Friday 23 August 2013

ANTARA YANG DI TAKUTI VS YANG DI SUKAI YAHUDI ISRAEL (siri II)



Sidang pembaca yang dirahmati Allah

Perbincangan seterusnya marilah kita melihat sejauh mana kebenaran dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa bahawa DEMOKRASI itu adalah ciptaan dan alat yahudi Zionist untuk memecah belahkan umat islam.Mereka mendakwa Negara islam tak mungkin akan tertegak mengikut acuan system kafir itu.

BENARKAH DAKWAAN INI??

Sejarah silam telah mencatatkan bahawa tertegaknya sebuah daulah islam itu tidak lain dan tidak bukan adalah melalui perjuangan JIHAD bersejata(qital)sehingga islam berjaya memerintah 1/3 dunia pada zaman silam melalui jalan ini.Ini berlaku disebabkan untuk menegakkan sebuah system yang baru maka system yang lama perlu diruntuh atau di musnahkan.Sejarah mencatatkan dua kuasa besar dunia ketika itu iaitu ROM dan FARSI telah lama membina tamadun manusia berdasarkan system politik yang mereka amalkan.Sistem politik itulah yang menguasai seluruh kehidupan masyarakat ketika itu dan system itu jugalah yang mencorakkan pemikiran masyarakat.
Apabila islam dilahirkan dan di sebarkan oleh Utusan Allah dan para pengikutnya maka sudah tentu system yang dibawa oleh islam mesti dan wajib menyamai atau melebihi dari system yang sedia ada diamalkan ketika itu.ADALAH MUSTAHIL ISLAM ITU DATANG KEPADA MASYARAKAT YANG SUDAH ADA SATU SISTEM HIDUP SENDIRI LALU MEMBERI SATU ALTENATIF HANYA PADA SATU JUZUK SAHAJA.

Adalah sangat janggal sekali bila sesebuah masyarakat yang telah hidup sekelian lama berdasarkan system politik,ekonomi,bermasyarakat,berkeluarga ,beragama dan lain-lain lalu islam datang hanya membawa satu bab sahaja iaitu bab ibadah??
Adakah islam datang hanya menyeru manusia beribadah dalam pengertian pergi balik masjid,ajak orang pergi masjid,puasa,bayar zakat ,pergi haji,berdakwah sampaikan islam,ajak orang buat baik dan seumpamanya?

Para alim ulama telah menyatakan bahawa perbezaan yang paling besar antara agama islam dan agama yang lain terletak pada bab AMAR MAKRUF DAN NAHI MUNGKAR(MENGAJAK KEPADA YANG BAIK DAN MENGHALANG/MENCEGAH KEMUNGKARAN).Sekiranya kerja ini tidak dilakukan oleh umat islam maka umat islam tidak ada beza dengan agama Buddha.Kita lihat sami Buddha yang berjalan berkaki ayam ke hulu ke hilir membawa kitab dan meminta derma terutama di utara semananjung .Tujuan mereka berbuat demikian ialah untuk islah diri hingga mencapai maqam fana serta mensucikan hati dan nafsu mereka dengan tidak memakan binatang berdarah sebaliknya hanya memakan sayuran sahaja.

Mereka hanya meyampaikan pesanan-pesanan yang berbentuk nasihat yang baik sahaja dan di larang menyinggung manusia lain dengan kata-kata yang keras dan kasar.Kita belum pernah mendengar atau berjumpa sekumpulan sami Buddha merobohkan sebuah bar atau pusat maksiat atas prinsip mencegah kemungkaran.tidak ada….ini kerana mereka di ajar oleh kitab-kitab mereka untuk hanya berlemah-lembut sahaja dengan manusia lain dengan harapan mereka akan berubah secara beransur-ansur.

Sebaliknya dalam ajaran islam yang termaktub di dalam alquran dan sunnah  manusia dibahagikan kepada beberapa jenis.Setiap jenis itu berbeza cara dan kaedah pendekatan.Ada yang hanya dengan nasihat dan kata-kata yang baik mereka boleh berubah.Dan sebahagian yang lain pula memerlukan pendekatan hukuman dan denda yang mampu membuat mereka berubah.
Itu sebab kita lihat hanya islam sahaja yang memperuntukkan jenis-jenis hukuman tertentu berdasarkan perbuatan atau kesalahan (dosa) kepada penganutnya.Sebaliknya dalam agama lain boleh dikatakan tidak ada.Pernah kita jumpa mahkamah di Negara india sana yang menghukum seorang suami yang mengabaikan isterinya berdasarkan kitab hindu??

Ini menunjukkan bahawa islam itu datang dalam pakej yang lengkap dan komplit(syumul)dan tidak ada kekurangan.Bermula dengan soal individu hingga kepada persoalan bernegara dan jihad islam telah menyediakan jalan penyelesaiannya.Oleh sebab itu kita melihat mana –mana harakah atau jemaah islam yang memperjuangkan pakej sistem islam yang lengkap ini maka ia akan dimusuhi dan diperangi oleh musuh islam(yahudi dan kristian)

Sebaliknya jemaah yang menggunakan nama islam sahaja tetapi matlamatnya tidak memperjuangkan pakej islam secara syumul ini ,musuh islam tidak mengusik pun mereka bahkan membenarkan gerakan mereka memasuki Negara mana yang ia sukai dan bebas membina markaz dan pejabatnya.Kita lihat jemaah tabligh yang markaznya ada di Negara haram Israel dan Negara syiah(iran)tanpa apa-apa sekatan dan halangan.Begitu juga kita melihat golongan wahabi yang mengusai  2 tanah suci (Mekkah dan Madinah).

Ramai umat islam tertipu dengan amalan zahir golongan ini yang hebat mengimarahkan masjid yang menjadi qiblat umat islam dan masjid rasulullah SAW.Bahkan mereka mampu melaksanakan hukum islam dalam Negara mereka tanpa diganggu gugat oleh yahudi dan kristian.Sedangkan musuh islam telah berjanji ketika mereka menjajah Negara umat islam pada abad yang lalu untuk sekali-kali tidak akan mengizinkan Negara tersebut merdeka dengan perlaksanaan hukum islam yang syumul.Buktinya kita boleh lihat dalam buku yang ditulis oleh tokoh-tokoh penjajah dahulu seperti Francis Light,Stamford Raffles dan lain-lain yang mendedahkan konspirasi tersebut.
Sejarah telah mencatatkan bahawa gerakan islam(parti) FIS di Algeria yang bercita-cita untuk menegakkan syariat islam secara syumul itu dibenteras dan dilenyapkan secara habis-habisan apabila mereka memenangi pilihanraya Negara itu .Untuk lebih detail boleh baca di link ini:

Pada zaman ini perjuangan jihad secara qital belum boleh dapat di laksanakan seperti zaman kegemilangan islam terdahulu sebelum kita berusaha mengujudkan satu wilayah atau kekuasaan islam yang dipegang oleh seorang muslim yang benar-benar berilmu, bertaqwa dan genius seperti sultan Muhammad al Fateh dan Salehudin al Ayubi.Selagi ia gagal di wujudkan maka peluang kita untuk menguasai peperangan dalam era kecanggihan senjata perang zaman ini adalah sia-sia dan akan mengorbankan banyak nyawa umat islam.Buktinya apa yang berlaku di Syiria dan Mesir ketika ini.Maksud sia-sia di sini bukan mati itu sia-sia tetapi objektif untuk dicapai melalui jalan itu tidak akan berjaya.

Maka oleh itu para ulama telah berijtihad dan menetapkan hukum bahawa penglibatan umat islam dalam berpolitik secara demokrasi adalah wajib(secara darurat) memandangkan musuh islam telah bersatu mengepung umat islam dari segenap sudut untuk melumpuhkan kebangkitan islam.Hasil daripada penglibatan itu kita telah melihat pihak musuh islam berusaha pula untuk menyekat dan membatalkan kemenangan parti islam apabila kemenangan tidak memihak kepada parti(secular) yang pro mereka. Cuba kita bayangkan jika kita mengikut ulama yang mengharamkan politik demokrasi maka sudah tentu jalannya adalah revolusi(perang)dan hasilnya kita lihat apa yang telah berlaku di Algeria bila FIS yang cuba mengangkat senjata telah dihapuskan dengan mudah kerana perbezaan alat peperangan dan ketiadaan kuasa politik.

Malangnya dalam kehangatan umat islam sekarang sedang bergelut antara hidup dan mati masih terdapat sekelompok jemaah yang memisahkan diri dari politik dan menyeru pula umat islam yang lain meninggalkan jihad menegakkan system islam ini secara halus dengan bertopengkan nama islam.
Seorang Tuan guru pondok di Selatan Thailand telah menulis dalam surat beliau tentang scenario yang berlaku disana  bila sebuah jemaah yang berlabelkan agama telah menyebarkan ajarannya sehingga ramai umat islam disana telah meninggalkan jihad mereka yang sebelum ini hebat dan berani telah bertukar menjadi lemah dan pengecut.Benarlah apa yang di sebut oleh Rasul SAW 1400 tahun dahulu mafhumnya:
Daripada Tsauban r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”. Maka salah seorang sahabat bertanya “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi s.a.w. menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’.”
Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu hai Rasulullah?” Nabi kita menjawab, “Cinta pada dunia dan takut pada mati.”

Jemaah tabligh telah mempromosikan penyakit Wahan ini kepada umat islam akhir zaman secara tidak sedar.Tanyalah kepada karkun tabligh tentang persoalan jihad ini nescaya mereka akan berselindung disebalik hadith dhaif iaitu:”jihad yang paling besar ialah jihad dengan hawa nafsu” tetapi mereka menolak hadith sahih yang mafhumnya:” jihad yang paling utama ialah berkata yang haq/menegur pemerintah yang zalim sehingga kamu terbunuh”

Untuk itu kami paparkan scan surat dan isi khutbah yang dibaca pada hari jumaat yang ditulis oleh ulama pattani tersebut untuk para pembaca menilai sendiri.









Surat ke 2

17 comments:

  1. saudara,
    1. Yang anta kata khutbah, siapa yg tulis dan bilakah ia ditulis?
    2. Sila bagi perincian yg kata nama Tuan Guru Hj Hussain. Sungguh pelik jika seorang ulama menulis surat nama kepala surat, tanpa tandatangan dan tanpa cop mohor serta tarikh.

    Perenggan yg akhir tu sungguh kelakar. "Tolong sebarkan tulisan saya ini untuk keseluruhan....."

    Ni ayat orang zaman sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Surat tu kami terima dari anak murid ulama tersebut yang pernah belajar di Pattani.Pada kami cop atau tarikh tidak penting.Yang penting isinya.sebagaimana kita makan buah durian,manggis dll.

      khutbah itu juga ditulis oleh ulama tersebut.ayat yang anda maksud itu menunjukkan ia ditulis oleh orang lama@tua.bukan orang muda yang boleh dipertikai ilmu dan pengalamannya.

      Surat itu bukan single tapi di ambil dari himpunan risalah .oleh kerana ia berada di pertengahan risalah maka tarikh,sign,copmohor dll tidak kelihatan.

      apa pun untuk info tambahan boleh baca link ini:http://www.raza.org.za/deviant_sects_and_scholars.html

      kami fokus tajuk ini:
      http://www.raza.org.za/deviant_sects_and_scholars_chapter6.html

      Kami pasti orang tabligh akan pertikai sumber blog itu tapi prinsip kami ialah "LIHAT APA YANG DIKATA(TULIS) JANGAN LIHAT SIAPA YANG BERKATA(TULIS)-pesan Saidina Ali ra.

      Delete
    2. Ya syeikh, anta belum jawab lagi pertanyaan ana.Siapakah nama Tuan Guru tersebut, pondok manakah? Bilakah ia ditulis? Apakah susah sangat nak bagi maklumat tersebut? Kalau takda cop tu orang panggil surat berantai. Ulama yg benar akan meletakkan cop mohornya dan tarikh spt TG Nik Abd Aziz dan TG Hj Abd Hadi. Tok Garu Jundullah saja takda cop.

      Kalau anta kata himpunan risalah, apa nama himpunan risalah tu siri, jilid, tarikh, sapa yg tashihnya?

      Kenapa bagi link sampai Afrika Selatan syeh? Tak habih2 dengan Barelwi. Mana anta punya research sendiri?

      Dari mana sumber kata-kata hikmah Saidina Ali r.anhu tu?

      Delete
    3. bila anda respon surat tersebut maka tahulah kami bahawa anda seorang ilmuan@utz tabligh sebab kebanyakan karkun biasa tak reti baca jawi.mungkinkah anda dan ibn hussain adalah orang yang sama?

      soalan anda sebenarnya telah kami jawab.apa yang tercatat dalam surat itulah namanya.Ia bukan surat resmi yang perlu kepada tarikh pada kepala surat dan cop mohor.ia hanyalah catatan seorang ulama pondok dan di edarkan kepada anak muridnya.janganlah anda besarkan masalah teknikal untuk menutup isi surat tersebut.fokuskan kepada isinya.

      perumpamaan seperti seorang bapa yang memberi nota ingatan kepada anaknya.
      perlukah meletak tarikh dan sign@cop mohor baru anak itu akan terima surat tersebut?

      kalau anda masih pertikai..terpulanglah tapi kami akui terima surat tersebut dari tangan anak muridnya sendiri yang berasal di kawasan kami.

      kami dah agak memang seluruh ulama deobandi+ tabligh menghukum golongan barelwi sebagai firqah sesat(penyembah kubur)tetapi ulama ahlul bait (Syeikh sayyid Muhammad b. Alawi al Maliki al Hasani) mengiktiraf imam ahmed raza khan sebagai ulama ahli sunnah india dan seorang mujjadid zamannya.kami tahu sejarah itu.

      buktinya kita boleh lihat fatwa tersebut di website resmi deobandi.org(darulifta).berkenaan ungkapan saidina Ali tersebut ada dalam kitab Kasyfu al-Khafa' wa Muzil al-Ilbas 'Amma Isytahara min al-Ahadits 'ala al-Sinah al-Naas. Jil.2, hlm. 363. Kaherah: Al-Maktabah al-Quds

      atau linknya di sini:http://kitaabun.com/shopping3/product_info.php?products_id=4147

      dan ayat yang senada yang berbunyi:

      Saidina Ali bin Abi Thalib r.a. pernah berkata:

      لا تعرف الحق بالرجال بل اعرف الحق تعرف أهله
      Bermaksud: “Janganlah mengenal kebenaran itu berdasarkan individu-individu tertentu, tetapi kenalilah kebenaran itu, (nescaya) engkau akan mengenal pemiliknya." [Al-Ghazzālī, Abu Hāmed Muhammad ibn Muhammad. 1967. Al-Munqidh min al-Dalāl wa-al-Mawṣil ilá dhī al-ʻIzzah wa-al-Jalāl. Edisi ke-7, hlm. 87. Beirut: Dar al-Andalus lil-Tiba'ah wa-'l-Nashr]

      kami tambah lagi ucapan yang senada dari sahabat nabi yang lain iaitu Ibn Mas'ud

      ada berkata:

      من جاءك بالحق فاقبل منه، وإن كان بعيداً بغيضاً، ومن جاءك بالباطل فاردّد عليه، وإن كان حبيباً قريباً
      Bermaksud: “Barangsiapa yang datang kepadamu dengan kebenaran maka terimalah kebenaran itu darinya, meskipun ia adalah orang yang jauh dan dibenci. Dan barangsiapa yang datang kepadamu dengan kebathilan maka tolaklah, meskipun ia adalah orang yang dicintai dan dekat.” [Abū Nuʻaym al-Iṣbahānī, Aḥmad ibn ʻAbd Allāh. 1416H/1996. Hilyat al-Awliyāʼ wa-Tabaqāt al-Asfiyāʼ. Jil.1, hlm. 134. Beirut: Dar al-Fikr]

      Delete
    4. syekh jundullah, anta ni memang suka bersangka buruk dengan orang tabligh. Kalau ramai org tak pandai baca jawi, salah jemaah tabligh ka? Kalau pandai baca jawi ustaz ka? Kat kampung saya di Kedah tu, orang cina pun baca jawi. Saya generasi 60an, belajar jawi di rumah, tabika, sek rendah dan sek agama fardu ain. Ramai yg duk keluaq tabligh belajar baca jawi semasa keluaq jemaah sebab keluaq dengan org2 tua yg tak pandai baca rumi. Kitab Ta'lim Fadhaail dlm cetakan jawi samada cetakan Penang, Kelantan atau Pattani sejak tahun 70an lagi ada.
      Anta bagi contoh seorang bapa bagi nota tak bertarikh kepada anaknya menunjukkan anta tidak memahami makna tawarikh itu. Saya pernah ditegur oleh Yang Mulia guru saya, Almarhum Syeikh Syed Abul Hassan Ali An Nadwi rah. apabila terlupa meletakkan tarikh dalam surat saya kpd beliau.

      Tok guru yg tulis risalah tu takda madrasah/pondok la tu. Bukan apa, kalau tau namanya serta pondoknya, boleh pi ziarah dan minta doa istiqomah atas jalan yg haq. Nabi s.a.w tak mengaku ummat baginda jika tidak memuliakan para ulama.

      Pasal 'ala hadrat Reza Ahmad Khan ni, cuba anta datangkan bukti yg Akaabir Deoband seperti Maulana M Qosim Nanotwi rah, Maulana Rashid Ahmad Ganggohi rah, Maulana Khalil Ahmad rah, Maulana Ashraf Ali rah yg ditakfirkan oleh 'ala hadrat tu mengkafirkan beliau. Begitu juga 'ala hadrat mengeluarkan fatwa menentang british bukan jihad dan org yg mati berperang melawan british bukan mati syahid sebagaimana yg dia fatwa kpd Maulana Syed Ahmad Barelwi rah dan Mualana Ismail Shaheed rah.

      Adakah anta tidak boleh bezakan antara ahli bidaah dan kaafir? adakah anta mengatakan amalan bertawaf mengelilingi kubur, berguling2, sujud bernazar di kuburan para ulama dan wali itu harus?

      Boleh anta berkongsi maksud sebenar kata2 Saidina Ali tu. Saya rasa Imam AlGhazali pun ada menerangkan maksudnya.

      Delete
    5. sebelum kami menjawab soalan anda,sila jawab soalan kami dulu:

      apakah anda dan ibnu hussain adalah orang yang sama??

      Delete
    6. Ini bukan sangka buruk tapi realiti.di tempat kami masih ada karkun senior yang masih hafal doa dalam bahasa rumi.itu yang kami nampak.Dan kami tak kata semua tapi sebahagian besar.

      sekali lagi tuan membangkitkan isu teknikal untuk mengalih daripada isu pokok.Untuk pengetahuan nama anak muridnya ialah Tg utz Tajuddin Mat Jali di link ini:https://www.facebook.com/pages/Tuan-Guru-Ustaz-Ahmad-Tajuddin-Mat-Jali/248395938514940

      Kalau anak murid ada madrasah takkan tok guru dok mengajar kat kaki lima kot...

      Pada posting yang lalu kami dah bahas dan paparkan kitab husam haramain yang mengandungi fatwa kafir keatas 4 orang ulama deoband lalu ulama deoband melalui kitab Muhannad ala Mufannad telah menjawab balik fatwa tersebut.Anda boleh carinya dalam perbincangan tahun lepas.

      Pun begitu jawapan dari ulama deobandi tersebut penuh keraguan dan tidak menjelaskan fakta dan bukti yang konkrit untuk membantah fatwa tersebut.Anda boleh temui perbincangan tersebut di website sunniforum.com atau www.ummah.com.

      bukti menunjukkan peristiwa itu berlaku ada di sini:
      http://darulifta-deoband.org/showuserview.do?function=answerView&all=en&id=1471&limit=4&idxpg=0&qry=%3Cc%3EFAB%3C%2Fc%3E%3Cs%3EISS%3C%2Fs%3E%3Cl%3Een%3C%2Fl%3E

      Kenapa kami katakan jawapan ulama deobandi itu penuh keraguan??
      Mereka mengatakan dalam kitab muhannad bahawa semua tuduhan barelwi itu tidak benar atau fitnah.

      persoalannya bila kitab itu ditulis??
      Sekiranya semua tuduhan itu telah mereka nafikan sebagai tidak benar maka KENAPA PADA FATWA TAHUN 2008 MEREKA MEMBENARKAN FATWA YANG DULUNYA MEREKA KATA FITNAH??
      buktinya di sini:
      http://darulifta-deoband.org/showuserview.do?function=answerView&all=en&id=5255&limit=3&idxpg=0&qry=%3Cc%3EFAB%3C%2Fc%3E%3Cs%3EISS%3C%2Fs%3E%3Cl%3Een%3C%2Fl%3E

      Kami tak kata mereka mengkafirkan imam raza ahmad khan tetapi mereka menghukum sesat(termasuk 72 firqah sesat).Buktinya dilink ini:

      http://darulifta-deoband.org/showuserview.do?function=answerView&all=en&id=43318&limit=1&idxpg=0&qry=%3Cc%3EFAB%3C%2Fc%3E%3Cs%3EFLS%3C%2Fs%3E%3Cl%3Een%3C%2Fl%3E

      Anda tulis:

      Adakah anta tidak boleh bezakan antara ahli bidaah dan kaafir? adakah anta mengatakan amalan bertawaf mengelilingi kubur, berguling2, sujud bernazar di kuburan para ulama dan wali itu harus?

      kami jawab:

      Dr maza dalam blognya telah menjawab isu ini ketika beliau travel ke India.Boleh baca penerangan beliau.

      kami nasihatkan anda supaya jangan hipokrit(berpura-pura) kerana ia sifat munafiq.Sebelum ini anda bertanya meminta sumber seolah-seolah macam orang jahil .Sekarang anda bagi tahu Imam Ghazali ada membahaskan ungkapan tersebut.ini bermakna anda tahu tapi bertanya untuk memerangkap(soalan perangkap)

      Sekiranya anda amanah dengan ilmu sepatutnya anda mendatangkan hujjah untuk membantah atau menjelaskan maksud sebenar bukan berpusing-pusing ayat untuk 'menjerat mangsa'.


      Delete
    7. 1)anta ni banyak sangat sangka buruk dengan sesama Islam. Berkenaan ungkapan Saidina Ali r.anhu itu, kalau saya tahu masakan saya bertanya tuan yg arif lagi bijaksana. Kan Allah taala perintah supaya bertanya kpd ahli zikri jika kita tidak tahu? 2)Tulisan MAZA dlm kembara ilmu ke India tidak boleh dijadikan sandaran bukan kerana dia wahabi tapi kerana sebahagian drp fakta yg dimuat tidak tepat. Tak perlu saya ulaskan disini. Cuma saya tidak faham apakah maksud anta bila mengungkapkan "Dr maza dalam blognya telah menjawab isu ini ketika beliau travel ke India.Boleh baca penerangan beliau." 3)Berkenaan kitab al-muhannad, yg merupakan jawapan kpd 26 soalan ulama haramain kpd masyaikh deoband yg dijawab oleh Maulana Khalil Ahmad Shahranfuri Muhajir Madani rah. Saya telah baca text arab dan terjemahan inggerisnya.Saya akan lampirkan soalan 23 dlm posting berikutnya. Ini para terakhir jawapan soalan 23. The response to what Al-Barelwi said that he has in his possession a copy of the fatwa of the deceased shaykh in photocopy form containing what he mentioned, it is from his inventions that he invented and forged by himself, as a slander against the shaykh (Allah sanctify his secret). Such lies and slanders are insignificant for him, for he is the teacher of teachers in this and all of them are dependent on him in his time, and indeed he is a distorting manipulator and a scheming imposter, sometimes creating outright forgeries. He is not less than the Masih al-Qadiyani, since the latter claims messengership manifestly and openly, and the former conceals [hopes of] being the mujaddid, and anathematises (yukaffiru) the ‘ulama of the Ummah, just as the Wahhabis, the followers of Muhammad ibn ‘Abd al-Wahhab, anathematise the Ummah (Allah Most High disgrace him as He disgraces them). Anta juga link fatwa makan gagak putih. kat fatwa tu diberikan rujukan kitabnya.Semuanya merupakan kitab Hanafi. 4)Ustaz Tajuddin Mat Jali tu saya kenal, kerana dia pernah ceramah kat surau saya dlm usaha mengumpul dana untuk pondoknya. Kalau kata anak murid pun ada pondok, tok guru mesti ada pondok, apakah nama pondoknya? Bukan apa saya pun mempunyai ramai rakan dan sahabat di Selatan Thai, terutama pejabat agama dan ahli politik muslim, boleh hulurkan bantuan apa yg patut. 5)Bilakah gerakan barelwi ni mula? Adakah bapa dan datuk Hadrat Ahmad Reza Khan ni sama macam dia juga? Barelwi ni kat mana?

      Delete
    8. Soalan 23
      Did the eminent shaykh, the scholar of his time, Mawlawi Rashid Ahmad Gangohi, say that the Creator (Exalted is He) has actually lied, and that the one who says this has not erred, or is this amongst the fabrications against him? Assuming the latter, how do you respond to what Al-Barelwi (Ahmad Rida Khan) mentioned that he has with him a photocopy of the respected shaykh’s fatwa?

      Delete
    9. Answer: That which they attributed to the eminent and incomparable shaykh, the scholar of his time, the peerless of his age, Mawlana Rashid Ahmad Gangohi, that he said that the Creator (Exalted is His Eminence) actually lied and that the one who says this has not erred, it is a fabrication about him (Allah Most High have mercy on him) and is from the lies concocted by the deceptive and lying devils (Allah confound them! How they are perverted!). His respected person is innocent of such heresy and disbelief. The fatwa of the shaykh that was printed and published in volume one of his Fatawa Rashidiyyah (p. 119) falsifies their [claim]. It is in Arabic and was verified and stamped with the seals of the ‘ulama of Makkah al-Mukarramah. A copy of this question [and answer] follows:
      In Allah’s Name, the Ever Merciful, the Beneficent. We praise Him and send blessing on His noble Messenger. What is your view (your blessings last!) on Allah being described with the attribute of falsehood? And what is the ruling on the one who believes He lies? Provide us with an answer, and be rewarded.
      Answer: Allah (Exalted is He) is certainly transcendent beyond being described with falsehood, and no element of falsehood is found in His Speech, as Allah says, “Who is more truthful than Allah in speech?” (4:122) Whoever believes or professes that Allah lies, he is certainly an accursed disbeliever, and has opposed the Book, the Sunna and the Consensus of the Ummah. Yes, the belief of the people of faith is that which Allah foretold in the Qur’an, that Pharaoh, Haman and Abu Lahab are from the inhabitants of Hell, it is a decisive decision that He will not act contrary to, but Allah (Exalted is He) is Able to admit them into Paradise and is not incapable of this, but He will not do so by His choice. Allah (Exalted is He!) said, “And if We had so willed, We could have given every soul its guidance, but the word from Me concerning evildoers took effect: that I will fill the Fire with the jinn and mankind together.” (32:12). It is evident from this verse that had Allah wished, He would have made everybody believers but He does not contradict what He says, and this is all by choice, not coercion. He is a Doer by choice, acting as He wills. This is the belief of all the ‘ulama of this Ummah, as Al-Baydawi said under the explanation of His statement (Exalted is He), “If you forgive them…” (5:118) that “the absence of forgiveness for shirk is a consequence of His threat, but it is not intrinsically impossible.” Allah knows best the truth. The lowly Rashid Ahmad Gangohi (may he be pardoned) wrote this. A review of the endorsements of the ‘ulama of Al-Makkah al-Mukarramah, Allah increase its honour: “All praise to the One Who is deserving of it, and from Him extends all help and guidance. That which ‘Allamah Rashid Ahmad said in reply as cited above is the truth from which there is no escape. Allah send blessings and peace on the Seal of the Prophets, his family and his companions.” The servant of the Shari’ah, seeking tender grace, Muhammad Salih ibn al-Marhum Siddiq Kamal al-Hanafi (Allah support them), the present Mufti of Al-Makkah al-Mukarramah, ordered his signature. The one hopeful of perfect attainment from His Lord, Muhammad Sa’id ibn Muhammad Babusayl at the Protected Makkah (Allah forgive him and his parents, and his teachers and all the Muslims) signed it. Seeking pardon from the Giver of bestowals, Muhammad ‘Abid ibn al-Marhum Shaykh Husayn, Mufti of the Malikis at the Protected Land of Allah, [signed it]. “After sending blessing and peace; that which ‘Allamah Rashid Ahmad answered is sufficient and upon it is dependence, rather it is the truth from which there is no escape.” Written by the lowly one, Khulf ibn Ibrahim, a servant of ifta (answering juristic problems) for Hanbalis, at the Noble Makkah.

      Delete
  2. Kelakar sungguh tuan jundullah ni.. frust x dapat masuk Tabligh ye sampai asyik nak hentam Tabligh? Ke frust x dapat kawin ngan anak orang tabligh? Ulamak2 yg hebat semua dah sokong & membenarkan usaha dakwah Tabligh ni spt syeikh Nuruddin & tuan2 guru Pondok Pasir Tumboh Kota Bharu dan juga Pondok Lubok Tapah Pasir Mas Kelantan. Bila tuan nak keluar dakwah dgn org tabligh ni? Kami masih berdoa & menunggu. Semoga Allah kabulkan doa kami supaya tuan jundullah di pilih utk keluar jemaah tabligh 4 bulan & beri seluruh hidup tuan utk jemaah ini.

    ReplyDelete
  3. sebelum nak komen baca link ni dulu:

    http://urusanulama-hl.blogspot.com/2012/01/tabligh-penjelasan-tuntas.html

    Tolong bezakan antara usaha dengan ideologi.usaha satu benda yang boleh nampak dengan mata.sebaliknya ideologi perlu kapada kajian untuk dinilai.Fatwa dikeluarkan berdasarkan kajian bukan dilihat pakai mata sahaja.

    banyak lagi yang anda tak tahu.banyakkan membaca sumber yang lain

    ReplyDelete
  4. saya bukan ibnu hussain tetapi kami adik beradik sepusat sepusing lain bapak mak asing.begitu saya bersaudara dengan syeh jundullah yg arif lagi bijaksana

    ReplyDelete
  5. DOAKAN KEBAIKAN UNTUK SAUDARA ISLAM..WALAU LAIN MANHAJ...BELUM PASTI YANG KITA TAK SUKA ITU MEMANG TAK BETUL...ALLAH SAJE YANG TAU ISI HATI SETIAP MANUSIA...IKUT KATE SAYYID MUHAMMAD ALAWI AL-MAKKI...JANGAN SEWENANG2 MENTAKFIR SESAME ISLAM...SEMUA AHLI LAAILAHA ILLALLAH INSYAALLAH BAIK...(SANGKA BAIK SYEIKH PADA SEMUA UMAT NABI)...KECUALI YANG BENAR2 NAMPAK TERKELUAR DARI GARIS SUNNAH...TAKUTILAH APE YANG KITE KATAKAN KELAK DI AKHIRAT KITE AKAN SELAMAT...NABI PESAN JAGA DUA PERKARA INSYAALLAH AKAN SELAMAT IAITU LIDAH DAN KEMALUAN...LIDAH JUGALAH YANG AKAN MENYEBABKAN KITA SESAME MUKMIN AKAN BINASA DI AKHIRAT...

    wassalam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini bukan masalah lain manhaj tetapi jwemaah tabligh membawa umat kepada kesesatan aqidah.amalan betul tapi aqidah rosak tidak memberi manfaat sedikit pun pada amalan walaupun ikhlas 100%.

      Tugas kami mendedahkan untuk membetulkan kesalahan tersebut.Tidak timbul soal SEWENANG2 MENTAKFIR SESAME ISLAM kerana yang menghukum itu ialah para ulama yang berbagai zaman dan ramai jumlahnya.

      harap sdr faham...

      Delete
  6. Sy tak pernah melihat tuan melhat keseluruhan. Ada satu sy nak pertikaikan mengapa Jamaludin pengedar risalah ttg tabligh dikatakan seorang ustaz? Sedangkan dia tidak belajar agama spt mana ust2 atau ulama2 lain menuntut ilmu.

    Sy melihat risalah drp Jamaludin menjadi asas kpd perjuangan tuan. Sila jawab soalan sy dgn fakta

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa maksud anda keseluruhan itu??

      Itu menunjukkan kami bersangka baik.Tambahan pula beliau telah belajar di institusi pondok.kalau tidak mana mungkin beliau mampu mengupas kitab-kitab turath tersebut.biasanya lepasan pengajian agama orang akan gelar ustaz .

      risalah jamaludin itu hanya salah satu dari rujukan kami .kami dah paparkan banyak sumber dalam blog ini termasuk kitab-kitab ulama deobandi sendiri.Mungkin anda terlepas pandang.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...