Sunday 29 January 2012

HUKUM SERTAI PILIHANRAYA

FATWA ‘ALIM ‘ULAMA’ MENGENAI PILIHANRAYA UMUM

Muktamar ‘Aiim ‘Ulama’ dan Muballigh Islam se Indonesia yang dilangsungkan tanggal 27 Rejab I Sya’ban 1372 bersamaan dengan 11—l5hb., April 1953 di Medan; Sesudah memperhatikan Undang-undang Pilihanraya Umum untuk memilih anggota-anggota Parlimen dan Dewan Perwakilan Rakyat (Indonesia) dan sesudah memahamkan:

a) Surah as-Syura ayat 13 yang menyuruh menegakkan Agama Islam (yang berbunyi):

ALlah telah menerangkan kepada kamu — di antara perkara-perkara agama yang Ia tetapkan hukumnya apa yang telah diperintahkanNya kepada Nabi Nuh, dan yang telah Kami (ALlah) wahikan kepadamu (wahai Muhammad), dan juga yang telah Kami perintah kan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi ‘Isa, iaitu: “Tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah belahpadanya...”

(Surah al-Syura: Ayat 13)

b) “Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi ‘wali’ (pemimpin) dengan meninggalkan orang yang beriman. Adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang-nyata bagi ALlah untuk (menyeksa) kamu”.

(Surah al-Nisa’: Ayat 144)

Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani sebagai pemimpin; sebahagian inereka menjadi pemimpin sebahagian yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka sebagai pemimpin (kawan rapat), maka sesungguhnya ia adalah dan golongan mereka itu (Yahudi dan Nasrani). Sesungguhnya ALlah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim”.

(Surah al-Ma’idah: Ayat 51)

Wahai orang yang beriman! janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuhmu sebagai wali (pemimpin) kamu...”

(Surah al-Mumtahanah: Ayat 1)

Nas-nas di bahagian “b” itu antara lain menyimpulkan tentang penentuan batas-batas orang yang boleh diangkat menjadi penguasa (pemimpin).

c) Surah aI-Ma’idah ayat 44,45,47 yang isinya menyuruh menjalankan undang-undang yang sesuai dengan hukum-hukum ALlah:

Sesiapa yang tidak menjalankan hukum yang diturunkan oleh ALlah, mereka itulah

orang-orang yang fasiq”

.“Sesiapa yang tidak menjalankan hukum yang diturun kan oleh ALlah, mereka itulah

orang-orang yang zalim”.

Sesiapa yang tidak men jalankan hukum yang diturun kan oleh ALlah, mereka itulah

orang-orang yang kafir”.


d) Surah an-Nissa’ ayat 59 yang menyuruh menta’ati ALlah RasulNya dan UliIamri yang beriman:

Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu ta’at kepada ALlah, dan hendaklah kamu ta’at kepada Rasul, dan pemerintah di kalangan kamu (berirnan)”.


e) Surah al-Haj ayat 41* dan surah ali-’Imran ayat 110, yang menyuruh berbuat kebajikan dan melarang kemunkaran:

laitu orang-orang yang apabila Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, rnenyuruh mengerjakan yang ma’ruf dan melarang dan berbuat yang munkar; dan kepada ALlah kembali segala urusan”.


* Dalam teks asal dinyatakan Surah aI-Haj ayat 11; ternyata bila diteliti ianya bercanggah dengan penghuraian maksud umum bahagian ini. Kami merasakan ayat yang sebenar adalah ayat 41 kerana beralasankan kepada maksud umum bahagian ini,

iaitu: menyuruh berbuat kebajikan dan melarang berbuat kemunkaran. Wallahu ‘A’Iam. — Editor.


Kamu adalah sebaik-baik ummat yang dilahirkan untuk manusia, kamu menyuruh mengerjakan yang ma ‘ruf dan melarang yang munkar, dan kamu berirnan kepada ALlah”.

(Surah ali-Imran: Ayat 110)


f) Surah al-Ma’idah ayat 35, yang maksudnya menyuruh mencari wasilah kepada ALlah:

Wahai orang-orang yang berirnan, bertaqwalah kepada ALlah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada Nya (wasilah), dan berjihadlah pada jalanNya supaya kamu mendapat keuntungan (kemenangan)”.

g) Qa’idah Usul yang berbunyi:

Hukum wasilah (jalan) itu, juga hukum tujuannya”.

dan:

Setiap apa yang tidak sempurna kewajipannya melainkan dengan sesuatu itu, maka ianya juga menjadi Wajib”.


MEMUTUSKAN:

Memfatwakan kepada seluruh ummat Indonesia sebagai berikut:

1. Tiap-tiap warga negara Indonesia yang beragama Islam, laki-laki dan perempuan, yang mempunyai hak memilih menurut Undang-undang Pemilihan Umum Indonesia yang telah disahkan:

a) WAJIB menjalankan hak-pilihnya dengan jalan mendaftarkan diri sebagai pemilih dan memberikan suaranya (undinya) kelak pada waktu diadakan pungutan suara.

b) WAJIB memilih hanya calon-calon yang mempunyai cita-cita terlaksananya ajaran dan hukum Islam dalam negara.

2. Kaum Muslimin, laki-laki dan perempuan yang telah mukallaf (akal-baligh), wajib berusaha dan memberikan segala macam bantuan dan pengorbanan untuk tercapainya kemenangan Islam dalam pemilihan umum yang akan datang.


Medan, 30 Rejab 1372

(14 April 1953)



KEPUTUSAN MAJLIS SYURA


1. Dengan ‘inayah dan taufiq ALlah Subhanahu wa Ta’ala dan berdasarkan menegakkan “baldatun tayyibatun”, maka Majlis Syura Pusat Masyumi mengeluarkan fatwa sebagai berikut:


a) Mengadakan pemilihan umum untuk membentuk parlimen Konstiuante adalah wajib hukumnya.


b) Kerana kemenangan Islam dan ummatnya tergantung kepada turut serta tiap-tiap seseorang (individu) Muslim laki laki dan wanita dalam perjuangan pemilihan umum, maka adalah: wajib ‘am hukumnya atas tiap-tiap Muslim Muslimat yang mukallaf, dan segala golongan, kalangan dan tingkatan turut serta berjuang dalam pemilihan umum tersebut.


c) Kerana kemenangan itu tergantung kepada pemberian suara (undi) buat memilih pemuka-pemuka (tokoh-tokoh atau wakil-wakil) Islam, maka:


a) Wajib atas tiap-tiap pemilih Muslim hanya memilih calun-calun yang bercita-cita politik Islam.


b) Terlarang hukumnya memilih calun-calun yang tidak, apa lagi yang anti cita-cita Islam.


c) Buat melaksanakan perjuangan pemilihan yang menjamin kemenangan maka wajiblah tiap-tiap Muslim dan Muslimat menyiapkan segala alat kelengkapan yang diperlukan oleh perjuangan itu baik lahir maupun batin.


5. Ummat Islam seluruhnya dianjurkan memperkuatkan persatuan kerjasama dan saling mengerti yang sebaik-baiknya yang menjamin kemenangan Islam.


Jakarta:

10 Jamadilakhir 1372,

24 Februani 1953.

MAJLIS SYURA PUSAT “MASYUMI”

Ketua,

K.H.A. RAHMAN SYIHAB

Sekretaris,



ULASAN SAYA


Ada beberapa persoalan yang mungkin berbangkit dalam soal ini.

1.     Ada orang/golongan memahami ayat 144 surah an nisa itu dengan kefahaman yang salah ( merujuk kepada kerjasama PAS dengan DAP ).Mereka menuduh  PAS sudah lari daripada prinsip.
2.    Ada orang/golongan masih ’bermain-main’ dengan mengatakan ini masalah ijtihad.Boleh jadi betul @ salah.Oleh itu kita bebas memilih untuk mengundi atau tidak.Kalau tak mengundi tak dikira sebagai berdosa menurut mereka.
3.    Ada orang/golongan merujuk sistem politik hanya di zaman Nabi saw sahaja sedangkan rujukan yang paling relevan bagi zaman kita ialah zaman Khuafa ar Rasyidin sebab status kita adalah ’manusia yang tidak maksum’.
4.    Ada orang/golongan dalam blog mereka menulis iktilaf ulama dalam masalah pilhanraya ini dengan penuh prejudis ( yang menolak ditulis nama ramai ulama tapi yang menyokong seorang sahaja etc: Dr Yusof Qardhawi).


AL-JAWAB :

1.     Sebelum kita menuduh,kena fahamkan dulu definasi prinsip itu apa? Contoh mudah saya boleh sebut iaitu: nama KERETA kita Proton Wira tetapi kita modify sana sini,tukar lambang mitsubishi,ganti spoiler Subaru dll.APAKAH BILA PERTUKARAN ITU BERLAKU MAKA YANG ASALNYA JENIS PROTON TELAH BERTUKAR KEPADA JENIS MITSUBISHI??....Pada zahirnya nampak macam telah bertukar tetapi pada hakikatnya ia TETAP PROTON SEBAB DALAM GERAN TERCATAT JENIS PROTON.Begitulah juga prinsip PAS ada tercatat dalam perlembagaan sejak dahulu tidak pernah berubah iaitu perjuangan PAS berdasarkan AL QURAN,SUNNAH,IJMAK ULAMA & QIAS.Kerjasama dengan DAP dipanggil ’TAHLUF SIYASI’ .Kalau nak tahu apa itu tahluf siyasi kenalah buka kitab sirah nabawi ye...
2.    Fatwa di atas dikeluarkan oleh sekumpulan ulama(bukan seorang/dua) dan ia mewakili sebuah negara yang mempunyai beratus juta umat islam.So siapa kita nak menyanggah fatwa tersebut.Sengaja saya ambil fatwa daripada ulama luar supaya tidak di tuduh sebagai BIAS.ADA ORANG/GOLONGAN YANG HANYA GUNAPAKAI ULAMA KELOMPOK DIA SAHAJA...
3.    Empat Khalifah sahabat nabi saw kalau nak didetailkan cara perlantikan mereka sebagai khalifah adalah tidak sama.etc: Sy Umar dilantik secara wasiat daripada Abu Bakar ra sedangkan Sy Ali sokongan rakyat sebulat suara dll.
4.     Sebenarnya ramai lagi ulama kontemporari yang menyokong penglibatan umat islam dalam pilihanraya yang tak dapat saya tulis di sini.  


KESIMPULAN:

Pertikaian samada boleh atau tidak umat islam menyertai pilihanraya demokrasi telah lama di selesaikan oleh para ulama timur dan barat.Masalahnya masih ada orang/golongan yang masih ’BUTA’ atau buat-buat tak nampak kerana ketaksuban hanya  jemaah mereka sahaja yang betul.

Semoga dengan kupasan ini dapat menjawab kekliruan yang masih bersarang dalam kepala golongan berkenaan.

Wallahua’lam

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...