Wednesday, 24 July 2013

Berbagai Peristiwa Agung Yang Berlaku Dalam Bulan Ramadhan

Sidang pembaca yang dirahmati Allah

Terdahulu kami telah memaparkan peristiwa agung yang berlaku dalam bulan Ramadhan sepanjang sejarah islam.Pada kali ini pula mari kita berkongsi pula peristiwa pembukaan atau kemenangan tentera islam sepanjang sejarah yang juga berlaku  dalam bukan Ramadhan.Juga berbagai peristiwa lainnya .

Di antara peristiwa tersebut ialah :

1. Nuzul al-Quran pada 17 Ramadhan.

2. Penurunan Kitab-kitab suci :
- Suhuf Ibrahim pada awal Ramadhan
- Taurat pada 6 Ramadhan
- Injil pada 13 Ramadhan
- al-Quran pada 24 Ramadhan.
[al-Bidayah wa an-Nihayah oleh Ibnu Kathir menerusi salasilah sanad Imam Ahmad]

3. Peperangan Badr al-Kubra pada 17 Ramadhan 2 Hijrah.

4. Kewajipan berzakat pada 29 Ramadhan 2 Hijrah.

5. Persedian Peperangan Khandaq pada bulan Ramadhan 5 Hijrah dan berlaku pada Syawal.

6. Pembukaan Mekah pada 21 Ramadhan 8 Hijrah.

7. Peperangan Buwaib di Iraq  antara Muslimin dan Farsi pada 13 Hijrah

Setelah Khalid bin al-Walid beredar meninggalkan Iraq menuju ke Syam dengan perintah Khalifah Abu Bakar untuk membantu pasukan tentera Muslimin menentang Rom, al-Muthanna bin al-Harithah mengambil alih tempatnya dalam usaha membuka Iraq dengan perintah khalifah juga.
Al-Harithah berjaya mengasak tentera Parsi secara beransur-ansur sampai ke medan perang yang sengit di sebuah tempat yang bernama al-Buwaib. Di situlah panglima tentera Parsi yang bernama Mahran dibunuh. Tentera Islam mencapai kemenangan hebat. Seterusnya mereka berjaya membuka seluruh negara Iraq dan Parsi.
Peperangan al-Buwaib berlaku pada bulan Ramadan tahun 13 Hijrah bersamaan November tahun 634 Masihi.


8. Kisah at-Tahkim pada tahun 37 Hijrah.

9. Pembukaan Semenanjung Rods pada 53 Hijrah.

10. Permulaan Pembukaan Andalus pada 1 Ramadhan 91 Hijrah.

11. Kemenangan Tariq bin Ziyad di Andalus pada tahun 92 Hijrah ( 711M).

Pembukaan negara Andalus dianggap sebagai perkembangan penting dalam pergerakan tentera Islam menuju ke arah barat. Dari sudut ketenteraan, ia dianggap sebagai pembukaan yang berjaya. Dari sudut ketamadunan, ia berjaya memasukkan negara Sepanyol dan Portugal di bawah pemerintahan Islam. Maka Andalus merupakan titik tolak gemilangnya tamadun Islam di bumi Eropah dalam tempoh yang agak lama.
Dengan kejayaan membuka Andalus, maka umat Islam berjaya masuk ke kawasan lebih jauh iaitu Ghalah (Perancis) sehingga sampai ke Marsile dan sebahagian negara Itali.
Pembukaan Semenanjung Iberia iaitu Sepanyol dan Portugal ditunjangi oleh tiga panglima perang Islam iaitu Tariq bin Ziyad, Musa bin Nusair dan Abdul Aziz bin Musa.

Akan tetapi, peperangan terbesar yang menjadi penentu ialah pada bulan Ramadan tahun 92 Hijrah bersamaan bulan Jun 711 Masihi di Lembah Lakkah iaitu kawasan dataran yang luas. Di situlah berlaku beberapa siri peperangan antara tentera Tariq yang dilengkapi 10,000 tentera dengan tentera Rodrego Raja Qut yang memiliki puluhan ribu tentera. Peperangan berterusan selama dua minggu sehingga akhirnya tentera Qut berjaya ditewaskan dan melarikan diri ke arah utara.

Ia merupakan kemenangan besar yang membuka laluan kepada Tariq untuk mara ke Talitilah, sementara Musa bin Nusair menjejalu tentera Tariq dan mereka bergabung di Balatah. Kemudian mereka terus mara untuk meneruskan pembukaan. Begitulah yang berlaku di mana tarikh 28 Ramadan 92 Hijrah merupakan satu kelahiran baru dalam sejarah kehidupan di Andalus dan tamadun umat Islam di sana.

Pembukaan diteruskan di bahagian utara. Tentera Islam Arab itu berjaya merentasi gunung-gunung Barnet sehingga sampai ke negara Ghalah (Perancis), dan berjaya menguasai bahagian selatannya iaitu kawasan yang luas berhampiran Laut Mediterranean sampai ke Sungai Ron. Kawasan itu termasuklah kawasan yang pada hari ini dikenali dengan nama Riperia di bawah jajahan Perancis dan sebahagian kawasan Iberia di bawah jajahan Itali. Tentera Arab seterusnya di bawah pimpinan al-Hurr bin Abdul Rahman al-Thaqafi berjaya menguasai ibu negeri Sebteman iaitu bandar Norbonne. Orang Islam menamakannya dengan nama Arnubah dan menjadikannya pangkalan untuk membuka negara Ghalah (Perancis). Selepas al-Hurr datang pula al-Sumh bin Malik mengetuai operasi pembukaan. Beliau mengepung bandar Toloz. Kemudian berlakulah pembukaan yang berturut-turut sehingga akhirnya mereka sampai ke bandar Bordo. Di bawah pimpinan Anbasah bin Suhaim pula tentera Arab berjaya sampai ke Bandar Leon pada tahun 105 Hijrah dan menguasainya. Mereka juga berjaya mara ke bandar Sens iaitu sebuah bandar yang terletak di atas sungai Sine 70 kilometer dari Paris.






12. Peperangan Balat Syuhada di ketuai oleh al-Ghafiqi menentang Franjah pada tahun 114 Hijrah.

13. Pembukaan Sokliyah di bawah pimpinan Ziyad bin al-Aghlab pada tahun 212 Hijrah.

14. Pembukaan Amuriyah oleh Khalifah al-Muktasim Billah pada tahun 223 Hijrah.

15. Pembukaan semenanjung Malta pada tahun 256 Hijrah

16. Peperangan Malazakard di antara kerajaan Saljuq di bawah pimpinan Sultan Alab Arsalan dengan kerajaan Bizantin pada 25 Ramadhan 463 Hijrah.

17. Penyatuan kerajaan di Andalus di bawah pimpinan Yusof bin Tashafin pada 18 Ramadhan 484 Hijrah.

18. Kemenangan Muslimin di bawah pimpinan Imad ad-Din Zinki ke atas orang-orang salib pada 16 Ramadhan 532 Hijrah.

19. Peperangan Membebaskan Baitul Maqdis Dari Cengkaman Tentera Salib (22 Ramadan 583 Hijrah Hingga 23 Syawal Bersamaan 1187 Masihi)

Pada 15 Ramadan 83 Hijrah Sultan Salahuddin mengisytiharkan keazamannya untuk membebaskan kota Baitul Maqdis daripada tentera Salib Eropah. Beliau pun mula mengepung kota itu pada 22 Ramadan. Kemudian beliau mengarahkan armadanya dari Mesir supaya datang menyertainya untuk mengepung dari arah laut. Sementara beliau memerangi mereka di darat sehingga akhirnya kota itu menyerah kalah pada 23 Syawal.

20.Pada 647 Hijrah bulan Ramadhan,umat islam mengalahkan kristian di Mansurah Mesir dan berjaya menawan raja Luis yang ke 9 raja Perancis.


21. Peperangan Ain Jalut pada 15 Ramadhan 658 Hijrah.

22. Pembukaan Antakiyah (Turkey sekarang ini),umat islam mengalahkan Tatar Monghol   pada hari Sabtu,14 Ramadhan 666 Hijrah.


23. Menguasai Qaram oleh Sultan Muhammad al-Fateh pada tahun 879 Hijrah.

24. Pada 703 Hijrah bulan Ramadhan,umat islam dibawah kepimpinan Sultan Nasir Ibnu Qadawun telah  mengalahkan dan memberikan pukulan maut terhadap Tentera Tatar.

25. Pada 791 Hijrah bulan Ramadhan,umat islam membuka kota Bosnia Herzegovina.

26. Pada 827 Hijrah bulan Ramadhan,umat islam membuka kota Babylon

27. Pada 6 Ramadhan 1393 Hijrah bersamaan 1973 Masihi ,umat islam di Mesir (Ikhwanul Muslimin) 
berjaya mengembalikan maruah mereka dengan berjaya mengembalikan Semenanjung Sinai yang ditawan  dan dijajah oleh  Israel.








Monday, 22 July 2013

Apa Yang Perlu kita Tahu tentang Arab Saudi?








Sidang pembaca yang dirahmati Allah

Saudi Arabia mengalir dengan riak tenang yang mempunyai gelombang besar di dalamnya, dan ditutup dengan arus kecil, seolah-olah semuanya baik-baik saja. Berbanding dengan negara-negara Arab yang lain, dari segi apapun, Saudi aman terkawal.
Pendapatan perkapita per tahun terus meningkat, atau paling tidak cenderung stabil, dan untuk beberapa puluh tahun ke depan, mereka tidak akan terpengaruh dalam perangkap krisis ekonomi global. Jamaah haji yang sudah dipastikan membanjir bagai air bah setiap tahun merupakan salah satu jaminan besar, selain juga kekayaan minyak bumi yang berlimpah. Hingga tak heran, anak muda Saudi majoriti berfikiran tak perlu harus bekerja keras atau belajar dengan susah payah.

Semua itu ternyata tidak menyembunyikan gejolak yang semakin panas di negara itu. Di satu sisi, para pemuda Saudi telah sedikit berani membuat riak-riak kecil. Mereka telah sedar bahawa selama ini, sejak bertahun-tahun lamanya, raja mereka-sesiapa yang sedang berkuasa-telah mencabul gerakan dan perkembangan Islam yang justru mereka lihat di negara-negara lain.
Ada minat yang besar pada sebahagian pemuda Saudi untuk belajar mengenal gerakan Islam. Di negara itu, bayangkan, orang ramai lebih dari 10 orang akan selalu menjadi masalah. Apalagi di dalam masjid. Pada awalnya, para pemuda ini masih mau mengunjungi ulama-ulama yang mereka percayai seperti Shaykh 'Ali al-Khudhayr, Shaykh Nasir al-Fahd dan Shaykh Ahmad al-Khalidi.

Namun seiring perkembangan yang cenderung makin membesar, maka semua ulama itu ditangkap oleh kerajaan, dan dimasukkan ke dalam penjara dengan masa yang tidak ditentukan. Dalih penangkapan itu adalah ketiga ulama ini merupakan pentolan kumpulan Al-Muwahhidden, yang mempunyai banyak persenjataan dan bom. Para Syeikh ini sampai saat terakhir mereka dituduh, membantah tuduhan tersebut.

Para pemuda Saudi berada dalam ketakutan dan kebingungan pada waktu yang bersamaan. Mereka sama sekali tidak mempunyai pengalaman menghadapi tindakan penguasa. Automatik mereka tidak lagi mempunyai tempat yang layak untuk bertanya. Mereka ketakutan kerana peristiwa penangkapan itu boleh berlaku pada mereka. Bingung kerana tak ada pula pengalaman terhadap konspirasi besar.

Mengapa Saudi sangat menyekat gerakan-gerakan Islam bahkan boleh dibilang memprovok? Ada beberapa fakta yang menarik untuk disingkap:

1. Rejim Saudi, seperti juga kebanyakan negara-negara Arab yang lain, adalah pemerintahan yang menyatukan antara yang benar (haqq) dan salah (batil). Aspek Haqq Saudi hanya boleh kita lihat dari simbol-simbol yang mereka pakai; bendera Saudi, tuntutan negara Islam, dan penerapan Syariah. Namun, di balik itu sebenarnya Saudi juga tak berbeza dengan negara sekular lain.

2. Beberapa tahun sebelumnya, Saudi bersekongkol dengan Inggeris untuk sama-sama membanteras gerakan Ikhwan di negaranya itu. Seorang anggota kerajaan pernah mendedahkan hal ini. Sekarang, bukan rahsia lagi kalau Saudi akrab dengan AS. AS sudah dijadikan sebagai pelindung Saudi.

3. Jawatankuasa Tetap Saudi (al-Lajnah ad-Da'imah) mengeluarkan fatwa: "Siapapun yang tidak membezakan antara Yahudi dan Kristian dan orang kafir lainnya dengan bangsa Muslim kecuali kerana kebangsaannya, dan menganggap semua penguasa sama, maka dia adalah kafir." Sebuah fatwa yang sesungguhnya membuat banyak orang berkerut dahi, namun berkesan dalam meredam masyarakat Saudi. Kerana, bukankah kerajaan Saudi sendiri persis seperti itu?

4. Perempuan Saudi tidak boleh menikah dengan laki-laki yang bukan dari Saudi. Dan seorang laki-laki Saudi tidak boleh menikah di luar Saudi kecuali sudah memenuhi keperluan umur. Sebuah peraturan yang dibuat-buat kerana Islam sendiri tidak membenarkan hal seperti ini.

5. Beribu-ribu orang islam dizalimi di negara-negara Muslim di wilayah Arab, tapi apa yang dilakukan oleh kerajaan dan rejim Saudi? Tidak ada. Rejim Saudi hanya menyuruh para Syeikh-nya untuk berdoa untuk umat Islam, dan masyarakatnya dianjurkan untuk mengumpul dana bantuan yang disebarkan ke seluruh dunia, utamanya untuk pembangunan masjid. Maka jangan hairan, jika di sebuah pelosok terpencil di Indonesia misalnya, boleh ada sebuah masjid besar yang megah dengan tulisan di peresmiannya: "Sumbangan dari (kerajaan) Saudi ..."

6. Saudi membina hubungan diplomatik dan bukan diplomatik dengan negara-negara yang jelas telah membantai umat Islam dalam jumlah yang luar biasa banyak. Dalam hal ini yang mempunyai hubungan harmoni dengan Saudi adalah India, Russia, Filipina, Amerika (sudah tentu!), China, dan Israel.

7. Amerika mempunyai basis tentera di Saudi, dan kerajaan Saudi melarang rakyatnya yang mendoakan keburukan untuk Amerika di masjid-masjid di negara itu.

8. Rejim Saudi juga membantu dan mendirikan saluran-saluran TV yang banyak sekali saat ini. Selain TV, mereka juga membantu pembiayaan media-media antarabangsa.

9. Keluarga kerajaan Saudi tidak boleh dihina oleh sesiapa. Jika ada yang melakukannya, maka akan dikenakan hukuman yang berat, bahkan dihukum mati. Tapi kerajaan Saudi tidak peduli kepada para pelaku yang menghina Allah dan agamaNya. Misalnya saja, seorang Saudi zindiq, Turki al-Hamd menulis sebuah buku berjudul "al-Karadeeb" dan di dalamnya terdapat kalimat "Jadi, Allah dan setan adalah dua wajah dengan satu penemuan", tidak dikenakan hukuman apapun, dan bukunya yang penuh dengan cerita kekafiran beredar bebas di negara itu.

Friday, 19 July 2013

Semangat Sebenar Ramadhan

Sidang pembaca yang dirahmati Allah

Selayaknya dan seharusnya bulan Ramadhan bagi tahun 1434 hijrah disambut dengan semangat jihad yang tinggi dan berkobar-kobar.Saudara-saudara islam kita di negara-negara Arab khususnya dan wilayah Pattani di sebelah sini,telah menyahut seruan itu dengan gigihnya tanpa terpengaruh dengan sindrom letih dek menahan lapar dan dahaga kerana berpuasa.

Ketika musuh-musuh islam memesatkan serangan mereka secara bertali arus baik melalui penggunaaan senjata api mahupun secara politik dan konspirasi dengan menggunakan boneka-boneka (anak didik mereka) yang telah diasuh sekelian lama (Syiah,Arab Saudi,UAE,Kuwait and the gang),Kita umat islam di Malaysia masih lagi ber'sentimental' dengan mengekalkan sifat puasa orang Melayu yang begitu melayan keletihan berpuasa dengan tidur selepas solat zohor/jumaat,Kalau yang warak sedikit meningkat amalan dengan berbagai ibadah sunat tetapi terlupa untuk mendoakan kesejahteraan dan keselamatan para pejuang islam yang berdepan dengan peluru hidup.

Ketika umat islam di Rohingya yang telah ditindas sekelian lama oleh kerajaan Buddha sehingga ramai yang terbunuh dan menjadi pelarian,umat islam di Malaysia yang paling hampir dengan mereka pun masih berkira-kira untuk membantu.Kalau ada pun yang hanya membantu bukan membela.Membantu dengan wang ringgit dan sumbangan adalah hanya melepaskan mereka dari kebuluran dan merempat sebalik istilah membela adalah lebih mulia dan tinggi kedudukannya di sisi agama.


















Kita sepatutnya malu dengan umat islam Indonesia kerana merekalah yang melatih tentera mujahidin Rohingya (foto di atas).Pembelaan sebeginilah yang sepatutnya kita utamakan.Lebih memalukan kita ialah penglibatan kaum muslimat (wanita) dalam medan jihad lebih terserlah berbanding kita disini yang masih bermalas-malas dengan tidur waktu rehat(alasan ia juga ibadah ) sedangkan mereka sanggup mengorbankan sifat-sifat malas itu demi mengembalikan maruah islam ketempat yang selayaknya.













Oleh itu sempena kita berada di bulan Ramadhan al Mubarak ini marilah kita melakukan pengorbanan yang melebihi dari bulan-bulan yang lain(sebagai contoh- kalau dalam 11 bulan kita biasa derma sehari seringgit maka dalam bulan Ramadhan kita derma sebulan Rm 50.00 untuk mereka yang berjihad itu.Dan dalam masa yang sama berdoa qunut nazilah dan doa dari ayat 250 surah al Baqarah.Kalimah 'na'(kami) di tukar kepada 'hum' (mereka):

"Ya Allah yaTuhan kami, tuangkanlah kesabaran atas mereka(pejuang islam), dan kokohkanlah pendirian mereka dan tolonglah mereka terhadap orang-orang kafir".

Amin...

sumber: http://www.wasukalu.com/2012/11/syria-gadis-gadis-cantik-ini-berjuang.html

Pembohongan Laporan Surat Khabar Malaysia: Hakikat Sokongan Rakyat Mesir



MESIR: Sebuah laporan dari the Egyptian Centre for Media Studies and Public Opinion telah mengadakan kajian dan mendapati bahawa kebanyakan rakyat Mesir menolak tindakan rampasan kuasa oleh tentera terhadap Presiden Mohamed Morsi.

Dari dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan hanya 26 peratus menyokong kudeta tersebut, manakala sejumlah 63 peratus menentangnya, dan 11 peratus responden tidak memberikan pendapat.

Kajian ini menjadikan rakyat seluruh Mesir sebagai responden dan dikatakan tahap kredibiliti kajian ini adalah lebih daripada 95 peratus.

Kajian itu juga merumuskan bahawa jumlah orang yang menentang rampasan kuasa tentera itu hampir sama dengan dengan jumlah yang menyokong Konstitusi dalam referendum yang diadakan tahun lalu.

Ini menunjukkan, yang menyokong Morsi di negara itu belum terpengaruh secara negatif oleh propaganda media yang dikawal tentera. Media pro-kudeta menyatakan bahawa majoriti rakyat Mesir menyokong rampasan kuasa.

Melalui hasil kajian itu, mereka mendapati demografi penyokong rampasan kuasa adalah dari kawasan luar bandar.

Di kawasan Mesir Hulu peratusan menyokong rampasan kuasa ini mencecah 83 peratus, berbeza dukawasan bandar seperti Kaherah iaitu 52.8 peratus.

Kajian itu juga mendapati, 91 peratus bersetuju dan mengatakan bahawa rampasan kuasa ini adalah usaha untuk menghapuskan "kerajaan Islam".

Selain itu 86 peratus responden yang terdiri dari pelbagai agama dan latar belakang politik juga percaya bahwa Morsi masih presiden sah negara tersebut.

"69 peratus menyokong Morsi kerana tidak mahu regim Mubarak kembali berkuasa, manakala 57 peratus menyokong Morsi karena menentang kekuasaan tentera.

Monday, 15 July 2013

Imam Al-Banna dan Hakikat Dakwah Kita




Tulisan: Ustaz Mohamed Hamid Elawa
Penterjemah: Ustaz Tajul Arifin Che Zakaria

الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه وبعد
يقول الله تعالى : ( قُلْ هَذِهِ سَبِيلِي أَدْعُوا إِلَى اللَّهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ ) يوسف 108
 Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud: ‘Katakanlah (wahai Muhammad):” Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha Suci Allah (dari segala i’tiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain”.
Ikhwan Muslimin adalah gerakan Islam yang komprehensif, bekerja demi untuk menegakkan ugama Allah di muka bumi ini dan untuk merealisasikan matlamat dan tujuan yang dengan sebabnya Islam yang maha suci ini datang. Ikhwan beriman  dengan Islam yang menjadikan  aqidah sebagai pengawal yang memelihara halatuju orang-orang Islam sebagaimana mereka juga beriman bahawa Islam juga merupakan syariat, kaedah yang syumul merangkumi setiap sudut kehidupan
Berkata Imam Al-Banna dalam Risalah (الاخوان تحت راية القرآن):
“Wahai Ikhwan Muslimun, bahkan wahai semua manusia! Kita bukanlah parti politik, sekalipun politik di atas kaedah Islam merupakan fikrah kita yang asli. Kita bukan pertubuhan kebajikan dan pembaharuan, sekalipun kerja kebajikan dan pembaharuan merupakan objektif terbesar kita. Kita bukan pasukan riadhah, sekalipun riadhah badan dan ruh merupakan sebahagian dari wasilah terpenting kita. Kita tidak sama seperti pertubuhan sedemikian kerana semua pertubuhan ini hanya untuk tujuan tertentu dan untuk tempoh tertentu. Mungkin pertubuhan ini lahir hanya di atas dasar mahu mewujudkan sebuah pertubuhan atau sekadar mahu meletakkan nama rasmi bagi pertubuhan tersebut.
Akan tetapi wahai manusia! Kami adalah fikrah dan aqidah, sistem dan manhaj. Kami tidak terbatas pada tempat tertentu atau bangsa tertentu atau sempadan geografi tertentu. Kami tidak akan berhenti pada batas tertentu melainkan setelah bumi dan segala isinya kembali kepada Allah s.w.t. kerana sistem ini adalah sistem Tuhan Rabbul Alamin dan manhaj ini adalah manhaj Rasul-Nya yang bersifat jujur lagi amanah”.

Pada tempat yang lain iaitu di akhir Risalah (بين الأمس واليوم) Imam Al-Banna berkata:
“Wahai Ikhwan! Kamu bukan pertubuhan kebajikan, bukan parti politik, bukan badan yang ditubuhkan untuk tujuan yang terbatas. Kamu adalah ruh baru yang mengalir dalam hati umat ini dan menghidupkan umat ini dengan Al-Quran. Kamu adalah nur baru yang bersinar menghapuskan kegelapan materialisme ke arah ma’rifah Allah s.w.t. Kamu adalah suara yang berkumandang dan bergema melaungkan dakwah Rasulullah s.a.w.”.

Kita simpulkan kalam Imam Al-Banna dalam beberapa faedah dan natijah:

·         Bahawa dakwah Ikhwan adalah Dakwah Rabbaniyyah: Kerana asasnya itu berlegar di sekitar objektif kita yang membawa manusia mendekatkan diri kepada tuhan mereka. Berusaha menghubung dan mengikat hati-hati mereka dengan pencipta mereka iaitu Allah s.w.t. supaya mereka ikhlas semata-mata untuk ugama dan dakwah mereka. Mereka hendaklah membetulkan niat supaya ikhlas beramal kerana Allah s.w.t. tuhan semesta Alam.

·         Bahawa dakwah Ikhwan adalah Dakwah Islamiyyah: Kerana ia dinasabkan kepada Islam yang Maha Agung dengan kesyumulan, kesempurnaan dan kelengkapannya. Allah s.w.t. berfirman:

الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإسْلامَ دِينًا المائدة- 3
·         Bahawa dakwah Ikhwan adalah Dakwah Alamiyyah: Dakwah ini ditujukan kepada seluruh manusia kerana manusia pada hokum Islam adalah bersaudara. Asal usul mereka dari satu (Adam).

 وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا كَافَّةً لِلنَّاسِ بَشِيرًا وَنَذِيرًا وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ- سبأ 28 
‘Dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai Rasul pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman), dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar), akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu)’.

(إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ) .الحجرات 13
‘Sesungguhnya orang yang paling mulia di kalangan kamu di sisi Allah ialah yang paling bertaqwa’.

·         Bahawa dakwah Ikhwan adalah Dakwah Syumul: Dakwah ini tidak hanya mementingkan sudut tertentu dan mengabaikan sudut kehidupan yang lain. Ia tidak terbatas pada kerja-kerja politik dan pertembungan dengan parti serta sibuk dengan pilihanraya, sekalipun politik adalah sebahagian dari kerja kita. Sama halnya kita tidak boleh membataskan kerja-kerja kita pada sudut kemasyarakatan, kecemasan dan terlibat sama dalam aktiviti masyarakat, sekalipun kerja-kerja kebajikan tersebut merupakan sebahagian dari tanggungjawab kita.
·         Bahawa dakwah Ikhwan adalah Dakwah Tarbiyah dan Takwin: Kerana tarbiyah yang syumul dan takwin yang berterusan; kedua-duanya adalah tiang (pasak) bagi dakwah ini. Ia juga perbezaan terpenting yang membedakannya dari dakwah-dakwah lain. Melalui Manhaj Tarbawinya dakwah ini mampu digerakkan melalui soff yang mantap. Ini hasil terpenting tarbiyah (hasilkan individu muslim), sebabnya ialah kerana individu itu teras kepada kebangkitan ummah. Imam Al-Banna sentiasa ingatkan kita:
(كونوا أنفسكم تتكون بكم أمتكم)
“Bentuklah diri anda sekalian, nescaya akan terbentuklah dengan kamu umat kamu”. 
Inilah tarbiyah… di mana semua orang mesti tunduk (mengikutinya) tanpa kecuali; sama ada besar atau kecil, lama atau baru, qiadah atau jundi. Dalam Ikhwan tiada orang yang berada di luar lingkungan tarbiyah dan takwin.
·         Bahawa dakwah Ikhwan adalah Dakwah Ikhlas dan Tajarrud: Dakwah ini mentarbiyah pengikutnya dan matlamat dari amal dan ucapan mereka tidak lain melainkan untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t. dan pahala dari sisi-Nya. Tidak ada nawaitu selain itu. Di sini bukan tempat untuk memperolehi kekayaan atau kemasyhuran atau pangkat dan gelaran. Justeru Ikhlas adalah satu rukun dari rukun-rukun Bai’ah. Imam Al-Banna sentiasa mengungkapkan kepada ikhwan kata-kata ini:
 (إن الخفي على هذه الطريق خير من الظاهر)
‘Sesungguhnya yang sunyi (tak bising) di atas jalan dakwah ini lebih baik daripada yang zahir (nampak/menonjol)’.
Dakwah ini juga suci dari dikuasai oleh hawa nafsu dan ketamakan; di mana orang yang berada di atas jalan ini mestilah tajarrud kepada fikrah dan prinsip dakwahnya kerana ia adalah semulia-mulia fikrah dan kedudukannya paling atas. Allah s.w.t. berfirman:
صِبْغَةَ اللَّهِ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ صِبْغَةً وَنَحْنُ لَهُ عَابِدُونَ. البقرة 138.
‘Celupan Allah, dan siapakah yang lebih baik celupannya selain Allah s.w.t. dan kami menjadi hamba yang menyembah kepadaNya’.
وآخر دعوانا أن الحمد لله رب العالمين

Tuesday, 9 July 2013

Kempen Boikot Kurma dari Iran dan Sekutunya




Sidang pembaca yang dirahmati Allah

Beberapa tulisan cercaan dan cemuhan memperbodohkan usaha kempen boikot kurma dan produk Iran dibawa kepada perhatian saya. Menerima tujahan peluru peluru spt ini adalah sebahagian dari kempen 'Winning Hearts and Minds' untuk meyakinkan umat supaya menyambut seruan boikot ini.

Kempen boikot produk Iran adalah seruan dari Ijtimak Ulama Ummah yang di pengerusikan oleh Syeikh dr Yusuf Qardhawi pd 14 Jun 2013 yg merupakan sebahagian dari Resolusi 11 perkara sebagai menyatakan sokongan kpd rakyat Syria dan bantahan kpd Hizbus syaitan dan Iran yang kini membantu Regim Basyar al Assad secara politik dan ketenteraan untuk membunuh rakyat Syria.

Kpd saudara di luar sana yg sinis dengan usaha ini dan melemparkan cercaan samada secara peribadi atau secara umum hanya akan memperkukohkan seruan ulama ummah untuk menyelamatkan rakyat Syria dari penyembelihan tentera fasad Basyar, Hizbusyaitan dan golongan Rafidah Iran dan sekutunya.

Dengan ini saya juga memberi maaf kepada beberapa orang yg mencerca saya khusus tentang usaha ini. saya juga memberi maaf in advance kpd sesiapa lagi yang mungkin memberi reaksi yang sama. Perkataan 'bodoh' yang dilemparkan hanyalah halwa telinga berbanding dengan anak anak kecil yang menahan kesakitan kerana ditetak dan dibakar hidup hidup oleh tentera Basyar Assad.



p/s: Kita boikot barangan (kurma dsb) daripada Iran sahaja. INGAT, LIHAT KOTAK SEBELUM BELI. Sebarkan kepada semua sahabat seagama kita..
 
oleh :  Hafidzi Mohd Noor (Pengerusi Aqsa Syarif)

Tuesday, 2 July 2013

Bersediakah kita dengan kedatangan Ramadhan?

Sidang pembaca yang dirahmati Allah

Tinggal seminggu sahaja lagi kita akan memasuki satu bulan yang paling mulia dan utama di antara 12 bulan dalam kalendar Islam.Satu bulan yang disebut oleh Rasul SAW dalam khutbah Baginda yang mafhumnya:

" Wahai manusia, sungguh telah datang pada kalian bulan Allah dengan membawa barokah,rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia disisi Allah. Hari-harinya adalah hari yang paling utama. Malamnya adalah malam paling utama. Jam demi jamnya adalah jam-jam yang paling utama. Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tamu Allah dan dimuliakanNya. Dibulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih,tidurmu adalah ibadah,amal-amalmu diterima dan doa-doamu diijabah." 

 Apabila di sebut sahaja bulan Ramadhan maka yang akan terbayang di kepala kita ialah ibadah puasa,solat terawih,tadarrus al quran,moreh,hari raya nak dekat,tidur di siang hari,bazzar Ramadhan dan bersahur.Inilah pandangan secara umum rata-rata umat islam khususnya orang melayu di belah Nusantara ini.Untuk entri kali ini mari kita muhasabah diri kita kembali menjelang ramadhan 1434 hijrah ini yang berbaki beberapa hari sahaja lagi.


Kami ingin membawa anda semua untuk kita melihat atau menghisab semula amal perbuatan kita selama 11 bulan yang lalu adakah kita :

1.  Pernah berbuat syirik / menyekutukan Allah?
2.  Pernah mencaci/menghina Rasulullah SAW tanpa kita sedar?
3.  Pernah meninggikan suara/bentak/herdik kepada kedua ibubapa kita?
4.  Pernah membuat mereka berdua menitiskan airmata kecewa?
5.  Pernah menghina ulama warasatul anbiya?
7.  Masih mengamalkan atau terlibat dengan urusan riba (loan bank,rumah,kenderaan,insuran dll)?
8.  Memutuskan silaturahim atau tidak bertegur sapa dengan kaum kerabat pada 11 bulan yang lalu?
9.  Menyimpan dendam kepada seseorang?
9.  Masih kekal mendedahkan aurat dengan tidak bertudung(wanita) dan berseluar pendek(lelaki)?
10.Sering lalai melaksanakan solat 5 waktu atau hanya solat seminggu sekali sahaja (Jumaat)?
11. Dan lain-lain


Ketahuilah wahai saudara-saudara sekelian bahwa sekiranya 10 perkara di atas atau salah satu daripadanya masih kekal ada pada diri kita hingga masuknya bulan Ramadhan tanpa kita bertaubat atau memohon ampun maka ketahuilah bahawa anda termasuk dalam kategori hadith ini:

bermaksud:"Berapa ramai orang yang berpuasa, namun tidak mendapatkan apa-apa selain lapar dan dahaga, dan berapa banyak orang yang solat di tengah malam tidak mendapatkan apa-apa, selain berjaga malam sahaja." (Hadis riwayat Nasa'ie).
Oleh itu sekiranya kita telah berazam agar puasa tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya maka hendaklah kita bertaubat kepada Allah jika sekiranya dosa tersebut berkaitan denganNYA .Sebaliknya jika ia melibatkan manusia lain khususnya ibubapa kita maka tidak lain dan tidak bukan hendaklah  minta ampun kepada mereka berdua sehingga mereka redha dan menghalalkan air susu dan keringat mereka yang telah membesarkan kita.

Berapa ramai orang yang menempuh bulan Ramadhan dengan berstatus rosak aqidah,anak derhaka,pemakan riba,pemutus silaturrahim,pendendam dan seumpamanya di akhir zaman ini tanpa mereka sedar dek kerana kejahilan dan malas menuntut ilmu.Mereka menyangka bulan ramadhan memberi manfaat kepada mereka dengan memperbanyakkan ibadah sunat dan lain-lain tetapi sebaliknya setelah menempuh ramadhan selama umurnya (exp:30-40 kali) tetapi maqam takwa masih gagal diraih.

Yang lebih malang setiap kali berakhirnya ramadhan sejak puluhan tahun yang lalu kita tidak pernah buat post mortem dan bertanya kepada diri sendiri "KENAPA AKU MASIH BELUM MENJADI ORANG BERTAQWA WALHAL AKU TELAH MENEMPUH RAMADHAN PULUHAN KALI?"
Sebenarnya kunci utama untuk mendapat semua kelebihan yang ada dalam bulan Ramadhan atau dengan lain perkataan Allah memilih kita mendapat ganjaran yang disediakan dalam bulan itu ialah SANGKA BAIK KEPADA ALLAH selama 11 bulan yang lalu.Itu bagi mereka yang tidak melakukan 10 perkara diatas.Itu sebab kita biasa mendengar orang-orang tertentu dapat melihat peristiwa ganjil di malam al Qadar khusus para alim ulama terdahulu di hadapan mata mereka sendiri. Bukanlah mereka mencari-cari hal tersebut sebaliknya adalah anugerah Allah semata-mata berdasarkan sangka baik mereka kepada Allah .Melalui cerita-cerita orang-orang lama,kebanyakan ulama yang bertemu peristiwa ganjil malam tersebut tidak terlintas di hati mereka untuk melihatnya sebaliknya ia berlaku tanpa diduga.Ini menunjukkan bahwa bukan kita yang berusaha mencarinya sebaliknya adalah semata-samata pilihan dari Allah.Itulah yang berlaku kepada para ulama sebagai bonus untuk menaikkan maqam mereka ke peringkat ainul yakin.Wallahu'alam

Mudah-mudahan dengan tulisan yang ringkas ini dapat membuka minda kita semua untuk berubah agar Ramadhan 1434 hijrah ini lebih baik dari tahun lalu...InsyaAllah...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...