Monday 27 August 2012

Menjawab Ibn Hatari:Jadilah orang yang berilmu



TEMERLOH - Penceramah terkenal Ustaz Azhar Idrus secara terus terang menyatakan mengundi PAS adalah wajib bagi umat Islam kerana parti itu mahu melaksanakan pemerintahan Islam sebagaimana dikehendaki oleh Allah.

Menjawap satu soalan dalam kuliah Maghribnya di Markas Darul Ansar Chempaka Lanchang , beliau membandingkan memilih parti Islam samalah memilih kumpulan yang mahu melakukan dan begitulah sebaliknya.

“Satu kumpulan nak buat pondok pengajian Islam manakala satu kumpulan lagi nak buat tempat judi, jadi kita nak sokong yang mana? Sebagai seorang muslim tentulah kita sokong orang yang nak kembangkan agama.

“Begitu jugalah dengan politik dan pilihan raya... kita pilihlah parti yang mahu menegakkan Islam iaitu amar makruf nahi mungkar dan haram hukumnya sokong orang nak buat tempat judi atas luluskan lesen arak.

“Sebab itu dalam hal memilih pemerintah Islam ini tidak ada istilah pengundi atas pagar sebab akhirnya melibatkan hukum Islam yang kita kena buat keputusan menyokong Islam atau menolak Islam,” katanya menjawap soalan bertulis daripada ‘atas pagar’.

Azhar yang dikatakan menjadi idola sangat popular generasi muda masa kini, berkata demikian di hadapan kira-kira 5,000 pendengar kuliahnya yang pertama kali diadakan di situ.

Dalam kuliahnya sebelum itu beliau berceramah mengenai peristiwa Israk dan Mikraj yang dilalui oleh baginda Nabi Muhammad pada malam 27 Rajab.

2 comments:

  1. Biarpun tak sangat bersefahaman dgn apa yg d tulis ust, tapi saya suka baca artikel dlm blog ust, sgnt berilmiah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adakah anda sudah menyahut komen sahabat di bawah ini??

      Quote:

      [Fahariman21 August 2012 10:48]

      Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

      Hidup kita hanya sekali di dunia ni... jika kita tersalah memilih maka penyesalan di akhirat sana tidak berguna lagi. Ramai yg mengikut secara membuta tuli tanpa ilmu sesuatu kumpulan, merasakan kumpulan mereka menyebar kebaikan tanpa mengetahui bahawa amalan mereka adalah sia-sia di sisi Allah.
      Mengenai JT, anggota keluarga kami yg bersusur galur dr Keturunan Tok Ku Paloh Terengganu, seorang Sayyid keturunan Rasulullah SAW, kami telah memohon kpd Allah berkenaan siapakah kumpulan JT, dan jawapan yg di terima (Dgn izin Allah) ialah JT sebuah Jemaah yg "menuju kesesatan" manakala Maulana Ilyas adalah "seorang penipu", dan juga di perlihatkan bentuk Syaitan yg tugasnya menipu Jemaah ini. Subhanallah. Nasihat kami sebagai ahli Bayt Rasulullah SAW, kajilah kumpulan yg ingin/telah di sertai dgn ilmu yg Haq dr Al-Quran, Hadith, Ijmak Ulama dan Qias.

      Kebenaran itu bukanlah dgn ramainya, atau byknya markas yg ada di seluruh dunia... Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., bahawa Baginda bersabda: “Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah,” (s.a.w.).(Imam Malik) Jadi neraca untuk mengenal Kebenaran ialah Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah SAW bukan dgn bersandarkan hujah2/dalil2 yg lain sepertimana yg selalu di hujahkan oleh karkun2 JT. Jadi, kenallah Kebenaran terlebih dahulu. Wallahu a'lam. Wassalam.]

      nasihat kami:

      sebelum anda melakukan solat istikharah(mohon petunjuk) terlebih dahulu anda perbaharui iman dengan mengucap syahadah.lepas itu solat taubat 2 rakaat.

      lepas itu beristighfar 100 x.lepas itu barulah lakukan solat istikharah semoga mudah-mudahan akan diberi petunjuk akan kebatilan JT.

      selamat berjaya..insyaAllah

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...