Thursday 21 June 2012

menjawab persoalan karkun tabligh

Kami terpanggil untuk mengulas semula artikel kami pada tajuk 'MEMBONGKAR KESALAHAN TABLIGH" yang lalu apabila ada karkun tabligh yang masih cuba membela dan menganggap kitab tersebut tidak ada kesalahan WALAUPUN AHLI SYURANYA sendiri (Ibnsaad61) telah mengakui kesilapan tersebut dengan menulis komennya:


"Kitab terjemaah di atas diakui banyak yang silap sbb tu telah ada Jkuasa penterjemahan khusus utk terjemah semula kitab berkenaan oleh Madrasah Miftahul Ulum Sri Petaling".

Tetapi komen terkini kami terima drp karkun yang mungkin agak junior bernama Hiswandy menulis:

"Dalam kitab Muntakhab Ahadith yang dirujuk oleh tuan Jundullah memang terdapat kesilapan. Saya mencadangkan supaya tuan merujuk kitab mutakhab ahadith yang baru yang telah ditahkikkan oleh Barisan Panel penterjemah dari Madrasah Miftahul Ulum keluaran 2012. Saya pun banyak temui beberapa kesilapan terjemahan tersebut dan selalulah saya apabila membaca merujuk semula matan arabnya apabila terdapat kekeliruan. Saya berpendapat tidak ada penyelewengan terjemahan melainkan kelemahan semakan semula oleh panel penterjemah kitab. WaAllahu 'alam."

Baik...daripada kenyataan mereka berdua yang nampak agak senada iaitu akui kesilapan terjemahan tetapi dalam masa yang sama menafikan ada penyelewengan  dari segi makna (dlm bahasa melayu).
Karkun Hiswandy cuba melakukan 'konar baring' atau 'bersilat lidah' dengan menulis beliau merujuk kepada matan arabnya yakni kitab asal..

Oleh itu bagi menjawab semula cubaan mereka untuk menipu itu ,saya lampirkan di bawah kata penghantar daripada penterjemah:


Sekarang kita lihat siapa yang menipu.....!!

Daripada catatan di atas si penterjemah menyatakan bahwa terjemahan tersebut adalah berdasarkan kitab asal dalam bahasa ARAB dan URDU .Beliau juga menyatakan "TIDAK MENGURANGI DARIPADA TEKS ASAL DALAM BAHASA URDU".

Walaupun di perenggan seterusnya,penterjemah mengakui ada kesilapan akibat kelemahan diri ,sepatutnya kesilapan itu dapat dikesan oleh pihak menyemak semula sebelum dicetak dan diterbitkan!!

Tetapi perkara itu tidak berlaku hingga tahun 2012 ini.Bayangkan selama 8 tahun kesilapan itu dibaca dan di sampaikan kepada khlayak ramai bahkan telah menjadi iktiqad sebahagian besar orang tabligh akan tafsiran sumber agama yang salah dan menyeleweng itu.

Ini semua berpunca daripada tiadanya ilmu agama yang sahih dan sikap taksub serta taqlid buta yang telah sebati dalam jiwa jemaah tabligh.

Wallahua'lam.

 
 

12 comments:

  1. Salam,
    Izinkan saya jelaskan di sini, maksud matan yang saya tulis ialah matan hadis dan ayat al-quran dalam kitab muntakhab terbitan KBC itu sendiri bukan kitab asal dalam bahasa arab atau urdu kerana terdapat kesilapan cetak atau sebagainya. Sekiranya tuan seorang yang ikhlas silalah tulis semua kesalahan yang terdapat dalam kitab muntakhab terbitan KBC itu kepada penerbitnya. Sebagai ilmuwan tuan tidak seharusnya berpuas hati melakukan kajian hanya kepada satu kitab terbitan KBC sahaja bahkan terdapat pelbagai penerbit yang menerbitkan terjemahan kitab muntakhab dalam versi english, rumi dan jawi atau bahasa indonesia. Selepas itu barulah bandingkan jika benar terdapat penyelewengan. Kalau tidak tuan umpama ilmuwan separuh masak yang tidak memahami metodologi penyelidikan. Faqat, wassalam.

    ReplyDelete
  2. Sdr Hiswandy

    maksud hadith:

    “Orang yang beriman akan melihat dosanya umpama gunung yang menghempap, manakala orang munafik pula akan melihat dosa itu umpama lalat yang hinggap pada hidung.” (Hadith riwayat Bukhari)

    Yang afdhal(sepatutnya) monitor kitab tersebut ialah karkun tabligh kerana mereka yg menjadikan kitab itu rujukan utama mereka dan dibaca saban waktu.

    Apakah hal dalam rumah anda bisa di kontrol oleh jiran sebelah??
    Masalah dalam rumah anda maka andalah lebih berhak menyelesaikannya bukan kami sebagai orang luar.Masalah tabligh orang tablighlah yang selesaikannya.

    Kami hanya boleh menegur dan membetulkan mana yang salah.Memberi kefahaman agama yang salah itu adalah satu dosa dan untuk menilai ketegori seseorang itu berdasarkan maksud hadith di atas adalah melihat bagaimana dia mengendalikan masalah yang melibatkan dosa itu.

    Dalam kes kitab muntakhab hadith itu jelas golongan tabligh menganggap dosa itu umapama lalat.Buktinya sehingga pendedahan artikel di atas di siarkan,kitab tersebut(yang salah) masih tidak dilupuskan bahkan di biarkan di masjid/surau dan terus dibaca tanpa rasa bersalah.

    ReplyDelete
  3. (PENEGASAN SINGKAT MELURUSKAN TUDINGAN DAN TUDUHAN DARI ORANG YANG SALAHPAHAM MENGENAI JAMA’AH DAK'WAH WA TABLIGH KHURUJ FII SABILILAH YANG SUDAH SEMESTINYA UNTUK DILURUSKAN)
    BANYAK YANG MENGATAKAN :
    “Apa itu Jama’ah? Jama’ah Tabligh Adalah Gerakan baru?
    Dak’wah Jama’ah Tabligh itu Bid’ah? Jama’ah malas bekerja meninggalkan anak istri?
    Jama’ah Tabligh Malas bekerja meninggalkan Urusan Dunia?
    Orang Jahil Berani Mendak’wahkan Agama?
    Mengapa Jama’ah Tabligh bermarkas di masjid?
    Mengapa Berdak’wah sesama muslim, tidak kepada non-muslim?
    Kitab Fadhail Amal penuh dengan kesesatan?
    Jama’ah Tabligh di biayai oleh Yahudi?”
    (MANGINGAT PERKATAAN PARA KIYAI DAN ULAMA)
    YANG BERANI BICARA SEPERTI ITU???
    APAKAH ANDA HAFIDZ QUR’AN?
    APAKAH ANDA SEORANG ALIM SUDAH BERAPA RIBU HADITS YANG ANDA KUASAI?
    APAKAH 4 MAZHAB DI DUNIA TELAH ANDA KUASAI
    DAN APAKAH BUKTI PENGORBANAN KALIAN UNTUK UMAT
    SUDAHKAH KELUAR DIJALAN ALLAH MENDAK’WAHKAN MENGIKUTI APA YANG TELAH DILAKUKAN ROSUL MENJUMPAI UMAT ?
    JIKA BELUM JANGAN BERANI MEMFITNAH DAN BERDUSTA
    APALAGI SESAMA SAUDARA MUSLIM
    Apa yang dilontakan mereka Itu semua adalah tuduhan-tudahan dan FITNAH-FITNAH KEJI yang dilontarkan pleh PARA PENDENGKI, yang berdasarkan katanya-katanya’ dan pengetahuan serta pengamatan yang mendalam mengenai Jama’ah dak’wah wa tabligh.

    Sedangkan kepesatan perkembangan Usaha atas Iman Jama’ah dak’wah wa tabligh khuruz fii sabililah bertambah cepat dari masa ke masa karena berkah dari ALLAH SWT.

    Usaha ini telah bergerak ratusan kilometer perjamnya. Kalau dapat dikatakan; Inilah abad Dak’wah wa Tabligh berkembang pesat diseluruh dunia. Hampir tidak ada negara yang lolos dari jangkauan jama’ah ini; dari Timur hingga Barat , dari Utara hingga Selatan;

    Dari kalangan paling atas; dari kalangan manusia paing jahat hingga kalangan shaleh; dari berbagai status , berbagai bahasa, berbagai warna, berbagai perbedaan; merambah ke segala pelosok dan meyeruak di permukaan. Merubah suasana. Mewarnai keindahan. Memberikan kerindangan daun-daunnya, keharuman wanginya, keindahan warnanya, kekuatan batangnya, dan kenikmatan buahnya.

    NAMUN di tengah perkembangan yang menggembirakan itu, tetap saja Sunnatullah berlaku, yaitu adanya aral-aral yang menguji perjalanan ahli Dak’wah ini. Berbagai tuduhan dan fitnah sembarangan telah ditujukan kepada Jama’ah yang sebenarnya tidak punya nama bukan sebuah Firqah(aliran atau kelompok) ini, namun semua itu ternyata tidak tepat, salah sasaran dan keliru sama sekali. SEMOGA TUDUHAN ITU DIAKIBATKAN KARENA KETIDAKTAHUAN SAJA, BUKAN KARENA KEBENCIAN DAN KEDENGKIAN TERHADAP JAMA’AH INI.





    SEMOGA ALLAH MENGARUNIAKAN HIDAYAH KEPADA SELURUH UMAT MANUSIA, YANG MENCINTAI USAHA KEIMANAN INI ATAUPUN YANG MEMBENCINYA, YANG MENGENALNYA, YANG MENERIMANYA ATAUPUN YANG MENOLAKNYA, YANG MENDUKUNGNYA ATAUPUN YANG MELARANGNYA, DAN MEMASUKKAN KITA SEMUA KEDALAM SYURGA-NYA

    AMIIN..................



    Sebagai tanggung jawab seta kepedulian kepada sesama muslim kepada saudara seiman.

    TIDAK DIKEHENDAKI DARI RISALAH INI MUNCUL SUATU PERSLISIHAN ATAUPUN PERDEBATAN YANG TIDAK PERLU, APALAGI SALING MENGHUJAT DAN SALING MENYALAHKAN YANG DAPAT MENAMBAH PARAH PERPECAHAN UMAT.

    SEANDAINYA ADA PERBDEDAAN PANDANGAN ATAU PENDAPAT INI MATERI,

    SETIDAKNYA ITU CUKUP MENJADI AJANG SALING MENDOAKAN KEBAIKAN DAN PINTU KELAPANGAN HATI SATU SAMA LAIN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini bukan soal menghalang kerja dakwah tetapi SOAL MEMBETULKAN KEFAHAMAN PENAFSIRAN AGAMA.Kami mendapati banyak blog-blog karkun tabligh YANG MENULIS HAL-HAL AGAMA DENGAN PENAFSIRAN YANG SYAZ(GANJIL) DAN JUMUD (SEMPIT).

      ANDA MENULIS:

      "MANGINGAT PERKATAAN PARA KIYAI DAN ULAMA)
      YANG BERANI BICARA SEPERTI ITU???
      APAKAH ANDA HAFIDZ QUR’AN?
      APAKAH ANDA SEORANG ALIM SUDAH BERAPA RIBU HADITS YANG ANDA KUASAI?
      APAKAH 4 MAZHAB DI DUNIA TELAH ANDA KUASAI
      DAN APAKAH BUKTI PENGORBANAN KALIAN UNTUK UMAT
      SUDAHKAH KELUAR DIJALAN ALLAH MENDAK’WAHKAN MENGIKUTI APA YANG TELAH DILAKUKAN ROSUL MENJUMPAI UMAT ?
      JIKA BELUM JANGAN BERANI MEMFITNAH DAN BERDUSTA
      APALAGI SESAMA SAUDARA MUSLIM"

      Kami jawab:

      Dalam sebuah hadith Daripada Saidina Anas R.A beliau meriwayatkan bahawa kami berkata : “Wahai Rasulullah, adakah betul bahawa kami tidak patut menyeru manusia kepada amalan-amalan yang baik sehingga kami beramal dengan semua kebaikan, dan kami tak patut mencegah mereka daripada kemungkaran sehingga kami sendiri menjauhi kesemuanya?" Maka baginda berkata : “Bukan begitu, serulah kepada amalan-amalan yang baik walaupun kamu belum beramal dengan semuanya dan cegahlah kemungkaran walaupun kamu belum menjauhi kesemuanya,”

      (Riwayat Tabrani)

      RINGKASAN DARI HADITH INI MENJELASKAN BAHAWA TAK PERLU TUNGGU JADI ULAMA BESAR,HAFAL RATUS RIBU HADITH,HAFAZ AL QURAN DLL BARU BOLEH TEGUR ORANG LAIN.



      Delete
    2. TAK PERLU TUNGGU JADI ULAMA BESAR,HAFAL RATUS RIBU HADITH,HAFAZ AL QURAN DLL BARU BOLEH TEGUR ORANG LAIN.

      itu yg org tabligh dok buat yg antum pertikaikan..
      org tBligh tak cukup ilmu nak dakwah org dll..
      :)

      Delete
    3. Kalau nak komen jgn ambil sekerat2.baca lagi hujjah Kami yang lain baru tahu APA yang kami pertikai

      Delete
  4. dasar anda WAHABI(SALAFI) = ingin menikam islam dari dalam,,antum punya ketua org yahudi dan nasrani,,semoga allh musnahkan org sprti antum,,AMIN...

    ReplyDelete
  5. sesungguhnya debat itu di larang agama,,semua urusan Allah
    dasar bodoh

    ReplyDelete
  6. Tuan Jundullah jangan berharap tuan akan temui sinar cahaya hidayah. wah...diri terasa hebat apabila menjumpai sst perkara yg boleh dijadikan hujah. Tak ubah spt majalah2 hiburan yg mencertakan aib dan membongkar keburukan orang lain tanpa usul periksa yang jelas. Lebih memalukan mempertahan hujah wpun diperjelaskan perkara tersebut. Inilah yg menjadi nadi dosa kepada umat hari ni.

    Jika dikaji tulisan tuan...penuh dgn kesilapan dan sifat angkuh. Sifat angkut itu akan memakan diri tuan satu hari nanti. Dahulu org2 yg berfikiran spt tuan malabelkan org2 tabligh tiada ilmu...skrg lain pulak ceritanya.

    Kefahaman yg diperolehi tuan adalah kefahaman di dlm tandas. Buangkanlah sifat2 yg merendahkan diri sendiri.

    Dengar...dengar dan kaji apa yg dibicarakan oleh orang lain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan Hamdan, anda baca tak komen Di atas komen anda tu?
      Perkataan APA yg dia tulis ??
      Ada atau tidak kami balas makian dia?
      Bahkan kami siar komen tu walaupun dia menghina kami.
      Cuba anda tengok pula blog karkun azharjaafar.berapa banyak komen kami yg dia delete?
      Tengok pula blog utz hambali,kami ada hantar komen tapi hingga la ni tak pernah publish pun.
      Bandingkan..... siapa yg angkuh??

      Tuan baca tak link-link karkun tabligh yg kami lampirkan?
      Kalau tuan belum baca,Di persilakan baca dulu sebelum nak hentam.kalau tuan ada iman,nescaya tuan akan marah dan nail darah dgn tulisan karkun tabligh yg menghina @merendah-rendahkan kemulian para nabi dan rasul,para sahabat Dan ulamak dlm blog mereka.

      Sekiranya tuan tidak marah maknanya iman Dan cinta tuan kepada nabi,sahabat n ulamak ada something wrong.......kena check balik.kami kenali tabligh dan join mereka sejak 90an lagi.

      Kalau tuan tuduh kami buat tuduhan tak usul periksa sudah tentu kami buka blog ini tahun 90an lagi.tapi kami buka blog ini akhir tahun 2011.berapa lama masa kami ambik utk kaji Dan siasat background tabligh?
      Kami baca hujjah puak wahabi yg sesatkan tabligh.kami baca hujjah bekas ahli tabligh.kami pernah berdialog dgn org tabligh.kesemua itu kami saring dan tapis utk cari kebenaran.hasilnya apa yg tuan baca dlm blog ini.


      Kalau tuan boleh nasihati karkun tabligh yg menghina nabi dlldlm blog mereka sehingga mereka semua padam tulisan itu atau tutup blog tersebut sebagaimana blog jejakaberiman.blogspot yg Di delete hasil kritikan kami dulu maka kami akan menyusul tindakan yg sama.

      Tapi jika tuan tak mampu buat cadangan kami ini ,maka tuan jgn halang kami laksanakan nahi mungkar ini.kalau tidak tuan akan tanggung dosa mereka yg menghina para rasul,sahabat n ulamak.

      Delete
  7. klau jnis cri buruk memang nmpak keburukan la...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...