Wednesday, 13 February 2013

Demokrasi: Jawapan kepada yang anti...


DEMOKRASI : ISLAM TIDAK JUMUD DALAM BERTINDAK


jangan gelojoh

Sidang pembaca yang dirahmati Allah

Kelahiran golongan yang mengambil nas secara zahir, tanpa melihat kepada kaedah pengambilan hukum yang manhajnya telah disusun oleh ulama-ulama mujtahid dikalangan salaf soleh terdahulu telah menyebabkan kebingungan dikalangan pencinta-pecinta ilmu tentang pengamalan sistem demokrasi pada hari ini.

Ulama-ulama mujtahidin terdahulu telah mengulas dan menulis kitab-kitab cara-cara pengambilan hukum. Semuanya adalah bertujuan untuk memudahkan generasi terkemudian mengistinbatkan hukum berdasarkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah.

Tapi apa yang pelik, dikebelakangan ini, lahir puak-puak yang mendakwa pengikut setia Al-Quran dan As-Sunnah, tapi cara penghujahan mereka hanya sekadar mengikut pemahaman akal dan nafsu mereka, tanpa merujuk kepada kaedah pengistinbatan hukum yang betul, disamping mereka melalaikan “waqi” yang merupakan asas bagi menyesuaikan sesuatu keadaan kepada hukum.

Kaedah fiqh menyatakan;

إثبات الحكم بالعلة فرع لاثبات الحكم بالنص

Maksudnya;
Mengisbatkan hukum dengan ‘illat adalah satu furu’ bagi mengisbatkan hukum dengan nas” (Usul As-Sarkhasi : 2/265)

Begitujuga, Imam Al-Amudi ada menyatakan dalam kitabnya “Al-Ahkam”;

أما الوصف الجامع فهو فرع في الحكم لكونه مستنبطا من محل حكم المنصوص

Maksudnya;
Adapun sifat yang merangkumi, ia merupakan furu’ pada hukum, ianya untuk menistinbatkan hukum daripada tempat hukum yang dinaskan” (Al-Ahkam li Al-Amudi : 3/193)

Dua kaedah ini menggambarkan, sebelum hendak menyatakan sesuatu perkara itu halal atau haram, maka hendaklah dipastikan bentuk benda yang hendak dijatuhkan hukum.

Menentukan hukum sesuatu itu bukanlah tertakluk kepada namanya semata-mata, bahkan hendaklah dirujuk kepada benda yang dinamakan (المسمى). Dengan sikap yang terlalu gelojoh menjatuhkan hukum, mengakibatkan natijah hukum bersifat “zalim” dan berat sebelah.

Inilah keadaan yang berlaku kepada mereka yang mendakwa pengikut Al-Quran dan As-Sunnah yang mudah menyatakan sesuatu itu haram disebabkan pengamalan itu tidak pernah berlaku pada zaman nabi SAW, sedangkan disana terdapat hadis-hadis yang merupakan kaedah-kaedah umum, ianya adalah alat untuk penyesuaian nas kepada sesuatu perkara yang hendak dihukumkan.

ASAL SESUATU ADALAH HARUS

Imam Al-Amudi menyatakan;

الاصل في الافعال كلها إنما هو الاباحة، ورفع الحرج عن الفعل، والترك، إلا ما دل الدليل على تغييره

Maksudnya;
Asal pada semua perbuatan adalah harus dan terangkat kesusahan daripada perbuatan yang kena buat atau di tinggalkan melainkan ada dalil yang menyatakan atas perubahannya”(Al-Ahkam Lil Al-Amudi : 1/178)

Begitujuga, Imam As-Syatibi menyatakan dalam kitab “Al-Muwafaqat Fi Usul As-Syariah”;

وأصل العادات الالتفات إلى المعاني

Maksudnya;
Asal perkara adat adalah dikembalikan kepada Maknanya” (2/513)

Dr Yusuf Al-Qaradhawi pula menyatakan dalam kitabnya “Al-Halal wa Al-Haram Fi Al-Islam”;

أن الأصل فيما خلق الله من أشياء و منافع هو الحل و الإباحة , ولا حرام إلا ما ورد نص صحيح صريح من الشارع بتحريمه

Maksudnya;
Sesungguhnya asal pada perkara yang Allah ciptakan dari sesuatu perkara atau perkara yang memberi manfaat adalah halal dan harus, tidak haram melainkan wujud nas sahih, sarih daripada Syari’ dalam mengharamkannya”(m.s 20)

Dari kaedah fiqh ini, difahami bahawa, semua perkara yang adalah harus, melainkan wujudnya unsure-unsur yang membawa kepada haram.

Oleh yang demikian, pengamalan sistem demokrasi dalam pemilihan pemerintah, hendaklah diperhatikan terlebih dahulu bentuk pengamalannya disamping diperhatikan unsure-unsur yang bercanggah dengan nas yang memungkinkan ia sebagai haram atau tidak.

DEMOKRASI

Telah dinyatakan dalam tulisan yang lalu, penggunaan sistem demokrasi yang diamalkan oleh parti islam di Negara ini, bukanlah untuk dijadikan sebagai suatu aqidah, tetapi ianya adalah suatu alat bagi menghadapi musuh-musuh islam.

Jika diperhatikan, demokrasi banyak mempunyai kesamaan dengan ajaran islam. pun begitu, tidak dinafikan, terdapat di sana beberapa perkara yang melibatkan dengan demokrasi, tetapi bercanggah dengan pengamalan islam.

TITIK PERTEMUAN ANTARA DEMOKRASI DAN ISLAM

Seperti diketahui, rasul-rasul dan nabi-nabi diutuskan kepada manusia untuk menyampaikan risalah Islam. dengan keadaan itu, dapat dilihat, kebanyakan mereka menghadapi golongan yang memerintah di zaman mereka.

Nabi Noh merupakan antara Rasul pertama yang berjuang menghadapi golongan yang dinamakan Al-Mala’ (pemimpin-pemimpin) dikalangan kaumnya. Nabi Ibrahim menghadapi Raja Namruz yang memerintah kerajaan Babylon, kuasa besar di zamannya. Nabi Musa menghadapi Firaun yang juga memerintah kuasa besar yang kejam di ketika itu.

Keadaan yang sama juga berlaku kepada nabi SAW menghadapi pemerintah Makkah dan kuasa besar Farsi dan Rom di zamannya yang melakukan berbagai-bagai kesesatan dan kezaliman.

Maka dengan itu, dilihat perjuangan nabi-nabi terdahulu banyak menghadapi golongan pemerintah yang tidak menjadikan Islam sebagai asas pentadbiran mereka.

Dalam keadaan itupun, nabi Muhammad SAW menghadapi golongan yang memerintah sehingga Baginda terpaksa berhijrah meninggalkan Makkah disebabkan tekanan yang terlalu hebat yang dilakuakn oleh golongan kuffar yang dikepalai kepimpinan Negara makkah ketika itu.

Dengan penghijrahan nabi SAW, baginda berjaya membina pengaruhnya tersendiri. Dengan pengaruh itu, baginda berjaya membina sebuah pemerintahan Islam yang berasaskan kepada Al-Quran dan As-Sunnah sebagai rujukan utama Negara.

Dalam menghadapi pemerintahan ketika itu, Baginda tidak membuang semua cara perlantikan yang diamalkan oleh mereka terdahulu, tetapi baginda SAW mengedit sebilangan cara pengamalan dalam perlantikan pemimpin.

Cara itu disambung oleh khalifah-khalifah islam selepas Baginda. Ini dapat dibuktikan dengan perlantikan Abu Bakar melalui kaedah Baiaah. Perlantikan Omar dengan menggunakan kaedah Istikhlaf (iaitu perlantikan yang ditentukan oleh Abu bakar). Perlantikan Osman bin Affan melalaui kaedah pemilihan (iaitu perlantikan melalui cadangan nama yang diberi oleh Omar untuk dipilih oleh sebilangan sahabat-sahabat besar berdasarkan kepada kelayakan. Antara nama-nama yang dicadangkan adalah, Osman, Ali, Zubair, Talhah, saad dan Abdul Rahman bin Auf). (Al-Imamah Al-Uzma : 144-154)

Setelah Saidina Osman bin Affan di bunuh, berlaku sedikit pertelingkahan dalam perlantikan Ali sebagai Khalifah. Pertelingkahan itu berlaku disebabkan sikap ahli Syam ketika itu yang tidak mahu membaiaah Saidina Ali sebagai Khalifah. Pun begitu, setelah didesak, Saidina Ali telah dijumpai sebilangan sahabat menyatakan kelayakan beliau. Disebabkan desakan hebat dari sebilangan sahabat menyebabkan Ali telah naik atas masjid dan menyatakan;

فمن شاء يبايعني بايعني

Maksudnya;
Barangsiapa yang mahu membaiaahku, maka baiaahlahku

Melihat keadaan demikian, semua manusia telah membaiaah Saidina Ali sebagai Khalifah islam selepas dari Kesyahidan Saidina Osman bin Affan. (Al-Imamah Al-Uzma : m.s 155)

Melihat kepada kaedah perlantikan ini, dapat dilihat, perlantikan pemerintahan yang diamalkan dizaman salaf bukanlah menggunakan satu cara sahaja, bahkan mereka menggunakan banyak cara yang lain yang kadangkala asal cara perlantikan itu diambil dari mereka yang terdahulu, tetapi telah di edit agar tidak bercanggah dengan ajaran syariah, dan diguna pakai dalam islam.

Maka sebab itulah, tidak hairan Allah menyuruh mengadakan dialog antara Islam dengan Ahli Kitab. Tujuannya adalah untuk mencari dimanakah titik persamaan antara ahli kitab dan Islam, kemudian Islam mengenepikan perkara yang bercanggah dengan syariat dan menerima perkara yang tidak bercanggah dengan syariah.

Firman Allah;

قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْا إِلَى كَلِمَةٍ سَوَاءٍ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ أَلَّا نَعْبُدَ إِلَّا اللَّهَ وَلَا نُشْرِكَ بِهِ شَيْئًا وَلَا يَتَّخِذَ بَعْضُنَا بَعْضًا أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ

Maksudnya;
Katakanlah: "Hai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahwa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebagian kita menjadikan sebagian yang lain sebagai tuhan selain Allah."

(Surah Al-Imran : 64)

Dalam keadaan itulah, bagi memenangkan Islam dan berusaha kearah kedaulatan Islam dalam Negara yang telah mengamalkan sistem demokrasi, hendaklah diadakan “pertemuan” bagi mencari titik pertemuan dan kesamaan antara Islam dan demokrasi. Dari situ, hendaklah dilakukan tilikan terhadap kesamaan antara pengamalan sistem demokrasi yang tidak bercanggah dengan islam yang kemudian dijadikannya sebagai cara untuk menyampaikan dakwah Islamiyyah kepada masyarakat.

HAK BERSUARA

Antara contoh kesamaan antara Demokrasi dan islam adalah, dalam sistem demokrasi, rakyat diberi hak untuk menyatakan hasrat hati mereka. keadaan ini mempunyai kesamaan dengan islam yang memberi hak kepada sesiapa sahaja untuk menyatakan hak mereka.

Daripada Abu Hurairah R.A, Sabda nabi SAW;

فَإِنَّ لِصَاحِبِ الْحَقِّ مَقَالًا

Maksudnya;
Maka sesungguhnya bagi orang yang ada hak itu bersuara” (Al-Bukhari : 2226)

Begitujuga berlaku kepada Saidina Omar yang ditegur oleh seorang perempuan dalam satu pertemuan bersama rakyat. Pertemuan yang berpunca dari cadangan Omar yang mencadangkan kepada perempuan supaya memurahkan mas kahwin. Cadangan omar itu telah dibangkang oleh seorang perempuan dengan dibacakan firman Allah;

وآتيتم إحداهن قنطارا

Maksudnya;
kamu telah memberikan kepada seseorang di antara mereka harta yang banyak”

(Surah An-Nisa’ : 20)

Mendengar kritikan dari perempuan tersebut, Omar menyatakan;

امرأة أصابت ورجل أخطأ

Maksudnya;
Perempuan telah betul, dan lelaki telah silap” (Ibnu Kathir : 2/244 : hadis ini, Albani menyatakan bahwa sanadnya lemah. Pun begitu, Abu Ya’la mengatakan sanad hadis ini baik dan kuat)

MENYERANG DIKTATOR

Menyerang diktator juga merupakan antara unsur kesamaan antara Islam dengan demokrasi. Dalam demokrasi, rakyat diberi hak untuk menyatakan kehendak diri mereka. maka sebab itu, demokrasi memberi hak bersuara kepada rakyat disamping mereka boleh menyatakan ketidak puas hati mereka.

Jika diperhatikan kepada kelahiran demokrasi, ianya melalui kebangkitan rakyat kerana akibat mengalami tekanan pemerintah. fahaman ini lahir daripada rasa kemanusiaan mengikut fitrah, cumanya yang membezakannya, fahaman ini tidak dipandu oleh wahyu ilahi.

Keadaan ini hakikatnya terdapat unsur kesamaan dengan islam yang amat menentang kezaliman yang dilakukan oleh sesiapa sahaja. Banyak firman-firman Allah dan hadis-hadis nabi yang mengherdik terhadap mereka yang melakukan penindasan dan kezaliman.

Firman Allah;

وَاتَّقُوا فِتْنَةً لَا تُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنْكُمْ خَاصَّةً وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

Maksudnya;
Dan peliharalah dirimu dari pada siksaan yang tidak khusus menimpa orang-orang yang zalim saja di antara kamu. Dan ketahuilah bahwa Allah amat keras siksaan-Nya”

(Surah Al-Anfal : 25)

Ayat ini, secara jelas Allah nyatakan bahawa, siksaan itu pasti akan dikenakan kepada mereka yang melakukan kezaliman, yang ianya membawa maksud, amalan zalim itu merupakan sesuatu yang ditentang oleh Allah.

Begitujuga Firman Allah;

وَإِذِ ابْتَلَى إِبْرَاهِيمَ رَبُّهُ بِكَلِمَاتٍ فَأَتَمَّهُنَّ قَالَ إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامًا قَالَ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي قَالَ لَا يَنَالُ عَهْدِي الظَّالِمِينَ

Maksudnya;
Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang yang zalim"

(Surah Al-Baqarah : 124)

Imam Ibnu Majah meriwayatkan hadis dari Ibnu Omar yang berkata;

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ أَعَانَ عَلَى خُصُومَةٍ بِظُلْمٍ أَوْ يُعِينُ عَلَى ظُلْمٍ لَمْ يَزَلْ فِي سَخَطِ اللَّهِ حَتَّى يَنْزِعَ

Maksudnya;
Bersabda Rasulullah SAW, barangsiapa yang membantu atas permusuhan dengan kezaliman atau membantu atas kezaliman, maka sentiasalah ia berada dalam kemurkaan Allah sehingga dia bertaubat” (Sunan Ibni Majah : 2311: hadis ini dilihat hasan oleh Albani dalam kitab “salsalah sahihah”)

Melihat kepada hadis ini, orang yang membantu orang melakukan kezaliman pun sudah dikira sebagai dosa sehingga mendapat kemurkaan Allah, maka terlebih murkalah Allah terhadap orang yang melakukan kezaliman.

Apa yang nyata, Baginda SAW menyatakan bahawa, perkara yang lebih berbahaya dari kezaliman adalah berdiam diri terhadap kezaliman, iaitu tidak bertindak untuk memberhentikan kezaliman. Juga lebih berbahaya dari kezaliman adalah cenderung kepada kezaliman.

Sabda Nabi SAW;

إِنَّ النَّاسَ إِذَا رَأَوْا الظَّالِمَ فَلَمْ يَأْخُذُوا عَلَى يَدَيْهِ أَوْشَكَ أَنْ يَعُمَّهُمْ اللَّهُ بِعِقَابٍ

Maksudnya;
Sesungguhnya Manusia, apabila mereka melihat akan orang yang melakukan kezaliman, lalu dia tidak memegang dua tangannya, dibimbangi Allah akan menurunkan azab secara menyeluruh”(Sunan Abi Daud : 3775)

Diktator merupakan antara kezaliman yang dilakukan oleh manusia terhadap manusia yang lain. kezaliman ini ditentang oleh Islam berdasarkan kepada firman Allah dari surah Al-Baqarah, ayat 124 dan hadis yang dinyatakan di atas.

GALAKAN BERMESYUARAT

Mesyuarat merupakan antara unsur utama dalam Islam. dalam menghadapi sesuatu keadaan, kadangkala dengan tidak mendengar pandangan dari pihak yang lain, atau sekadar diharapkan kepada pandangan sendiri sahaja, akan melahirkan satu keputusan yang negatif disambing natijah disebalik keputusan itu melahirkan kerosakan.

Keadaan itulah menyebabkan Islam telah meletakan beberapa kaedah dalam mendapat keputusan yang baik, iaitu dengan kemukakan kaedah permesyuaratan.

Firman Allah;

وَأَمْرُهُمْ شُورَى بَيْنَهُمْ

Maksudnya;
sedang urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarat antara mereka”

(Surah As-Syura : 38)

Firman Allah lagi;

وَشَاوِرْهُمْ فِي الْأَمْرِ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ

Maksudnya;
dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu]. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya”

(Surah Al-Imran : 159)

Dari kaedah permesyuaratan ini juga mempunyai kesamaan dengan demokrasi. Dalam demokrasi, pilihanraya merupakan jalan untuk rakyat mengemukakan wakil-wakil mereka untuk menghadiri mesyuarat Negara, samada di peringkat DUN atau Parlimen.

Yang dengan ini, wakil-wakil rakyat itu dapat memberikan pandangan mereka kepada dewan rakyat di peringkat negeri atau parlimen di peringkat Negara bagi menggubal atau mewujudkan beberapa peruntukan undang-undang di peringkat masing-masing.

MENGHORMATI PENDAPAT MAJORITI

Dalam konsep sistem demokrasi, pandangan majority merupakan pandangan yang wajib di hormati. Maka dengan sebab itulah, pandangan majority mengikut demokrasi merupakan pandangan yang wajib di taati.

Ianya seakan-akan ada kesamaan dengan Islam yang memberi penghormatan yang tinggi kepada pandangan majority.

Sabda Nabi SAW;

فَإِنَّ الشَّيْطَانَ مَعَ الْوَاحِدِ وَهُوَ مِنْ الِاثْنَيْنِ أَبْعَدُ

Maksudnya;
Maka sesungguhnya Syaitan bersama dengan orang yang bersendiri dan dia (syaitan) berjauhan dari dua orang”(Sunan At-Tirmizi : 2091)

PERCANGGAHAN DEMOKRASI DENGAN ISLAM YANG DIEDIT

Tidak dinafikan, dalam demokrasi terdapat beberapa perkara yang dianggap sebagai syirik kepada Allah dan bercanggah dengan Islam. pun begitu, tindakan mengedit demokrasi itu agar tidak terdapat lagi unsure syirik disamping menjauhkan unsure-unsur yang bercanggah dengan Islam merupakan tindakan yang bijak, terutama dalam keadaan untuk berusaha hendak mendaulatkan Islam.

Antara perkara tersebut adalah, demokrasi mengikut cara dokongan pembawa bendera mereka adalah golongan yang tidak menjadikan syariat sebagai neraca dalam menentukan sesuatu keputusan, bahkan mereka lebih mementingkan keputusan ramai.

Bagi menghadapi keadaan ini, golongan Islam yang menjadikan Islam sebagai sandaran perlu dimenangkan dalam pilihanraya, agar wakil-wakil rakyat Islam ini dapat menguasai kerusi-kerusi dalam dewan rakyat atau dewan perlimen. Dengan ramainya wakil-wakil Islam ini, akan lahirlah keputusan majority yang menyebelahi kepada perlaksanaan undang-undang islam dan keadilan islam. maka dengan itu, demokrasi sudah berjaya di edit dan “diperalatkan” untuk mencapai keuntungan Islam.

Demokrasi juga mengajar tentang kebebasan secara mutlak. Ianya disandarkan kepada kehendak majority tanpa disandarkan kepada syarak. Maka dengan itu, kadangkala dengan keadaan itu, apabila majority menghendaki suasana maksiat dalam Negara, maka hendaklah diraikan kehendak ramai, maka dilaksanakan kehendak majority itu.

Dalam hal ini, golongan Islam perlu menyertai demokrasi dalam membataskan kebebasan secara mutlak itu kepada kebebesan yang mengikut syarak. Cara menghadapinya adalah dengan memajoritikan golongan parti islam dalam dewan rakyat dan dewan parlimen, agar suara mereka yang menyeru kepada Islam lebih bergema berbanding suara-suara mereka yang redha dengan kemungkaran.

PENUTUP

Dalam pengajian ilmu Usul fiqh, di awal perbincangannya akan ketemu perbincangan tentang pembahagian hukum kepada Taklifi dan Wadii.

Menghadiri kenduri kahwin yang dijemput merupakan sesuatu yang wajib. Tetapi, jika di majlis kenduri tersebut terdapat unsure-unsur maksiat, maka menghadiri majlis tersebut sudah bertukar kepada haram.

Dari ini difahami, kewajipan menghadirkan diri dalam kenduri kahwin itu merupakan hukum taklifi. Tetapi, dalam keadaan tertentu, hukum taklifi bertukar kepada haram disebabkan ada unsure-unsur maksiat itu. Pertukaran hukum wajib kepada haram dinamakan sebagai hukum wadii.

Sememangnya tidak dinafikan, demokrasi merupakan satu sistem pemilihan dan pemerintahan yang tidak diasaskan kepada Islam. pun begitu, disebabkan ketiadaan pengamalan ini di zaman Nabi, sahabat dan golongan salaf terdahulu, tidak bermakna pengamalannya adalah haram.

Melebelkan golongan harakah islamiyyah yang mengambil sistem demokrasi sebagai jalan untuk merebut kekuasaan politik sesebuah Negara secara secara mutlaq merupakan sesuatu tindakan gelojoh yang diharamkan oleh Allah SWT.

Rasulullah S.a.w. bersabda: “Gopoh-gapah itu dari amalan syaitan dan sifat tenang itu adalah dari Allah Taala” Riwayat Abu Ya’la dan Al-Baihaqi daripada Anas r.a.. Sanadnya hasan


Ekoran dari itu, sebelum menyatakan pengamalan demokrasi yang dilakukan oleh golongan harakah islamiyyah, perlu diperhatikan terlebih dahulu terhadap pengamalan yang hendak dilakukan disamping mengedit demokrasi itu. Ianya bertujuan agar tidak bercanggah dengan islam.

Ekoran dari itu, walaupun secara hukum taklifinya, demokrasi merupakan pengamalan sistem yang haram, tetapi setelah di edit, secara wadiinya, ianya sudah tidak lagi dikira sebagai haram. Bahkan, disamping itu, setelah pengeditan itu, Islam tidak pernah menghalang dari menggunakan kebijaksanaan untuk memberi manfaat kepada Islam.

Ini bersesuaian dengan kaedah fiqh yang berbunyi;

أن الأصل فيما خلق الله من أشياء و منافع هو الحل و الإباحة

Maksudnya;
Sesungguhnya asal pada perkara yang Allah ciptakan dari sesuatu atau perkara yang memberi manfaat, ianya adalah halal dan harus” (Al-Halal wa Al-haram Fi Al-Islam : m.s 20)

Begitujuga, hadis Rasulullah SAW yang berbunyi;

الحكمة ضالة المؤمن ، حيثما وجد المؤمن ضالته فليجمعها إليه

Maksudnya;
Kebijaksanaan adalah barang keciciran orang beriman, dimana sahaja orang mukmin dapatinya, maka pungutilah ia (Musnaf As-Syihab Al-Qada’ii” : 135)

Maka dengan itu, tindakan sebilangan pihak yang mudah menyatakan bahawa pengamalan demokrasi sebagai haram secara mutlak merupakan tindakan jumud yang hakikatnya bersandar kepada kehendak nafsu dan akal mereka yang tidak di asaskan kepada pemahaman kehendak Islam yang bersifat “murunah”.

Mudah-mudahan kita semua mendapat hidayah dari Allah SWT…..

Wallahu ‘Alam

Tuesday, 12 February 2013

Muhammad Ali aka Classic Berbisik VS Jundullah


Sidang pembaca yang dirahmati Allah

Entri kali ini kami kumpulkan hujjah dari karkun tabligh seperti nama diatas yang bermatian-matian mempertahankan dakwaannya yang mengatakan DEMOKRASI HARAM SECARA MUTLAK WALAUPUN KITA SEMUA TAHU PARA ULAMA TELAH BERSELISIH PENDAPAT DALAM HAL INI.

Kami rasa beliau hanya mengambil ilmu berdasarkan pembacaan semata-mata berdasarkan tulisannya yang langsung tidak menyatakan sumber hujjah beliau.Walaupun beliau memetik beberapa ayat al quran tetapi tidak melampirkan sekali tafsiran para ulama akan ayat tersebut.Sebaliknya menafsirkan ikut nafsunya yang dangkal itu.

Walaupun begitu kami sedia menjawab semua hujjah beliau dengan ilmu kami yang faqir ini agar sidang pembaca tidak terkeliru dengan golongan yang berfikiran sempit seperti beliau ini.

**JAWAPAN KAMI BERCOLOR HIJAU**

Kamu semua harus berpegang teguh pada sunnahku dan sunnah Khulafaurrasyidin yang mendapatkan petunjuk Allah sesudahku, 
berpeganglah dengan sunnah itu, 
dan gigitlah dengan gigi geraham kalian sekuat kuatnya, 
serta jauhilah perbuatan baru (dalam agama), 
kerana setiap perbuatan baru itu adalah bid’ah, dan setiap bid’ah itu sesat. 
(HR. Abu Daud dan Tirmizi)

“Barangsiapa membuat perkara baharu dalam urusan kami yang tidak ada contoh dari kami maka amalan tersebut adalah tertolak” 
(HR. al Bukhari dan Muslim).

kalau kamu samakan sistem yahudi dengan dadah,
Boleh tidak kamu samakan juga kitab injil karangan paulus, gereja, baptis, tembok ratapan dan lain lain dengan dadah untuk menghalalkan apa yang jelas haram untuk mensyiarkan islam?
Atau bolehkah kamu menggunakan ayat ayat al quran dan diubah kedalam bahasa melayu dalam solat supaya orang melayu boleh mengerti dan memahami alquran?
tidak boleh bukan?
begitulah juga kamu tidak boleh dengan sesuka hati berdiri memperjuangkan islam di atas landasan rekaan musuh musuh islam..sepertimana kamu juga tidak boleh menggantung rantai salib dileher kamu demi untuk menarik orang kepada islam..
begitulah juga kamu tidak boleh berzina dengan orang kafir supaya dengan itu orang kafir yang kamu zinahi itu akan menyahwini kamu dan akan memeluk islam..
Jalannya itu TETAP salah dan sesat walaupun niat kamu baik...

Penat kami menulis tapi rupanya anda tak faham...
analogi dadah itu hanya sebagai satu contoh ijtihad berlaku kepada perkara yang tidak ada (wujud zaman nabi) bukan nak samakan sistem yahudi dengan dadah....
Nasihat kami - belajar dahulu memahami maksud setiap perkataan supaya betul-betul faham sebelum nak ulas.

BERKALI KALI TELAH SAYA JELASKAN...
jangan samakan sistem yahudi yang jelas kesesatannya serta tersasar jalurnya dari sunnah nabi s.a.w dan khulafa ar rasyidin dengan dadah dan seumpamannya untuk menghalalkan perjuangan kamu...

jangan samakan bahasa Hebrew dengan sistem demokrasi ciptaan mereka..
nabi s.a.w memerintahkan zaid r.a belajar bahasa Hebrew untuk berdakwah kepada yahudi tapi nabi s.a.w tidak menggunakan system yahudi untuk berdakwah kepada yahudi..
System demokrasi kepartian dicipta untuk menggantikan system khilafah serta bukan untuk kebaikkan umat islam tetapi dicipta untuk memecahbelahkan umat serta bertujuan merendah rendahkan hukum Allah...


Penat kami menulis tapi rupanya anda tak faham...
analogi dadah itu hanya sebagai satu contoh ijtihad berlaku kepada perkara yang  baru (tidak ada zaman nabi) bukan nak samakan sistem yahudi dengan dadah....
Nasihat kami - belajar dahulu memahami maksud setiap perkataan supaya betul-betul faham sebelum nak ulas.


Dari Abu Sa‘id Al Khudri, ia berkata: 
“Rasulullah s.a.w bersabda: 
‘Sungguh kalian akan mengikuti jejak umat-umat sebelum kalian, 
sejengkal demi sejengkal, sehingga kalau mereka masuk ke dalam lubang biawak, 
niscaya kalianpun akan masuk ke dalamnya.’ 
Mereka (para sahabat) bertanya: 
‘Wahai Rasulullah, apakah kaum Yahudi dan Nasrani?’ 
Sabda beliau: “Siapa lagi.” 
(HR. Bukhari dan Muslim)

Dahulu saya mendakwa kamu sebagai SYIAH, namun kamu menafikannya..
ini bererti kamu ahli sunnah,
tapi Saya hairan bagaimana kamu boleh membelakangkan sunnah nabi s.a.w dalam menegakkan syiar islam dan kenapa kamu lebih terbuka MENGAMALKAN sistem yahudi untuk memperjuangkan islam?
Apakah sunnah nabi s.a.w tidak sesuai lagi digunakan dizaman ini?
kenapa kamu begitu tertarik dengan revolusi iran (demokrasi terbesar) dan cuba untuk meniru hal demikian..

Untuk soalan ini jawapannya ada kat sini: http://urusanulama-hl.blogspot.com/2012/12/kekeliruan-orang-tabligh-tentang-makna.html

Saya tertarik dengan tajuk artikel terbaru saudara..
"kenapa zaman nabi tidak ada pilihan raya.?"

kalau saudara tidak memahami lagi makna judul artikel yang saudara buat sendiri,mari saya jelaskan..
ia sebenarnya menunjukkan kepada kita bahawa pilihanraya atau demokrasi kepartian ini sebenarnya tidak patut wujud sama sekali dan tidak patut diamalkan oleh nabi s.a.w dan para sahabat yang mendapat redha Allah, walaupun jelas bahawa demokrasi telah wujud pada zaman ROM sekitar 508-507 BCE yang dipelopori oleh orang (ROM) yunani..tetapi kenapa sistem itu tidak mendapat ruang dalam perjuangan nabi s.a.w untuk menegakkan syiar islam?

Sekali lagi anda menonjolkan kejahilan diri bila tidak memahami makna ayat.Pepatah melayu "MASUK KANDANG KAMBING...MENGEMBIK,MASUK KANDANG LEMBU...MENGUAP"
Bermakna kita mesti pandai menyesuikan diri dengan masa dan tempat.NABI TAK BUAT PILIHANRAYA SEBAB NABI ITU RASUL ALLAH.TAK KAN LAH PARA SAHABAT NAK LAWAN NABI DENGAN BUAT PILIHANRAYA MENGUNDI UNTUK LANTIK KHALIFAH??

CUBALAH FIKIR DENGAN IMAN JANGAN GUNA EMOSI NAFSU...SEBALIKNYA SEBAIK SAHAJA NABI WAFAT PARA SAHABAT ADAKAN PILIHANRAYA UNTUK NAK UNDI SIAPA LAYAK JADI KHALIFAH!!!!

saya bagi contoh hari ibu,
sesetengah pendapat mengatakan bahawa ianya harus..
tetapi saya berpendapat ianya tidak patut dilakukan sama sekali kerana ianya bukan anjuran al quran dan as sunnah...
kita pun tahu didalam al quran mahupun hadis nabi s.a.w terdapat banyak contoh serta seruan untuk memuliakan ibu,
sehinggakan ibu ibu ini mendapat penghormatan yang tinggi didalam islam..
tentunya saudara pernah mendengar pepatah yang menyatakan bahawa "syurga itu berada dibawah telapak kaki seorang ibu"?
tetapi tidakkah saudara merasa hairan kenapa hari ibu tidak diraikan dalam islam?
Kenapa nabi s.a.w dan para sahabat r.a tidak melakukannya?

Menyambut hari ibu itu tidak lain dan tidak bukan hanyalah sandiwara yang direka reka untuk meletakkan ibu dalam keadaan tidak lagi mendapat kehormatan pada hakikat yang telah islam berikan 1400 tahun dahulu ataupun satu ruang untuk orang orang kafir berdusta kepada manusia bahawa mereka begitu mengambil berat tentang ibu untuk menyembunyikan fakta bahawa wanita begitu hina sekali seperti yang tercatat didalam kitab kitab mereka..

lagipun orang yang menyambut hari ibu ini hanya akan memuliakan ibunya pada hari itu saja,
tetapi setelah 12 malam berlalu ianya kembali seperti hari hari biasa...
apa yang perlu orang islam fahami disini ialah hari ibu sebenarnya adalah hari hari....
sama ada ibu kita masih ada didunia ini ataupun ketika mereka sudah tiada lagi..
ketahuilah, jika seorang anak diberikan tempoh hayat hidupnya seribu tahun sekalipun untuk berbakti kepada ibunya tidak kira siang ataupun malam demi untuk membalas pengorbanan dan jasa si ibu,
namun hal itu hanya berkisar dalam kandungan ibunya saja dan tidak mungkin akan terbalas...
saudara boleh faham bukan?
Begitulah juga dengan demokrasi kepartian..
Ia hanyalah rekaan semata mata untuk memecahbelahkan orang orang islam sebagaimana hari ibu yang direka reka untuk merendahkan martabat seorang ibu yang begitu mulia dalam islam dari hari hari kepada hanya setahun sekali..

Tidak ada dalam syariat islam menyatakan semua yang datang dari orang kafir itu haram dan sesat.Sebaliknya dalam syariat ada kaedah: "Al-Hikmah adalah barang yang hilang dari orang mukmin, maka di mana saja ia
 
dapati, dia adalah orang yang paling berhak 

terhadapnya"

(Riwayat Imam at-Turmizi)


Saya tahu ada ayat al quran yang menerangkan tentang kegembiraan para sahabat nabi s.a.w tentang kemenangan ahlil kitab (Rom) keatas Majusi (parsi), 
namun itu bukanlah bertujuan untuk membenarkan segala segalanya tentang ahli kitab, 
tidakkah saudara perhatikan didalam surah al baqarah 142) yang menceritakan tentang pertukaran kiblat?
Di waktu Nabi Muhammad s.a.w. berada di MEKAH di tengah-tengah kaum MUSYIRIKIN, 
rasulullah s.a.w berkiblat ke BAITUL MAQDIS. 
Tetapi setelah 16 atau 17 bulan Nabi Muhammad s.a.w berada di MADINAH ditengah-tengah orang YAHUDI dan juga NASRANI,
rasulullah s.a.w telah diperintahkan oleh Allah s.w.t untuk menjadikan Ka'bah sebagai kiblat umat islam, 
ianya bermaksud untuk persatuan umat Islam dan dimaksud yang lain ianya tidak lain adalah untuk membezakan di antara CARA HIDUP ISLAM, NASRANI, YAHUDI SERTA MAJUSI..

Untuk pengetahuan anda di zaman Khalifah Umar Al Khattab beliau telah meniru 2 sistem dari kerajaan ROM dalam kerajaan beliau.ADAKAH ANDA LEBIH ALIM DAN HEBAT DARI SAHABAT NABI ITU??



BERSAMBUNG...


Tuesday, 5 February 2013

Kenapa Zaman Nabi Tak ada Pilihanraya?


Sidang pembaca yang dirahmati Allah

Kebelakangan ini polimik isu Demokrasi halal atau haram kembali menjadi perdebatan khususnya dalam blog ini sementelaah pula pilihanraya ke 13 akan berlangsung dalam masa terdekat ini.Walaupun perbincangan para ulama kontemperari berkaitan penglibatan umat islam dalam politik demokrasi telah menghasilkan 2 pandangan (ikhtilaf) antara pro dan kontra tetapi masih ada segolongan individu yang terlalu jumud dengan tidak mahu meraikan perbezaan pandangan tersebut.

Oleh itu bagi merungkai permasaalahan ini,kami merasakan perlu kita flashback kembali sistem politik yang berlaku di zaman sebelum kelahiran junjungan Nabi Muhammad saw.Sebagaimana yang kita tahu para rasul terdahulu juga terlibat secara tidak langsung dengan kekuasaan politik di zaman masing-masing khususnya Nabi Ibrahim as dan Nabi Musa as.

Kedua-dua Rasul Allah itu hidup di zaman kekuasaan pemerintah DIKTATOR ( Namruz dan Firaun) yang mana mereka berkuasa mutlak.Sifat sistem diktator ialah memerintah secara tunggal (tidak ada pembangkang).barangsiapa yang menentang akan ditangkap,diseksa dan dibunuh.Kalau zaman sekarang ini adalah kerajaan komunis seperti di China,Burma dll.

SEDIKIT LATAR BELAKANG SISTEM POLITIK ZAMAN JAHILIYAH


Sistem politik Arab Jahiliah tidak seragam. Ia dipengaruhi oleh faktor perbezaan daerah, keturunan yang memerintah atau kuasa asing yang menjajah. Di bahagian Utara Semenanjung Tanah Arab, sistem politiknya lebih berbentuk negara naungan, misalnya Kerajaan Anbat, Tadmur, Hirah dan Ghassan. Kerajaan Ghassan adalah naungan Rom manakala Hirah adalah naungan Parsi. Kerajaan Anbat dan Tadmur pula pernah dijajah oleh Rom. Oleh itu, sistem politik mereka telah terpengaruh oleh sistem politik sama ada Rom atau Parsi.

Kerajaan di bahagian Selatan seperti Himyar, Ma'in dan Qatban mengamalkan sistem pemerintahan beraja. Pemerintahanya menggunakan pelbagai gelaran seperti Malek, Zu, Makrab dan sebagainya.

Kerajaan di bahagian tengah pula terdiri daripada kerajaan kota, misalnya Kerajaan Kota Mekah, Yathrib dan Taif yang terletak di Hijaz. Sistem pemerintahannya dipegang oleh keluarga / keturunan tertentu, misalnya kota Mekah pada mulanya dikuasai oleh puak Jurham, diikuti oleh puak Khuzaah dan akhirnya ke tangan Quraisy. Taif pula diperintah oleh Bani Thaqif. Pemerintahan begini dikatakan berbentuk ARISTOKRASI Mereka tidak mempunyai institusi diraja, tidak ada pasukan tentera dan tidak mengamalkan dasar perluasan wilayah.

Di pihak lain, orang-orang Arab juga mengamalkan sistem politik berkabilah. Sistem ini adalah berbentuk primitif di mana peraturan yang diwujudkan hanyalah untuk kabilah mereka sendiri. Ketua kabilah, iaitu Sheikh adalah orang yang bertanggungjawab terhadap kabilah. Segala peraturan perlu dipatuhi, jika tidak mereka boleh disingkirkan dari kabilah tersebut dan mereka perlu memasuki kabilah yang lain.

RUMUSAN

Berdasarkan latar belakang sistem politik yang diamalkan ketika itu yang berdasarkan pengaruh,kehormatan kabilah,kekuatan ekonomi dan secara turun temurun maka tidak berlaku sistem pilihanraya seperti yang diamalkan oleh sebahagian besar negara umat islam zaman kini.

Kerana corak politiknya adalah berdasarkan kabilah/kelompok kaum maka pendekatan yang di gunakan oleh Rasulullah saw sebelum tertubuhnya kerajaan Madinah ialah dengan mengadakan perjanjian damai (AQABAH 1 DAN 2) yang matlamat dan misinya ialah mendapat sokongan dan pertolongan dari kabilah-kabilah (suku Aus dan Khazraj) sesuai dengan corak politik ketika itu bagi membantu perjuangan islam.
Hasil dari 2 perjanjian itu maka tertegaklah negara islam Madinah.

Dakwaan sesetengah orang mengatakan sistem politik islam itu adalah sistem syura sebenarnya sangatlah tidak tepat.Ini kerana sistem syura itu wujud setelah kerajaan islam tertegak.Buktinya kita lihat sebelum peristiwa Hijrah,belum wujud lagi majlis syura.SISTEM SYURA bermakna KAEDAH PENTADBIRAN bukan kaedah memilih pemimpin.Syura itu sendiri bermakna mesyuarat.

Tidak ada tercatat dalam mana-mana kitab-kitab hadith,sirah atau tarikh yang menyatakan Nabi SAW menjadi "Perdana Menteri" pertama Madinah secara syura dengan para sahabat.ITULAH MAKSUD KAMI KATAKAN DALAM BAB KAEDAH MEMILIH PEMIMPIN ,SUNNAH PARA SAHABATLAH YANG RELEVAN SEBAB MERAKA MANUSIA BIASA(tidak maksum).Mereka dilantik berdasarkan pemilihan mesyuarat sebagaimana yang kita lakukan di zaman ini.

Yang kita ikuti sunnah Nabi saw dalam berpolitik ialah ikut bagaimana Nabi saw memimpin, memerintah dan mentadbir dan  BUKAN IKUT bagaimana Nabi saw dilantik jadi pemimpin. Nabi saw di lantik oleh Allah sedang Khulafa ar Rasyidin dilantik melalui mesyuarat.ADAKAH PEMIMPIN NEGARA UMAT ISLAM ZAMAN KINI YANG ALLAH LANTIK  SECARA LANGSUNG SEBAGAIMANA NABI SAW??

jawapannya tidak ada....

SISTEM POLITIK ZAMAN KINI

Kita telah mengetahui sistem politik yang wujud sebelum kelahiran Nabi saw daripada penerangan di atas.Kali ini mari kita cermati pula sistem politik yang wujud sebelum kita dilahirkan ke dunia ini.Negara kita telah dijajah bermula tahun 1511 oleh Portugis sehingga yang terakhir oleh British sehingga tahun 1957.Ini bermakna kita dijajah selama 446 tahun.

Penjajah telah mewariskan satu sistem pemerintahan yang di panggil Demokrasi.Ciri-ciri sistem demokrasi yang telah kami nukilkan sebelum ini memerlukan rakyat sesebuah negara tersebut menubuhkan parti politik untuk dapat kuasa memerintah melalui pilihanraya(undi) daripada rakyat.Ini antara corak sistem politik yang kita amalkan zaman kini.

Jika Nabi saw dahulu mengadakan perjajian dengan kabilah/kaum ketika itu untuk memperolehi kuasa maka zaman kita kaedah tersebut tidak relevan kerana corak sistem yang berlainan.Mahu tak mahu umat islam yang mahu menegakkan sistem syariat islam yang adil perlu menubuhkan parti politik dan menyertai pilihanraya.Selagi tidak mendapat kuasa memerintah maka selagi itu sistem SYURA tidak dapat dilaksanakan.

KESIMPULAN

Nabi saw tidak perlu menubuhkan parti politik dan menyertai pilihanraya kerana sistem politik yang diamalkan ketika itu ialah ARISTOKRASI sedangkan sistem politik yang diamalkan di zaman kita ialah DEMOKRASI .Maka kita tidak perlu mengadakan perjanjian dengan kaum/kabilah tertentu kerana ia tidak relevan dalam misi mendapat kuasa untuk meninggikan syariat islam di zaman kini.

Wallahu'alam 




Saturday, 26 January 2013

Tidak Salah Memohon Kekuasaan Politik...



"Sesungguhnya manusia itu Kami telah memberi kekuasaan kepadanya (Zul Qarnain) di (Muka) bumi, dan Kami telah memberikan kepadanya jalan (untuk mencapai) segala Sesuatu". (Al-Kahfi: 84).

Ayat di atas dan ayat Anugerah kekuasaan kepada para Nabi pilihan Allah swt lainnya cukup menjadi Bukti dan argumentasi yang Kuat untuk menjawab mispersepsi atau miskonsepsi yang masih Hadir di tengah-tengah Umat bahwa kekuasaan sangat bertentangan dengan dakwah. Kekuasaan adalah Simbol kediktatoran dan kezaliman Rasad, sedangkan dakwah adalah Rasad keteladanan dan Simbol kasih sayang.

Persepsi negatif ini wajar muncul karena beberapa orang bisa jadi majoriti orang yang diberi peluang untuk berkuasa ternyata tidak mampu memanfaatkan kekuasaan itu untuk kemaslahatan dan kesejahteraan bangsa. Malah sebaliknya, kekuasan itu dimanfaatkan untuk mempekaya diri dan justifikasi tindakan kesewenangannya.

Di sisi lain, ada sekelompok orang yang memiliki cita-cita luhur menyebarkan kemasalahatan dan kesejahteraan kepada semua pihak, namun tidak dapat merealisasikannya karena tidak memiliki alat kekuasaan (kuasa).

Dua realiti yang menggejala di tengah umat ini tentunya tidak bisa dijadikan alasan menyalahkan kekuasaan atau memaksakan kekuasaan. Kehadiran kekuasaan dalam konteks dakwah, merupakan sunnatullah yang pernah berlaku kepada umat terdahulu, Sebaliknya melalui manusia unggul pilihan Allah swt, yaitu para Nabi dan hamba-hamba-Nya yang shalih.

Tentu, Anugerah kekuasaan yang Allah swt sediakan kepada salah seorang dari hamba-Nya yang sholeh tidak bisa dilepaskan dari misi dakwah menyebarkan Ajaran Islam dan menegakkannya di tengah-tengah Umat Manusia.

Zul Qarnain yang diabadikan namanya pada ayat di atas merupakan figur penguasa yang sekaligus aktivis dakwah. Ia mampu merealisasikan dakwah dan kekuasaan secara bersamaan. WALAUPUN dengan kekuasaan yang dimilikinya, ia mampu menghadirkan kemajuan dan kemaslahatan bagi seluruh lapisan masyarakat.

Al-Qur'an menyuguhkan supersoulmate prestasi POSITIF Zul Qarnain dalam bidang dakwah dengan kekuasaan yang diraihnya dalam surah Al-Kahfi: 83-98.

Pengabadian supersoulmate dakwah dan kekuasaan Zul Qarnain oleh Al-Qur'an jelas merupakan petunjuk sekaligus jawapan bahwa sebuah dakwah akan lebih memberikan hasil yang maksimal manakala disokong oleh sarana kekuasaan. Simaklah ketegasan Zul Qarnain dalam ayat berikut ini,

"Berkata Dzulkarnain:" Adapun orang yang aniaya, maka kami kelak akan mengazabnya, kemudian dia kembalikan kepada Tuhannya, lalu Siak mengazabnya dengan azab yang tidak ada taranya. Adapun orang-orang yang beriman dan beramal saleh, maka baginya Pahala yang terbaik fasih sebagai balasan, dan akan kami titahkan kepadanya (Perintah) yang mudah dari Perintah-Perintah kami "(Al-Kahfi: 87-88)..

Kenyataan yang demikian tegas ini tentunya tidak akan terlontar kecuali dari seorang penguasa. Dalam Hadits Amar Ma'ruf dan Nahi Mungkar, Rasulullah saw malah mengawali perubahan kemunkaran itu dengan "biyadihi" yaitu kekuasaan dan kekuatan, barulah langkah di bawah Seterusnya> dengan Lisan dan dengan doa, meskipun termasuk Penanda iman yang Lemah.

Pada realitinya, dengan kekuatan dan kekuasaan yang Allah swt anugerahkan, Justru memudahkan Zul Qarnain untuk melakukan ekspidisi dakwah ke seluruh penjuru bumi dari Hemisfera timur hingga ke Hemisfera barat, sekaligus mendapatkan ketaatan umat manusia, yang selanjutkan manfaatkan ia untuk melancarkan program pemberian, adanya pembangunan dan penyejahteraan . WALAUPUN dengan kekuasaannya yang besar, memudahkannya untuk merealisasikan apapun nantinya yang dapat memajukan dan mensejahterakan kehidupan bersama.

Bukti lain dari Zul Qarnain yang disebutkan kisahnya dalam surah Al-Kahfi, bahwa ia bukan sekedar penguasa biasa. Ia sekaligus seorang hamba Allah yang sholeh yang tak kenal lelah melakukan safari dakwah untuk mensosialisasikan Ajaran Allah.

Allah swt menggambarkan jaulah dakwahnya yang cukup Ensure ke berbagai penjuru dunia yang tidak bisa dicapai oleh orang lain, "Kemudian dia mempersiapkan dan mengarahkan peserta jalan (yang lain). Hingga apabila dia telah sampai ke tempat terbit Matahari (sebelah Timur) dia mendapati Matahari itu menyinari segolongan Umat yang Kami tidak menjadikan bagi mereka Sesuatu yang melindunginya dari (Cahaya) Matahari itu, demikianlah. dan sesungguhnya manusia itu menyaksikan ILMU Kami meliputi segala apa yang ada padanya. (Al-Kahfi: 89-91).

Dalam konteks kekuasaan sebagai bahagian dari sarana dakwah Islam, Nabi Yusuf sebagai sangat layak untuk dijadikan contoh Nyata bahwa kekuasaan yang dimiliki Seorang Da'i akan memuluskan kerja dan Objektif dakwah. Al-Qur'an menyebutkan permintaan Nabi Yusuf sebagai kepada raja Mesir, "Berkata Yusuf:" Jadikanlah aku bendaharawan negara (Mesir); sesungguhnya aku adalah orang yang pandai menjaga lagi berpengetahuan "(Yusuf: 55)..

Permintaan ini disampaikan manakala raja menawarkan jawatan kepadanya, "Dan raja berkata:" Bawalah Yusuf kepadaku, agar aku memilih dia sebagai orang yang Rapat kepadaku. "Maka tatkala raja telah bercakap-cakap dengan dia, dia berkata:" sesungguhnya manusia itu menyaksikan kamu (mulai) hari ini menjadi Seorang yang berkedudukan tinggi lagi dipercayai pada Sisi kami "(Yusuf: 54).

Peluang dan kesempatan yang terbuka di depannya tidak disia-siakan lagi oleh Nabi Yusuf sebagai demi kepentingan dakwah.

Ayat meminta jawatan oleh Nabi Yusuf sebagai di sini harus difahami dari Sudut Pandang yang POSITIF bahwa sesungguhnya manusia itu menyaksikan Nabi Yusuf sebagai tidak meminta jawatan melainkan yang diyakininya dapat mengatasi krisis di masa depan. Jawatan yang diyakini akan mampu melindungi rakyatnya dari kelaparan dan Kematian serta melindungi Negara dari kehancuran. Jawatan yang akan diembannya Justru memiliki konsekuensi dan tanggungjawab yang berat di masa paling SULIT ketika krisis terjadi. Nabi Yusuf sebagai harus bertanggung jawab atas atas kecukupun stok makanan bagi seluruh  bangsa Mesir dan bangsa-bangsa sekitarnya selama tujuh tahun ke depan, dimana selama itu tidak ada kegiatan Pertanian dan Penggembalaan.

Memang suatu jawatan yang tidak menguntungkan bagi Yusuf. namun Justru dengan kekuasaan tersebut, Nabi Yusuf sebagai dapat lebih leluasa bergerak dan berdakwah merealisasikan Objektif dan misi Islam sebagai Rahmatan Lil Alamin,

"Dan demikianlah Kami memberi kedudukan kepada Yusuf di negeri Komplek; (dia berkuasa Penuh) Scram menuju kemana saja ia kehendaki di bumi Komplek itu. Kami melimpahkan rahmat Kami kepada siapa yang Kami kehendaki dan Kami tidak menyia-nyiakan Pahala orang-orang yang berbuat baik ". (Yusuf: 56).

Sayid Qutb mengomentari kekuasaan yang telah diraih oleh Nabi Yusuf di Mesir dalam kaca mata dakwah bahwa sesungguhnya manusia itu menyaksikan penghalang terbesar bagi peralihan sebuah Masyarakat dari jahiliyah menuju Islam adalah keberadaan para thagut (penguasa) yang enggan berhukum kepada undang-undang Allah swt. Ditambah dengan keberadaan bangsa yang masih taat dan tunduk kepada thagut. Di sini, Nabi Yusuf sebagai melihat kondisi yang memungkinkannya untuk menjadi seorang pemimpin yang ditaati dan bukan tunduk kepada Norma jahiliyah. Sukses dengan kekuasaanya kerana itulah, ia bebas berdakwah dan menyerbarkannya di tengah masyarakat Mesir pada masa pemerintahannya.

Demikianlah tabiat dakwah Islam. Berawal dari individu, kemudian diikuti oleh sekelompok orang. Lantas kempulan ini begerak melawan jahiliyah dengan segala risiko sehingga Allah swt memutuskan dengan hukum-Nya antara orang-orang yang tunduk kepada-Nya dengan mereka yang ingkar dan durhaka. Lalu Allah swt menganugerahkan kepada mereka kekuatan dan kekuasaan di muka bumi, sehingga orang-orang berbondong-bondong memeluk agama Allah swt.

Nabi lain yang dianugerahkan oleh Allah swt kekuasaan adalah Nabi Sulaiman. Sebaliknya kekuasaan beliau adalah kekuasaan yang luar biasa tidak terbatas dan tidak akan berulang untuk kedua kalinya. Kekuasaan Yang Diperolehi Sulaiman sebagai adalah berawal dari permintaannya kepada Allah swt,

"Ia berkata:" Ya Tuhanku, ampunilah aku dan anugerahkanlah kepadaku Kerajaan yang tidak dimiliki oleh Seorang juapun sesudahku, sesungguhnya manusia itu menyaksikan Engkaulah Yang Maha Pemberi "(Shaad: 35).

Pemahaman yang paling dekat dengan ayat ini adalah bahwa Nabi Sulaiman sebagai memohon kepada kekuasaan Allah yang istimewa yang tidak akan ada lagi setelahnya. Karena hanya dengan kekuasaan seperti itulah, Kerajaan-Kerajaan di sekitarnya akan tunduk dan menerima seruan dan dakwah Nabi Sulaiman sebagai.

Dengan kekuasaan yang meliputi seluruh makhluk Allah swt yang tidak terhingga Kerana itulah, Nabi Sulaiman melakukan dakwahnya, sampai akhirnya bergetarlah salah seorang penguasa yang menyembah Matahari melihat kekuasaan Sulaiman sebagai yang tidak terbatas itu. Lantas ia dan seluruh rakyatnya menyatakan keIslamannya.

"Berkatalah Balqis:" Ya Tuhanku, sesungguhnya manusia itu menyaksikan aku telah berbuat zalim terhadap diriku dan aku berserah diri Bersama Sulaiman kepada Allah, Siak Semesta alam "(An-Naml: 44).

Jika Seorang Nabi yang dijadikan Tsabit oleh Allah swt dibenarkan untuk berdoa memohon agar diberi kekuasaan dan kekuatan, maka tentunya permohonan itu adalah permohonan yang tidak bertentangan dengan Ajaran Islam. Sebaliknya menjadi bahagian yang tidak terpisahkan dari Ajaran Islam yang konprehensif. Karena Allah swt tidak mengajarkan Sesuatu melainkan untuk kebaikan hamba-hamba-Nya.

Kekuasaan yang telah memberikan sumbangan yang besar kepada dakwah pernah ditegakkan juga oleh sahabat Umar bin Khattab dan mencapai puncaknya pada masa Pemerintahan Umar bin Abdul Aziz. Kesejahteraan dan ketenangan bukan hanya dirasakan oleh Umat Islam, tetapi oleh seluruh Umat Manusia, Sebaliknya Hewan pun mendapatkan berkah dari kekuasaan keduanya.

Begitulah, ketika kekuasaan ditangan orang-orang yang sholeh, maka Objektif dakwah dapat direalisasikan dengan Sempurna. Dan manakala Objektif dakwah terealisir, maka pada masa yang sama sesungguhnya manusia itu menyaksikan kemaslahatan dan kepentingan Manusia juga terjamin, karena dakwah Islam diarahkan untuk membina kebaikan kepada sesama. Maha tentu Allah dengan firmanNya,

"Sesungguhnya manusia itu bumi ini akan diwariskan kepada hamba-hamba-Ku yang sholeh". (Al Anbiya ': 105).

Disinilah urgensi kekuasaan dalam dakwah Islam. Dengan kekuasaan, pintu dan peluang dakwah dan amal sholeh akan lebih terbuka luas. Efektifitas kekuasaan dalam menegakkan dakwah telah terbukti dalam sejarah dakwah para manusia pilihan Allah, Nabi Sulaiman, Nabi Yusuf, Zul Qarnain, Sebaliknya Rasulullah saw sendiri ketika berhasil menguasai dan menaklukkan Mekah, sehingga berbondong-bondong penduduk Mekah memeluk Islam.

"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan kamu lihat Manusia masuk Agama Allah dengan berbondong-bondong, maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya manusia Dia adalah Maha Penerima taubat. " (An Nashr: 1-3).

Saatnya kita menjadikan dan memanfaatkan kekuasaan dalam bentuk dan skála apapun sebagai sarana untuk menyempurnakan dakwah Islam sehingga integralitas Islam mampu kita jabarkan dalam Realitas Kehidupan Sehari-hari. Karena sesungguhnya manusia Islam adalah Din sekaligus Negara (Din Wa Daulah), bukan dipersempit dengan batasan ruangan rutinitas ibadah mahdloh-upacara-SEHARI-hari semata. Allahu A'lam.

Oleh: Dr. Attabiq Luthfi, MA 

Tuesday, 22 January 2013

Salam Maulidur Rasul SAW 1434 Hijrah


Sidang pembaca yang dirahmati Allah

Oleh kerana kita sangat jauh dari zaman kenabian kerana hidup di akhir zaman maka adalah sangat perlu untuk kita memperingati hari kelahiran dan keputeraan junjungan besar Nabi Muhammad Salallahu 'alaihi wasallam.

Tambahan pula sebahagian umat islam sangat alert (peka) dengan tarikh lahir suami/isteri/ibubapa/anak dll,maka apatah lagi manusia yang LEBIH BESAR JASANYA DAN PENYELAMAT KITA DI AKHIRAT NANTI(DENGAN SYAFAATNYA).

Oleh itu sempena hari keputeraan Baginda SAW bagi tahun 1434 hijrah ,marilah kita menzahirkan kegembiraan dengan berselawat secara berjemaah (sepanjang tahun kita mengingati secara individu-selawat sendirian). IA JUGA MELAMBANGKAN SYIAR ISLAM.


Sunday, 13 January 2013

Satu perbandingan kritis



Satu perbandingan ajaran jemaah tabligh dengan sunnah(perintah) nabi saw.

  1. Dalam jemaah tabligh di larang menegur/mengkritik orang lain kerana boleh mengaibkannya khususnya ketika khuruj.Sebaliknya dalam sunnah Nabi saw (ajaran islam) makmum boleh menegur@membetulkan bacaan imam yang salah di khalayak makmum yang lain.Bahkan boleh mufarakah dari imam tersebut.Bukankah itu secara tidak langsung mengaibkan imam tersebut??
  2. Dalam jemaah tabligh konsep nahi mungkar yang mereka imani ialah apabila telah berjaya mendakwah perlaku maksiat untuk solat berjemaah di masjid dan menyertai khuruj tabligh maka secara otomatik mungkar tercegah.Sebaliknya dalam sunnah Nabi saw (ajaran islam) diperintah kepada ibubapa menyuruh anak-anak yang umur 7 tahun mendirikan solat dan pukul mereka jika tidak solat ketika umur 10 tahun.Ini bermakna tidak solat itu adalah satu kemungkaran maka kaedah pukul adalah cara mencegah kemungkaran itu.Tidak ada istilah otomatik dalam bab cegah mungkar.
  3. Dalam jemaah tabligh konsep menuntut ilmu bagi mereka ialah ketika keluar khuruj (3,40 hari dll) dan membaca 3 kitab (fadhail amal,muntakhab hadis dan hayatus sahabah) sahaja.Selain dari itu (kuliah,majlis pengajian kitab dll) di masjid surau BUKAN majlis ilmu dan tiada faedah.Pada mereka untuk mendapatkan ilmu cukup dengan bertanya jika perlu.

Sebaliknya amalan para ulama salafus soleh yang menjadikan mereka umat terbaik dan cemerlang di zaman keemasan islam ialah kerana mereka mementingkan ilmu dan beramal berdasarkan ilmu tersebut.Buktinya kita lihat istilah tabi’in merujuk kepada manusia yang sempat bertemu para sahabat dan sempat mengambil ilmu(berguru) dengan mereka dan munculnya kitab-kitab yang membahaskan berbagai masalah agama untuk umat hingga akhir zaman ditulis dizaman mereka. TIDAK ADA ISTILAH TABI’IN MENGAMBIL KERJA PARA SAHABAT. yang ada ialah mengambil ilmu dan menyebarkannya samada dalam bentuk tulisan atau mengajarkannya.

Kalaulah istilah tabi’in itu merujuk kepada manusia yang AMBIK KERJA SAHABAT (dakwah dari rumah ke rumah) ,tak dapat dibayangkan di zaman kita ini tanpa himpunan kitab hadith Bukhari,Muslim dll,kitab tafsir al quran at Tabari,Ibnu Katsir dll,kitab tasauf imam Ghazali,al hikam dll,kitab fiqh ibadah al Umm dan berbagai kitab ilmu yang lain.

Tak dapat dibayangkan bagaimana kita mendirikan solat tanpa kupasan para ulama tentang hadith bab solat,puasa,zakat dll.Betapa besarnya jasa para ulama terdahulu dalam memberi kefahaman agama kepada kita hingga hari kiamat tiba-tiba jasa mereka di nafikan hanya dengan berkata: khuruj berdakwah 40 hari nanti ”Allah akan bagi faham agama”.

Kalaulah perkataan itu boleh diguna pakai,TAK PERLULAH ADA UNIVERSITI DEOBAND,AL AZHAR,PASENTREN AZ ZAITUN DLL.Semua pakat-pakat keluar 40 hari setiap tahun akan jadi ulama besar,mufti dll.

Orang tabligh jangan marah ye.......
Ini nasihat je.....................

Wednesday, 2 January 2013

Kuliah Hadith:Kitab Mustika Hadith


Mastika Hadith
Jilid 1

Bab 4 : Beriman kepada adanya malaikat.


Hadith 41
Dari Anas ra, bahwa Nabi saw bersabda: “Apabila seseorang mukmin diuji oleh Allah dengan sesuatu bencana pada tubuhnya, Allah ta`ala berfirman kepada malaikat penulis amalnya: ‘Tulislah juga untuknya amal-amal solih yang biasa ia lakukan’; kemudian jika Tuhan hilangkan bencana yang menimpanya itu, Tuhan jadikan dia hidup berkeadaan baharu – bersih suci dari dosanya; dan jika Tuhan mengambil nyawanya, diberinya keampunan serta dikurniakan rahmat kepadanya.” (Ibn Abu Shaibah, Imam Ahmad dan Baihaqi)
   
Muslimin muslimat yang dirahmati Allah. 

Hadith ke41 ini menceritakan pada dasarnya berhubung dengan ujian, iaitu suatu perkara yang telah ditentukan oleh Allah swt kepada sesiapa saja yang selagi dia dinamakan manusia (terutama orang-orang yang beriman kepada Allah), maka dia tidak akan sunyi dari dikenakan ujian, cabaran dan rintangan dari Allah swt.

Di dalam salah satu buku Prof Dr Hamka, beliau pernah menyebut bahwa, “Ketinggian nilai keimanan itu bukan terletak pada rukuk dan sujud, tetapi ia terletak pada sekadar mana ujian Allah ke atas manusia.”…Tuan-tuan boleh relate sebutan Dr Hamka ini dengan ayat 2 Surah al-Ankabut, yang bermaksud, “Adakah manusia itu mengira, bahwa Kami akan membiarkan sahaja mereka berkata: Kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji oleh Allah swt.”…Maknanya apa tuan-tuan?…Maknanya, kita tidak layak untuk menyebut kita sebagai orang yang beriman selagi Allah tidak memberi ujian kepada kita. Dan biasanya ujian-ujian ini akan didatangkan oleh Allah mengikut kadar keimanan seseorang. Seperti dalam sebuah hadith riwayat Tirmizi, di mana Nabi saw bersabda yang bermaksud, “Besarnya pahala seseorang adalah bersamaan dengan sekadar mana ujian yang dikenakan oleh Allah kepada dia.”…Maknanya kalau ujian tu kecik, maka keciklah pahala yang kita dapat. Kalau ujian tu besar, maka besarlah pula pahala yang diberikan oleh Allah.  

Golongan mana yang paling hebat diuji Allah?…Tidak lain dan tidak bukan, mereka adalah golongan para rasul dan nabi alaihimussola tuwassalam. Seperti yang disebut oleh ust Halim Nasir ketika mengisahkan suatu peristiwa bilamana Saad bin Abi Waqqas bertanya kepada Nabi saw, “Ya Rasulullah, siapakah manusia yang paling teruk kena uji?”…Lalu jawab Rasulullah saw, “Yang paling teruk kena uji ialah para nabi dan para rasul, kemudiannya golongan yang mengikut para nabi selepas zaman nabi (tabiin) dan kemudiannya golongan selepas tabiin yang mengikut para tabiin.”…Inilah susunan yang Nabi saw letak dan jawapan kepada Saad bin Abi Waqash radiallahuanhu.

Kalau kita lihat sejarah yang ditinggalkan oleh para nabi dan rasul pun sudah cukup untuk kita tahu bahwa mereka diuji dengan ujian yang amat berat, yang tak mungkin dan tak mampu bagi insan kerdil seperti kita untuk menerima ujian-ujian sepertimana yang dikenakan oleh Allah kepada para anbiya`. Sebab itu, pada hujung Surah al-Baqarah, kita diajar oleh Allah swt dengan doa-doa, yang bermaksud, “Ya Allah! Jangan Engkau timpakan ke atas kami dengan ujian yang kami tidak sanggup untuk memikulnya;…”…Inilah yang Allah ajar kepada kita, especially kita yang lemah iman untuk memohon kepada Allah supaya ujian yang dikenakan, biarlah ujian yang mampu ditanggung. Bukannya apa; kita bimbang sebab kadang-kadang manusia boleh hanyut jauh dari ugama Allah dengan hanya ujian yang dikenakan oleh Allah kepadanya.

Mari kita tengok beberapa contoh bagaimana  para nabi/rasul terima ujian dari Allah swt. Yang pertamanya, kita lihat peristiwa yang berlaku kepada Nabi Nuh as. Ujian yang Nabi Nuh kena amat-amat berat tuan-tuan. Sehingga anaknya sendiri dihancurkan depan mata dia. Hati ayah mana yang tidak hancur melihat anaknya melencong jauh dari jalan orang yang beriman?…Hati ayah mana yang tidak terguris melihat anak dia tak mau ikut cakap dia?…Alangkah hancurnya hati ibubapa yang punya anak bersikap demikian. Sedangkan makbapak dah doa berjela-jela. Sewaktu di Mekah, sanggup cari tempat yang mustajab doa seperti di telaga zamzam, safah marwa, depan pintu Kaabah, sambil tawaf, habih semua kita doa; tetapi tidak diperkenankan juga oleh Allah swt. Anak tetap macam setan. Bila jadi macam tu, apa perasaan kita tuan-tuan?…Inilah dia ujian.   

Tapi kata Prof Hamka, walaubagaimana berat sekali pun ujian yang kita terima, tetap tak boleh challenge apa yang Nabi Nuh as kena. Dia rasul, sedangkan kita bukan rasul. Dia berdakwah bukannya 10 tahun, 20 tahun; malah dia mengambil masa selama 950 tahun untuk berdakwah kepada kaumnya, tanpa henti. Siang malam dia ceramah. Namun begitu, apa pun dia tak dapat hasil dari dakwahnya itu melainkan semua pakat cabut lari. Kaumnya tidak mahu mendengar seruan dakwahnya, termasuklah anaknya sendiri. Ini dia tuan-tuan rintihan Nabi Nuh as yang dirakam oleh Allah di dalam al-Quran. Inilah ujian yang Nabi Nuh kena, sehingga dia berdoa kepada Allah supaya menyelamatkan anaknya yang kuffur itu ketika bencana ombak besar melanda. Dalam Surah Hud: 45, Nabi Nuh berdoa kepada Allah, “Ya Allah! Itu anak dari keluarga ku, selamatkanlah dia.”…Tapi pada ayat seterusnya (Surah Hud:46), Allah menjawab doa Nabi Nuh itu dengan firmanNya, “Wahai Nuh! Sesungguhnya dia bukan dari ahli keluarga mu, kerana dia tidak melakukan amal-amal yang solih…”…Dari jawapan tersebut, maka hancur luluh hati Nabi Nuh, namun begitu, dia menerima ujian itu dengan penuh kesabaran.

Yang kedua, kita lihat apa yang kena pada Nabi Lut as pula. Siapa yang mengkhianati beliau?…Bukannya orang lain, tak lain tak bukan, iaitu isterinya sendiri. Isteri yang tidur sekatil dengannya, isteri itulah yang bancuh minuman untuknya, isteri itulah yang basuh baju untuknya. Namun, apabila Nabi Lut berdakwah berhempas-pulas menentang amalan homoseksual yang semakin menjadi-jadi di zamannya, tiba-tiba si isteri pula pi jadi broker; tak haru punya cerita ka tu tuan-tuan?...Bayangkan betapa hancurnya hati Nabi Lut bila dia dapat tau isterinya sendiri mengkhianatinya. Namun begitu, beliau tetap tabah menghadapi perkara tersebut sebagai suatu ujian daripada Allah swt. Akhirnya berlaku sebagaimana firman Allah dalam Surah al-Anfaal: 83 yang bermaksud, “Kami selamatkan seluruh kaum Nabi Lut, kecuali isterinya, ia termasuk orang-orang yang tinggal dalam siksaan.”…Maknanya, Allah lingkupkan negeri Sadom bersama isteri Nabi Lut as, yang sekarang ini terkenal dengan panggilan “The Dead Sea”.

Yang ketiga, kita lihat Nabi Ibrahim as. Apa ujian yang Nabi Ibrahim kena?…Beliau diuji untuk memilih antara cinta kepada Allah atau kasih sayang kepada anak. Bukan kecik punya ujian tu tuan-tuan Tetapi akhirnya, Nabi Ibrahim berjaya dalam ujiannya sehingga perintah Allah dalam mimpinya itu menjadi ibadah kepada seluruh umat Islam. Ini dia mimpi para rasul.

Dan yang keempat kita lihat Nabi kita Muhammad saw. Dalam bulan Rejab yang baru lalu, ana tengok ada sorang-dua ustaz agak kurang cermat dalam membicarakan sirah ketika buat ceramah Isra` wal Mikraj. Depa terus pergi ke ayat pertama Surah al-Isra` dengan meninggalkan apa yang Rasulullah saw kena sebelum baginda di Isra`-Mikrajkan. Sepatutnya depa kena meneliti satu persatu dulu ujian-ujian yang Allah kenakan kepada Nabi saw sebelum baginda dijemput ke Sidratul Muntaha, maka barulah nampak bernilainya Isra` wal Mikraj tu. Dimulakan dengan gelaran-gelaran buruk yang diberikan oleh masyarakat Mekah kepada Nabi seperti seorang ahli sihir yang cekap, pelajar yang gila, dan bermacam-macam lagi. Kemudian Allah uji lagi dengan kematian Abu Tolib, yang merupakan seorang exco kanan kerajaan negeri Mekah yang lurus bendol orangnya sebab projek apa pun takdak. Anak ramai, keluarga susah. Gaji yang dia dapat tu cukup-cukup untuk bagi makan kat anak-anak dia saja. Walaupun begitu, dia tetap jaga Nabi dengan menggunakan kuasa exconya. Allah ambik nyawanya. Lepas tu, wafat pula Khadijah radiallahuanha, isteri kesayangan Rasulullah. Mana lagi Nabi nak pi?…Kerajaan Mekah time tu dah tak bagi ruang untuk Nabi berceramah. Permit-permit apa semua memang tak lulus dah. Tapi dalam keadaan macam tu pun, Nabi boleh juga menyorok-menyorok buat ceramah kelompok. Kira dapat la juga sedas-dua, walaupun kena kepung. Suasana jadi semakin susah untuk Nabi bergerak. Bila tengok Mekah dah takdak harapan, Nabi try pi dakwah kat Taif dengan harapan orang Taif boleh terima Islam. Di Taif, bukan disambut dengan permaidani merah, sebaliknya disambut dengan lemparan ketul-ketul batu. Berdarah habih seluruh tubuh Nabi, mengalir turun sehingga bertakung dalam sepatu Nabi saw. Bayangkan tuan-tuan, seorang kekasih Allah dikenakan ujian yang begitu berat. Baginda bertahan dari dibaling batu bersama Zaid bin Harithah radiallahuanhu. Mereka berundur sehingga akhirnya tersadai kedua-duanya di suatu tembok dalam kebun milik Utbah bin Rabi`ah. Dalam kebun itulah Nabi saw mengangkat tangan bermunajat kepada Allah dengan doa yang dirakam oleh Muhammad Sa`id Ramadan al-Buti di dalam kitab Fiqh al-Sirahnya (Jilid 1 ms 180), Nabi berdoa (panjang doa tu, so ana petik di pangkalnya sahaja):

“Ya Allah! Betapa hinanya aku dalam pandangan manusia.  Ya Allah! Betapa lemahnya kekuatan ku. Ya Allah! Kepada siapakah yang Engkau nak serahkan aku? Adakah kepada musuh yang sentiasa menanti untuk membaham aku? Ya Allah! Aku tidak peduli semua itu, kerana yang aku cari hanyalah keredhaan daripada Mu…”

…Maknanya apa tuan-tuan?…Maknanya walaupun orang lempar batu ka, orang bubuh najis unta atas kepala ka, orang kata dah gila ka; semua tu Nabi saw tak peduli. Yang dipedulinya ialah adakah Allah redha atas segala perbuatannya?…Ini yang Nabi saw ajar kepada kita tuan-tuan. Dan ini cukup berat sebab bukan mudah untuk kita nak sampai ke tahap mendapat keredhaan dari Allah swt. Kemudian lepas balik dari Ta`if, barulah Allah angkat Nabi ke langit. Kena hurai macam tu dulu tuan-tuan, baru kita boleh nampak betapa bernilainya Isra` wal Mikraj. Kalau terus start dengan “Subhanallazi…”, maka jadilah perjalanan Nabi itu seolah-olah seperti melancong sahaja. Sebab apa ana sebut macam tu?…Sebab kita dah tinggalkan muqaddimah kepada peristiwa Isra` iaitu bagaimana Nabi menerima ujian dan penentangan yang terlalu dahsyat yang tidak dapat ditanggung oleh manusia biasa seperti kita kecualilah hanya para nabi dan rasul sahaja yang mampu.

Okay tuan-tuan tadi kita dah tengok macamana para rasul kena uji, sekarang kita tengok pula macamana tabiin (golongan muncul selepas Nabi saw wafat) menghadapi ujian. Mereka juga tidak terlepas dari menerima ujian yang besar dari Allah swt walaupun mereka terkenal dengan ilmu yang begitu luas. Siapa tidak kenal dengan Nu`man bin Tsabit rahimahullahu ta`ala, yang terkenal dengan panggilan Imam Abu Hanifah, iaitu imam mazhab Hanafi?…Imam mazhab bukan macam imam surau. Depa ni bukan calang-calang punya orang, Quran/hadith semua dalam kepala. Depa mampu menangani isu semasa pada zaman mereka. Punya la hebat ilmu, namun mereka juga tidak terlepas dari diuji oleh Allah swt. Ujian yang Imam Abu Hanifah terima ialah dia dipaksa meminum racun, dalam keadaan fizikalnya cukup lemah setelah dipukul di dalam penjara. Sebabnya satu saja, iaitu kerana beliau enggan menerima jawatan sebagai Qadi. Itu saja. Bukan dia buat salah apa pun. Jawatan qadi yang dioffer tu ialah tok hakim, bukannya tok qadi hat “aku nikahkan akan dikau…” tu. Bukannya apa; orang melayu kalau dengaq kata tok qadi, kira dia ingat hat bawa beg hitam dengan saksi dua orang tu la. Hat saksi tu pula samseng nak mampoih. Baru dapat RM20, dia cakap banyak pulak dah, memanjang tak sah. Jenoh pengantin lelaki nak kena ulang….Okay, imam Abu Hanifah tak mau terima tawaran jadi hakim sebab dia takut akan dibicarakan oleh Allah sekiranya dia salah menghukum. Lalu menyebabkan khalifah time tu naik angin, sumbat dia dalam penjara dan pegawai-pegawai penjara pukul dia sehingga berdarah belakang Imam Abu Hanifah. Dalam keadaan tak bermaya dan tak sedarkan diri itulah, dia disua segelas air berisi racun, apabila Imam Abu Hanifah minum, dia mati di depan khalifah. Tu dia tuan-tuan.

Yang kedua, kita tengok pula apa yang Imam Malik bin Anas rahimahullah kena. Beliau kena apabila mengeluarkan fatwa di Madinah mengatakan bahwa lelaki yang menceraikan isterinya dalam keadaan lelaki itu dipaksa, maka cerai itu tidak sah. Tu saja. Bukannya dia lawan khalifah apa pun. Tetapi apabila ulama-ulama di sekeliling khalifah time tu adalah geng-geng muktazilah belaka, depa bukan senang dengan Imam Malik, jadi depa cari jalan nak pekena Imam Malik. Dan apabila fatwa tersebut dikeluarkan, maka depa nampak inilah peluang untuk memalukan Imam Malik. Menurut ust Halim Nasir, yang kata muktazilah apa semua ni, depa ni berasal dari anak-anak murid Imam Hassan al-Basri. Maknanya, depa pun bukan calang-calang punya group. Pada waktu Imam Hassan al-Basri, telah berlaku perdebatan tentang masalah orang yang melakukan dosa besar. Anak-anak murid Imam Hassan al-Basri kata, orang macam tu kekal dalam neraka, manakala Imam Hassan al-Basri pula kata bahwa ianya tidak kekal, sebaliknya orang itu akan masuk syurga juga setelah dosanya dibakar oleh Allah swt. Masing-masing bawa mai hujjah, namun, sebahagian dari anak muridnya tetap membantah, maka akhirnya Imam Hassan al-Basri pun berlepas tangan dari anak-anak muridnya itu dengan berkata, “Iqtaziltah! Nyahlah toksah bersama aku lagi!”…Jadi, dari iqtazil inilah munculnya kumpulan muktazillah. Itu ceritanya. Balik kepada cerita Imam Malik tadi; apabila muktazillah menguasai kerajaan time tu, maka Imam Malik pun dipanggil untuk disoal-siasat. Sebaik saja diambil kenyataan apa semua, lepas tu depa paksa Imam Malik untuk tarik balik fatwanya tentang tidak sahnya orang yang menjatuhkan talak ke atas isterinya dalam keadaan dipaksa. Namun, Imam Malik tetap stand dengan fatwanya itu dengan dalil sebagaimana peristiwa Amar bin Yasir yang dipaksa meninggalkan agamanya dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat siksaan yang teruk. Last sekali, khalifah yang termakan hasutan muktazillah, memerintahkan Imam Malik ditangkap dan dipukul di hadapan penduduk Madinah. Nampak tak tuan-tuan, Imam mazhab pun diuji begitu teruk, apatah lagi kita!              

Nak katanya, keempat-empat Imam mazhab yang besar, semuanya kena uji. Ujian tetap akan sampai apabila kita benar-benar beriman kepada Allah. Dan Allah uji tu, Dia tengok kadar iman kita tahap mana. Okay selepas zaman tabiin, muncul pula zaman tabiin tabiin, depa pun tak lari dari dikenakan ujian. Contoh yang paling ketara ialah ujian yang dikenakan Allah kepada Sheikhul Islam Ibnu Taimiyah. Dialah antara ulama yang paling banyak sekali kena penjara. Disebabkan sedikit perdebatan tentang masalah sifat Ketuhanan, beliau dimasukkan dalam penjara. Lepas tu keluar 2 minggu, sumbat balik 2 tahun. Keluar seminggu, sumbat balik 3 tahun 8 bulan. Sehingga akhirnya dia mati dalam penjara. Itu dia yang kata ujian tu tuan-tuan.

Okay berbalik kita kepada hadith yang dibahaskan di atas. Ujian yang Nabi sebut dalam hadith tu khususkan adalah pada tubuh manusia. Maksudnya apabila manusia demam, sakit, gering, kena accident dan sebagainya; Allah akan perintah malaikat tulis pahala untuk orang yang sakit itu sama seperti waktu dia tak sakit dulu. Contohnya macam orang yang rajin pi kuliyah/ceramah agama apa semua tu. Sekali bila depa jatuh demam tak boleh pi kuliyah, kata kat depa, “you don’t have to worried” sebab pahala untuk depa sedang berjalan. Maknanya pahala yang depa dapat time sakit tu, sama dengan pahala time depa attend majlis ilmu; seolah-olah depa hadir walaupun hakikatnya depa sedang terlantar sakit di hospital. Tu dia tuan-tuan, Allah punya sayang kat kita. Tapi jangan buat-buat sakit pulak, yang tu tak aci. Hat dok cerita ni, hat sakit betoi-betoi punya.

Kemudian Nabi saw sebut lagi, “Kalaulah dengan sakitnya itu, Allah matikannya, maka dia mati dalam keadaan bersih dari dosa dan diberi rahmat oleh Allah swt.”…Tapi ini semua berlaku dengan syarat. Syaratnya ialah kita betoi-betoi ambik waktu sihat untuk Islam. Waktu sihat dulu pulun sungguh pi mengaji; buka kitab, catit, rakam, apa semua. Tiba-tiba jatuh sakit, seminggu tak pi kuliyah, tetap malaikat catit pahala sepertimana tuan-tuan hadir ke majlis ilmu tu jugak.

Kesimpulannya; ujian mesti datang, cabaran mesti sampai. Dan Allah akan uji mengikut kadar tara mana iman kita. Sikit iman kita, sikitlah ujian. Besar iman kita, maka besarlah datangnya ujian. Selagi namanya dunia, pasti ujian akan datang dengan berbagai ragam. Tambah-tambah lagi di bumi umat Islam yang diserang kuffar hari ini seperti di Palestin,di Syiria, di Iraq, di Afghanistan, di Kashmir, di Chechya, di Moro, di Patani dan sebagainya; semua tu ujian Allah yang berat-berat belaka tu. Di bumi yang dalam suasana perang seperti yang disenaraikan ini, disamping kena bijak berstrategi, sabar juga perlu ada. Cumanya sebagai manusia yang serba serbi lemah, kita harap, ujian yang Allah bagi kat kita ialah ujian yang mampu kita tanggung. Tu saja yang kita doa. Bukannya apa, kita bimbang dengan ujian yang tak mampu ditanggung, menyebabkan kita bertindak di luar batasan. Nauzubillahiminzalik.

Ulasan kami:

Ketika dan saat ini PAS menerima ujian apabila Tuan Guru Presiden sendiri di tekan dan di gasak dengan isu lapok (amanat Haji Hadi-istilah yang diberi oleh Umno),sedangkan bagi kami ahli PAS tak pernah pun anggap itu sebagai amanat jauh sekali sebagai fatwa.

Tetapi itulah yang dikatakan ujian dalam perjuangan sebab islam,iman dan ujian itu umpama aur dan tebing (wajib ada).Apa yang dialami oleh pemimpin kami persis sama apa yang dialami oleh Imam Malik rah. bilamana beliau diminta menarik balik fatwa oleh kerajaan Muktazilah (UMNO) ketika itu dan ada pulak ulama muda zaman tersebut mewakili kerajaan .hu..hu...hu....



Allahu ta`ala `alam.  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...