KESIMPULAN:
Seperti yang di jangka,memang itulah jawapan standard karkun JT bila ada pihak yang mengkritik mereka.Sifat tidak mahu tunduk kepada kebenaran telah menjadi darah daging golongan mereka hasil doktrin 6 prinsip kitab-kitab yang di karang oleh maulana besar mereka di India sana.
Jawapan standard yang saya maksudkan ialah ”ada sebahagian yang diterima tapi banyak juga yang tak boleh terima”. Pada saya jawapan sebegini tidak menyelesaikan masalah.
Jawapan yang saya tunggu ialah ”daripada 10 perkara ,hanya 4 yang kami terima lagi 6 kami tak terima iaitu...bla..bla...bla...”.Apabila kita dapat pointnya barulah perbincangan lebih fokus dan lebih dekat kepada penyelesaian.betul tak pandangan saya??
Tapi nak buat macamana,itulah kretiria,ciri-ciri dan sifat majoriti karkun JT.Satu lagi jawapan standard mereka ”nak tahu ikut kami khuruj 3 hari/7/40....”.
Nabi SAW dan para sahabat bila di ajukan soalan tentang islam ’on the spot’ di jawab samada secara ilmiah atau rasional.Itulah sunnah Nabi tapi JT ikut sunnah Maulana mereka.
Kalau begini cara mereka menjawab,saya malas nak sambung lagi artikel tentang JT.
Buang masa.Jadi sebagai kesimpulan kepada seluruh artikel saya tentang JT saya bentang
KEPUTUSAN YANG TELAH DI BUAT OLEH MAJLIS FATWA NAHDATUL ULAMA INDONESIA TAHUN 2007 TENTANG JEMAAH TABLIGH.
SEMOGA FATWA INI AKAN MENJAWAB MEREKA YANG TAKSUB KEPADA JT.SEKIRANYA LEPAS MEMBACA KEPUTUSAN FATWA INI TAPI MASIH KERAS KEPALA MAHU MENYANGGAH(UNTUK TIDAK MEMATUHI)KERENA MERASA LEBIH ALIM DARIPADA PARA ULAMA MAKA SAYA MENGISYTIHARKAN BERLEPAS DIRI DARI APA JUA PEGANGAN DAN IKTIQAD PUAK JT YANG BERCANGGAH DENGAN ASWJ.
SEKIAN,WASSALAM
Sidang pembaca sekelian,
ReplyDeleteMungkin ada yang marah dan kecewa atas penulisan saya ttg JT ini.Mungkin ada yg persoalkan "kenapa hanya mencari salah org aje,awak sendiri pun bukannya betul semua..?
"kenapa cari perbezaan tapi abaikan persamaan"
Al jawab:
Maafkan saya jika ada yg tersinggung dgn penulisan saya.Bukan niat saya untuk menjatuhkan mana-mana pihak.Atau sengaja mahu menunjuk kehebatan diri...Na'uzubillahi minzalik.
Tapi saya berbuat demikian hanya kerana mahu berkongsi dgn sidang pembaca apa yg saya tahu. Saya menulis atas dasar pengalaman,atas kajian menyeluruh dan atas perkhabaran mereka yg telah terlibat.
Sekiranya sidang pembaca merasakan ada maklumat saya yang salah maka saya alu-alukan sebarang teguran dari antum sekelian.
Apa pun saya berpegang kpd prinsip "berkatalah benar walaupun pahit".
Wallahu'alam
Tuan Mari kita Bermuzakarah di bandar sri petaling ???nak x???
ReplyDeleteDan pada 20 mei ada hari perhimpunan khas utk ulama sperti tuan! di jemput hadir di sri petaling
bagaimana kami hendak muzakarah dgn anda sekiranya ulama anda keras kepala dan mentah2 menolak kebenaran?
ReplyDeleteBuktinya sila baca artikel "satu dailog yang menarik"
di antara seorang ulama wahabi dgn maulana tabligh itu.
sekali sahaja ke pergi???
ReplyDeleteanda ke yang pergi muzakarah tuh???
Nabi saw dakwah yang hak bkan skali je tau......
cuba pergi berkali2
Nabi saw buat dakwah bnyk kali....... bkan hanya cukup jumpa abu jahal sekali sdah memadai!!!
hairan juga saya ,baru2 sebahagian ulama2 Nahdlatul Ulama dan kiyai Arifin hadir majlis ijtimak tabligh di Indonesia...bahkan kiyai Arifin telah postkan statusnya di Fb beliau...???
ReplyDeleteKalo sesat ,bermakna mereka bersama ahli yg sesat....???
Assalamualaikum tuan,
ReplyDeleteMohon izin memberi pandangan.
Saya cuba mengesan sumber rujukan yang dipetik oleh kitab itu tapi masih belum ketemu. Apapun, saya ingin memberi komen mengenai fatwa terhadap usaha dakwah tabligh seperti dinyatakan:
1. Berkenaan kemiripan Dakwah tabligh dengan Wahabi
Saya memuliakan alim ulama' NU, namun mereka juga mungkin tidak terlepas dari salah silap. Nampak didalam artikel ini seperti mereka tidak dapat membezakan antara usaha tabligh dan aliran Deoband. Dengan menyamakan tabligh dengan wahabi dengan alasan-alasan yang dinukilkan tentu saja tidak kena, kerana usul dakwah dan tabligh tidak menyentuh isu-isu khilafiyyah, apatah lagi untuk mengeluarkan hukum haram atau sesat kepada sesetengah amalan yang ada perdebatan alim ulama' didalamnya.
Jika dibaca tabligh sebagai deoband, maka mungkin agak sesuai, kerana deoband mempunyai darul ifta yang mengeluarkan fatwa.
Dakwaan:
i. anti taqlid
Ini tidak benar sama sekali, sedangkan Ulama' Deoband mewajibkan taqlid dan mengharamkan ijtihad membabi buta oleh golongan awam, dan banyak kitab-kitab mereka yang mempertahankan taqlid mazhab.
ii. orang mati tidak mendengar orang masih hidup
Ini tidak benar jika disabitkan dengan Deoband, sebab mereka juga beriktiqad bolehnya simati mendengar orang yang masih hidup, sebagaimana iktiqadnya ASWJ.
iii. Mengingkari karomah auliya'
Jika diteliti kitab Fadhoil A'maal, maka kita faham bahawa dakwaan ini sungguh meleset, sedangkan Maulana Zakariyya sebagai Ulama' Deoband banyak menceritakan tentang karomah, seperti karomahnya Sayyid Ahmad Rifai bersalam dengan Rasulullah SAW, sehingga puak wahabi menyesatkan kitab ini berdasarkan aqidah mereka.
Rasanya cukup 3 perkara diatas membuktikan bahawa dakwaan didalam fatwa ini sebagai tidak memahami perkara yang sebenarnya.
Dan berbeza pendapat didalam amalan seperti bolehnya menyambut Maulud Nabi; itu termasuk didalam perkara khilafiyyah yg alim ulama' berbeza pendapat didalamnya.
Mengenai pandangan Maulana Rasyid Ahmad Gangohi terhadap Muhammad bin Abdul Wahab, penerangan mengenainya dijawab oleh madrasah cawangan Deoband disini http://www.daruliftaa.com/question?txt_questionid=q-18272411
Ringkasnya, Maulana telah mengeluarkan fatwa mengenai Ibnu Abdul Wahab sesuai dengan maklumat yang ada pada beliau pada masa itu yang berada di India, dan seorang mukmin harus mendahului sangka baik terhadap saudaranya. Jika Maulana mengetahui perkara sebenar, tentu Maulana akan menolak fahaman wahabi tersebut. Begitulah sebagaimana yang diterangkan.
Isu-isu yang dibangkitkan diatas, menguatkan sangkaan saya bahawa fitnah brelwi telah mempengaruhi para alim ulama' NU didalam mengeluarkan fatwa, sebagaimana fitnah yang ditimbulkan oleh pendahulu mereka Ahmad Reda Khan yang memfitnah Deoband sehingga Ulama' Hijaz tradisionalis dizaman itu keliru dan mengeluarkan fatwa kafir ke atas Deoband (yang kemudiannya fatwa membenarkan aqidah Deoband dikeluarkan setelah mereka mengetahui perkara sebenar) [sila rujuk komen saya didalam bahagian tersebut yang tuan nukilkan di blog ini].
2. Meninggalkan keluarga untuk berdakwah, tak cukup ilmu, etc..
Ini adalah isu lapuk yang telah dijawab oleh rakan-rakan seusaha yang lain.
Apabila anda mengkritik fatwa drp NU di atas secara tidak langsung anda juga mengkritik fatwa ulama sunni India tahun 1965 sebab fatwa Nu itu adalah kesinambungan fatwa 1965 .
DeleteSecara AKHLAK ISLAMIYAHNYA sesuatu fatwa itu boleh dikritik oleh ulama yang lebih alim drp ulama yang keluar fatwa atau sekurangnya sama level dari segi ilmu dan taqwa.
Kami rasa sdr tak mungkin lebih alim dan taqwa drp 33 ulama haramain(mekah & madinah)tahun 1900 tu.Kami sebagai ahli PAS pun dalam keadaan tidak menyenangi sikap Mufti Perak tetapi kami akur (tidak kritik) fatwa yang pernah beliau keluarkan sebab kami akui tidak sama level dengan beliau.
Tetapi kebanyakkan orang tabligh sangat berani menyanggah fatwa para ulama bahkan memfitnah para ulama tanpa bukti kukuh.
anda menulis:
" ii. orang mati tidak mendengar orang masih hidup
Ini tidak benar jika disabitkan dengan Deoband, sebab mereka juga beriktiqad bolehnya simati mendengar orang yang masih hidup, sebagaimana iktiqadnya ASWJ."
Boleh bagi sumber rujukan ?? sebab kami ada bukti iktiqad deoband adalah sebaliknya...
Tuan,
ReplyDeleteBukannya saya bertujuan mengkritik fatwa NU. Saya memuliakan mereka sebagai para ulama' yang haq. Tetapi ada kemungkinan mereka telah mendapat maklumat yang salah dan berfatwa berdasarkan maklumat tersebut, dan ini bukanlah satu keaiban buat mereka. Aib adalah kepada si pembawa berita dan cerita fitnah, seperti halnya cerita fitnah yang dibawa oleh Ahmad Reda Khan kepada 300 ulama' ASWJ Hujaz.
Tuan asyik mengulang-ulangi fatwa 300 ulama' hijaz yang mengatakan kekafiran ke atas Ulama' Deoband. Tidakkah tuan faham apa yang saya tulis sebelumnya, bahawa para Ulama' ASWJ tersebut telah menarik balik fatwa itu dan mengeluarkan fatwa baru mengenai kebenaran Ulama' Deoband setelah mendengar hujah mereka? Adakah tuan tidak faham, atau buat-buat tak faham, atau cuba memutarbelitkan cerita agar mengelirukan masyarakat dalam perkara ini?
Hujjah perlukan bukti bukan air liur shj.sila nyatakan bukti dakwaan anda
DeleteFatwa Deoband: nabi hidup didalam kubur Baginda
ReplyDeletehttp://www.haadi.exactpages.com/articles/deobandi.htm
Fatwa askimam.org: Anbiya', Syuhada' dan Auliya' hidup didalam kubur
http://askimam.org/public/question_detail/18046
Jawapan Deoband berkenaan fitnah Brelwi terhadap mereka
ReplyDeletehttp://barelwism.wordpress.com/category/ahmad-raza-khan/
Tuan,Saya harap tuan tidak hanya berbekalkan hujah pihak Brelwi sahaja tanpa turut merujuk penjelasan dari pihak Deoband. Berlaku adillah dalam menilai dan menghakimi sesuatu.
Sebelum kami menjawab segala hujjah dan persoalan daripada sdr karkun Musafir ada baiknya kita ketahui dulu antara kaedah berhujjah yang betul dan perkara asas yang wajib di patuhi
DeleteAntara prinsip asas yang perlu dan harus dipersetujui ialah :
Pertama. Tujuan bermuzakarah adalah untuk mencari kebenaran dan bukan sama sekali muzakarah ini dijadikan tujuan untuk kemenangan. Ini dua perkara yang sangat berbeza.
Ini sesuai dengan firman Allah ﷻ yang bermaksud;
“Apabila datang kebenaran ini, kebatilan akan terhapus.” (surah al-Isra’, ayat 81)
Salah satu tugas dan tanggungjawab orang-orang beriman ialah untuk menyampaikan kebenaran. Seperti yang dijelaskan dalam banyak hadis menyuruh berbuat baik dan mencegah mungkar (amar makruf, nahi mungkar).
Kedua. Prinsip mencari kebenaran di sisi orang-orang yang beriman ialah al-Qur’an dan as-Sunnah sesuai dengan petunjuk Nabi ﷺ dan para sahabat رضي الله عنهم. Serta penjelasan para ulama’ muktabar yang berdiri di atas petunjuk Nabi ﷺ dan para sahabat رضي الله عنهم.
Ini adalah rujukan utama. BUKAN AKAL DAN RASIONAL SEMATA-MATA. Sekali lagi ditegaskan bahawa sumber utama mencari kebenaran ialah al-Qur’an dan as-Sunnah yang sesuai dengan petunjuk Nabi ﷺ dan para sahabat رضي الله عنهم. Maka sekiranya berlaku perselisihan dan pertembungan, kita perlu kembali kepada al-Qur’an dan as-Sunnah. Seperti yang diperintahkan oleh Allah dalam Kitabnya;
“Dan jika kamu berselisih pendapat tentang sesuatu maka kembalilah kepada Allah dan Rasul-Nya, jika kamu benar-benar beriman dengan Allah dan Hari Akhirat.” (Surah an-Nisa’, ayat 59)
Ketiga. Dalam perbahasan dan berhujjah, hendaklah semua menampilkan hujjah yang ilmiah. Yakni merujuk kepada sumber yang disebutkan sebelum ini.
Apabila disebutkan hujjah ilmiah, ini bermaksud PERLU KEPADA FAKTA DAN BUKTI SAMADA BERBENTUK TULISAN,BUKU,KITAB,VIDEO dan seumpamanya. Ukuran hujjah bukan hanya sekadar pandai menyusun perkataan dan bermain retorik kekuatan fakta yang ditampilkan sebagai menyokong hujjah.
Antara CONTOH FAKTA YANG DITOLAK@TIDAK BOLEH DITERIMA IALAH SEPERTI ORANG UMNO BERHUJJAH BERDASARKAN BUKTI DARI AKBAR UTUSAN MALAYSIA ATAU ORANG SYIAH BERDASARKAN KITAB YANG HANYA DIGUNA PAKAI OLEH PUAK MEREKA SAHAJA.
TERMASUK BUKTI YANG TERTOLAK IALAH MENGGUNAKAN KALAM(KITAB) YANG BENAR DAN SAHIH UNTUK MEMBELA KALAM(KITAB) YANG SALAH DAN BATIL.
Kita tidak mahu muzakarah ini menampilkan hujjah-hujjah kalam dan rasional semata-mata tanpa bersandarkan al-Qur’an dan as-Sunnah.
CUKUP DAHULU 3 PRINSIP ASAS walaupun masih ada lagi prinsip yang lain.
Tuan,
DeleteSaya setuju.
Harap tuan tak pakai wikipedia lagi untuk berdalil.
Terima kasih.
Kalau anda datang ke Indonesia dan lihat keadaan usaha dakwah dan tabligh khususnya di jawa, anda akan melihat tulisan anda banyak salahnya. Saya sendiri dari organisasi NU dan pondok pesantren NU yang menjadikan pondoknya dalam usaha dakwah dan tabligh banyak sekali. Saya kasihan pada anda. Semoga Allah memberikan anda hidayah...
ReplyDeleteAllahumma Aaminn
Delete