Sunday 12 February 2012

Perangilah Akidah Mereka.....




                                               Raja Perancis Louis IX,

                                                (Zaman Perang Salib)





[“Jika kamu ingin mengalahkan umat Islam jangan memerangi mereka hanya dengan senjata saja,
kerana kamu telah kalah dihadapan mereka waktu kamu menggunakan senjata.
Namun perangilah “AKIDAH” mereka,
“Hancurkan pemikiran-pemikiran mereka”,

“Keluarkan dari dada-dada mereka semangat Islam”,
jadikan mereka bodoh terhadap akidah Islam,
” kerana dalam akidahlah terletak “kekuatan Islam”,
apabila akidah mereka telah keluar dari dada mereka maka mudah bagi kamu mengalahkan mereka,
dengan senjata akan banyak merugikan kita
namun dengan menyerang pemikiran mereka kita tidak akan rugi bahkan kaum muslimin akan rugi.”]
-petikan ucapan Raja Louis IX (Perancis)




Artikel di bawah adalah huraian kepada maksud 'Akidah' yang di ucapkan oleh pemimpin kristian diatas.





Pada kali ini penulis akan mengemukakan hujah perbahasan oleh Abu A’la Al Maududi dan As-syahid Sayyid Qutb bagi membuktikan bahawa perlaksanaan pemerintahan Islam dan undang-undang Allah dalam sesebuah negara adalah merupakan sebahagian daripada Tauhid Uluhiyyah. 

Oleh itu, mana-mana pemerintah yang mengaku Islam tetapi dengan sengaja menafikan hak Allah dalam soal politik pemerintahan dan perlaksanaan hukum, maka mereka termasuk dalam golongan Musyrikin. Begitulah juga dengan para penyokong mereka.
Baru-baru ini penulis ada membaca sebuah buku bertajuk "Aqidah Yang Menggoncang Dunia" dan isi perbahasannya adalah berkaitan dengan pengaruh pemikiran As syahid Sayyid Qutb Terhadap Gerakan Islam. Antara tajuk perbahasan yang menarik perhatian penulis ialah Konsep Hakimiyyah Dalam Tauhid Uluhiyyah.

Dalam menghuraikan tentang Al-Ilahiyat, Sayyid Qutb lebih menekankan pada aspek Tauhid Uluhiyyah dan Rububiyyah. Dan aspek utama yang dikemukakan olehnya ialah konsep Hakimiyyah Allah, yaitu menyentuh tentang hak Allah dalam menentukan hukum dan sistem perundangan manusia sebagai hamba dan makhluk-Nya.

Mengenai Tauhid Uluhiyyah, Sayyid Qutb telah memperluaskan perbahasannya kepada soal-soal Hakimiyyah dan Tasyri'.
Ianya merupakan satu perkara baru dalam konteks perbahasan ilmu Tauhid. Dan Maududi merupakan pelopor pertama kepada perbincangan ilmu ini yang dibuat secara terbuka dan meluas.

Dalam menjelaskan persoalan ini, Maududi telah mengemukakan beberapa potong ayat Al-Qur'an. Ayat-ayat tersebut ialah ;

Surah At Taubah (9) : ayat 31

"Mereka menjadikan orang-orang alimnya (pendita-pendita) dan paderi-paderi mereka sebagai tuhan selain Allah, dan (juga mereka mempertuhankan) Al-Masih putera Maryam, padahal mereka hanya diperintah menyembah Tuhan Yang Maha Esa, tiada Ilah (Tuhan) melainkan Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.

Surah Al Jaatsiyah (45) : ayat 23 ;

"Apakah kamu pernah melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Ilah (tuhannya) dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya...."

Surah Asy Syuura (42) : ayat 21 ;

"Apakah mereka mempunyai Syuraka' (sekutu-sekutu) yang mensyari'atkan untuk mereka dalam perkara yang tidak diizinkan oleh Allah ?"

Maududi menjelaskan di dalam ayat-ayat ini terdapat sebutan Ilah dan Syuraka' (sekutu-sekutu) sebagai menggantikan Ilah. Ilah yang dimaksudkan di sini bukan merujuk kepada Tuhan yang berkuasa memberi manfaat dan mudarat, tetapi Ilah dalam konteks menerima perintahnya sebagai Syari'ah, memerintah dengan perintahnya dan menegah dengan tegahannya. Begitu juga mengikutinya dalam menentukan halal dan haram dan mendakwa mereka (Ilah) mempunyai hak ke atas perkara-perkara tersebut.

Konsep syirik yang terdapat dalam ayat-ayat tersebut adalah syirik kepada Allah dari sudut Uluhiyyah. Dalam ayat-ayat ini jelas menunjukkan bahawa orang-orang yang menerima apa yang diciptakan oleh seseorang ataupun sekumpulan manusia daripada undang-undang, ataupun Syari'ah atau garis panduan sebagai undang-undang yang sah, sedangkan ia tidak berdasarkan kepada perintah Allah, sesungguhnya orang-orang yang menerimanya itu telah syirik kepada Allah dari sudut Uluhiyyah.

Maududi menegaskan al-Hakimiyyah adalah sebahagian daripada al-Uluhiyyah.

As syahid Sayyid Qutb banyak membincangkan Tauhid Uluhiyyah dari sudut Ubudiyyah dan Tasyri' serta zat dan sifat di dalam tafsirnya Fi Zilal al-Qur'an. Beliau mengambil pendekatan al-Tauhid berdasarkan permasalahan kefahaman umat Islam tentang al-Tauhid pada zamannya dan berlanjutan ke hari ini. Puncanya bila mana kefahaman Islam yang dimiliki oleh umat Islam telah dirosakkan oleh fahaman sekularisma yang menjajah pemikiran umat manusia seluruhnya. Fahaman ini yang memisahkan kedaulatan hukum Allah daripada aspek politik pemerintahan. Perkembangan fahaman inilah yang menjatuhkan kerajaan Uthmaniyyah, yang merupakan Khilafah Islam terakhir.

Penulis ingin mengutarakan ulasan Sayyid Qutb tentang al-Uluhiyyah dari sudut Hakimiyyah dan Tasyri'.

Dalam konteks ini, Sayyid Qutb menjelaskan mengenai Syari'ah dan Hukum. Beliau memberikan penekanan yang lebih terhadap hal ini kerana di sudut Tauhid, ia dianggap sebagai perkara baru di sudut perbahasan ilmu. Sedangkan Tauhid Uluhiyyah dari sudut zat dan sifat telah menjadi perbahasan tradisi dalam ilmu Tauhid sejak zaman Salafussoleh.

Bagaimanapun konsep Uluhiyyah yang dihuraikannya dari sudut Hakimiyyah dan Tasyri' ini tidak lari daripada asas yang menjadi pegangan para Ulama' sebelumnya. Antaranya beliau menjelaskan bahawa setiap orang yang mengucapkan lafaz kalimah Syahadah, masih belum dianggap bersyahadah melainkan mereka menunaikan kandungan dan tuntutan Syahadah tersebut, yaitu mereka tidak boleh mengambil selain dari Allah sebagai Ilah (yang diberikan pengabdian). Justeru mereka tidak boleh mengambil Syari'ah selain daripada Syari'ah Allah. Ini kerana menurutnya ciri Uluhiyyah yang paling khusus ialah menentukan Syari'ah kepada hamba-Nya. Sementara ciri Ubudiyyah yang paling khusus ialah menerima sepenuhnya hukum daripada Allah.

Sayyid Qutb juga mengatakan bahawa adalah suatu nikmat yang tinggi daripada Allah apabila ditentukan dakwah Rasulullah S.A.W. sejak hari pertama kerasulannya ialah seruan Tauhid yang terkandung dalam Syahadah. Hal ini bukanlah perkara mudah mengikut perhitungan biasa kerana menurutnya orang-orang Arab ketika itu sedia mengetahui dari sudut bahasa mereka makna 'Ilah' dan kalimah Syahadah. Mereka mengetahui bahawa al-Uluhiyyah bermakna al-Hakimiyyah yang tertinggi. Mereka juga sedia mengetahui bahawa mentauhidkan Uluhiyyah dan mengEsakan Allah dari sudut ini bermakna sedia merungkaikan seluruh kedaulatan yang dimiliki oleh para pendita, ketua-ketua qabilah, para pimpinan dan pemerintah. Kedaulatan ini seluruhnya wajib dikembalikan kepada Allah.

Orang-orang Arab ketika itu, kata Sayyid Qutb lagi, sedia mengetahui kalimah Syahadah adalah pernyataan revolusi terhadap kedaulatan yang berkuasa di muka bumi. Ini berdasarkan kedaulatan itu merupakan rampasan daripada ciri Uluhiyyah Allah yang paling utama. Ianya juga pernyataan revolusi ke atas segala perundangan yang ditegakkan di atas kuasa-kuasa rampasan tersebut.

Sayyid Qutb menegaskan Syahadah dengan maknanya yang paling hampir ialah mengEsakan Allah dari sudut al-Uluhiyyah, dan tidak mempersekutukan bersama-Nya dengan sesuatu pun daripada makhluk-Nya pada mana-mana ciri Uluhiyyah-Nya. Ciri-ciri al-Uluhiyyah yang paling khusus ialah hak al-Hakimiyyah yang mutlak. Kemutlakan Hakimiyyah ini pula menjadi asas kepada hak menentukan Syari'ah kepada hamba-Nya, hak menentukan skim kehidupan mereka dan juga hak menentukan nilai-nilai dalam kehidupan tersebut.

Oleh yang demikian, katanya, Syahadah tidak akan tertegak dan terlaksana melainkan dengan mengiktiraf bahawa Allah sahajalah yang berhak ke atas segala-galanya itu.

Persoalan al-Hakimiyyah dan Tasyri' ini menjadi lebih penting kepada Sayyid Qutb apabila beliau menegaskan bahawa al-Hakimiyyah adalah asas kepada al-Din. Tegasnya bahawa dalam agama Islam persoalan Syari'ah adalah sama dengan persoalan aqidah itu sendiri dalam menentukan sifat-sifat Islam ataupun syirik. Ini kerana persoalan Syari'ah adalah sebahagian daripada persoalan aqidah. Malah jika diperhatikan kepada realiti al-Din sebagaimana yang ditegaskan oleh al-Qur'an, begitu jelas bahawa hakikat Syari'ah adalah aqidah itu sendiri.

Seterusnya Sayyid Qutb menjelaskan bahawa semenjak beberapa kurun yang panjang pihak musuh-musuh Islam telah menggunakan pelbagai cara untuk merosakkan kefahaman tentang al-Din itu sendiri. Sehinggakan kalangan ahli agama sendiri memahami bahawa persoalan al-Hakimiyyah adalah persoalan yang terpisah daripada persoalan aqidah. Mereka beranggapan tidak akan terkeluar daripada Islam jika pemerintahan itu keluar daripada pemerintahan yang telah digariskan oleh Allah. Walhal tegas Sayyid Qutb bahawa agama ini tidak mengenali pemisahan antara Aqidah, Ibadah dan Syari'ah.

Begitu juga beliau mengatakan bahawa orang-orang yang menghukum syirik terhadap penyembah-penyembah berhala tetapi tidak menghukum dengan hukuman yang sama terhadap orang-orang yang berhukum kepada Toghut. Mereka itu, tegas Sayyid Qutb, tidak membaca al-Qur'an dan tidak memahami realiti al-Din. Dalam hal ini beliau membawa sepotong ayat al-Qur'an yang bermaksud ;

"Jika sekiranya kamu mentaati mereka, nescaya kamu tergolong ke dalam golongan orang Musyrikin."

Dalam menghuraikan ayat ini, Sayyid Qutb memetik tafsiran Ibn Kathir yaitu, jika sekiranya kamu mengundurkan diri dari melaksanakan perintah Allah dan Syari'ah-Nya ke atas kamu, sebaliknya kamu mengambil pandangan lain dan lebih mengutamakannya daripada perintah dan Syari'ah Allah, itu adalah Syirik.

Dalam konteks ini Sayyid Qutb menyimpulkan bahawa kewujudan gama Islam ialah wujudnya Hakimiyyah Allah. Apabila ternafi al-Hakimiyyah, maka ternafilah wujud agama ini pada hakikatnya.

Penulis masih ingat tentang sepotong ayat dalam Surah Al-An'aam (6) : ayat 159 ;

"Sesungguhnya orang-orang yang memecah-belah agamanya dan mereka (terpecah) menjadi beberapa golongan, tidak ada sedikit pun tanggungjawab mu terhadap mereka. Sesungguhnya urusan mereka hanyalah (terserah) kepada Allah, kemudian Allah akan memberitahu kepada mereka apa yang telah mereka lakukan."

Dalam ayat ini, Prof Dr Hamka telah menafsirkannya sebagai "Barangsiapa yang ada keyakinan dalam hati bahawa ada sistem lain yang lebih baik daripada Islam, maka kafirlah mereka walau masih bersolat."

Manakala fatwa Syeikh Mustafa Sabri (mufti Uthmaniyah) dalam menyentuh tentang pemerintahan sekular ini, beliau menegaskan "Jalan pintas menjadi kafir ialah dengan memisahkan agama daripada pemerintahan."

Bagaimana dengan UMNO dan penyokongnya?

Kita semua tahu UMNO adalah sebuah parti kebangsaan Melayu yang berfahaman sekular. Dan sejak merdeka UMNO telah mengetuai pemerintahan negara.

Jelas di sini bahawa UMNO adalah sebuah parti Musyrik kerana dengan sengaja mengambil sistem pemerintahan toghut ciptaan manusia (penjajah) dan menafikan sistem pemerintahan Islam sebagaimana yang telah digariskan oleh Allah SWT. UMNO juga menafikan perlaksanaan Undang-Undang (al-Hakimiyyah) Allah.

Oleh kerana UMNO berjaya menjadi pemerintah sejak sekian lama di atas undi rakyat dalam pilihanraya umum, maka setiap orang Islam yang mengundi UBN turut sama syirik kepada Allah. Ini adalah kerana Setiap undi yang diberikan bermakna redha dan menyokong segala dasar dan undang-undang yang diguna-pakai oleh pemerintah.

Semuga nukilan ini menjadi titik-tolak untuk kita melakukan hijrah yang sebenar.

Jazakallah.



ULASAN SAYA

Yang dimaksudkan ayat "menyerang pemikiran orang islam" bermakna merosakkan akidah umat islam kepada kefahaman yang salah tentang akidah sebenar seperti yang dianuti oleh umat islam ketika pemerintahan Uthmaniyah sehingga ke zaman kenabian.

contoh ucapan yang di ucapkan oleh individu muslim yang boleh merosakkan aqidahnya :

"politik tak ada dalam islam"
"para nabi dan rasul tidak diutuskan untuk berpolitik" 
"dalam alquran tak sebut bab politik"
"demokrasi tiada dalam islam"

dan berbagai lagi ucapan yang biasa kita dengar sebelum ini yang semakna dengannya.

Politik dalam bahasa arab bermaksud SIYASAH iaitu mengurus,mentadbir kehidupan umat manusia berdasarkan petunjuk al quran dan sunnah serta sirah para sahabah.Kerja para nabi dan rasul bukan semata BERDAKWAH sahaja tapi mengurus dan mentadbir hal ehwal kehidupan manusia/makhluk seluruhnya.

Manhaj para nabi dan rasul inilah yang dipratik oleh PAS di Malaysia dan jemaah lain yang sealiran di seluruh dunia kecuali TABLIGH yang mempersempitkannya.

Oleh itu kepada karkun tabligh yang masih berpemikiran sempit itu supaya keluar daripada kepompong takliq buta kepada mujahadah ilmu dengan menghadiri majlis-majlis ilmu dimasjid/surau.




4 comments:

  1. Beza politik PAS dan politik Tabligh ialah politik tabligh sudah menjangkau ke seluruh pelusuk dunia sampai-sampai di negara Israel ada beberapa markaz. Manakala politik PAS masih mendapat undi minoriti di PRU yang lepas. Jangankan ke Israel atau Brunei sekali pun, Malaysia pun masih terkapai-kapai. Tabligh mengajak ke masjid, tiada apa-apa kepentingan sebaliknya Pas mengajak kepada parti. Tabligh usaha menyatukan orang Islam termasuk pas dan amnu, PAS memecah belahkan perpaduan orang Islam memuliakan DAP demi menjatuhkan lawan. Tabligh usaha atas usul, iman yakin kepada Allah, solat ditegakkan sebaliknya PAS usaha atas ijtihad politik demokrasi.

    Realiti. Harap maklum.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kpd sdr mang atas respon...

    utk pengetahuan sdr,saya telah maklum semua hal tentang tabligh drp A sampai Z.Mungkin sdr belum membaca entri saya sebelum ini yg bertajuk Tabligh:satu penilaian semula & Tabligh :post mortem.

    Tambahan pula saya pernah keluar 3 hari dgn jemaah tabligh dan punya ramai teman2 tabligh samada rakan,jiran bahkan sepupu sepapat sendiri.

    Maka adalah silap jika sdr anggap saya zerro ttg tabligh bahkan saya biasa bermuzakarah dgn mereka2 itu satu ketika dulu.

    Kenapa saya katakan tabligh menyempit ajaran islam?

    baik...saya umpamakan islam itu spt sebuah sekolah.Dlm sebuah sekolah akan diajar subjek matapelajaran yg merangkumi semua bidang yg menjadi asas kehidupan manusia.antaranya subjek BM,BI,Sains,Geografi,Agama islam,lukisan,sejarah,metematik dll.(exp:sekolah rendah).

    Di peringkat menengah pula ada tambahan subjek spt fizik,kimia,biologi dll.

    Maknanya kalau dlm urusan dunia pun (sekolah)mempelajari kesemua hal dlm urusan kehidupan manusia dalam satu tempoh yg di panggil alam persekolahan maka apatah lagi islam itu yg bersifat syumul,sudah tentulah ia perlu dipelajari dan dipraktikkan secara serentak@seiring dlm tempoh hidup di dunia ini.

    Tak tahulah pulak kalau ada sekolah yg satu hari hanya belajar subjek sejarah shj.lepas tu esok subjek geografi drp jam 8 am sampai 1 pm.Atau satu penggal hanya belajar 6 subjek shj.

    Sebenarnya politik PAS juga sudah menjangkau seluruh dunia.Hanya org tabligh shj tak tahu.Di mesir namanya Ikhwanul Muslimin,di Palestine namanya Hamas,di Algeria-FIS dan lain nama mengikut negara masing2.Trademark utk kenali mudah shj.Apabila sebuah organisasi@gerakan islam menceburi bidang politik dan dakwah maka itulah PAS.

    Sebagaimana taligh ketika di awal penubuhannya di beri nama 'jemaah iman' oleh pengasasnya.selepas itu apabila jemaah tersebut telah tersebar masuk ke pelbagai negara maka namanya pun pelbagai exp:di Indonesia di panggil jemaaah Jaulah/silaturahim.di eropah lain dsbnya.

    Saya nak tanya satu soalan,ADAKAH JEMAAH TABLIGH MENGIKTIRAF NEGARA HARAM ISRAEL??

    ReplyDelete
  3. agak melucukan bila orang tabligh mendakwa mereka juga berpolitik sedangkan mereka tidak faham (jahil) apa erti/makna politik sebenar.

    takrif/definasi politik

    Politik di dalam bahasa Arab dikenal dengan istilah siyasah. Oleh sebab itu, di dalam buku-buku para ulama salafush shalih dikenal istilah siyasah syar’iyyah, misalnya. Dalam Al Muhith, siyasah berakar kata sâsa - yasûsu. Dalam kalimat Sasa addawaba yasusuha siyasatan berarti Qama ‘alaiha wa radlaha wa adabbaha (mengurusinya, melatihnya, dan mendidiknya). Bila dikatakan sasa al amra artinya dabbarahu (mengurusi/mengatur perkara).

    Jadi, asalnya makna siyasah (politik) tersebut diterapkan pada pengurusan dan pentadbiran. Lalu, kata tersebut digunakan dalam pengaturan urusan-urusan manusia; dan pelaku pengurusan urusan-urusan manusia tersebut dinamai politikus (siyasiyun). Dalam realitas bahasa Arab dikatakan bahwa ulil amri mengurusi (yasûsu) rakyatnya saat mengurusi urusan rakyat, mengaturnya, dan menjaganya. Begitu pula dalam perkataan orang Arab dikatakan : ‘Bagaimana mungkin rakyatnya terpelihara (masûsah) bila pemeliharanya ngengat (sûsah)’, artinya bagaimana mungkin kondisi rakyat akan baik bila pemimpinnya rusak seperti ngengat yang menghancurkan kayu. Dengan demikian, politik merupakan pemeliharaan (ri’ayah), perbaikan (ishlah), pelurusan (taqwim), pemberian arah petunjuk (irsyad), dan pendidikan (ta`dib).

    Rasulullah SAW sendiri menggunakan kata politik (siyasah) dalam sabdanya :

    "Adalah Bani Israil, mereka diurusi urusannya oleh para nabi (tasusuhumul anbiya). Ketika seorang nabi wafat, nabi yang lain datang menggantinya. Tidak ada nabi setelahku, namun akan ada banyak para khalifah"
    (HR. Bukhari dan Muslim).

    Teranglah bahwa politik atau siyasah itu makna awalnya adalah mengurusi urusan masyarakat. Berkecimpung dalam politik berarti memperhatikan kondisi kaum muslimin dengan cara menghilangkan kezhaliman penguasa pada kaum muslimin dan melenyapkan kejahatan musuh kafir dari mereka. Untuk itu perlu mengetahui apa yang dilakukan penguasa dalam rangka mengurusi urusan kaum muslimin, mengingkari keburukannya, menasihati pemimpin yang mendurhakai rakyatnya, serta memeranginya pada saat terjadi kekufuran yang nyata (kufran bawahan) seperti ditegaskan dalam banyak hadits terkenal. Ini adalah perintah Allah SWT melalui Rasulullah SAW. Berkaitan dengan persoalan ini Nabi Muhammad SAW bersabda :

    "Siapa saja yang bangun pagi dengan ojektifnya bukan Allah maka ia bukanlah (hamba) Allah, dan siapa saja yang bangun pagi namum tidak memperhatikan urusan kaum muslimin maka ia bukan dari golongan mereka." (HR. Al Hakim)

    Rasulullah ditanya oleh sahabat tentang jihad apa yang paling utama. Beliau menjawab : "Kalimat haq yang disampaikan pada penguasa yang zalim" (HR. Ahmad).

    Berarti secara ringkas Politik Islam memberikan pengurusan atas urusan seluruh umat manusia.

    Jadi secara ringkas Islam tidak boleh dipisahkan dari politik.
    wallahu a'lam...

    ReplyDelete
  4. untuk tuduhan tabligh yg mengatakan PAS memecahbelahkan org islam di cop sebagai salah@jahat@tak ikut sunnah nabi adalah tuduhan org yg jahil murraqab.

    Benarlah anggapan saya dan ramai lagi(yg peka)betapa jahilnya majoriti karkun tabligh.

    Adakah anda tidak tahu bahawa Nabi saw pun dituduh pemecahbelah masyarakat arab ketika di Mekah????

    Islam yang dibawa Nabi saw telah memecahbelah masyarakat arab,memisahkan ibu dan anak,suami dan isteri dan seumpamanya.

    Saya syorkan karkun tabligh baca buku sirah nabi dan sahabat yg ditulis oleh ulamak muktabar(yg bukan maulana tabligh)supaya kejahilan anda hilang.

    Perbanyakkanlah menuntut ilmu wahai karkun tabligh...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...