Tuesday, 27 December 2011

Tabligh: di belakang tabir

Beberapa hari lepas saya melawat blog yang dikendalikan oleh karkun tabligh.Setelah membaca satu / dua artikel yang agak menarik minat saya,lalu saya memberi komen berkaitan tajuk tersebut.Komen saya sekadar memberi nasihat dan pandangan sahaja tapi malangnya komen saya telah di delete oleh tuan punya blog .

Jika sidang pembaca berminat ingin tahu hujjah-hujjah mereka bolehlah melawat blog
http://hafizkilau.blogspot.com/. Lepas tu bolehlah nilai sendiri kefahaman mereka tentang islam.

Bukanlah niat saya nak menghina golongan tabligh tersebut Cuma saya sedih dengan kefahaman mereka yang agak janggal itu.Rasulullah SAW pernah bersabda maksudnya:

“Barangsiapa yang menginginkan dunia maka hendaklah ia berilmu, dan barangsiapa yang menginginkan akhirat maka hendaklah ia berilmu dan barangsiapa yang menghendaki kedua-duanya maka hendaklah ia berilmu.”
Hadith riwayat Tirmidzi

Saya ingin bertanya kepada sahabat daripada Tabligh.Apakah kefahaman mereka berkenaan dengan maksud hadis di atas?
Apakah yang di maksudkan ayat ”hendaklah berilmu” dalam hadis di atas?

Kenapa Nabi SAW tidak mengatakan ”hendaklah ia beriman dan beramal” atau ayat ”hendaklah ia berdakwah mengikut sunnahku 100% ”.

Saya yakin para pembaca yang biasa mendengar majlis  taklim/bayan golongan ini tidak akan mendengar hadis di atas keluar dari mulut penceramah mereka.
KENAPA SAYA KATAKAN BEGITU?

Sebab golongan ini tidak memandang ilmu itu perkara yang paling utama dalam setiap amal ibadah yang ingin dilakukan.Buktinya anda boleh baca sendiri dalam blog-blog mereka.

Antara blog golongan ini yang saya sempat lawati dan meninggalkan komen iaitu


Sebenarnya golongan ini lebih mirip kepada tarikat walaupun mereka menafikan sekerasnya.Mereka mendakwa dakwah mereka 100% ikut sunnah Nabi sedang golongan selainnya umpama PAS,Ikwan Muslimin,JIM dan lain-lain tidak ikut sunnah yang mana natijahnya akan menimbulkan fitnah.

Saya ingin menarik perhatian pembaca berkenaan satu kisah benar yang berlaku di timur tengah seperti yang di ceritakan oleh sahabat kami.Kisahnya berkenaan bagaimana hidayah Allah yang di terima oleh segolongan manusia yang  menggunakan kaedah berbeza dengan uslub Dakwah Tabligh yang kununnya hanya golongan mereka sahaja asbab hidayah turun.

KISAHNYA

Sang Guru menarik nafas dengan perlahan seraya berkata “ Aku punya sedikit harta yang ingin aku sedekahkan,adakah sesiapa yang ingin membantuku mengagihkan harta ini?”
“Kami bersedia membantumu wahai Tuan Guru untuk mengagihkan harta ini”jawab Murid tersebut dengan bersemangat.
“Bolehkah Tuan Guru perincikan kepada siapakah harta ini akan dibahagikan?”seorang murid yang lain bertanya dengan lebih lanjut.
“Hartaku ini akan aku sedekahkan kepada para pelacur yang berada di tempat sekian-sekian”Jawab Tuan Guru dengan tenang.
Keadaan menjadi bingit,masing-masing keliru dengan tujuan utama Tuan Guru yang terkenal alim dan soleh ini.
“Aku sudah mengagakkan bahawa kamu semua tentu tidak akan mampu untuk melaksanakan hajatku ini.Kalau begitu tidaklah mengapa.Biarlah aku sendiri yang pergi menyampaikannya.”Tuan Guru menjawab dengan tenang.
Para murid rasa bersalah di atas sikap yang mereka tunjukkan.Salah seorang murid kanan Tuan Guru menawarkan dirinya untuk menyampaikan harta tersebut.Mana mungkin dia boleh membiarkan Tuan Guru yang terkenal hebat dan wara’ ini dibiarkan masuk dan bertandang ke tempat hina seperti itu.
“Ketuklah setiap pintu rumah pelacuran tersebut dan ketika kamu menyampaikan sedekah ini katakan bahawa ini adalah sedekah daripadaku(Nama tuan guru) dan doakan aku semoga diberkati oleh Allah taala” Tuan Guru memberikan pesanan kepada muridnya tersebut.
Maka sang murid yang mulia ini terus memulakan tugasnya dengan penuh tanda tanya di dalam pemikirannya mengapakah Tuan Guru ingin benar memberikan sedekah kepada golongan hina ini.Namun arahan Tuan Guru perlu dilaksanakan.Sang murid menutup mukanya dan terus masuk ke kawasan pelacuran tersebut.
Beliau mengetuk setiap pintu rumah pelacuran di kawasan itu dan menyampaikan apa yang dipesan oleh Tuan Guru kepadanya.
“Assalamualaikum, maafkan saya mengganggu,saya adalah utusan daripada Tuan Guru fulan bin fulan ingin menyampaikan sedekah daripada beliau kepada kalian.Beliau berpesan agar mendoakan beliau semoga dirahmati oleh Allah taala”.
Terkejut para pelacur bila mendengar nama Tuan Guru yang alim dan wara tersebut sudi memberikan sedekah kepada mereka.Setelah selesai tugasnya, sang murid terus beredar daripada kawasan hitam tersebut sambil menghelakan nafasnya.
Masing-masing ternanti-nanti apakah yang akan berlaku selanjutnya setelah peristiwa tersebut.Keesokkan paginya , sesuatu yang mengejutkan telah berlaku.Seluruh bumi Syria gempar apabila keseluruhan pelacur yang ada di kawasan tersebut telah beramai-ramai datang menunaikan solat Subuh di Masjid Tuan Guru.Mereka datang mendengar majlis pengajian daripada Tuan Guru dan bertaubat daripada segala dosa-dosa yang telah mereka lakukan.Barulah semua murid faham mengapakah Tuan Guru benar-benar ingin menyampaikan sedekah tersebut kepada golongan pelacur berkenaan.
Ini merupakah karamah yang Allah taala kurniakan kepada Tuan Guru yang wara’ ini.Dakwahnya yang sangat lembut dan berkesan memberikan impak yang sangat besar kepada kehidupan pelacur-pelacur tersebut.
Tuan Guru yang saya maksudkan di sini ialah al-Alim al-Allamah Muhaddis al-Syam Sayyid Badruddin al-Hasani rahimahullahu taala.Beliau wafat pada 1354 Hijriyah.Beliau digelar “Khatimah al-Huffaz dan al-Muhaddissin” yang bermaksud penutup kepada para ulama Hadis yang terkemuka.Mula mengarang kitab ketika umurnya belumpun sampai 20 tahun.
Beliau mengajar di Masjid Umawi pelbagai bidang ilmu seperti Nahwu, Sarf, Balaghah, Mantiq, Fiqh dan lain-lain.Menurut Syeikh al-Allamah Mahmud Rashid al-Attar rahimahullah (wafat 1362 Hijriyah), Syeikh Badruddin al-Hasani juga mengajar kitab Tafsir Baidhawi tanpa melihat kepada kitab dan tanpa memegang apa-apa kertas pun ditangannya.Tafsir tersebut telah dihafalnya dan dikuasainya dengan begitu hebat.
Ketika umur Syeikh al-Allamah Badruddin al-Hasani mencapai 30 tahun beliau mula mengajar Sahih Bukhari di Masjid al-Sadat.Ini juga dilakukan tanpa melihat kitab sedikitpun.Beliau menghafal keseluruhan Sahih Bukhari di dalam dadanya.Menurut para ulama tidak pernah dilihat seseorang yang begitu alim menyampaikan pengajian dengan keseluruhan bidang ilmu seperti Syeikh Badruddin al-Hasani rahimahullah.Ketika mensyarahkan Sahih Bukhari , keseluruhan ilmu dibahaskannya termasuklah ilmu perubatan, hikmah-hikmah, falsafah dan lain-lain.
Antara kelebihan Syeikh Badruddin al-Hasani rahimahullah juga ialah, semuanya mampu untuk memahami apa yang disampaikannya,bukan hanya para ulama dan penuntut ilmu, malah para petani dan orang awam yang biasa juga mampu untuk memahami apa yang disampaikan oleh Syeikh al-Murabbi rahimahullah.Ini kerana keikhlasannya yang begitu tinggi ketika menyampaikan pengajian.Beliau juga digelar Qutb al-Zaman (Wali Allah yang menjadi paksi kepada seluruh para wali ketika itu)dan Mujaddid pada zaman tersebut.
Semoga Allah taala merahmatimu wahai Tuan Guru yang mulia.
Saya mendengar kisah tersebut daripada Guru Saya yang Mulia, Syeikhuna al-Allamah Dr Wafiq al-Hijazi al-Hanafi hafizahullah.
Al-Fatihah buat Syeikh al-Allamah al-Muhaddis Sayyid Badruddin al-Hasani rahimahullah.
Mohd Nazrul Abd Nasir,
Al-Azhar al-Syarif,
Kaherah Mesir



Sunday, 25 December 2011

Peristiwa Kelahiran Nabi Isa a.s. dalam Islam

Masyarakat Kristian di serata dunia menyambut hari kelahiran Nabi Isa a.s. (Jesus Christ) setiap 25 Disember. Walaupun tarikh tersebut masih dalam perbincangan antara mereka yang menolak dan menerimanya, namun semangat mereka yang ingin dibincangkan. Mereka menzahirkan kegembiraan tersebut kerana kasih mereka kepada Nabi Isa a.s.. Namun, mereka bukan sekadar mengasihi Nabi Isa a.s., namun menjadikan Nabi Isa a.s. sebagai sebahagian daripada diri Tuhan.

Ketika mereka menzahirkan kegembiraan terhadap kelahiran Nabi Isa a.s. dalam masa yang sama menganggap dan mempercayai Nabi Isa a.s. ialah Tuhan, maka saya tertanya-tanya adakah setiap tahun, masyarakat Kristian menyambut hari lahir tuhan? Adakah tuhan lahir daripada seorang manusia bernama Maryam?

Jadi, kepercayaan agama orang-orang Kristian (Kristianiti) adalah suatu kepercayaan dilema samada ingin mempercayai Nabi Isa a.s. sebagai manusia atau sebagai Tuhan? Kalau Nabi Isa a.s. seorang manusia, mengapa masyarakat Kristian menyembahnya? Kalau Nabi Isa a.s. adalah Tuhan (atau sebahagian daripada diri Tuhan), bagaimana dia dilahirkan daripada seorang wanita manusia? Bahkan, bagaimana tuhan wujud daripada tiada kepada ada? Siapa yang mengadakannya daripada tiada? Mustahil dirinya yang tiada mengadakan dirinya sendiri.

Jadi, pilihan dalam diri masyarakat Kristian hanya salah satu daripada dua iaitu, yang lahir daripada rahim Maryam adalah manusia atau Tuhan? Atau, bolehkah seseorang itu manusia dan tuhan dalam masa yang sama?

Kitab Bible Menjawab Persoalan: “Tuhan atau Manusia?”


Nabi Isa a.s. adalah seorang manusia dan anak kepada manusia (iaitu Maryam). Semua orang Kristian tahu hakikat bahawasanya Nabi Isa a.s. adalah seorang anak manusia bernama Maryam. Oleh sebab itulah, mereka memperingati hari kelahiran Nabi Isa a.s. daripada kandungan Saidatina Maryam.

Bahkan, tentang kemanusiaan Nabi Isa a.s. juga, ianya diakui sendiri oleh Nabi Isa a.s.. Nabi Isa a.s. pernah berkata:

Jesus said: But you seek to kill me, a man that has told you the truth…”

Maksudnya: Nabi Isa a.s. berkata: “Tetapi kamu (orang Yahudi) cuba untuk membunuh saya, seorang manusia yang telah memberitahu kamu tentang kebenaran…” [John: 8:40]

Jadi, menyedari hakikat ini, bahawasanya Nabi Isa a.s. adalah seorang manusia dan anak kepada seorang manusia, maka adakah manusia dan seorang anak kepada manusia dalam masa yang sama adalah Tuhan?

Dalam Bible ada menyebut untuk menjawab persoalan ini:

"God is not a man, that he should lie; neither the son of man, that he should repent: hath he said, and shall he not do it? or hath he spoken, and shall he not make it good?",

Maksudnya:

Tuhan bukanlah manusia, sehingga Dia berdusta, dan bukanlah juga anak manusia, sehingga Ia menyesal. Masakan Dia berfirman dan tidak melakukannya, atau berbicara dan tidak menepatinya? [Numbers 23:19]

Jadi, dalam ayat ini menafikan ketuhanan sesiapa yang merupakan seorang dan anak kepada seorang manusia. Sedangkan Nabi Isa a.s. adalah seorang manusia dan seorang anak kepada manusia. Ini menunjukkan ayat ini tidak bersetuju dengan dakwaan ketuhanan Nabi Isa a.s..

Nabi Isa a.s. Sebagai Hamba Allah

Dalam Al-Qur’an sentiasa menegaskan tentang sifat kehambaan Nabi Isa a.s.. Ini menafikan ketuhanan Nabi Isa a.s.. Malah, dalam Bible sendiri ada menyebut tentang kehambaan Nabi Isa a.s. secara langsung dan secara tidak langsung.

Adapun antara perkataan yang menyebut kehambaan Nabi Isa a.s. secara langsung dalam Bible adalah seperti berikut:

“Indeed Herod and Pontius Pilate met together with the Gentiles and the people of Israel in this city to conspire against your holy servant Jesus….” [NIV]

Maksudnya:

Sebab sesungguhnya telah berkumpul di dalam kota ini Herodes dan Pontius Pilatus beserta bangsa-bangsa dan suku-suku bangsa Israel melawan Jesus,hamba-Mu yang kudus

[Acts 4:27]

Antara perkataan dalam Bible yang menyebut tentang kehambaan Nabi Isa a.s. adalah mengenai ibadah Baginda a.s.. Ini menunjukkan kehambaan Nabi Isa a.s..

Antara perkataan tersebut adalah:

… he went out into a mountain to pray, and continued all night in prayer to God.

Maksudnya:

…Dia (Nabi Isa a.s.) keluar untuk solat di atas bukit, dan terus-menerus dalam menyembah Tuhan (berdoa kepadaNya) pada sepanjang malam…” [Luke 6:12]

Ini menunjukkan kehambaan Nabi Isa a.s.. Kalau Nabi Isa a.s. adalah Tuhan, adakah dia seorang hamba kepada dirinya sendiri dan pergi ke atas bukit untuk menyembah dirinya sendiri? Ini suatu perkara yang mustahil.

Nabi Isa a.s. sebagai Rasulullah (Utusan Allah)

Allah s.w.t. berfirman:

مَا الْمَسِيحُ ابْنُ مَرْيَمَ إِلَّا رَسُولٌ قَدْ خَلَتْ مِنْ قَبْلِهِ الرُّسُلُ وَأُمُّهُ صِدِّيقَةٌ كَانَا يَأْكُلَانِ الطَّعَامَ انْظُرْ كَيْفَ نُبَيِّنُ لَهُمُ الْآَيَاتِ ثُمَّ انْظُرْ أَنَّى يُؤْفَكُونَ (75)

Maksudnya:

Tidaklah Al-Masih putera Maryam itu melainkan hanyalah seorang Rasul yang mana telah berlalu sebelumnya beberapa rasul, dan ibunya seorang yang sangat benar. Kedua-duanya biasa memakan makanan. Perhatikan bagaimana Kami menjelaskan kepada mereka (ahli Kitab) tanda-tanda kekuasaan (Kami), kemudian perhatikanlah bagaimana mereka berpaling (dari memperhatikan ayat-ayat Kami itu). (Surah Al-Ma’idah: 75)

Dalam Bible juga menyebut perkara yang sama iaitu:

Lalu kata mereka pula kepada orang buta itu: "Dan engkau, apakah katamu tentangnya, kerana  telah memelekkan matamu?" Jawabnya: "Dia adalah seorang nabi.” [John 9:17]

Dalam ayat yang lain juga (dalam Bible), Nabi Isa a.s. berkata

Sebab aku telah turun dari syurga bukan untuk melakukan kehendak-ku (sendiri), tetapi untuk melakukan kehendak Dia yang telah mengutusku.” [John: 6:38]

Ini menunjukkan betapa Nabi Isa a.s. sendiri mengakui kehambaan dan kerasulan dirinya, bagaimana seluruh masyarakat Kristian pula menyembahnya dan menjadikannya sebagai sebahagian daripada diri Tuhan?

Nabi Isa a.s.: Antara Islam dan Kristianiti

Islam adalah ajaran yang membenarkan ajaran para nabi terdahulu. Nabi Isa a.s. juga adalah nabi dan rasul yang disanjungi dan disayangi oleh umat Islam. Malah, umat Islam lebih menyayangi Nabi Isa a.s. berbanding orang-orang Kristian yang secara tidak langsung (atau secara langsung) mengkhianati Nabi Isa a.s. dengan menjadikannya sebagai tuhan di samping Allah s.w.t..

Nabi Isa a.s. sangat tidak bersetuju dengan perkara ini dan sangat malu di hadapan Allah s.w.t. kerana mereka yang mendakwa mengikutinya telah mengkhinatinya dengan mempertuhankannya.

Al-Qur’an menjelaskan hakikat ini:

116. Dan (ingatlah) ketika Allah berfirman: "Hai Isa putera Maryam, adakah kamu mengatakan kepada manusia: “Jadikanlah aku dan ibuku dua orang Tuhan selain Allah?”. Isa menjawab: “Maha suci Engkau, tidaklah patut bagiku mengatakan apa yang bukan hakku (mengatakannya).Jika aku pernah mengatakan Maka tentulah Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku dan aku tidak mengetahui apa yang ada pada diri Engkau. Sesungguhnya Engkau Maha mengetahui perkara yang ghaib-ghaib”.

117. “Aku tidak pernah mengatakan kepada mereka kecuali apa yang Engkau perintahkan kepadaku (mengatakan)nya Yaitu: "Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhanmu", dan adalah aku menjadi saksi terhadap mereka, selama aku berada di antara mereka. Maka setelah Engkau menangkatku, Engkau-lah yang mengawasi mereka, dan Engkau adalah Maha Menyaksikan atas segala sesuatu. [Surah Al-Ma’idah: 116-117]


Dalam Bible juga menggambarkan bahawa Nabi Isa a.s. akan menolak dan membantah orang-orang yang mempertuhankannya di akhirat kelak.

21) Not every one that saith unto me, Lord, Lord, shall enter into the kingdom of heaven; but he that doeth the will of my Father which is in heaven.

22)Many will say to me in that day, Lord, Lord, have we not prophesied in thy name? and in thy name have cast out devils? and in thy name done many wonderful works?

23) And then will I profess unto them, I never knew you: depart from me, ye that work iniquity.

Maksudnya:

Bukan setiap orang yang berseru kepadaku: Tuhan…Tuhan  akan masuk ke dalam kerajaan Syurga, melainkan dia yang melakukan kehendak Bapaku yang di syurga.

Pada hari itu  (akhirat) banyak orang akan berseru kepada-Ku: “Tuhan, Tuhan, bukankah kami bernubuat demi nama-Mu, dan mengusir syaitan demi nama-Mu, dan mengadakan banyak mujizat demi nama-Mu juga?

Pada waktu itulah Aku (Jesus) akan berterus terang kepada mereka dan berkata: “Aku tidak pernah mengenal kamu! Enyahlah dari pada-Ku, kamu sekalian pembuat kejahatan!

Nabi Isa a.s. sendiri menganggap perbuatan memanggilnya sebagai tuhan, melakukan sesuatu dengan namanya dan menjadikan dirinya memiliki sifat-sifat ketuhanan sebagai perbuatan jahat yang sangat tercela.

Na’uzubillah

Islam dan Memperingati Peristiwa Kelahiran Nabi Isa a.s..

Al-Qur’an adalah kitab agung yang menyimpan kisah-kisah para rasul terdahulu serta umat-umat sebelum ini agar umat manusia khususnya umat Islam mengambil pelajaran. Antara kisah yang disebut dan diabadikan ingatannya dalam Al-Qur’an adalah mengenai kisah kelahiran Nabi Isa a.s. yang menjadi tanda daripada tanda-tanda kekuasaan Allah s.w.t..

Bahkan, Al-Qur’an bukan sekadar menceritakan tentang peristiwa kelahiran Nabi Isa a.s., malah Al-Qur’an juga menceritakan tentang peristiwa kelahiran ibunya yang mulia iaitulah Saidatina Maryam, seorang insan yang mulia daripada keluarga yang mulia.

Saidantina Maryam dalam Al-Qur’an

Allah s.w.t. berfirman:

إِنَّ اللَّهَ اصْطَفَى آَدَمَ وَنُوحًا وَآَلَ إِبْرَاهِيمَ وَآَلَ عِمْرَانَ عَلَى الْعَالَمِينَ (33) ذُرِّيَّةً بَعْضُهَا مِنْ بَعْضٍ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ (34) إِذْ قَالَتِ امْرَأَةُ عِمْرَانَ رَبِّ إِنِّي نَذَرْتُ لَكَ مَا فِي بَطْنِي مُحَرَّرًا فَتَقَبَّلْ مِنِّي إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ (35) فَلَمَّا وَضَعَتْهَا قَالَتْ رَبِّ إِنِّي وَضَعْتُهَا أُنْثَى وَاللَّهُ أَعْلَمُ بِمَا وَضَعَتْ وَلَيْسَ الذَّكَرُ كَالْأُنْثَى وَإِنِّي سَمَّيْتُهَا مَرْيَمَ وَإِنِّي أُعِيذُهَا بِكَ وَذُرِّيَّتَهَا مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ (36) فَتَقَبَّلَهَا رَبُّهَا بِقَبُولٍ حَسَنٍ وَأَنْبَتَهَا نَبَاتًا حَسَنًا وَكَفَّلَهَا زَكَرِيَّا كُلَّمَا دَخَلَ عَلَيْهَا زَكَرِيَّا الْمِحْرَابَ وَجَدَ عِنْدَهَا رِزْقًا قَالَ يَا مَرْيَمُ أَنَّى لَكِ هَذَا قَالَتْ هُوَ مِنْ عِنْدِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَرْزُقُ مَنْ يَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍ (37)

Maksudnya:

33. “Sesungguhnya Allah telah memilih Adam, Nuh, keluarga Ibrahim dan keluarga 'Imran melebihi segala umat (di masa mereka masing-masing),

34. (sebagai) satu keturunan yang sebagiannya (turunan) dari yang lain. dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

35. (ingatlah), ketika isteri 'Imran berkata: "Ya Tuhanku, Sesungguhnya aku menazarkan kepada Engkau anak yang dalam kandunganku menjadi hamba yang saleh dan berkhidmat (di Baitul Maqdis). kerana itu terimalah (nazar) itu dari padaku. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha mendengar lagi Maha Mengetahui".

36. Maka tatkala isteri 'Imran melahirkan anaknya, diapun berkata: "Ya Tuhanku, sesunguhnya aku melahirkannya seorang anak perempuan; dan Allah lebih mengetahui apa yang dilahirkannya itu; dan anak laki-laki tidaklah seperti anak perempuan. Sesungguhnya aku telah menamainya “Maryam” dan aku mohon perlindungan untuknya serta anak-anak keturunannya kepada (pemeliharaan) Engkau daripada syaitan yang terkutuk."

37. Maka Tuhannya menerimanya (sebagai nazar) dengan penerimaan yang baik, dan mendidiknya dengan pendidikan yang baik dan Allah menjadikan Zakariya pemeliharanya. Setiap Zakariya masuk untuk menemui Maryam di mihrab, ia dapati makanan di sisinya. Zakariya berkata: "Hai Maryam dari mana kamu memperoleh (makanan) ini?" Maryam menjawab: "Makanan itu dari sisi Allah". Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada siapa yang dikehendaki-Nya tanpa hisab.

Penjelasan

Adapun firman Allah s.w.t.: “Sesungguhnya Allah telah memilih Adam, Nuh, keluarga Ibrahim dan keluarga 'Imran melebihi segala umat (di masa mereka masing-masing)

Maka, para ulama’ mufassirin menafsirkan bahawasanya, Allah s.w.t. memilih untuk memuliakan Nabi Adam a.s., Nabi Nuh a.s., keluarga Nabi Ibrahim a.s. dan keluarga Imran. Mereka yang dimaksudkan daripada keluarga Nabi Ibrahim a.s. dan keluarga Imran adalah dari kalangan orang-orang yang beriman.

Ini kerana, daripada zuriat Nabi Ibrahim a.s. lahirnya banyak para nabi dan rasul dan yang paling agung adalah Nabi Muhammad a.s.. Adapun daripada zuriat Imran lahirnya Nabi Isa a.s.. Jadi, sebahagian ulama’ tafsir menjelaskan bahawasanya, Allah s.w.t. memilih untuk memberi kelebihan kepada zuriat Nabi Ibrahim a.s. dan keluarga Imran dari sudut kenabian dan zuriat yang taat.

Adapun Imran, maka beliau bernama Imran bin Yasham bin Amnun bin Manban bin Hizqiya bin Ahriq bin Yuyam bin ‘Azariya bin Amshiya bin Yawish bin Ahrihu bin Yazim bin Yahfasyath bin Asyabiraban bin Rahba’am bin Sulaiman a.s. bin Daud a.s., sebagaimana disebut dalam tafsir At-Tabari.

Dalam ayat ini menunjukkan bahawasanya keluarga Imran adalah sebuah keluarga yang mulia dan taat beribadah. Ia juga dapat dilihat pada nazar ibu Maryam (bernama Hannah) yang inginkan anaknya sebagai orang yang berkhidmat di tempat ibadah dan menjadi hamba yang soleh.

Ketika sampai waktu melahirkan, maka yang lahir dari kandungan Hannah adalah seorang perempuan sedangkan perempuan tidak sama keupayaannya berbanding seorang lelaki untuk berkhidmat di tempat ibadah. Setelah menamakan anaknya Maryam, maka Hannah tetap melaksanakan apa yang telah dinazarnya iaitu menjadikan Maryam sebagai seorang ahli khidmat di tempat Nabi Zakaria a.s..

Hasil didikan dan tarbiah Nabi Zakaria a.s., Saidatina Maryam membesar sebagai seorang wanita solehah yang mengosongkan waktunya kepada ibadah kepada Allah s.w.t.. Bahkan, Allah s.w.t. menceritakan juga bahawa Saidatina Maryam dikurniakan karamah dari Allah s.w.t. sebagaimana yang diisyaratkan dalam ayat:

Setiap Zakariya masuk untuk menemui Maryam di mihrab, ia dapati makanan di sisinya. Zakariya berkata: "Hai Maryam dari mana kamu memperoleh (makanan) ini?" Maryam menjawab: "Makanan itu dari sisi Allah".

Bahkan, Allah s.w.t. juga memuliakan  Saidatina Maryam dengan menjadikan salah satu nama daripada nama-nama surah dalam Al-Qur’an adalah bernama Surah Maryam, sebagai tanda kemuliaannya.

Al-Qur’an Memperingati Peristiwa Kelahiran Nabi Isa a.s.

Begitu juga, Al-Qur’an menjadikan kisah kelahiran Nabi Isa a.s. sebagai suatu tanda daripada tanda-tanda kekuasaan Allah s.w.t..

Antara kisah kelahiran dan kehidupan Nabi Isa a.s. disebutkan secara ringkas dalam Al-Qur’an adalah dalam Surah Ali Imran:


Maksudnya:

42. Dan (ingatlah) ketika Malaikat (Jibril) berkata: "Hai Maryam, Sesungguhnya Allah telah memilih kamu, mensucikan kamu dan melebihkan kamu atas segala wanita di dunia (yang semasa dengan kamu).

43. Hai Maryam, taatlah kepada Tuhanmu, sujud dan ruku'lah bersama orang-orang yang ruku'.

44. Yang demikian itu adalah sebagian dari berita-berita ghaib yang Kami wahyukan kepada kamu (ya Muhammad); Padahal kamu tidak hadir beserta mereka, ketika mereka melemparkan anak-anak panah mereka (untuk mengundi) siapa di antara mereka yang akan memelihara Maryam. dan kamu tidak hadir di sisi mereka ketika mereka bersengketa.

45. (Ingatlah), ketika Malaikat berkata: "Hai Maryam, seungguhnya Allah menggembirakan kamu (dengan kelahiran seorang putera yang diciptakan) dengan kalimat (yang datang) daripada-Nya, namanya Al-Masih Isa putera Maryam, seorang terkemuka di dunia dan di akhirat dan termasuk orang-orang yang didekatkan (kepada Allah),

46. Dan Dia berbicara dengan manusia dalam buaian dan ketika sudah dewasa dan Dia adalah termasuk orang-orang yang saleh."

47. Maryam berkata: "Ya Tuhanku, betapa mungkin aku mempunyai anak, Padahal aku belum pernah disentuh oleh seorang lelaki pun." Allah berfirman (dengan perantaraan Jibril): "Demikianlah Allah menciptakan apa yang dikehendaki-Nya. apabila Allah berkehendak menetapkan sesuatu, Maka Allah hanya cukup berkata kepadanya: "Jadilah", lalu jadilah Dia.
48. dan Allah akan mengajarkan kepadanya Al Kitab, hikmah, Taurat dan Injil.

49. dan (sebagai) Rasul kepada Bani Israil (yang berkata kepada mereka): "Sesungguhnya aku telah datang kepadamu dengan membawa sesuatu tanda (mukjizat) dari Tuhanmu, Yaitu aku membuat untuk kamu dari tanah berbentuk burung; kemudian aku meniupnya, Maka ia menjadi seekor burung dengan seizin Allah; dan aku menyembuhkan orang yang buta sejak dari lahirnya dan orang yang berpenyakit sopak; dan aku menghidupkan orang mati dengan seizin Allah; dan aku kabarkan kepadamu apa yang kamu makan dan apa yang kamu simpan di rumahmu. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah suatu tanda (kebenaran kerasulanku) bagimu, jika kamu sungguh-sungguh beriman.

50. Dan (aku datang kepadamu) membenarkan Taurat yang datang sebelumku, dan untuk menghalalkan bagimu sebagian yang telah diharamkan untukmu, dan aku datang kepadamu dengan membawa suatu tanda (mukjizat) daripada Tuhanmu. kerana itu bertakwalah kepada Allah dan taatlah kepadaku.

51. Sesungguhnya Allah, Tuhanku dan Tuhanmu, kerana itu sembahlah Dia. Inilah jalan yang lurus".

52. Maka tatkala Isa mengetahui keingkaran mereka (Bani lsrail) berkatalah dia: "Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku untuk (menegakkan agama) Allah?" Para hawariyyin (sahabat-sahabat setia) menjawab: "Kamilah penolong-penolong (agama) Allah, Kami beriman kepada Allah; dan saksikanlah bahwa sesungguhnya Kami adalah orang-orang yang berserah diri.

53. Ya Tuhan Kami, Kami telah beriman kepada apa yang telah Engkau turunkan dan telah Kami ikuti rasul, kerana itu masukanlah kami ke dalam golongan orang-orang yang menjadi saksi (tentang keesaan Allah)".

54. orang-orang kafir itu membuat tipu daya, dan Allah membalas tipu daya mereka itu. dan Allah Sebaik-baik pembalas tipu daya.

55. (ingatlah), ketika Allah berfirman: "Hai Isa, Sesungguhnya aku akan merehatkanmu (atau mengangkatmu) dan mengangkat kamu kepada-Ku serta membersihkan kamu dari orang-orang yang kafir, dan menjadikan orang-orang yang mengikuti kamu di atas orang-orang yang kafir hingga hari kiamat. kemudian hanya kepada Akulah kembalimu, lalu aku memutuskan diantaramu tentang hal-hal yang selalu kamu berselisih padanya".

56. Adapun orang-orang yang kafir, Maka akan Ku-siksa mereka dengan siksa yang sangat keras di dunia dan di akhirat, dan mereka tidak memperoleh penolong.

57. Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan-amalan yang saleh, Maka Allah akan memberikan kepada mereka dengan sempurna pahala amalan-amalan mereka; dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim.

58. Demikianlah (kisah 'Isa), Kami membacakannya kepada kamu sebagian dari bukti-bukti (kerasulannya) dan (membacakan) Al Quran yang penuh hikmah.

59. Sesungguhnya misal (penciptaan) Isa di sisi Allah, adalah seperti (penciptaan) Adam. Allah menciptakan Adam dari tanah, kemudian Allah berfirman kepadanya: "Jadilah" (seorang manusia), Maka jadilah Dia.

[Surah Ali Imran: 42-59]

Ini menunjukkan betapa Islam juga memperingati peristiwa kelahiran Nabi Isa a.s. malah memperingati seluruh kehidupan Nabi Isa a.s. secara umumnya agar dapat mengambil pelajaran dan sebagai tanda kecintaan kepada Nabi Isa a.s..

Sesungguhnya, dalam peristiwa kelahiran Nabi Isa a.s. yang tanpa ayah adalah antara tanda kebesaran Allah s.w.t.. Malah, ianya adalah suatu ujian kepada Maryam a.s. untuk menerima apa sahaja ketentuan daripada Allah s.w.t. walaupun berhadapan dengan musibah. Saidatina Maryam terus tabah walaupun dihina oleh masyarakat sekeliling hanya kerana Allah s.w.t. dan redha dengan ketentuanNya.

Inilah contoh dan sikap kejujuran seorang hamba kepada Allah s.w.t. yang hanya mementingkan redha Allah s.w.t. daripada redha makhluk kerana sentiasa memerhatikan hanya kepadaNya. Kejujuran dibalas dengan kejujuran Allah s.w.t. juga seraya menjadikan Nabi Isa a.s. sebagai nabi dan rasul lalu menjadi seorang yang sangat diberkati. Anak yang soleh dan diberkati adalah antara anugerah yang paling berharga bagi seorang ibu (dan bapa).

Anugerah Allah s.w.t. diberi kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Berbahagiala bagi insan yang jujur terhadap Allah s.w.t. dalam kehambaan mereka kerana redha Allah s.w.t. yang menanti mereka di sebalik kejujuran mereka adalah sangat agung lagi berharga.

Kesimpulan

Islam merumuskan suatu kesimpulan mudah kepada Ahlul-Kitab termasuklah orang-orang Kristian agar kembali kepada ajaran tauhid dengan beriman kepada kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. dan syariat Islam.

Allah s.w.t. berfirman

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam". [Surah Ali Imran: 64]

Wallahu A’lam

Al-Faqir ila Rabbihi Al-Jalil

sumber : Ustaz Raja Ahmad Mukhlis

SALASILAH KESULTANAN DAULAH UTHMANIAH

MARI MENGENALI PARA SULTAN KERAJAAN UTHMANIAH TURKI 

RAMAI UMAT ISLAM JARANG MENDAPAT PENDEDAHAN UNTUK MENGENALI PEMIMPIN KHILAFAH ISLAM YANG PALING HAMPIR ZAMANNYA DENGAN ZAMAN KITA HARI INI.

OLEH ITU UNTUK TAJUK ARTIKEL KALI INI MARI KITA BERKONGSI MAKLUMAT TENTANG TOKOH-TOKOH YANG BERJASA BESAR INI.

NOTA : JANGANLAH KITA TERMASUK DALAM GOLONGAN YANG DI SEBUT OLEH NABI SAW  IAITU UMAT KEMUDIAN MENCERCA UMAT TERDAHULU.MEREKA JUGA MANUSIA YANG MALAKUKAN KESALAHAN TETAPI JASA MEREKA YANG BESAR TERHADAP ISLAM DAN UMAT ISLAM MUDAHAN-MUDAHAN MENJADI KAFFARAH TERHADAP KESALAHAN YANG TELAH MEREKA LAKUKAN.



1. Sultan Osman (Osman Bey / Osman Gazi)
Bapa: Ertuğrul Gazi
Ibu: Halime Hatun
Tarikh / Tempat Lahir: Söğüt (1258M / 656 H.)
Tarikh / Tempat Meninggal: Bursa (1326M / 726H.)
Tempoh Pemerintahan: 1299 - 1326 (27 tahun)







2. Sultan Orhan (Orhan Gazi)
Bapa: Osman Gazi
Ibu: Mal Hatun
Tarikh Lahir: (680 H. / 1281 M.)
Tarikh Meninggal: (761 H. / 1360 M.)
Tempoh Pemerintahan : 1326 - 1359 (33 tahun







3. Sultan Murad I (I. Murad Hüdavendigar)
Bapa: Orhan Gazi
Ibu: Nilüfer Hatun
Tarikh Lahir: 1326 M.
Tarikh Meninggal: 1389 M.
Tempoh Pemerintahan: 1359 - 1389 (30 tahun)






4. Sultan Bayazid I (Yıldırım Bayezid)
Bapa: Sultan I. Murad
Ibu: Gülçiçek Hatun
Tarikh Lahir: 1360 M.
Tarikh Meninggal: 1403 M.
Tempoh Pemerintahan: 1389-1403 (13 tahun)





5. Sultan Muhammad I (I. Mehmed Çelebi)
Bapa: Sultan Yıldırım Bayezid
Ibu: Devlet Hatun
Tarikh Lahir: 1389 M.
Tarikh Meninggal: 26 Mei 1421 M.
Tempoh Pemerintahan: 1413 - 1421 (8 tahun)






6. Sultan Murad II
Bapa: Celebi Sultan Mehmed
Ibu: Dulkadiroglu Emine Hatun
Tarikh Lahir: 1402 M.
Tarikh Meninggal: 3 Februari 1451 M.
Tempoh Pemerintahan: 1421 - 1451 (30 tahun)

7. Sultan Muhammad II (Fatih Sultan Mehmed)
Bapa: Sultan II. Murad
Ibu: Hüma Hatun
Tarikh Lahir: 29 Mac 1432 M.
Tarikh Meninggal: 3 Mei 1481 M.
Tempoh Pemerintahan: 1451 - 1481 (30 tahun)









8. Sultan Bayazid II
Bapa: Fatih Sultan Mehmed
Ibu: Gülbahar Hatun
Tarikh Lahir: 3 Disember 1447 M.
Tarikh Meninggal: 26 Mei 1512 M.
Tempoh Pemerintahan: 1481 - 1512 (31 tahun)




9. Sultan Salim I (Yavuz Sultan Selim)
Bapa: Sultan II. Bayezid
Ibu: Ayse Hatun
Tarikh Lahir: 10 Oktober 1470 M.
Tarikh Meninggal: 22 September 1520 M.
Tempoh Pemerintahan: 1512 - 1520 (8 tahun)










10. Sultan Sulaiman I (Kanuni Sultan Süleyman)
Bapa: Yavuz Sultan Selim
Ibu: Hafsa Sultan
Tarikh Lahir: 27 April 1495 M.
Tarikh Meninggal: 7 September 1566 M.
Tempoh Pemerintahan: 1520 - 1566 (46 tahun)





11. Sultan Salim II (Sarı Selim)
Bapa: Kanuni Sultan Süleyman
Ibu: Hürrem Sultan
Tarikh Lahir: 28 Mei 1524 M.
Tarikh Meninggal: 15 Disember 1574 M.
Tempoh Pemerintahan: 1566 - 1574 (8 tahun)




12. Sultan Murad III
Bapa: Sultan II. Selim
Ibu: Hasekisi Nur-Banu Sultan
Tarikh Lahir: 4 Julai 1546 M.
Tarikh Meninggal: 16 Januari 1595 M.
Tempoh Pemerintahan: 1574 - 1595 (21tahun)






13. Sultan Muhammad III (III. Mehmed)
Bapa: Sultan III. Murad
Ibu: Safiye Sultan
Tarikh Lahir: 26 Mei 1566 M.
Tarikh Meninggal: 21 Disember 1603 M.
Tempoh Pemerintahan: 1595 - 1603 (8 tahun)










14. Sultan Ahmad I (I. Ahmed)
Bapa: Sultan III. Mehmed
Ibu: Handan Sultan
Tarikh Lahir: 18 April 1590 M.
Tarikh Meninggal: 22 November 1617 M.
Tempoh Pemerintahan: 1603 - 1617 (14 tahun)










15. Sultan Mustafa I
Bapa: Sultan III. Murad
Ibu: Handan Sultan
Tarikh Lahir: 1592 M.
Tarikh Meninggal: 20 Januari 1639 M.
Tempoh Pemerintahan: 1617 - 1623 (5 tahun)










16. Sultan Osman II (Genc Osman)
Bapa: Sultan I. Ahmed
Ibu: Hasekisi Hatice Mahfiruze Sultan
Tarikh Lahir: 3 November 1604 M.
Tarikh Meninggal: 10 Mei 1622 M.
Tempoh Pemerintahan: 1617 - 1622 (5 tahun)



17. Sultan Murad IV
Bapa: Sultan I. Ahmed
Ibu: Mah-peyker (Kösem) Sultan
Tarikh Lahir: 27 Julai 1612 M.
Tarikh Meninggal: 9 Februari1640 M.
Tempoh Pemerintahan: 1623 - 1640 (17 tahun)





18. Sultan İbrahim I
Bapa: Sultan I. Ahmed
Ibu: Mahpeyker (Kösem) Sultan
Tarikh Lahir: 5 November 1616 M.
Tarikh Meninggal: 18 Ogos 1648 M.
Tempoh Pemerintahan: 1640 - 1648 (8 tahun)





19. Sultan Muhammad IV (IV. Mehmed Avcı)
Bapa: Sultan I. Ibrahim
Ibu: Turhan Hatice Sultan
Tarikh Lahir: 2 Januari 1642 M.
Tarikh Meninggal: 6 Januari 1693 M.
Tempoh Pemerintahan: 1648 - 1687 (39 tahun)







20. Sultan Sulaiman II (II. Süleyman)
Bapa: Sultan I. Ibrahim
Ibu: Hasekisi Saliha Dil-asub Valide Sultan
Tarikh Lahir: 15 April 1642 M.
Tarikh Meninggal: 22 Jun 1691 MM.

Tempoh Pemerintahan: 1687 - 1691 (4 tahun)






21. Sultan Ahmad II (II. Ahmed)
Bapa: Sultan I. Ibrahim
Ibu: Hasekisi Hatice Mu’azzez Sultan
Tarikh Lahir: 25 Februari 1643 M.
Tarikh Meninggal: 6 Februari 1695 M.
Tempoh Pemerintahan : 1691 - 1695 (4 tahun)










22. Sultan Mustafa II
Bapa: Sultan IV. Mehmed
Ibu: Emetullah Rabia Gülnüs Sultan
Tarikh Lahir: 5 Jun 1664 M.
Tarikh Meninggal: 1 Januari 1704M.
Tempoh Pemerintahan: 1695 - 1703 (8 tahun)








23. Sultan Ahmad III (III. Ahmed)
Bapa: Sultan IV. Mehmed
Ibu: Emetullah Rabia Gülnus Sultan
Tarikh Lahir: 31 Disember 1673 M.
Tarikh Meninggal: 1 Julai 1736M.
Tempoh Pemerintahan: 1703 - 1730 (27 tahun)









24. Sultan Mahmud I
Bapa: Sultan II. Mustafa
Ibu: Saliha Sebkati Sultan
Tarikh Lahir: 2 Ogos 1696 M.
Tarikh Meninggal: 13 Disember 1754 M.
Tempoh Pemerintahan: 1730 - 1754 (24 tahun)








25. Sultan Osman III
Bapa: Sultan II. Mustafa
Ibu: Sehsüvar Valide Sultan
Tarikh Lahir: 2 Januari 1699 M.
Tarikh Meninggal: 30 Oktober 1757 M.
Tempoh Pemerintahan: 1754 - 1757 (3 tahun)








26. Sultan Mustafa III
Bapa: Sultan III. Ahmed
Ibu: Emine Mihrisah Sultan
Tarikh Lahir: 28 Januari 1717 M.
Tarikh Meninggal: 21 Januari 1774 M.
Tempoh Pemerintahan: 1757 - 1774 (17 tahun)








27. Sultan Abdülhamid I
Bapa: Sultan III. Ahmed
Ibu: Rabi’a Sermi Sultan
Tarikh Lahir: 20 Mac 1725 M.
Tarikh Meninggal: 7 April 1789 M.
Tempoh Pemerintahan: 1774 - 1789 (15 tahun)






28. Sultan Selim III
Bapa: Sultan III. Mustafa
Ibu: Mihrisah Sultan
Tarikh Lahir: 24 Disember 1761 M.
Tarikh Meninggal: 28 Julai 1808 M.

Tempoh Pemerintahan: 1789 - 1807 (18 tahun)





29. Sultan Mustafa IV
Bapa: Sultan I. Abdülhamid
Ibu: Ayse Sineperver Valide Sultan
Tarikh Lahir: 8 September 1779M.
Tarikh Meninggal: 16 November 1808 M.
Tempoh Pemerintahan: 1807 - 1808 (1tahun)








30. Sultan Mahmud II
Bapa: Sultan I. Abdülhamid
Ibu: Naks-i Dil Valide Sultan
Tarikh Lahir: 20 Julai 1785 M.
Tarikh Meninggal: 30 Jun 1839 M.
Tempoh Pemerintahan: 1808 - 1839 (31 tahun)







31. Sultan Abdul Majid (Abdülmecid)
Bapa: Sultan II.
Mahmud
Ibu: Bezm-i Alem Valide Sultan
Tarikh Lahir: 25 April 1823 M.
Tarikh Meninggal: 25 Jun 1861 M.
Tempoh Pemerintahan: 1839 - 1861 (21 tahun)







32. Sultan Abdülaziz
Bapa: Sultan II. Mahmud
Ibu: Pertev-niyal Valide Sultan
Tarikh Lahir: 9 Februari 1830 M.
Tarikh Meninggal: 4 Jun 1876 M.
Tempoh Pemerintahan: 1861 - 1876 (15 tahun)








33. Sultan Murad V
Bapa: Sultan I. Abdülmecid
Ibu: Sevket-efza Valide Sultan
Tarikh Lahir: 21 September 1840 M.
Tarikh Meninggal: 29 Ogos 1904 M.
Tempoh Pemerintahan: in 1876 (93 hari)


34. Sultan Abdul Hamid II (II. Abdülhamid Han)
Bapa: Sultan I. Abdülmecid
Ibu: Tir-i Müjgan Kadınefendi
Tarikh Lahir: 21 September 1842 M.
Tarikh Meninggal: 10 Februari 1918 M.
Tempoh Pemerintahan: 1876 - 1909 (33 tahun)








35. Sultan Muhammad V (V. Mehmed Reşad)
Bapa: Sultan I. Abdülmecid
Ibu: Gülcemal Kadınefendi
Tarikh Lahir: 2 November 1844 M.
Tarikh Meninggal: 3 Julai 1918 M.
Tempoh Pemerintahan: 1909 - 1918 (9 tahun)



36. Sultan Muhammad VI (VI. Mehmed Vahidüddin)
Bapa: Sultan I. Abdülmecid
Ibu: Gülistü Kadınefendi
Tarikh Lahir: 2 Februari 1861 M.
Tarikh Meninggal: 15 Mei 1926 M.
Tempoh Pemerintahan: 1918 - 1922 (4 tahun)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...