Friday 17 May 2013

Israk wal Mikraj: Dalam kontek berbeza........



Sidang pembaca yang dirahmati Allah


Peristiwa Israk wal Mikraj kembali ke dalam minda kita selaku umat islam di akhir zaman ini apabila masuknya bulan Rejab.Rata-rata umat islam ada yang sudah boleh menghafal kronologi peristiwa tersebut hasil pembacaan,menghadiri ceramah israk miraj di masjid/ surau,menontonnya di media elektronik  dan berbagai medium lainnya.

Antara  isu-isu yang sinonim dalam minda kita ialah soal penerimaan ibadah solat secara langsung,soal Negara Palestin khususnya masjidil Aqsa,soal pembalasan dan ganjaran yang akan diterima baik di syurga mahupun neraka,soal penolakan kaum quraisy akan peristiwa tersebut dan seumpamanya.

Oleh itu untuk kali ini kami ingin kongsikan kepada sidang pembaca  isu peristiwa besar ini dari sudut pandang yang berbeza.Selama ini kita telah biasa dengan isu-isu yang telah kami catatkan diatas maka apa salahnya kita kembangkan lagi pemikiran kita kepada skop yang lebih luas dan semasa.

Antara isu-isu yang perlu juga kita perhatikan ialah:

        1.  Hikmah Allah mewafatkan Abu Talib dan Saidatina
             Khadijah  r.ha


-          Sebagai menunjukkan bahawa perjuangan islam itu tidak bergantung kepada pengaruh manusia yang mulia  dan di horamati di mata masyarakat (Abu Talib & Khadijah).Sebaliknya ia adalah haq mutlak Allah untuk memeliharanya melalui Utusan PilihaNYA.

-          Dalam kontek semasa - perjuangan islam yang dibawa oleh PAS tidak bergantung kepada individu tertentu.Buktinya UMNO pernah berkata “Kalau Nik Aziz tak ada,PAS  Kelantan akan berkubur”.Hari ini kita boleh lihat  setelah PAS berjaya mengekalkan pemerintahan nya,TGNA telah melepaskan jawatannya sebagai menteri besar dan pesuruhjaya (walaupun Tn guru Presiden meminta beliau kekal sebagai pesuruhjaya).Itu tidak menyebabkan orang PAS di Kelantan kecewa lalu menyebabkan mereka keluar dari PAS.



            2.  Kebenaran islam tetap disampaikan



-          Rasulullah saw tetap menceritakan peristiwa tersebut walaupun Ummu Hani melarang Baginda berbuat demikian kerana bimbang kaumnya akan mendustakannya.Telahan ummu Hani akhirnya benar.

-          Dalam kontek semasa – PAS tetap komited untuk melaksanakan hukum hudud walaupun ditentang oleh rakan dalam PR .



قال معاوية رضي الله عنه لما قال لها: اكتبي إلي كتاباً توصيني فيه ولا تكثري علي. فكتب عائشة رضي الله عنها إلى معاوية: سلام عليك أما بعد فإني سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: من التمس رضا الله بسخط الناس كفاه الله مؤنة الناس، ومن التمس رضا الناس بسخط الله وكله الله إلى الناس والسلام عليك. رواه الترمذي


Bermaksud "Sesungguhnya barangsiapa yang mencari redha Allah dengan marahnya manusia, maka Allah akan cukupkan baginya akan segala keperluannya di dunia ini. Tetapi barangsiapa yang mencari redha manusia dalam keadaan Allah murka, maka Allah menyerahkan nasibnya kepada manusia."

- Orang marah kami khususnya orang tabligh dan para penyokongnya dalam blog ini hingga memaki hamun kami maka kami berharap agar termasuk dalam golongan "MENCARI REDHA ALLAH DENGAN KEMARAHAN MANUSIA".






             3. Allah menunjukkan kebaikan serentak dengankeburukan



-          Dalam perjalanan mikraj,Rasul saw telah ditujukkan dengan balasan baik dan buruk yang akan diterima oleh umatnya di akhirat nanti.

-          Ini menunjukkan bahawa sifat  SEBENAR seorang pendakwah ialah menceritakan kebaikan dan  dalam masa yang sama kena menceritakan keburukan.Sebagaimana kami menceritakan kebaikan jemaah tabligh dan dalam masa yang sama mendedahkan keburukan dan penyelewengan mereka. Tugas karkun tabligh pula ialah berhujjah dengan dalil dan fakta untuk menjawab pendedahan tersebut.Bukan marah atau melenting….

-          Dari situ baru kita boleh nilai hujjah siapa yang lebih bernas dan benar.

4. Sifat mereka yang layak membebaskan Palestin


  Dalam ayat pertama surah al-Isra’, Nabi Muhammad SAW tidak disebut dengan namanya tetapi pangkat ‘hambaNya’, satu pangkat yang sebenarnya cukup tinggi di sisi Allah. Ini menjadi isyarat jelas buat umat Islam bahawa bumi Palestin ini tidak dapat dibebaskan melainkan sifat kehambaan kepada Allah itu dibuktikan terlebih dahulu. Sifat hamba inilah yang menjadikan umat Islam itu wali Allah dan punya karamah sehingga batu dan kayu bercakap memberitahu umat islam bahawa Yahudi bersembunyi di belakang kayu dan batu itu. 
Nabi SAW bersabda: ‘Tidak berlaku Kiamat hingga orang Islam memerangi Yahudi, lalu orang Islam membunuh Yahudi sehingga Yahudi bersembunyi di belakang batu dan pokok. Batu dan pokok berkata: ‘Ya Muslim Ya Hamba Allah! Ini Yahudi dibelakangku. Mari! Bunuh mereka’, melainkan pokok Gharqad kerana ia pokok Yahudi. Hadis riwayat Muslim.
Dalam sejarah, mereka yang mampu membebaskan Palestin dan Masjid al-Aqsa adalah mereka yang menjulang tinggi kalimah Tauhid, punya sifat hamba cukup hebat, ibadah yang bukan calang-calang dan peribadi yang unggul. Saidina Umar al-Khattab dan Salahuddin al-Ayyubi adalah nama-nama itu. Seorang penyair menyebut:
Bagi Masjid al-Aqsa itu ada kebiasaannya
ia berlaku, terjadi dan begitulah 
kebiasaannya
Apabila esoknya kehinaan bertapak
Allah membangkitkan bagi al-Aqsa penolong
Lantas penolong yang membebaskannya kali
pertama dan penolong yang membebaskannya 
kali kedua
Iman dan kehambaan kepada Allah itulah yang
menjadi senjata utama
bagi membebaskan Palestin sebelum senjata-
senjata lain.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...