Wednesday 24 July 2013

Berbagai Peristiwa Agung Yang Berlaku Dalam Bulan Ramadhan

Sidang pembaca yang dirahmati Allah

Terdahulu kami telah memaparkan peristiwa agung yang berlaku dalam bulan Ramadhan sepanjang sejarah islam.Pada kali ini pula mari kita berkongsi pula peristiwa pembukaan atau kemenangan tentera islam sepanjang sejarah yang juga berlaku  dalam bukan Ramadhan.Juga berbagai peristiwa lainnya .

Di antara peristiwa tersebut ialah :

1. Nuzul al-Quran pada 17 Ramadhan.

2. Penurunan Kitab-kitab suci :
- Suhuf Ibrahim pada awal Ramadhan
- Taurat pada 6 Ramadhan
- Injil pada 13 Ramadhan
- al-Quran pada 24 Ramadhan.
[al-Bidayah wa an-Nihayah oleh Ibnu Kathir menerusi salasilah sanad Imam Ahmad]

3. Peperangan Badr al-Kubra pada 17 Ramadhan 2 Hijrah.

4. Kewajipan berzakat pada 29 Ramadhan 2 Hijrah.

5. Persedian Peperangan Khandaq pada bulan Ramadhan 5 Hijrah dan berlaku pada Syawal.

6. Pembukaan Mekah pada 21 Ramadhan 8 Hijrah.

7. Peperangan Buwaib di Iraq  antara Muslimin dan Farsi pada 13 Hijrah

Setelah Khalid bin al-Walid beredar meninggalkan Iraq menuju ke Syam dengan perintah Khalifah Abu Bakar untuk membantu pasukan tentera Muslimin menentang Rom, al-Muthanna bin al-Harithah mengambil alih tempatnya dalam usaha membuka Iraq dengan perintah khalifah juga.
Al-Harithah berjaya mengasak tentera Parsi secara beransur-ansur sampai ke medan perang yang sengit di sebuah tempat yang bernama al-Buwaib. Di situlah panglima tentera Parsi yang bernama Mahran dibunuh. Tentera Islam mencapai kemenangan hebat. Seterusnya mereka berjaya membuka seluruh negara Iraq dan Parsi.
Peperangan al-Buwaib berlaku pada bulan Ramadan tahun 13 Hijrah bersamaan November tahun 634 Masihi.


8. Kisah at-Tahkim pada tahun 37 Hijrah.

9. Pembukaan Semenanjung Rods pada 53 Hijrah.

10. Permulaan Pembukaan Andalus pada 1 Ramadhan 91 Hijrah.

11. Kemenangan Tariq bin Ziyad di Andalus pada tahun 92 Hijrah ( 711M).

Pembukaan negara Andalus dianggap sebagai perkembangan penting dalam pergerakan tentera Islam menuju ke arah barat. Dari sudut ketenteraan, ia dianggap sebagai pembukaan yang berjaya. Dari sudut ketamadunan, ia berjaya memasukkan negara Sepanyol dan Portugal di bawah pemerintahan Islam. Maka Andalus merupakan titik tolak gemilangnya tamadun Islam di bumi Eropah dalam tempoh yang agak lama.
Dengan kejayaan membuka Andalus, maka umat Islam berjaya masuk ke kawasan lebih jauh iaitu Ghalah (Perancis) sehingga sampai ke Marsile dan sebahagian negara Itali.
Pembukaan Semenanjung Iberia iaitu Sepanyol dan Portugal ditunjangi oleh tiga panglima perang Islam iaitu Tariq bin Ziyad, Musa bin Nusair dan Abdul Aziz bin Musa.

Akan tetapi, peperangan terbesar yang menjadi penentu ialah pada bulan Ramadan tahun 92 Hijrah bersamaan bulan Jun 711 Masihi di Lembah Lakkah iaitu kawasan dataran yang luas. Di situlah berlaku beberapa siri peperangan antara tentera Tariq yang dilengkapi 10,000 tentera dengan tentera Rodrego Raja Qut yang memiliki puluhan ribu tentera. Peperangan berterusan selama dua minggu sehingga akhirnya tentera Qut berjaya ditewaskan dan melarikan diri ke arah utara.

Ia merupakan kemenangan besar yang membuka laluan kepada Tariq untuk mara ke Talitilah, sementara Musa bin Nusair menjejalu tentera Tariq dan mereka bergabung di Balatah. Kemudian mereka terus mara untuk meneruskan pembukaan. Begitulah yang berlaku di mana tarikh 28 Ramadan 92 Hijrah merupakan satu kelahiran baru dalam sejarah kehidupan di Andalus dan tamadun umat Islam di sana.

Pembukaan diteruskan di bahagian utara. Tentera Islam Arab itu berjaya merentasi gunung-gunung Barnet sehingga sampai ke negara Ghalah (Perancis), dan berjaya menguasai bahagian selatannya iaitu kawasan yang luas berhampiran Laut Mediterranean sampai ke Sungai Ron. Kawasan itu termasuklah kawasan yang pada hari ini dikenali dengan nama Riperia di bawah jajahan Perancis dan sebahagian kawasan Iberia di bawah jajahan Itali. Tentera Arab seterusnya di bawah pimpinan al-Hurr bin Abdul Rahman al-Thaqafi berjaya menguasai ibu negeri Sebteman iaitu bandar Norbonne. Orang Islam menamakannya dengan nama Arnubah dan menjadikannya pangkalan untuk membuka negara Ghalah (Perancis). Selepas al-Hurr datang pula al-Sumh bin Malik mengetuai operasi pembukaan. Beliau mengepung bandar Toloz. Kemudian berlakulah pembukaan yang berturut-turut sehingga akhirnya mereka sampai ke bandar Bordo. Di bawah pimpinan Anbasah bin Suhaim pula tentera Arab berjaya sampai ke Bandar Leon pada tahun 105 Hijrah dan menguasainya. Mereka juga berjaya mara ke bandar Sens iaitu sebuah bandar yang terletak di atas sungai Sine 70 kilometer dari Paris.






12. Peperangan Balat Syuhada di ketuai oleh al-Ghafiqi menentang Franjah pada tahun 114 Hijrah.

13. Pembukaan Sokliyah di bawah pimpinan Ziyad bin al-Aghlab pada tahun 212 Hijrah.

14. Pembukaan Amuriyah oleh Khalifah al-Muktasim Billah pada tahun 223 Hijrah.

15. Pembukaan semenanjung Malta pada tahun 256 Hijrah

16. Peperangan Malazakard di antara kerajaan Saljuq di bawah pimpinan Sultan Alab Arsalan dengan kerajaan Bizantin pada 25 Ramadhan 463 Hijrah.

17. Penyatuan kerajaan di Andalus di bawah pimpinan Yusof bin Tashafin pada 18 Ramadhan 484 Hijrah.

18. Kemenangan Muslimin di bawah pimpinan Imad ad-Din Zinki ke atas orang-orang salib pada 16 Ramadhan 532 Hijrah.

19. Peperangan Membebaskan Baitul Maqdis Dari Cengkaman Tentera Salib (22 Ramadan 583 Hijrah Hingga 23 Syawal Bersamaan 1187 Masihi)

Pada 15 Ramadan 83 Hijrah Sultan Salahuddin mengisytiharkan keazamannya untuk membebaskan kota Baitul Maqdis daripada tentera Salib Eropah. Beliau pun mula mengepung kota itu pada 22 Ramadan. Kemudian beliau mengarahkan armadanya dari Mesir supaya datang menyertainya untuk mengepung dari arah laut. Sementara beliau memerangi mereka di darat sehingga akhirnya kota itu menyerah kalah pada 23 Syawal.

20.Pada 647 Hijrah bulan Ramadhan,umat islam mengalahkan kristian di Mansurah Mesir dan berjaya menawan raja Luis yang ke 9 raja Perancis.


21. Peperangan Ain Jalut pada 15 Ramadhan 658 Hijrah.

22. Pembukaan Antakiyah (Turkey sekarang ini),umat islam mengalahkan Tatar Monghol   pada hari Sabtu,14 Ramadhan 666 Hijrah.


23. Menguasai Qaram oleh Sultan Muhammad al-Fateh pada tahun 879 Hijrah.

24. Pada 703 Hijrah bulan Ramadhan,umat islam dibawah kepimpinan Sultan Nasir Ibnu Qadawun telah  mengalahkan dan memberikan pukulan maut terhadap Tentera Tatar.

25. Pada 791 Hijrah bulan Ramadhan,umat islam membuka kota Bosnia Herzegovina.

26. Pada 827 Hijrah bulan Ramadhan,umat islam membuka kota Babylon

27. Pada 6 Ramadhan 1393 Hijrah bersamaan 1973 Masihi ,umat islam di Mesir (Ikhwanul Muslimin) 
berjaya mengembalikan maruah mereka dengan berjaya mengembalikan Semenanjung Sinai yang ditawan  dan dijajah oleh  Israel.








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...