Thursday 19 July 2012

Belajar Untuk Kalah - Ibrah Cerita Abdullah Bin Samir



Perjumpaan hari ini mengingatkan saya kepada kisah Abdullah bin Samir. Kisah yang diceritakan oleh Baginda SAW dalam hadith yang banyak perawinya. Boleh kita dapati dalam Buku Iman dan Harakah, Allayarham ust Fathi Yakan.

Abdullah bin Samir memulakan kehidupannya yang dipenuhi dengan keajaiban. Dia dilantik menjadi pengganti kepada ahli sihir Negara pada ketika itu. Betapa kita melihat bahawa Allah, pasti akan mendatang hidayah kepada sesiapa sahaja. Bukan hanya dipilih dalam kalangan orang yang ingin dan beriman, namun Allah akan memberinya kepada orang yang kufur. Demikian kita melihat buktinya dalam kisah Abdullah bin Samir ini.Justify Full

Abdullah bin Samir telah membuka pintu hatinya untuk menerima islam secara tidak langsung. Malah ia adalah kebetulan sebenarnya. Pertemuan yang dimulai secara kebetulan dari seorang Rahib yang mempercayai Allah adalah permulaan yang unik.

Namun hidayah memerlukan masa. Keadaan yang sama berlaku pada Abdullah bin Samir ketika mana ia berhadapan dengan dua situasi pada hari yang sama. Satu ialah ajaran syirik tukang sihir, dan satu lagi ajaran ketuhanan rahib. Begitu juga halnya dengan kita semua. Para pendakwah sebagai perantara dakwah kadangkala inginkan impak dakwah yang segera. Sedangkan ia memerlukan masa. Jadi, jangan bermimpikan soal hasilnya. Kita mesti terus berusaha.

Setelah beryakin, maka Abdullah bin Samir pun meninggalkan ajaran tukang sihir. Tanpa berlengah beliau memulakan ajaran dakwahnya bersama dengan beberapa kelebihan yang diberikan oleh Allah kepadanya.

Abdullah bin Samir mengajarkan banyak perkara mengenai ke Esa an Allah kepada rakyat di negeri beliau. Kelihatan bahawa salah satu metodenya ialah dengan menyampaikan dakwahnya melalui lisan. Ia dilakukan dalam bentuk “tazkirah”, dikhalayak yang ingin menyertai “tazkirah”nya. Ini merupakan salah satu perkara yang tidak boleh di pandang benteng oleh para pendakwah. Saya ingin menyatakan bahawa perlunya kemahiran bercakap dan intonasi suara dalam berdakwah. Namun, harus diingat, ia tidak semestinya menjamin keberkesanan dakwah. Hal ini kerana adanya golongan masyarakat bawahan yang tidak memerlukan kesedapan bercakap dan intonasi. Maka, harus kita sedar kepelbagaiannya.

Ia juga dilakukan dengan cara memberikan khidmat kepada orang awam. Pasti dapat memikat orang lain. Pada ketika itu, Allah telah memberikan kelebihan kepada Abdullah bin Samir. Antaranya ialah beliau mampu menyembuhkan penyakit orang ramai. Ini adalah metode dakwah yang relevan pada masa kini. Ia adalah mengenai khidmat masyarakat atau khidmat sosial.

Jelas sekali dalam penyampaian dakwah ini, metode memberikan khidmat sangat penting. Namun, yang perlu diutamakan dalam program khidmat sosial bukanlah orientasi programnya sahaja.Yang terlebih penting ialah kaedah menyampaikan Islam itu kepada masyarakat. Biar masyarakat mengenali kebaikan Islam. Biar masyarakat yang menerima kunjungan kita berasa lapang dadanya, sejuk hatinya seraya boleh berkata, "owh!!!, inilah Islam. Seronoknya..."

Sepertimana perihal Abdullah bin Samir. Ketika beliau merawat penyakit masyarakat dengan kelebihan yang diberikan oleh Allah kepadanya, beliau terlebih dahulu menyatakan... "sesungguhnya aku tiada berkuasa menyembuhkannya melainkan dengan izin-Nya." Demikian masyarakat menerima Islam

Yang Paling Unik

Yang paling unik ialah strategi dakwahnya. Diakhir peristiwa Abdullah bin Samir, beliau gagal dibunuh oleh Raja kerana mengamalkan ajaran yang bertentangan dengan fahaman raja.

Dicampaknya ketengah laut.....Abdullah bin Samir pulang semula

Dicampak dari atas puncak gunung.....tidak mati, namun pulang semula

Abdullah bin Samir sangat berstrategis dan optimis dengan gerakan dakwahnya. Beliau memilih untuk kalah dan dibunuh oleh Raja. Perkara itu memang tidak dapat dielakkan. Kalahnya berstrategi. Ia ibarat menang.

"Kumpulkan semua rakyat jelata. Ikatlah saya ditengah-tengah khalayak. Panahlah saya tepat dikepala. Dengan syarat, lafazkanlah 'dengan nama Allah, Tuhan Budak Ini' "

Akhirnya rakyat dikumpulkan, Abdullah bin Samir di ikat ditengah khlayak. Raja mengacukan busur dan panahnya tepat ke kepala.

"Dengan nama Allah, tuhan budak ini !!!!!!!!!!!!!!!!!!!! ," anak panah dilepaskan daripada busurnya. Tepat mengenai kepala Abdullah bin Samir. Ahirnya beliau syahid.

Seluruh rakyat yang mendengar dan melihat peristiwa ini terus menerus menyatakan keimanannya kepada tuhan Abdullah bin Samir. Meraka beryakin bahawa Allah lah yang mengizinkan Abdullah bin Samir terselamat dari ancaman bunuh oleh Raja sebelum ini. Dan Allah jualah yang mengizinkan Abdullah bin Amir mati pada hari itu...

Gerakan kita pada hari ini momentumnya semakin menuju kearah kekalahan. Isu demi isu berjaya dipropagandakan oleh media dengan baik sekali. Lebih malang apabila kita bersangka buruk dalam kalangan kita dan bersangka baik pula dengan musuh kita. Sebenarnya tidak....ia hanya provokasi media. Kelihatan era pentadbiran Najib lebih cekap dan bersaraf berbanding Pak Lah. Kita di hentak bertubi-tubi.

Era gerakan dakwah siyasah kita perlu segera mencontohi Abdullah bin Samir. Namun saya tidak sama sekali bermotifkan putus asa, tidak sama sekali.

Sekiranya dirasakan tidak mampu untuk menang pada Pilihanraya kali ini, mari kita fikirkan bersama-sama untuk kalah. Persoalannya ialah, "bagaimana menstrategiskan kekalahan kita"

Abdullah Bin Samir ialah Ghulam. Kisah yang sangat popular dalam kalangan aktivis gerakan dakwah. Zahirnya beliau kalah, hakikatnya beliau menang.

"Menang menunai janji, kalah biar berstrategi"

Mari berusaha untuk kalah

Demikian nasihat untuk diri saya....

Wallahua'lam,


ULASAN SAYA :

uslub dakwah di zaman itu ialah dengan ilmu mengenal ALLAH dan mengesakanNYA kerana sasaran dakwah ialah kepada orang musyrik iaitu mereka yang belum beriman.

Sebaliknya uslub dakwah kepada orang islam pula ialah dengan memberi kefahaman syariat islam berdasarkan al quran,hadith,ijmak ulamak dan qias.Caranya ialah dengan menyampaikan ilmu agama di masjid,surau,usrah,radio,media elektronik dll.

Mengajak orang islam ke masjid juga merupakan satu usaha dakwah tetapi untuk menimba ilmu syariat islam hendaklah di serahkan kepada 'ahlinya' (ulama,ustaz,utzh dll)

Tapi malangnya zaman kini kita melihat tugas itu dipikul oleh orang yang bukan 'ahlinya'apabila orang jahil mengajak orang beribadah di masjid dan dalam masa yang sama mengajar ilmu syariat islam sedangkan dia bukan 'ahlinya'!!!.Bahkan ia tidak menyeru kepada islam yang KAFFAH tetapi islam mengikut fahaman jamaah mereka.

Maka hasilnya terjadilah apa yang telah terjadi iaitu mengambil sebahagian agama dan menolak sebahagian yang lain.Mengambil bab ibadah tetapi menolak bab siasah,mengamalkan sunnah yang kecil tetapi menolak sunnah yang besar dll.

Baginda Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

إِنَّ مِنْ أَشْرِاطِ السَّاعَةِ أَنْ يُلْتَمَسَ الْعِلْمُ عِنْدَ الْأَصَاغِرِ
Sesungguhnya di antara tanda hari Kiamat adalah, ilmu diambil dari orang-orang kecil (yaitu ahli bid’ah)” .
Imam Ibnul Mubarak rahimahullah ditanya : “Siapakah orang-orang kecil itu?”
Beliau menjawab : “Orang-orang yang berbicara dengan fikiran mereka. Adapun shaghir (anak kecil) yang meriwayatkan dari kabir (orang tua, Ahlus Sunnah), maka dia bukan shaghir (ahli bid’ah). (Riwayat Ibnul Mubarak, al Lalikai, dan al Khaththib al Baghdadi)


Dan tanda hari Kiamat, yaitu “mengambil ilmu dari orang-orang kecil (yaitu ahli bid’ah)” pada zaman ini benar-benar sudah terjadi dan terus berjalan. Sungguh telah terbukti sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam di atas.

Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...