;

    Seperti yang tuan maklumi, internet bukan medan untuk perjuangan usaha dakwah Tabligh. Ini yang merupakan satu salah faham yang umum berlaku bila buat perbandingan antara usaha dakwah tabligh dengan usaha2 yang lain. Naihat saya marilah kita melihat kebaikan antara satu sama lain dan elakkan dari terus tuduh menuduh (masuk neraka dan sebagainya)yang akhirnya menjatuhkan terus usaha untuk perjuangan islam untuk ummat. Internet bukannya medan usaha dakwah Tabligh tapi adalah menjadikan mana2 Masjid mirip kepada Masjid di zaman Nabi SAW yang hidup dengan amal. Dalam internet ini adalah pandangan peribadi. Tuan juga sendiri yang quotes

    "Kalau dalam medium internet,tak semua orang ada kemudahan itu terutama golongan tua yang dah pencen.Dan kadang -kadang yang menjawabnya bukan ulama tabligh tapi karkun level 'awamunnas' yang naif dan tak mewakili tabligh pusat.lebih kepada pandangan peribadi."

    Saya yakin Tn Jundullah pernah membaca bagaimana agama islam sampai ke tanah melayu, ada yang kajian mengatakan dari gujerat (pedagang india), ada juga mengatakan dari Pattani, malahan ada juga yang menyatakan dari China. Kita semua diajar di bangku sekolah tentang sejarah ini. Jadi mana2 yang kita telah percaya kepada kajian ini marilah kita isytiharkan taubat beramai2 kerana mempercayai sejarah yang belum ada bukti tentang kesahihannya. Itulah yang berlaku bila blog2 karkun memaparkan sejarah dan bukannya mengubah mana2 Hadith Nabi SAW yang termasuk dalam kategori berdusta atas nama Nabi SAW.

    Oh yea tn, analogi tu mcm mana? Jawaban anda masih saya tunggu.

    Wallahu a'alam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anda tulis:

      "Naihat saya marilah kita melihat kebaikan antara satu sama lain dan elakkan dari terus tuduh menuduh (masuk neraka dan sebagainya)yang akhirnya menjatuhkan terus usaha untuk perjuangan islam untuk ummat."

      kami jawab:

      Kami dah sebut banyak kali sebelum ini bahawa kami tak pertikai kerja dakwah JT.Silalah group anda nak ajak orang pergi masjid,solat jemaah,solat tahajjud dll tapi ANDA KENA INGAT!!

      Nabi pun berdakwah ajak orang kepada islam TETAPI dalam masa yang sama Nabi larang perbuatan MENIPU/BERDUSTA seperti dalam hadith di atas.Nabi BUKAN suruh buat baik sahaja tetapi melarang/mencegah para sahabat melakukan kezaliman dll.

      SALAHKAH KAMI MENCONTOHI NABI KAMI DENGAN MENEGUR ORANG TABLIGH YANG BANYAK MENIPU??

      anda tulis:

      "Internet bukannya medan usaha dakwah Tabligh tapi adalah menjadikan mana2 Masjid mirip kepada Masjid di zaman Nabi SAW yang hidup dengan amal."

      kami jawab:

      kalau begitu apa kata anda hantar email kepada seluruh karkun tabligh yang ada blog supaya tutup blog mereka serta merta untuk mengelakkan umat islam lain dari mendapat info islam yang salah dan syubhat itu....

      Fuad akmal sendiri tulis 'Blog ini di bina bukan untuk tujuan dakwah,kerana dakwah itu sudah ada manhajnya/caranya.Secara infradi aku gunakan blog sebagai medan dakwah,tetapi secara ijamaiinya aku ikut masyaikh-masyaikh dakwah'

      komen kami:

      satu ayat yang mengelirukan.sekejap dia kata blog bukan untuk tujuan dakwah...lepas tu last sekali lain pulak ayatnya:'aku gunakan blog sebagai medan dakwah'

      MANA SATU YANG BETUL??

      SO NASIHAT KAMI.... DARI SEGI PRINSIP PUN DAH TUNGGANG LANGGANG,BELUM LAGI AMBIL KIRA INFO YANG DI COPY PASTE TANPA DIKAJI DAHULU LEBIH BAIK TUTUP JE BLOG ITU SUPAYA TIDAK MENIMBULKAN FITNAH KEPADA AGAMA .

      analogi itu coming soon akan dijawab...



      Delete
    2. anda tulis:

      "Itulah yang berlaku bila blog2 karkun memaparkan sejarah dan bukannya mengubah mana2 Hadith Nabi SAW yang termasuk dalam kategori berdusta atas nama Nabi SAW"

      kami jawab:

      Dari gaya ayat diatas,nampaknya anda tak pernah belajar tentang perbahasan tafsir hadith(memang orang tabligh hanya baca hadith je,itupun terjemahannya)khususnya karkun melayu.

      buktinya anda tak faham ayat "berdusta atas namaku'.

      baik ...

      kami jelaskan secara ringkas,

      Sejarah Islam di Barus yang dikatakan di sebarkan oleh seorang sahabat nabi yang bernama wahab bin abi qobisah atau syeikh rukunuddin (rujuk blog anakpendang).Walhal maklumat tersebut belum dapat disahkan kerana kajian masih dibuat.

      petikan ayat itu berbunyi "Ditemukan beberapa makam Sahabat Nabi Muhammad SAW di Nusantara. Salah satu yang paling terkenal adalah makam Syeikh Rukunuddin r.hu(ada pendapat mereka adalah orang yang sama Saidina Wahab bin Qobishoh r.hu.) di Barus (Fansur) dekat Acheh, Sumatera Utara. Pada makamnya tertulis bahwa beliau wafat pada tahun 48 H. Tidak diketahui siapa nama Syeikh Rukunuddin r.hu sebenarnya,tapi dari tarikh kewafatanya kita boleh mengatakan bahwa kemungkinan beliau adalah salah sorang sahabat Nabi Muhammad SAW, yaitu orang yang hidup sezaman dan berjumpa dengan beliau."

      komen kami:

      ayat 'ditemukan beberapa makam sahabat nabi" ditulis di permulaan ayat.

      INILAH AYAT YANG DIKATEGORIKAN SEBAGAI 'BERDUSTA ATAS NAMA NABI'

      BELUM PASTI LAGI SAMADA IA SAHABAT NABI ATAU TIDAK,KARKUN TABLIGH TELAH MEMBUAT RUMUSAN SENDIRI TANPA SEDAR TELAH MENGGUNAKAN NAMA NABI.

      TAK FAHAM LAGI??

      'berdusta atas nama nabi' bukan sahaja melibatkan sabdaan(hadith) sahaja bahkan ia termasuk dalam bentuk perbuatan dan kepercayaan.

      seperti mengatakan nabi tidur kat masjid,kepala baginda mengadap kiblat,SEDANGKAN DALAM KITAB AL IMAM GHAZALI MENYEBUTKAN CARA TIDUR NABI BERLAINAN DENGAN APA YANG KARKUN TABLIGH DAKWA.

      dan banyak contoh lain lagi ada dalam blog ustaz jamaludin abu bakar.

      di harap anda faham



      Delete
    3. Assalam..Adakah Jamaluddin Abu Bakar ialah seorang ustaz?

      Delete
    4. Anda kena tanya karkun Fuad Akmal....
      mungkin dia kenal..

      Delete
  6. Salam Tn;

    Tn tulis

    "SALAHKAH KAMI MENCONTOHI NABI KAMI DENGAN MENEGUR ORANG TABLIGH YANG BANYAK MENIPU??"

    Tak salah, jika tn baca dengan teliti post saya pada 1 November 2012 16:52

    "Alhamdulillah sangat bagus teguran tuan untuk para daei'2 sekalian. Ambilah peringatan ini juga untuk diri saya dan tuan juga".

    Cuma bila komen tn dalam suasana emosi itu yang agak keterlaluan (cth: masuk neraka). Kita bawa berbincang dalam suasana ilmu bukan emosi..ini yang menyebabkan wujud suasana benci membenci antara satu sama lain. Yang dicari bukan penyelesaian malahan keaiban2/kesalahan2 terus dipaparkan

    Tuan quotes dari satu blog

    Fuad akmal sendiri tulis 'Blog ini di bina bukan untuk tujuan dakwah,kerana dakwah itu sudah ada manhajnya/caranya.Secara infradi aku gunakan blog sebagai medan dakwah,tetapi secara ijamaiinya aku ikut masyaikh-masyaikh dakwah'

    Ini masih pandangan peribadi tuan seperti yang telah dijelaskan di atas...harap perkara ini tak diulang2 lagi..

    Masih menanti analogi tuan tu...insha Allah

    ReplyDelete
  7. Salam Tn;

    Saya harap tn pun faham dan muga Allah beri kefahaman kepada kita berdua.

    Tuan tulis

    "'berdusta atas nama nabi' bukan sahaja melibatkan sabdaan(hadith) sahaja bahkan ia termasuk dalam bentuk perbuatan dan kepercayaan.

    Saya setuju dengan pernyataan di atas cuma bila menerangkan sejarah bagaimana islam sampai ke kepulauan melayu terdapat pelbagai pendapat. Tuan pun maklum Sahabat Nabi SAW bergerak ke seluruh alam, ada yang ke China, ada yang ke Syiria, ada yang ke Turki (dengan izin Allah, asbab agama islam tersebar seluruh alam). Pelbagai kajian dibuat, dan dalam hal ini bukannya menolak atau berdusta atas 'perbuatan dan kepercayaan' terhadap Nabi SAW sebaliknya ianya merupakan kajian dari para pengkaji...tetapi kita lupa disebalik cerita2 Sahabat Nabi SAW ialah bagaimana mereka telah memberi pengorbanan dan pengorbanan ini yang mana hari ini ummat telah lupa. Muga Allah pilih saya dan tuan untuk asbab agama islam tersebar seluruh alam

    Analoginya..............masih tertunggu2 lagi

    Wallah a'alam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anda sebenarnya telah lari dari tajuk .dan tulisan anda tidak menunjukkan kematangan berhujjah.anda cenderung utk buat banyak 'spin' pada soalan kami.

      Kami rujuk kpd isu org yg bernama wahab bib abi qobisah tapi anda spin nama yg dah confirm sahabat.kami rujuk kpd tempat bernama Barus,anda spin tempat lain.sebenarnya banyak soalan kami yg anda gagal jawab.kalau kami jadi anda,...malu nak tulis komen lagi.

      Contohnya isu nasab maulana ilyas yg masih tiada jawaban,tapi anda dgn muka tak malu nak kami jawab soalan anda......tak malu sungguh.....

      Delete
  8. Tentang nasab Maulana Ilyas telah pun saya bgtau tuan, tuan petik dari kata2 karkun awamunnas yang mana hujah ini telah pun terjawab dengan ulasan dari pihak tuan sendiri...kerana Demi Allah perkara ini belum pernah saya dengarkan dari bayan2 utama/mana2 ijtima'. So dari itu saya berhujah menggunakan semula hujah tn sendiri....tuan tulis...

    "Kalau dalam medium internet,tak semua orang ada kemudahan itu terutama golongan tua yang dah pencen.Dan kadang -kadang yang menjawabnya bukan ulama tabligh tapi karkun level 'awamunnas' yang naif dan tak mewakili tabligh pusat.lebih kepada pandangan peribadi."

    Baru saya tahu tuan ni bab kemukan soalan memang no 1, bertalu2 soalan diberi tapi bila bab nak jawab, ianya menjadi seolah2 satu masalah besar kpd tuan. Itu baru tanya analogi ajer..belum lagi yang lain2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekali lagi anda cuba nak spin ayat kami.

      http://karkun-muda.blogspot.com/2012/01/maulana-ilyas-khandahlawi_6601.html

      http://karkun-penanti.blogspot.com/2009/04/salasilah-keturunan-maulana-muhammad.html

      http://khanndaie.blogspot.com/2012/06/keturunan-abu-bakar-yg-berhijrah-ke.html

      Antara blog yang menyebut nasab maulana ilyas.ANDA SPIN APA LAGI??

      ayat kami itu merujuk kepada peranan ulama tabligh menyiarkan maklumat JT dalam bentuk risalah,buletin dan pamplet untuk diedar di masjid/surau BUKAN SEPERTI APA YANG ANDA SANGKAKAN ITU.ITULAH NAK SPIN TAK BACA BETUL2...

      Sebelum anda kami dah berdebat(soaljawab) dengan abdus soghier,fuad akmal,musafir dll.JADI TUDUHAN ANDA TIDAK RELEVAN....

      Bab analogi telah sedia ada pada posting kami yang lain,so kena rajin cari sendiri jawapannya.Cuma kami boleh bagi contoh kerjaya wartawan TV yang melaporkan berita penderitaan umat islam di Somalia sebagai contoh.Mereka bukan HADAPI MASALAH LEMAH IMAN TAPI MASALAH KURANG SUMBER MAKANAN KERANA PERANG.

      JADI AULAWIYATNYA IALAH MEMBERI BANTUAN MAKANAN ATAU KEWANGAN.KALAU DI sYIRIA BANTUAN YANG DIPERLUKAN IALAH TENTERA DAN KELENGKAPAN SENJATA.

      BAGI KITA DI SINI YANG MENGETAHUI MASALAH MEREKA MELALUI KACA TV ATAU INTERNET SEKURANG-KURANGNYA BOLEH MENDOAKAN MEREKA.

      Delete
  9. Tn Judullah,

    Terima kasih atas jawaban analogi tu biarpun dah beberapa kali menanti...Jika tuan lihat dari post atas nama 'Menjawab karkun tabligh' bertalu2 soalan dari pihak tuan, tetapi biarlah berlaku adil apabila sebelah pihak sudah sekurang2nya menjawab (biarpun jawaban tidak mampu memenuhi kehendak tn), bertanya pula, begitu lama hendak ditunggu jawabannya...jika dah post awal2 tak perlu tn letakkan pernyataan pada post tn bertarikh 2 November

    'analogi itu coming soon akan dijawab'
    ....ini menunjukkan pada saya yang tn juga tidak habis menelaah blog tn sendiri...


    ReplyDelete
  10. Tn Nikki Liar;

    Dari Hadith riwayat Muslim

    " Dari Samurah ibn Jundub r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Empat kalimah yang sangat disukai Allah. Kalimah itu ialah

    Subhana Allah, Alhamdulillah, Laailaha illallah, dan Allahu Akbar...

    barangsiapa membaca yang mana didahulukan atau dikemudiankan adalah dibolehkan...

    Wallahu a'lam

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami nak tanya dzulcar9...

      apa pandangan atau pendirian anda tentang berita ini??

      http://www.kurakura.my/makam-nabi-muhammad-dan-masjid-nabawi-akan-dihancurkan-oleh-kerajaan-arab-saudi/

      Delete
    2. Salam,lama sudah ana tidak mencelah di dalam ruang komentar ini,bila ana perhatikan komentar2 anta,anta banyak kali menyebut nama ana.

      1.Ana nk jelaskan mengenai penulisan di blog ana,yg menimbulkan keraguan di hati anta.Sebenarnya,ana sudah beritahu bahawa ianya satu pandangan/pendapat oleh seorang ahli sejarah yang mengkaji perkara itu.
      Ana ada quotes "Kajian mengenai ini telah di buat oleh seorang pakar sejarah Islam Indonesia iaitu Ustadz Muhammad Nur Abdurrahman,dalam buku karangannya “Meninjau Kembali Masa Hidup Rasulullah”.Pendapat beliau dapat di nukilkan seperti berikut."..anta boleh buat ini sebagai rujukan.

      2.Isu yang kedua ialah tentang pernyataan saya blog saya iaitu"Blog ini di bina bukan untuk tujuan dakwah,kerana dakwah itu sudah ada manhajnya/caranya.Secara infradi aku gunakan blog sebagai medan dakwah,tetapi secara ijamaiinya aku ikut masyaikh-masyaikh dakwah".Sebenarnya kenyataan ini tidak ada salahnya,ini sama hal keadaanya sebagai satu manifestasi ana utk menjelaskan manhaj ana dalam bidang dakwah.

      Bagi ana.Blog ini sebagai kegiatan dakwah infradi ana,dan secara umumnnya pendekataan dakwah secara blog ini kurang keberkasaanya,maka tidak dapat tidak akan mengikut usul dakwah tabligh.

      Kalo anta seorang pemikir,anta akan faham maksud ana.w/a

      Delete
    3. Sy nak tau rujukan tuan sbg mengatakan Jamaluddin abu bakar seorang ustaz. Benarkah atau dia seorang mahir dlm electrical?

      Delete
    4. ini soalan untuk fuad akmal ke?

      Delete
  11. Bagi saya jamaludin seorang engineer bekerja dengan MMC belum sampai tahap ustaz walaupun bersekolahnya di SMK Agama Bandar Penawar. Mungkin umurnya belum 30 tahun lagi.

    WaAllahu 'alam.

    ReplyDelete
  12. salam,

    saya melihat saudara jundullah sangat berilmu dan sangat mahir dalam perdebatan. kami dalam usaha dakwah dan tabligh lebih suka mengaku kalah dan beralah. bukan kerana tidak mempunyai ilmu mahupun tiada pengalaman tetapi lebih kepada memuliakan saudara. kerana dalam hati saudara ada kalimah Iman...dan membuatkan kita ini bersaudara. saya melihat kesalahan ketidak fahaman saudara pada JT adalah berpunca dari diri saya kerana tidak menjadikan usaha dakwah sebagai maksud hidup saya dan merupakan asbab saudara tidak faham usaha JT ini. oleh yang demikian saudara teruskan dengan usaha saudara dan saya teruskan dengan usaha saya. biarlah Allah yang menetukan. Wallhua'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas komenter anda..

      islam membenarkan perdebatan untuk mencari kebenaran.rujuk Surah al-Nahl: 125.Mengalah sebelum 'berjuang' adalah sifat yang sangat disukai oleh yahudi@musuh islam dan iblis.Sekiranya anda berilmu silalah berkongsi disini agar rakan-rakan lain dalam Jt yang masih jahil boleh mengambil manfaat.

      Delete
  13. As Salam Tuan Jundullah,

    Saya ni tak pandai, cuma copy paste ja nih. sekadar pengkongsian sahaja.hee!

    Daripada Ibnu Ka’b bin Malik dari bapaknya dia berkata;

    Aku mendengar Rasulullahi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

    ”Barangsiapa menuntut ilmu untuk mendebat para ulama, atau untuk mengolok-olok orang bodoh atau untuk mengalihkan pandangan manusia kepadanya, niscaya Allah akan memasukkannya ke dalam neraka”.

    Shaikh Nasaruddin Al-Albani berkata: Hasan

    Riwayat Tirmizi

    Betulkah hadis yang saya copy paste ini? Mohon pencerahan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan sempitkan bab menuntut ilmu kepada satu hadith itu sahaja.Antara objektif menuntut ilmu ialah untuk membezakan antara yang haq dengan yang batil.Untuk menerangkan kepada umat islam lain yang mana benar dan yang mana salah.

      Pernahkah anda mendengar kisah budak lelaki bernama Ghulam di zaman bani israel dahulu??

      Mengikut kisahnya beliau di sebelah pagi diarah oleh rajanya belajar ilmu sihir tetapi dalam diam-diam dia juga belajar ilmu tauhid dari seorang pendita.Di pendekkan cerita,satu hari di pertengahan jalan beliau telah berdepan dengan satu situasi yang cemas yang akhirnya telah membuktikan kebenaran ilmu yang dipelajari dari pendita tersebut.

      Kesimpulannya ilmu dipelajari untuk membuktikan kebenaran bukan untuk berdebat dan memperolokkan orang bodoh.

      Think positive lah....

      Delete
  14. oleh keran fikir dan risau tuan fasal jemaah ini, dan dengan ilmu yang ada pada tuan saya yakin dan percaya tuan pasti akan memimpin usaha tabligh ini di masa akan datang. kami mmg sgt2 memerlukan muallim seperti tuan untuk membantu kami dalam mendalami ilmu dan meningkatkan usaha atas iman. tuan tolong doakan saya dan jemaah ini agar terus mendapat bantuan dan hidayah dari Allah. maafkan saya kerana banyak mengomel disini dan terima kasih atas kerisauan tuan pada ahli jemaah. insyaAllah saya akan mencari guru yang mursyid untuk belajar dan berusaha memperbaiki Iman dan Amal dengan cara berdakwah. dakwat nehi iman kamzoor...iman kamzoor amal nehi :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salah sangkaan anda itu...

      Kami risau umat islam lain yang tertipu dan terpedaya dengan kepalsuan ajaran jemaah tabligh.Oleh itu blog ini adalah sebagai hujjah kami di hadapan Allah nanti bahawa kami dah sampaikan kebenaran kepada mereka.

      Kami sekali-kali tidak akan terlibat dengan jemaah tabligh sebab kami telah melakukan solat istikharah dan mendapat petunjuk kesesatan jemaah tabligh.

      Delete
  15. salam ustaz,

    saya memohon maaf atas salah sangkaan saya dan kebiadaban saya. saya menyesal atas tindakan saya menghantar komentar yang mungkin membuatkan tuan ustaz tidak selesa. maafkanlah saya kerana Allah swt dan tolong doakan untuk saya.

    yang kerdil,
    Hafiz Amin

    ReplyDelete
  16. As salam tuan ustaz,

    saya tertarik dengan kisah Ghulam yang tuan cuba kongsikan. saya harap tuan dapat berkongsi didalam entry yang lain dengan lebih mendalam dan sangat bermanafaat untuk golongan muda seperti saya (perasan muda)..untuk dijadikan panduan..hee! terima kasih tuan ustaz dan maafkan saya di atas permintaan saya yang hina ini. itupun jika tuan ustaz tak keberatan.

    Jazakallahukhoir,
    hafiz amin

    ReplyDelete
  17. Salam.
    Izinkan sy bg peluang utk sampaikan kalimah hak.
    Agama tersebar asbab dr pengorbanan, bukan dr ktinggian ilmu, wahai saudaraku. Sedangkan ilmu itu milkliknya Allah swt. Masuk ke syurga pn dengan redha dr Allah, bukan dr tahap ketinggian ilmu. Nabi saw dn shbt ra pn dakwahnya dengan pengorbanan dan bukan tunggu ilmu tinggi baru keluar. Allah swt akan lindungi org yg buat kerja nya. Allah swt juga dae. Nabi juga dae. Kita umat Muhammad juga dae. Sama2 buat kerja sama. Yg penting. Ikot tertib. Dakwah tanpa tertib Allah pasti bg kefahaman yg salah, walaupun ilmu ummat ini tinggi. Boleh sampai ke bulan pn belum tentu boleh lewatkan matinya walau satu saat.
    InshaAllah 3 hari fi sabilillah. Dakwah guna internet tiada kjayaan. Ayuh. Jaulah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sdr afiq

      tulisan anda penuh dengan keraguan:

      - para nabi dan rasul tak perlu ke sekolah/madrasah/pondok untuk belajar ilmu islam sebab mereka manusia pilihan yang Allah lantik dan diajar melalui wahyu.Sebaliknya anda,kami dan kita semua adalah manusia biasa yang perlu belajar ilmu islam melalui pengajian ilmu berdasarkan al quran dan hadith.Bagaimana seorang ulama atau mufti itu mendapat gelaran kalau bukan berdasarkan ILMUNYA TENTANG SYARIAT??

      BAGAIMANA MEREKA MENDAPAT ILMU ITU KALAU BUKAN DENGAN BELAJAR?
      CUBA NYATAKAN KEPADA KAMI NAMA SEORANG ULAMA/MUFTI YANG DILANTIK OLEH MANA-MANA NEGARA TIDAK BERDASARKAN ILMUNYA ??
      SEBUTKAN KEPADA KAMI NAMA SEORANG ULAMA MUKTABAR YANG MENDAPAT GELARAN MULIA ITU BUKAN BERDASARKAN ILMUNYA??

      SEORANG ITU TIDAK AKAN MENDAPAT GELARAN DOKTOR KECUALI IA TELAH MENGHABISKAN STUDY BIDANG KEDOKTORAN DALAM TEMPOH TERTENTU.BEGITU JUGA SEORANG PEGUAM,ARKITEK,HAFIZ QURAN DAN LAIN-LAIN LAGI.

      Delete
    2. Salam semua, untuk tabligh ataupun pas.Hamba kurang ilmu. Sekadar bertanya,
      1-perlukah saya memiliki sijil ulama utk menjadi kekasih Allah.Sedangkan saya tidak berpeluang ,
      2-Beri kan saya peluang utk memilih yang mana benar2 berkuasa, Allah atau manusia.Saya takut kerana saya tak berilmu.Saya takut meduakan kuasa Dia.
      3-Saya ingin mengenal Allah.Siapakah wakil/wali yg benar.Ayah pernah berpesan ...kenallah Allah dgn Allah.(saya kurang ngerti) .Cuma saya takut nak mengenal Allah dgn parti atau persatuan. Saya tidak berilmu.Saya mencari wakil/wali yg paham KEKASIHNYA. Supaya saya terus kepadaNya.Kerana jln yg lurus adalah dua titik point A ke B. Tanpa di bengkang benkokkan.Kalaulah A tu hati saya.Tuan puan tunjukan saya point B nye.Agar saya terus kepada NYA.kerana umur saya dah lewat.takut esok lusa tiada lagi.Setahu saya Semasa zaman awal Rasullullah belum sempat nak ajar panjang lebar(semua tentang islam) Tapi 2 atau 3 sahabat sanggup bermati. Pengenalan/makrifat yg macammane ditunjukan Rasullullah. Agar saya tahu saya benar bertauhid dan bergerak utk Dia atau kerana Dia.

      Delete
    3. Salam semua, untuk tabligh ataupun pas.Hamba kurang ilmu. Sekadar bertanya,
      1-perlukah saya memiliki sijil ulama utk menjadi kekasih Allah.Sedangkan saya tidak berpeluang ,
      2-Beri kan saya peluang utk memilih yang mana benar2 berkuasa, Allah atau manusia.Saya takut kerana saya tak berilmu.Saya takut meduakan kuasa Dia.
      3-Saya ingin mengenal Allah.Siapakah wakil/wali yg benar.Ayah pernah berpesan ...kenallah Allah dgn Allah.(saya kurang ngerti) .Cuma saya takut nak mengenal Allah dgn parti atau persatuan. Saya tidak berilmu.Saya mencari wakil/wali yg paham KEKASIHNYA. Supaya saya terus kepadaNya.Kerana jln yg lurus adalah dua titik point A ke B. Tanpa di bengkang benkokkan.Kalaulah A tu hati saya.Tuan puan tunjukan saya point B nye.Agar saya terus kepada NYA.kerana umur saya dah lewat.takut esok lusa tiada lagi.Setahu saya Semasa zaman awal Rasullullah belum sempat nak ajar panjang lebar(semua tentang islam) Tapi 2 atau 3 sahabat sanggup bermati. Pengenalan/makrifat yg macammane ditunjukan Rasullullah. Agar saya tahu saya benar bertauhid dan bergerak utk Dia atau kerana Dia.

      Delete
    4. Salam alaik...sdr Abd Malek,

      kalimah "AWALUDDIN MAKRIFATULLAH" merujuk kepada makna 'awal agama ialah mengenal Allah.
      Orang Awam seperti tuan dan kami belajar mengenal Allah melalui para ulama/ustaz/ustazah bagi zaman masing-masing.Periode Makkah berlaku selama 13 tahun yang mengikut catatan kitab para ulama adalah fasa mengenal Allah atau pengukuhan iman@aqidah.

      Oleh kerana zaman itu islam baru lahir maka para sahabat melakukan 2 kerja dalam satu masa.Mereka belajar ilmu aqidah melalui tunjuk ajar Rasul berdasarkan wahyu Al quran yang turun berkisar bab tauhid.Dalam masa yang sama mendakwah orang lain untuk membina kekuatan bagi menghadapi musuh.

      'sekolah' yang Nabi saw bina untuk mengajar ilmu aqidah kepada para sahabat ialah rumah Arqam bin Abi al Arqam.Nabi tak ajar ilmu aqidah itu di masjid Haram kerana ia masih dikuasai oleh puak musyrikin .Setelah mantap ilmu aqidah selama 13 tahun itu baru Allah perintah berhijrah untuk mendirikan negara islam.Ini pengertian dari satu sudut.Dan ada pengertian dari sudut yang lain tapi kami tak mau kupasnya dalam kontek ini.

      Berbeza di zaman kita yang islam telah sedia wujud sebelum kita lahir lagi.maka sudah tentu secara prinsipnya mathod dan kaedahnya berbeza.Kalau kita semak sirah para ulama silam salafus soleh maka kita akan dapati bahawa mereka mendahulukan menuntut ilmu semaksimumnya sehingga ada yang tak sempat hendak berkahwin.Mereka mengorbankan kehidupan sosial mereka semata-mata mempelajari ilmu sebanyaknya sehingga menjadi rujukan umat hingga hari kiamat.

      Sebaliknya jemaah tabligh menyimpang dari landasan ini bila mereka mengabaikan menuntut ilmu aqidah tetapi lebih mengejar amal iaitu berdakwah.Berdakwah adalah satu perbuatan amal yang perlu kefahaman ilmu aqidah sebelum ia dilakukan.Sebagaimana profesion doktor yang perlu belajar ilmu perubatan sebelum mereka merawat manusia lain.Begitu jugalah profesion da'e.

      Kalau tidak sudah tentu Rasul saw tak menyebut dalam sebuah hadith ayat "PENYERU2 KE NERAKA JAHANAM".penyeru dalam bahasa arab ialah DA'IE....

      Delete
  18. Assalamualaikum wrt apa kabar tuan yang mulia ada salah faham kati sini

    ReplyDelete
  19. cepat atau lambat pusat da'wah jamaah tabligh akan berpindah ke madinah...karena di madinah pun sudah mulai hidup usaha da'wah...kita sama2 tunggu saja Imam mahdi
    Maulana Ilyas hanya seorang ulama penggagas tabligh (silakan baca riwayat beliau)....beliau pun tidak butuh di hormati...tapi beliau sangat mati2an untuk usaha da'wah

    sebagian besar ayat di Al-Qur'an menuliskan tentang da'wah
    sedangkan shalat saja tidak sebanyak ayat-ayat tentang da'wah itu wajib hukumnya
    tentu saja da'wah lebih wajib lagi...namun usaha da'wah anda di internet tidak ada mujahadah (usaha atas da'wah)...maka tidak ada pertolongan ALLAH jika tidak ada mujahadah



    260. Dan (ingatlah) ketika Ibrahim berkata: "Ya Tuhanku, perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan orang-orang mati." Allah berfirman: "Belum yakinkah kamu ?" Ibrahim menjawab: "Aku telah meyakinkannya, akan tetapi agar hatiku tetap mantap (dengan imanku) Allah berfirman: "(Kalau demikian) ambillah empat ekor burung, lalu cincanglah [165] semuanya olehmu. (Allah berfirman): "Lalu letakkan diatas tiap-tiap satu bukit satu bagian dari bagian-bagian itu, kemudian panggillah mereka, niscaya mereka datang kepadamu dengan segera." Dan ketahuilah bahwa Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

    nabi Ibrahim saat mencari empat ekor burung untuk dicincang butuh mujahadah...panjat pohon, burung terbang ke pohon lain, sampai beliau bersusah payah menangkap 4 ekor burung yang sehat dan tidak cacat
    kemudian meletakkan di 4 bukit itu butuh mujahadah, bayangkan bagaimana nabi Ibrahim harus mendaki 4 bukit...itu adalah gunung yang terjal
    maka ALLAH memperlihatkan bagaimana menghidupkan 4 ekor burung tersebut

    JT bermujahadah ke sudut-sudut kota, negeri, desa, kampung...agar orang2 bisa tersentuh agama ALLAH
    anda cuma duduk-duduk saja di depan komputer...kemudian menuduh orang2 yang berusaha untuk agama ALLAH...dan mengatakan mereka sesat...

    sesungguhnya Rasulullah SAW sangat membenci kelakuan anda

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...