Tuesday 31 December 2013

Bagaimana Sifat Taksub Boleh Terbit Dalam Jiwa Pengikut Tabligh?



Sidang pembaca yang dirahmati Allah

Merujuk kepada tajuk ‘panas’ di atas,kali ini kami ingin mengajak para pembaca melihat dari sudut yang berbeza intipati dari modul ajaran jemaah tabligh berdasarkan dari tulisan pengikut tabligh sendiri.Rata-rata umat islam Malaysia melihat ajaran yang disebarkan oleh jemaah tabligh TIDAK ADA MASALAH  kerana mereka melihat jemaah tabligh seperti orang melihat bunga teratai yang kembang mekar (cantik) di permukaan tasik.Sedang akarnya yang terbenam di dasar tasik tidak diketahui melainkan  oleh mereka yang mahu mendalaminya.
Begitulah juga denga ajaran jemaah tabligh yang berdiri atas  6 prinsip iaitu:

1.Yakin dengan kalimah “laa ilaaha illallah muhammadurrasulullah”
2.Solat yang khusyuk,khuduk & tawaduk
3.Ilmu dan zikir
4.Ikramul muslimin
5.Ikhlas niat
6.Dakwah dan tabligh (khuruj)

Sekali imbas orang akan melihat cantik dan indah sekali 6 prinsip tabligh di atas dan bagi yang kurang memahami tassawur islam tidak akan dapat mengesan PENYIMPANGAN  YANG TERSEMBUNYI  dibalik kalimah-kalimah indah tersebut.Tapi bagi mereka yang berilmu (Faqih) akan dapat mengesan penyimpangan tersebut melalui tafsiran@huraian dari kalimah tersebut dari sumber yang diberi diatas.

Sebenarnya 6 prinsip tabligh ini tidak ada beza dengan prinsip dalam ajaran Muktazilah tetapi bilangannya hanya  5 iaitu:

1.    Tauhid (Keesaan Tuhan)
2.    Al-Adl (Keadilan Tuhan)
3.    Al-Wa’du wal wa’id (Janji dan Ancaman)
4.    Manzilah bainal Manzilatain (Tempat diantara dua tempat)
5.    Amar Ma’ruf dan Nahi Munkar (perintah berbuat baik dan larangan berbuat jahat)

Ternyata golongan Muktazilah juga mempunyai prinsip dasar yang indah dan molek sekali kalau dilihat secara umum tetapi bila dikoreksi tafsiran dan huraiannya maka kita akan dapati penyimpangan yang tersembunyi itu.Tafsirannya boleh baca disini: http://akhwatdiyah.blogspot.com/2012/06/makalah-pemikiran-teologi-mutazilah.html
Tanpa memahami maksud-maksud yang terkandung dalam pinsip-prinsip tersebut, orang akan tertipu dengan keindahan bahasanya.

Begitulah umumnya prinsip-prinsip yang ditawarkan oleh setiap ahli bid’ah, termasuk jama’ah tabligh. Bahasa luarnya indah dan seakan menawan kebenaran. Namun sebaliknya menyembunyikan penyimpangan dan kesesatan.Kalau dengan 5 prinsip Muktazilah tersebut mereka tetap termasuk dalam kelompok 72 golongan yang sesat maka tidak pelik bila ada para ulama yang telah memfatwakan sesatnya jemaah tabligh juga berdasarkan 6 prinsip tersebut.

Berbalik kepada tajuk diatas kami mengajak para pembaca untuk menilai artikel yang ditulis oleh seorang pengikut tabligh ini :

Soalan:

Apakah fadhilat,kelebihan dan kebaikan mengerjakan amalan ziarah rumah ke rumah?

Jawapan:

Tulang belakang Agama adalah daawah.tulang belakang daawah adalah ghast atau amalan ziarah.
Amalan ziarah rumah ke rumah adalah perintah Allah dan sunnah Rasulullah S.A.W.
Merupakan amalan yang hidup di masjid nabawi di zaman Rasulullah S.A.W dan ianya perlu dihidupkan di semua masjid di seluruh dunia ini.
Nabi S.A.W bagi tahu mereka yang hidupkan sunnahku di zaman kerosakkan ummat ganjaran baginya 100 pahala shahid.Mereka yang hidupkan sunnahku adalah mereka yang mencintaiku,mereka yang mencintaiku akan bersama-samaku di dalam syurga.

Antara tujuan ziarah dibuat:

1)Hidupkan sunnah nabi S.A.W
2)membawa bersama fikir,risau dan kebimbangan Baginda S.A.W
3)usaha ke arah kuatkan iman dan ajak tuan rumah kepada usaha menguatkan iman.
4)untuk tunaikan hak sesama Islam,hak paling besar iaitu hak kalimah toiyibah.
5)untuk hubungkan silaturrahim sesama Islam
Kelebihan :
1)Terlepas dari tuntutan di kalangan jiran2 di kariah/tempat tinggal
2)Debu2 yang melekat pada anggota orang yang membuat ziarah kerana Allah akan diharamkan hatta asap api neraka pun.
3)Seketika berada di hadapan rumah orang yang kita ziarah adalah lebih baik dari seorang yang beribadah di hadapan Hajarul Aswad di malam Lailatul Qadar.
4)Mematahkan tulang syaitan
5)Menjadi asbab besar tersebarnya hidayah ke seluruh alam.
6)sepagi atau sepetang mereka yang berada di jalan Allah S.W.T adalah lebih baik dari dunia dan segala isi2nya


Komen kami:

Kefahaman atau kepercayaan seperti inilah yang menyebabkan mereka begitu taksub dengan jemaah mereka hingga memandang sinis jemaah islam yang lain.Sedangkan apa yang mereka tulis itu sama sebagaimana ungkapan yang pernah di ucapkan oleh khalifah Ali bin Abi Talib r.a iaitu “kalimah yang haq tapi untuk tujuan yang bathil”.Mungkin ada yang tak berapa faham kenapa dikatakan BATHIL?

Ia bermaksud kalimah yang benar untuk membela kelompok yang salah.Macam seorang peguambela yang dapat membebaskan seorang penjenayah kerana bijak berhujjah.Begitulah kesimpulan yang kami boleh buat dari artikel tersebut.




2 comments:

  1. Saya x nampak apa pun salah kecuali penulis yang mencari salah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oleh kerana anda tidak memahami aqidah islam secara benar maka itu sebab anda tidak nampak.kami bagi klu ..pengikut tabligh suka menafsirkan text islam contoh :(Seketika berada di hadapan rumah orang yang kita ziarah adalah lebih baik dari seorang yang beribadah di hadapan Hajarul Aswad di malam Lailatul Qadar)

      sesuka hatinya tanpa sanad yang benar tapi semata-mata mendengar dari bayan lalu disebarkan luaskan di tempat lain samada blog,masa khuruj dll tanpa mereka tahu hakikat sebenar ayat tersebut bukan merujuk kepada kerja buat mereka..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...