Tuesday 31 January 2012

pendedahan : edisi siasat II

KRONOLOGI SEDIH: Kita Semua Bersedih Dan Akur Dengan Keputusan Parti.
** Sebenarnya saya tidak mahu dedahkan tapi setelah memikirkan dan berbincang dengan ajk yang lain akhirnya kami menyiarkan pendirian kami.

Kronologi isu Dato' Hassan dan Ustaz Nasha:
  • 2004: Parasit mula berhijrah beramai-ramai ke dalam PAS dari PKR dan lain-lain.
  • PRU 12 2008: YB-YB parasit ramai yang memenangi kerusi pilihanraya dan berada di dalam perhubungan negeri seperti Perhubungan Selangor.
  • 21 November 2008: YB Khalid Samad dipecat dari TPJ II Selangor oleh Dr. Hassan Ali kerana beliau mengumpulkan Adun PAS secara senyap-senyap untuk memprotes Perhubungan Negeri Selangor.
  • 21 November 2008: YB Saari Sungib juga dipecat dari jawatan ketua Penerangan Negeri kerana terlibat sama dengan gerakan tersebut dengan menggunakan jentera IRC / JIM.
  • Jun 2011: Muktamar menyaksikan Parasti menguasai kerusi-kerusi di dalam Parti.
  • Julai 2011: Jawatan YB Dato' Dr. Hasan Ali selaku Pesuruhjaya Negeri digantikan dengan YB Dr. Rani.
  • Julai-Ogos: Saari dilantik semula ke jawatan Penerangan Selangor. Kerusi empuk Selangor mula dikuasai parasit.
  • November 2011: Nama-nama calon Kawasan mula dihantar kepada Negeri dan seterusnya ke Pusat.
  • Disember 2011: Sa­ari Sungip sebagai ketua penerangan Selangor mendedahkan melalui media-media UMNO bahawa Dr. Hassan Ali tidak cukup penca­lonan sebagai calon bagi mem­­per­tahan­­kan kerusi De­wan Un­dangan Negeri (Dun) Gom­bak Setia yang dimenanginya pada pilihan raya umum yang lepas. Walhal, nama calon-calon Selangor belum diputuskan oleh pucuk Pimpinan tertinggi sehingga ke hari ini.
  • Disember 2011: Dr. Hasan Ali melenting dan mula merasai PAS sudah hilang jatidiri apabila dikuasai oleh parasit-parasit. Beliau menggunakan media UMNO untuk buat statement balas. Saari dan Dr. Hassan masing-masing menggunakan media UMNO.
  • Disember 2011: YB Ustaz Nasharudin Mat Isa, mantan Timbalan Presiden yang juga musuh parasit, memberikan respon kepada kenyataan media Saari. Beliau menyebut bahawa PAS sudah berubah kerana berlakunya lebih sudu dari kuah, iaitu merujuk keputusan calon sudah boleh diumumkan hanya oleh Penerangan Perhubungan Negeri, sedangkan keputusan muktamad ialah selepas diluluskan oleh Majlis Syura Ulama.
  • Disember 2011: Parasit dalaman mula menggunakan media parti, iaitu Harakah  untuk menghentam Ustaz Nasharudin dan Dr. Hasan Ali. Batu loncatan yang menjadi mangsa mereka ialah Dato’ Mustafa Ali dan Mahfuz Omar.  
  • Disember 2011: Berlaku tembak menembak melalui media Parti dan media bukan Parti. Keadaan semakin ‘panas’. TG Presiden menghadiri satu mesyuarat diTurki dan tiada yang mampu menyelesaikan kemelut ini.Timbalan Presiden dilihat kaku dan lansung tidak membantu Presiden. 
  • Saari Sungib berehat dan Cg. Pa serta Mahfuz terus menjadi perisai menentang dan bergaduh dengan Ustaz Nasha dan Dr. Hassan Ali.
  • Disember 2011:  Dato' Dr. Harun Din, Timbalan Mursyidul Am berpesan kepada Rasyidi yang menemui beliau supaya jangan menggunakan media musuh dan jangan menggunakan media parti (harakah) untuk menghentam individu. Tapi perkara ini tidak disiarkan oleh Rasyidi.
  • Disember 2011:  Ustaz Nasharudin mula mengambil sikap nabi Ya'kob, iaitu bersabar terhadap tuduhan terhadap beliau konon-kononya terperangkap dengan UMNO dan ingin menyertai UMNO. Parasit mati akal untuk kenakan Ustaz Nasharudin. 
  • Disember 2011: provokasi diteruskan dengan membangkitkan isu pertemuan di Le Meridien. Ustaz Nasha terus mengambil sikap nabi Ya'kub dan Dr. Hassan terus dengan semangat 'brave fighter'. 
  •  25 Disember 2011: Dr Hassan Ali telah mengambil langkah berani dengan membuat U-Turn 90 darjah melalui permohonan maaf terbuka dan penarikan balik kritikan terhadap negara berkebajikan. Tindakan ini menjadikan golongan parasit mati akal untuk meneruskan serangan demi serangan. Cg. Pa terpaksa buat pengiystiharan 'game is over'.
  • 28 Disember 2011: Berakhirnya pertelingkahan ini dengan berjayanya Majlis Mahabbah di JKR 10 yang dianjurkan oleh Presiden (sekembalinya beliau dari Turki). TGNA sangat bergembira sehingga menyebut untuk buat kenduri kesyukuran, DrHA bergembira sehingga ingin bersiar-siar di Singapura bersama keluarga, TG Presiden dan Dr. Harun Din tersenyum membayangkan semua dah settle. Selanjutnya ialah Press Statement majlis mahabbah bagi menggambarkan kepada masyarakat semua pertelingkahan selesai dengan baik. Pertemuan mahabbah yang dipuji oleh Islam yang akan menghimpunkan semua mereka yang bertelingkah termasuk S/U agong dan Yb Mahfuz sendiri.Supaya semua yang keruh dibuang dan diambil hanya  yang jernih.
  • 29 Disember 2011: Parasit tidak berpuashati dengan majlis Mahabbah dan melalui saluran Harakahdaily, peranan dimainkan dengan ‘memanaskan’ temperature Dr. Hassan Ali melalui tajuk: “Hassan Datang Minta Maaf, Nik Aziz buat kenduri.” Press Statement Mahabbah sepatutnya direleasekan, tetapi terbantut dek perbuatan Harakahdaily.
  • 30 Disember 2011: Dr. Hasan Ali terjerat dengan perangkap parasit dengan memberikan respond kepada Harakahdaily. Sekalipun tujuan statement Dr. Hasan Ali menafikan tujuan majlis tersebut untuk minta maaf, tetapi berita-berita UMNO dan Parasit telah meng’sping’kan berita tersebut sehingga ianya difahami bahawa beliau seolah-oleh menarik balik permohonan maaf.
  • 30 Disember 2011: Sebelah pagi Dr. Hassan Ali memberikan respond dalam keadaan emosi menafikan Harakahdaily yang menyebut beliau pergi ke Kelantan untuk minta maaf. Umum memahami bahawa beliau menarik balik permohonan maaf dan suasana kembali hangat. Respond Dr. Hassan Ali ini sekalipun menggunakan PC umum, tetapi disambut oleh media UMNO dan dihangatkan oleh blogger-blogger parasit.
  • 30 Disember 2011: Ini yang menjadikan Tuan Guru Mursyidul Am merasa marah dan menganggap Dr. Hassan Ali berbohong. Parasit cuba ‘menghulur speaker’ kepada Tuan Guru Mursyidul Am untuk memberi respon balas supaya keadaan lebih dihangatkan, tetapi gagal kerana Tuan Guru Mursyidul Am menolak sebarang Press statement. Perasaan seorang ulama yang cintakan kedamaian, persahabatan dan ukhuwwah sehingga mengisytiharkan dan mencadangkan PAS Pusat buat kenduri kesyukuran, satu emosi kegembiraan yang sangat tinggi, tiba-tiba jatuh terhempap dengan statement-statement pagi tersebut yang di’sping’ dan dirancang oleh Parasit.
  • 30 Disember 2011: sebelah petang, selepas agak cool down, Dr. Hassan Ali memperbetulkan statement sebelah paginya bahawa beliau bukan bermaksud menarik balik permintaan maaf beliau, tetapi beliau memberi respond kepada Harakah daily yang melaporkan berita palsu. Beliau menyebut bahawa tidak timbul isu memohon maaf sewaktu ke Kelantan kerana maaf telah dibuat sebelum itu. Tetapi statement ini tidak keluar secara meluas sebagaimana statement pertama.
  • 31 Disember 2011: keadaan kembali panas terutamanya kenyataan Dr. Hassan Ali tetap difahami umum sebagai menarik balik permohonan maaf.
  • 3 Januari 2012: Dr. Hassan Ali member respond kepada Press Statement PJ Selangor bersama Azmin Ali untuk mengerahkan rakyat turun ke himpunan 901. Berdasarkan ‘grand design’ parasit, mereka perlu bersungguh-sungguh menjayakan himpunan 901 sehingga lidah-lidah rasmi dan termasuk PJ Selangor sendiri telah membuat press conference bersama-sama YB Azmin Ali untuk kerahkan semua ahli turun ke perhimpunan 901. Merujuk kepada kenyataan Tuan Guru Presiden berbunyai: “saya akan turun, ahli terpulang” pendirian PAS terhadap 901 ialah presiden secara personal akan hadir ke perbicaraan, tetapi tidak mengerah dan tidak menghalang ahli untuk sertai. Justeru itu, Dr. Hassan Ali merasakan ada sesuatu yang tidak kena dan terus menembak Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
  • Januari 2012: Dr. Hasan Ali sekali lagi memberikan respon akibat ‘panas yang masih membara’ dengan golongan parasit di Selangor yang membuat statement mendahului kepimpinan Pusat berkenaan 901. Akhirnya sekali lagi Dr. Hasan Ali pecut kenderaan menongkah arus melawan statement perhubungan negeri Selangor, tetapi malangnya beliau memecut kenderaan melebihi had laju sehingga tindakan disiplin dikenakan dengan hukuman ‘lesen ditarik’.
  • Januari 2012: Sekali lagi parasit mengambil peluang ‘pressure’ Tuan Guru Dato' Presiden dan Tuan Guru Mursyidul Am untuk memecat keahlian beliau.
  • 8 Januari 2012: Mesyuarat Agung PAS Pusat memutuskan untuk memecat keahlian Dato' Hassan Ali.
  • Semua ahli PAS yang ikhlas bersedih dan akur dengan keputusan tertinggi parti. 
  • sebaliknya parasit ‘berpesta’ dan dikhabarkan mereka akan berjumpa dengan MB Selangor untuk menukar Exco Agama. Perlantikan Exco agama yang baru telah melengkapkan perancangan jahat puak ‘parasit’ yang tidak senang dengan tindakan  Dr Hassan selama ini.
Semoga Allah selamatkan kita semua.


ULASAN KAMI :

Sebenarnya kami tahu akan yang tersirat disebalik yang tersurat dalam kes ini.Sejarah kelompok Sydna Ali dengan Sydna Muawiyah berulang kembali tapi dalam era moden.Dan kami tahu siapa kelompok parasit tersebut dan dalangnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...