Tuesday 17 January 2012

RENUNGAN



 sekadar gambar hiasan



Sidang pembaca yang dirahmati Allah,

Sudah agak lama saya menyepi diri menulis artikel dalam blog ini atas sebab kesuntukan masa.Al maklumlah PRU ke 13 semakin hampir menghitung hari sahaja maka persiapan dan persediaan perlulah di lakukan daripada sekarang bagi mempertahankan kemenangan yang semestinya lebih payah daripada mencipta kemenangan.
Ini adalah merupakan sunnatullah yang telah di tetapkan.Sebagaimana pasukan bolasepak Brazil yang perlu  mempertahankan kemenangan  akan menghadapi tekanan yang lebih berat di bandingkan dengan pasukan yang menjadi lawan mereka.
Dalam situasi politik yang tidak menentu ketika ini ,saya ingin mengajak sidang pembaca untuk kita flashback kembali sirah sahabat raanhumajmain yang terpahat dalam sejarah dengan istilahkan  “perang saudara”.Tajuk yang akan saya kupas ialah:
TAFSIR DAN TAKWIL DALAM PERSPEKTIF SEJARAH.

Para ahli sejarah bersepakat bahawa ketika perang Siffin meletus pada tahun 37 hijrah,dua pasukan islam bertemu dan saling berperang.Setelah terbit fajar di markaz masing – masing kedua pasukan itu telah solat subuh berjemaah.Pada kelompok satu ada menantu Rasulullah SAW iaitu Sy Ali bin Abi Talib.

Di sini berkumpulnya sahabat-sahabat Nabi saw yang paling senior,antaranya Ammar bin Yasir.Beliau adalah seorang sahabat Nabi SAW yang mulia dan setia.Ayahnya ialah Yasir yang mati syahid dibunuh oleh kaum kafir quraisy.Demikian pula ibunya Sumayyah,muslimat pertama yang mati syahid.Kedua-duanya dibunuh  di depan mata Ammar.Beliau di kurniakan umur yang panjang sehingga dapat menyaksikan berbagai peristiwa yang menimpa kaum muslimin setelah ditinggalkan oleh Rasulullah SAW.

Peristiwa paling memilukan yang pernah di saksikan oleh Ammar adalah perpecahan yang  mengakibatkan perang saudara pada masa khalifah Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib ra.Setelah terbunuhnya khalifah Uthman bin Affan,kaum muslimin secara sepakat meminta Ali bin Abi Talib ra untuk tampil sebagai khalifah menggantikan Uthman bin Affan ra yang terbunuh.Baginda pada mulanya menolak jawaatan tersebut mengingatkan perpecahan di tengah kaum muslimin semakin meluas dan tugas khalifah yang sangat berat .Namun kerana desakan yang  cukup kuat maka beliau menerima permintaan dan harapan mereka.Beliau adalah satu-satunya khalifah daripada  4 khalifah kaum muslimin yang diangkat secara persetujuan ramai tanpa mengundi.

Pada masa khalifah Ali bin Abi Talib ra yang berlangsung selama lebih kurang 5 tahun (35-40 hijrah),telah terjadi  3 perang saudara antara beliau dengan pihak lain.


  1. Perang Jamal (unta)-berhadapan dengan Talhah dan Az Zubair yang didukung oleh Saydatina Aisyah(isteri Nabi SAW)
  2. Perang Siffin-antara beliau dengan Muawiyah bin Abu Sufyan
  3. Perang Nahrawan-antara beliau dengan kaum khawarij.

Ammar bin Yasir ra dengan rambut yang sudah memutih membentuk aura di sekitar kepalanya yang sudah tua.Dia memegang bendera  khalifah ALI.Di belakangnya berkumpul pasukan yang hampir kesemuanya memakai pakaian putih.Pada kumpulan yang lain,dia melihat para sahabat Rasulullah dipimpin oleh salah seorang penulis wahyu,Muawiyah bin Abu Sufyan ra.Pembawa benderanya ialah Amru bin ‘ash ra,ayah Abdullah bin Amar ra,salah seorang yang sangat rajin menulis hadith Nabi saw.Dia ikuti oleh ramai sahabat Nabi yang lain.

Seseorang duduk termenung dan terpaku bingung.Baru sahaja dia menyaksikan mereka solat berjemaah dengan cara yang sama.Baru sahaja dia mendengar keduanya melantunkan ayat-ayat kitab suci yang sama.Orang itu hairan mengapa kedua  golongan sahabat Nabi ini harus bertempur dan sedang siap saling berperang dan berbunuhan.Dia masuk ketengah-tengah pasukan dan meminta jawapan..MENGAPA? .Tiada seorang yang memberi  jawapan.Salah seorang yang ditanya menyuruhnya menemui Ammar bin Yasir.

Sambil memegang panji yang hitam,Ammar berkata: “Kau lihat bendera di sebelah sana.Dahulu bersama Rasulullah SAW,aku memerangi bendera itu untuk membela tanzil al quran.Kini aku memerangi bendera yang sama untuk membela takwil al quran.”
Ammar menyebut dua kata-tanzil dan takwil-nampaknya kerana mengingatkan sabda Nabi SAW kepada Ali bin Abi Talib: “Engkau akan berperang melawan manusia kerana takwil al quran sebagaimana engkau pernah berperang melawan mereka kerana tanzilnya.”**
Dalam riwayat lain,Rasulullah SAW bersabda:” Hai Ali,engkau saudaraku dan aku saudaramu.Aku dipilih untuk kenabian dan engkau dipilih untuk keimaman.Aku pemilik tanzil dan engkau pemilik takwil.”

TANZIL adalah peristiwa diturunkan al quran serta diterapkan dalam kehidupan masyarakat.Yang menerima tanzil al quran adalah orang-orang yang beriman manakala yang menolaknya adalah orang musyrik.Peperangan sekitar tanzil al quran adalah peperangan antara kaum beriman dengan kaum kafir ketika hayatnya Rasulullah SAW.Setelah kewafatan Baginda,yang berperang adalah kaum muslimin.Kedua pihak menerima al quran sebagai firman Allah dan pedoman hidup mereka.Keduanya menerima tanzil al quran tetapi MENGAPA MEREKA BERPERANG??..tanya orang yang baru masuk islam di zaman sahabat.” MEREKA BERPERANG KERANA PERBEZAAN MENTAFSIRKAN AL QURAN”.Mereka berperang kerana perbezaan takwil.

Tafsir dan takwil pada zaman khalifah Abu Bakar ra (13H/634M) ,Khalid al Walid telah membunuh Malik bin Nuwairah,seorang muslim yang disebut oleh Nabi SAW mempunyai isteri yang cantik.Setelah membunuh Malik,Khalid telah menikahi isterinya tanpa menunggu iddahnya.Saidina Umar al Khattab ra meminta Khalifah menghukum Khalid dengan merejam kerana telah dianggap berzina.Lalu Abu Bakar berkata: “Khalid telah membuat takwil dan dia keliru”.(Jalaludin Rakhmat-Ijtihad dlm sorotan Bandung:Mizan 1988,h 173-174)
Apa yang di lakukan oleh Khalid al Walid hanyalah kesalahan menafsir dan beliau tidak perlu dihukum.Lalu kenapa Khalid menikahi wanita tersebut setelah membunuh suaminya??Mungkin dia beranggapan bahawa ayat al quran yang berkenaan dengan iddah tidak berlaku dalam situasi perang.

Begitu juga ketika Umul mukminin Aisyah  yang memimpin pasukannya melawan Saydina Ali,Dianggap telah melakukan takwil.Beliau TIDAK DIANGGAP MEMBERONTAK TERHADAP PENGUASA YANG SAH DAN BUKAN TERMASUK PELAMPAU.Tetapi bukankah dia telah melanggar perintah Allah: “ Tinggallah kamu di rumah2 kamu dan jangan lah kamu berperilaku seperti  kelakuan orang Jahiliyah dahulu”.(al ahzab-33)

Menurut Ibnu Taimiyah:”dalam hal ini Aisyah telah membuat takwil..ijtihad seorang Mujtahid yang salah tetap diampun dosanya.”(Minhaj as sunnah-3:190).
 Al Qurthubi juga membenarkan tindakan Aisyah dengan alasan takwil dengan katanya: “beliau adalah Mujtahid yang mencapai kebenaran mendapat pahala kerana upaya takwilnya.”

Sampai di sini jelaslah bahawa perkataan takwil atau tafsir telah digunakan sejak zaman sahabat lagi.Fenomena sepanjang sejarah kaum muslimin saling menyerang kerana perbezaan mazhab dan mazhab lahir kerana penafsiran dan juga takwil.
Ibnu Abbas ra adalah tokoh terkenal sebagai ahli tafsir.Beliau memperolehi  pengetahuan tersebut  kerana doa nya Nabi SAW:” YA ALLAH,JADIKANLAH IA MENGERTI AGAMA DAN AJARKAN KEPADANYA TAKWIL”.(As Suyuti-Al-Itqan 3:474)

** hadis no 32969-Musnad Ahmad



WALLAHU’ALAM

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...