Tuesday 5 February 2013

Kenapa Zaman Nabi Tak ada Pilihanraya?


Sidang pembaca yang dirahmati Allah

Kebelakangan ini polimik isu Demokrasi halal atau haram kembali menjadi perdebatan khususnya dalam blog ini sementelaah pula pilihanraya ke 13 akan berlangsung dalam masa terdekat ini.Walaupun perbincangan para ulama kontemperari berkaitan penglibatan umat islam dalam politik demokrasi telah menghasilkan 2 pandangan (ikhtilaf) antara pro dan kontra tetapi masih ada segolongan individu yang terlalu jumud dengan tidak mahu meraikan perbezaan pandangan tersebut.

Oleh itu bagi merungkai permasaalahan ini,kami merasakan perlu kita flashback kembali sistem politik yang berlaku di zaman sebelum kelahiran junjungan Nabi Muhammad saw.Sebagaimana yang kita tahu para rasul terdahulu juga terlibat secara tidak langsung dengan kekuasaan politik di zaman masing-masing khususnya Nabi Ibrahim as dan Nabi Musa as.

Kedua-dua Rasul Allah itu hidup di zaman kekuasaan pemerintah DIKTATOR ( Namruz dan Firaun) yang mana mereka berkuasa mutlak.Sifat sistem diktator ialah memerintah secara tunggal (tidak ada pembangkang).barangsiapa yang menentang akan ditangkap,diseksa dan dibunuh.Kalau zaman sekarang ini adalah kerajaan komunis seperti di China,Burma dll.

SEDIKIT LATAR BELAKANG SISTEM POLITIK ZAMAN JAHILIYAH


Sistem politik Arab Jahiliah tidak seragam. Ia dipengaruhi oleh faktor perbezaan daerah, keturunan yang memerintah atau kuasa asing yang menjajah. Di bahagian Utara Semenanjung Tanah Arab, sistem politiknya lebih berbentuk negara naungan, misalnya Kerajaan Anbat, Tadmur, Hirah dan Ghassan. Kerajaan Ghassan adalah naungan Rom manakala Hirah adalah naungan Parsi. Kerajaan Anbat dan Tadmur pula pernah dijajah oleh Rom. Oleh itu, sistem politik mereka telah terpengaruh oleh sistem politik sama ada Rom atau Parsi.

Kerajaan di bahagian Selatan seperti Himyar, Ma'in dan Qatban mengamalkan sistem pemerintahan beraja. Pemerintahanya menggunakan pelbagai gelaran seperti Malek, Zu, Makrab dan sebagainya.

Kerajaan di bahagian tengah pula terdiri daripada kerajaan kota, misalnya Kerajaan Kota Mekah, Yathrib dan Taif yang terletak di Hijaz. Sistem pemerintahannya dipegang oleh keluarga / keturunan tertentu, misalnya kota Mekah pada mulanya dikuasai oleh puak Jurham, diikuti oleh puak Khuzaah dan akhirnya ke tangan Quraisy. Taif pula diperintah oleh Bani Thaqif. Pemerintahan begini dikatakan berbentuk ARISTOKRASI Mereka tidak mempunyai institusi diraja, tidak ada pasukan tentera dan tidak mengamalkan dasar perluasan wilayah.

Di pihak lain, orang-orang Arab juga mengamalkan sistem politik berkabilah. Sistem ini adalah berbentuk primitif di mana peraturan yang diwujudkan hanyalah untuk kabilah mereka sendiri. Ketua kabilah, iaitu Sheikh adalah orang yang bertanggungjawab terhadap kabilah. Segala peraturan perlu dipatuhi, jika tidak mereka boleh disingkirkan dari kabilah tersebut dan mereka perlu memasuki kabilah yang lain.

RUMUSAN

Berdasarkan latar belakang sistem politik yang diamalkan ketika itu yang berdasarkan pengaruh,kehormatan kabilah,kekuatan ekonomi dan secara turun temurun maka tidak berlaku sistem pilihanraya seperti yang diamalkan oleh sebahagian besar negara umat islam zaman kini.

Kerana corak politiknya adalah berdasarkan kabilah/kelompok kaum maka pendekatan yang di gunakan oleh Rasulullah saw sebelum tertubuhnya kerajaan Madinah ialah dengan mengadakan perjanjian damai (AQABAH 1 DAN 2) yang matlamat dan misinya ialah mendapat sokongan dan pertolongan dari kabilah-kabilah (suku Aus dan Khazraj) sesuai dengan corak politik ketika itu bagi membantu perjuangan islam.
Hasil dari 2 perjanjian itu maka tertegaklah negara islam Madinah.

Dakwaan sesetengah orang mengatakan sistem politik islam itu adalah sistem syura sebenarnya sangatlah tidak tepat.Ini kerana sistem syura itu wujud setelah kerajaan islam tertegak.Buktinya kita lihat sebelum peristiwa Hijrah,belum wujud lagi majlis syura.SISTEM SYURA bermakna KAEDAH PENTADBIRAN bukan kaedah memilih pemimpin.Syura itu sendiri bermakna mesyuarat.

Tidak ada tercatat dalam mana-mana kitab-kitab hadith,sirah atau tarikh yang menyatakan Nabi SAW menjadi "Perdana Menteri" pertama Madinah secara syura dengan para sahabat.ITULAH MAKSUD KAMI KATAKAN DALAM BAB KAEDAH MEMILIH PEMIMPIN ,SUNNAH PARA SAHABATLAH YANG RELEVAN SEBAB MERAKA MANUSIA BIASA(tidak maksum).Mereka dilantik berdasarkan pemilihan mesyuarat sebagaimana yang kita lakukan di zaman ini.

Yang kita ikuti sunnah Nabi saw dalam berpolitik ialah ikut bagaimana Nabi saw memimpin, memerintah dan mentadbir dan  BUKAN IKUT bagaimana Nabi saw dilantik jadi pemimpin. Nabi saw di lantik oleh Allah sedang Khulafa ar Rasyidin dilantik melalui mesyuarat.ADAKAH PEMIMPIN NEGARA UMAT ISLAM ZAMAN KINI YANG ALLAH LANTIK  SECARA LANGSUNG SEBAGAIMANA NABI SAW??

jawapannya tidak ada....

SISTEM POLITIK ZAMAN KINI

Kita telah mengetahui sistem politik yang wujud sebelum kelahiran Nabi saw daripada penerangan di atas.Kali ini mari kita cermati pula sistem politik yang wujud sebelum kita dilahirkan ke dunia ini.Negara kita telah dijajah bermula tahun 1511 oleh Portugis sehingga yang terakhir oleh British sehingga tahun 1957.Ini bermakna kita dijajah selama 446 tahun.

Penjajah telah mewariskan satu sistem pemerintahan yang di panggil Demokrasi.Ciri-ciri sistem demokrasi yang telah kami nukilkan sebelum ini memerlukan rakyat sesebuah negara tersebut menubuhkan parti politik untuk dapat kuasa memerintah melalui pilihanraya(undi) daripada rakyat.Ini antara corak sistem politik yang kita amalkan zaman kini.

Jika Nabi saw dahulu mengadakan perjajian dengan kabilah/kaum ketika itu untuk memperolehi kuasa maka zaman kita kaedah tersebut tidak relevan kerana corak sistem yang berlainan.Mahu tak mahu umat islam yang mahu menegakkan sistem syariat islam yang adil perlu menubuhkan parti politik dan menyertai pilihanraya.Selagi tidak mendapat kuasa memerintah maka selagi itu sistem SYURA tidak dapat dilaksanakan.

KESIMPULAN

Nabi saw tidak perlu menubuhkan parti politik dan menyertai pilihanraya kerana sistem politik yang diamalkan ketika itu ialah ARISTOKRASI sedangkan sistem politik yang diamalkan di zaman kita ialah DEMOKRASI .Maka kita tidak perlu mengadakan perjanjian dengan kaum/kabilah tertentu kerana ia tidak relevan dalam misi mendapat kuasa untuk meninggikan syariat islam di zaman kini.

Wallahu'alam 




1 comment:

  1. Soalan dari golongan yang anti PAS:

    1. islam tidak akan tertegak dengan sistem kafir(demokrasi)

    kami jawab:

    - PAs melibatkan diri dengan demokrasi hanya untuk mendapat kuasa memerintah.Bila dah dapat kuasa baru boleh laksana hukum islam.Selagi kuasa di parlimen tidak di perolehi maka selagi itu hukum islam tidak boleh ditegakkan.Macam orang nak menangkap ikan di laut kena guna alat yang sesuai seperti pancing,mata kail,jala,bot dll.MATLAMATNYA IALAH IKAN ,ALATNYA MATA KAIL.Begitu juga pilihanraya itu alat matlamatnya hukum islam.Zaman nabi dulu alatnya perjanjian aqabah 1 &2 ,matlamatnya laksana hukum islam dalam negara Madinah.

    analoginya:

    Kita hanya boleh ubah suai rumah apabila ia telah menjadi milik kita (berkuasa).Selagi kita menyewa ,kita kena ikut peraturan tuan punya rumah.

    Apabila kita membeli sebuah kenderaan baru,kita tidak punya pilihan untuk menentukan insuran yang bakal di ambil melainkan terpaksa patuh kepada insuran yang dipilh oleh syarikat yang menjual kenderaan tersebut walaupun terpaksa ambil insuran konvensional (haram).Kita hanya berkuasa memilih sendiri insuran pada tahun kedua setelah kenderaan itu menjadi milik kita.

    2. Pas bersekongkol dengan orang kafir (DAP) untuk memushi UMNO (islam)

    kami jawab:

    Pas pun berasal dari UMNO (semak sejarah) tetapi oleh kerana UMNO menentang islam maka PAs terpaksa berlepas diri (tak nak bersubahat).Dalilnya:

    Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka atau saudara-saudara mereka ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Merekalah penyokong-penyokong (agama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (agama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya.

    Al-Mujadalah:22

    Dap walaupun kafir tetapi dia menerima konsep keadilan islam yang dibawa oleh PAS maka islam membenarkan kita tolong menolong untuk perkara kebajikan walaupun dengan orang kafir selagi ia tidak menentang secara terbuka.



    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...