Monday, 25 November 2013

MENJAWAB FITNAH KARKUN FUAD AKMAL

SIDANG PEMBACA YANG DIRAHMATI ALLAH


Pada posting kali ini kami cenderung untuk menjawab isu yang dibangkitkan oleh fuad akmal dalam blog beliau antaranya isu Fatwa kufur ke atas Barelwi.Beliau telah melampirkan dokumen fatwa tersebut dalam bahasa Urdu yang sebenarnya menunjukkan  tidak cerdiknya cara beliau berfikir.Beliau hendak kita percaya kesesatan barelwi hanya fatwa dari deobandi sahaja.Kaedah ini sama sebagaimana UMNO yang hendak mengharamkan PAS dengan menggunakan Majlis Fatwa Kebangsaan agar melarang kalimah islam digunakan  dalam parti politik.Sedangkan majlis Fatwa di peringkat negeri tidak pernah pun sejak dahulu membangkitkan isu tersebut.Ini kerana mereka tidak bermusuh dengan PAS .Sebaliknya Deobandi sangat memusuhi dan berdendam dengan Barelwi disebabkan Fatwa Haramain tersebut.

Bahkan  deobandi sangat  terkejut bila fatwa kafir keatas 4 ulama awal mereka oleh 33 ulama Haramain melalui hasil usaha Imam Ahmad Raza Khan melalui kitab Husam Haramain.Bahkan lebih 200 orang ulama seluruh India menandatangani buku Fatwa tersebut.Sebagai tindakbalas dari itu salah seorang ulama deobandi iaitu maulana Khalil Ahmad Saharanpuri telah menulis satu kitab yang dinama sebagai Al Muhannad ala Mufannad dengan melampirkan 25 soalan yang dijawab oleh beliau sendiri.
Kebanyakan pengikut Tabligh khususnya di Malaysia oleh kerana telah di brainwash oleh eldest-eldest mereka ‘berkat’ keluar 40 hari dan 4 bulan ke India,Pakistan dan Bangladesh menerima bulat-bulat jawapan yang ditulis dalam buku tersebut tanpa menyemak dan membuat kajian mendalam.Mereka tidak tahu bahawa terdapat beberapa penipuan sebagaimana yang telah didedahkan oleh banyak forum di luar Negara yang membangkitkan isu tersebut contoh seperti disini:
 Dalam forum itu dinyatakan bahwa ulama deobandi telah menipu umat islam khususnya di India bahawa mereka adalah ASWJ sedang hakikatnya mereka adalah pengikut Wahabi dan ahlul bid’ah.Salah seorang karkun yang memberi komentor  telah melampirkan satu link : http://www.deoband.org/2010/02/fiqh/miscellaneous/mawlid-deoband-and-hanafi-fiqh/
 yang kununnya cuba membuktikan bahwa ulama deobandi mengiktiraf maulid nabi Tetapi malangnya itu bukan website resmi deobandi sebaliknya dalam FATWA RESMI Deobandi bahawa mereka tidak pernah sekalipun merayakan maulid nabi sejak 150 tahun yang lalu.Ini kerana mereka patuh kepada fatwa di sini: http://darulifta-deoband.org/showuserview.do?function=answerView&all=en&id=4786
Dan satu lagi website resmi deobandi telah menukilkan ucapan@perkataan ulama al kabir mereka seperti Anwar Kashmiri,mufti Ibrahim Desai dan lain-lain yang menghukum syirik dan sesat kepada pelopor maulid nabi .Linknya disini: http://www.central-mosque.com/fiqh/dmawlid1.htm

Telah menjawab isu kitab al Muhannad tersebut.Tetapi seperti biasa pengikut tabligh seperti pesakit yang telah dibius urat sarafnya hanya tunduk dan patuh kepada sumber dari ulama mereka sahaja walaupun kita bentangkan bukti jelas penipuan mereka.

Karkun Fuad akmal dan Abu Zakaria dalam membela penipuan ulama Deobandi telah terlupa beberapa perkara penting antaranya:

1-      Kitab al Muhannad sebenarnya tidak ditulis dan dibentangkan di hadapan ulama Haramain sebaliknya beliau (Maulana Khalil Sarahanpuri) hanya menyenaraikan puluhan nama ulama berkenaan tanpa melampirkan ulasan dan pengesahan (cop resmi) dari ulama tersebut sebagaimana yang terdapat dalam kitab Husam Haramain.Buktinya kita boleh lihat video ini: http://www.youtube.com/watch?v=eSZYcxSqtp4
2-      Oleh kerana kitab al Muhannad gagal meyakinkan umat islam maka pada tahun 1953 Maulana Manzur Noomani menerbitkan pula kitab ‘Faisla Kun Munazara’ bagi menjawab isu yang sama.Walhal sekiranya dakwaan orang tabligh bahawa kitab Al muhannad itu adalah fatwa ulama Haramain yang menarik balik fatwa dalam Husam haramain kenapa perlu di tulis kitab Faisla Kun Munazara lagi??
3-      Kenapa Maulana Manzur Nomani menulis buku tersebut?
Sebabnya ialah pada tahun 1933 telah berlaku satu perdebatan di Lahore membincangkan isu fatwa kafir tersebut maka beliau telah menyediakan jawapannya terlebih awal tetapi oleh kerana perdebatan tersebut terpaksa dibatalkan kerana campurtangan pihak polis ketika itu maka pada tahun 1953 tulisan itu diterbitkan dalam bentuk buku.
4-      Walaupun begitu buku tersebut telah mendapat kritikan yang hebat oleh para ulama India ketika itu antaranya Mufti Ajmal Sambhali Rh (1900M-1963M) dalam bukunya “Rad Shahab e Sāqib bar Wahabi Khāib” telah menyangkal semua hujjah dalam buku tersebut. Kemudian pada tahun 1988 , Mufti Sharif al Haq Amjadi Rh ( 1921-2000 ) menulis buku “Sunni Deobandi Ikhtilaf Ka Munsifāna Jaiza” ( Analisis saksama Pertikaian Sunni - Deobandi ). Buku ini ditulis untuk menyerlahkan pembohongan dan kejahatan Manzur Nomani yang hadir dalam bukunya Faisla Kun Munāzra . Mufti Sharif al Haq menafikan setiap penipuan Manzur Nomani itu . Buku yang mengandungi 151 muka surat dan telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris . Linknya disini: http://www.falaah.co.uk/books/info-about-books/207-sunni-deobandi-ikhtilaf-ka-munsifana-jaiza
5-      Tindakan Fuad Akmal dan Abu Zakaria yang melampirkan link kitab hanya dalam bahasa arab dan urdu jelas menunjukkan mereka takut kebenaran terserlah.Sedangkan mereka tahu dikalangan orang tabligh sendiri tak faham langsung bahasa urdu tetapi kenapa mereka masih berbuat begitu??


Bersambung……

Tuesday, 19 November 2013

IMAN , ILMU dan AMAL ATAU ILMU , IMAN dan AMAL.



Sidang pembaca yang dirahmati Allah

Fenomena ini banyak mengelirukan segolongan kita yang kadang kala terperangkap dalam himpitan kalam-kalam yang cuba membawa suatu motif tertentu. Iman, Ilmu, Amal. Sebuah trilogi yang tidak dapat di pisahkan. Saling terkait. Iman tanpa ilmu, sesat. Ilmu tanpa Amal, sesat. Amal tanpa ilmu, taklid. 
Secara susunan nya kadang kala ia terlalu dipertikai akan kepentiangan untuk menyusun nya. Ada menyatakan ilmu itu dahulu dari iman , dan ada menyatakan iman dahulu dari amal. Apapun yang pasti ketiga ini berkait antara satu sama lain.

ILMU

Ilmu sesuatu yang sering diutamakan. Tidak dipelihara dengan baik. Kadang ilmu hanya dijadikan sesuatu yang nisbi. Ada tapi tidak ada atau Tidak ada tetapi ada? Tetapi yang pasti adalh ilmu itu satu kewajipan yang tidak bole di pertikai kerana terdapat bukti dan dalil yang pasti semua mengetahuinya.
Akhir-akhir ini satu fenomena yang ditemui, yang membuat kita ketahui bahawa kadang-kadang seseorang tidak faham dengan ilmu yang dipelajarinya. Untuk apa ilmu itu digunakan? Akan bagaimana bila mengamalkan ilmu itu? Fenomena klasik, tapi tetap membuat kita tidak habis ber fikir.
Belajar, mencari ilmu kadang di jadikan formula belaka. Kerana maruah, harga diri, atau bahkan desakan dari pihak orang lain, orang tua, suami, isteri, desakan majikan ,dan lain-lain lagi. Pada akhirnya ilmu tidak meresapi dalam diri. Tidak meninggalkan bekas. Bahkan mungkin, tidak menjadikan diri lebih baik. 

IMAN

Iman pula melahirkan penyaksian mata hati (musyahadah) terhadap ketuhanan Allah s.w.t pada setiap pandangan kepada segala perkara. Allah s.w.t berfirman:
Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan Rasul-Nya… (Ayat 136 : Surah an-Nisaa’)
Sabda rasulullah :
Allah tidak menerima iman tanpa amal perbuatan dan tidak pula menerima amal perbuatan tanpa iman”. [HR. Ath-Thabrani]

Ayat di atas ditujukan kepada orang yang sudah beriman. Mereka sudah pun beriman tetapi masih digesa supaya beriman. Iman pada tahap permulaan berdasarkan dalil-dalil dan pembuktian. Kemudian mereka diajak pula kepada iman dengan penyaksian mata hati, menyaksikan Rububiyah yang tidak pernah berpisah daripada ubudiyah. Tanpa penyaksian terhadap Rububiyah segala amal tidak berguna kerana orang yang beramal menisbahkan amal itu kepada dirinya sendiri, sedangkan tiada yang melakukan sesuatu melainkan dengan izin Allah s.w.t, dengan Kudrat dan Iradat-Nya, dengan Haula dan Kuwwata-Nya. Himpunan amal sebesar gunung tidak dapat menandingi iman yang sebesar zarah. Orang yang beriman dan menyaksikan Rububiyah pada segala perkara dan semua amal itulah orang yang memperolehi nikmat yang sempurna lahir dan batin, kerana hubungannya dengan Allah s.w.t tidak pernah putus. Orang inilah yang berasa puas dengan berbuat taat kepada Allah s.w.t dan berasa cukup dengan-Nya, kerana tiada Tuhan melainkan Allah s.w.t dan tidak berlaku sesuatu perkara melainkan menurut ketentuan-Nya. Apa lagi yang patut dibuat oleh seorang hamba melainkan taat kepada-Nya dan menerima keputusan-Nya.
Kesimpulannya iman merupakan penentu sah sesuatu amalan seorang hamb a yang mengaku iman kepadaNYA 

AMAL

Amal merupakan satu aplikasi yang hasil dari gabungan ilmu dan iman kerana kebenaran iman dapat di lihat amal soleh seseorng .Allah bersumpah demi sesungguhnya manusia itu rugi andai beriman tanpa amal
Allah SWT berfirman, "Demi masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh, serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." (Surah Al-Asr : 1-3).
Allah tidak menerima iman tanpa amal perbuatan dan tidak pula menerima amal perbuatan tanpa iman”. [HR. Ath-Thabrani]
Berdasarkan bukti dan dalil di atas tidak sempurna iman dan ilmu seseorng itu melainkan dengan disulami dengan amal yang terhasil kefahaman dari ilmu ,dan penyatuan yang hadir hasil penyaksian bahawa ianya benar dan hasilnya , anggota badan itu yang bergerak demi merealisasikan ilmu dan iman dengan amal nya .

HUBUNGAN ILMU ,IMAN dan AMAL .

Tentang hubungan antara iman dan amal, demikian sabdanya,

Allah tidak menerima iman tanpa amal perbuatan dan tidak pula menerima amal perbuatan tanpa iman”…. [HR. Ath-Thabrani] kemudian dijelaskannya pula bahwa:
Menuntut ilmu itu wajib atas setiap muslim”. [HR. Ibnu Majah dari Anas, HR. Al Baihaqi] 
Selanjutnya, suatu ketika seorang sahabatnya, Imran, berkata bahwasanya ia pernah bertanya, "Wahai Rasulullah, amalan-amalan apakah yang seharusnya dilakukan orang-orang?". Baginda Saw. menjawab: "Masing-masing dimudahkan kepada suatu yang diciptakan untuknya"…. [HR. Bukhari] 
“Barangsiapa mengamalkan apa yang diketahuinya, niscaya Allah mewariskan kepadanya ilmu yang belum diketahuinya.”…. [HR. Abu Na’im] 
Ilmu itu ada dua, yaitu ilmu lisan, itulah hujjah Allah Ta’ala atas makhlukNya, dan ilmu yang di dalam qalb, itulah ilmu yang bermanfaat.” …. [HR. At Tirmidzi] 
Seseorang itu tidak menjadi ‘alim (ber-ilmu) sehingga ia mengamalkan ilmunya.” . [HR. Ibnu Hibban]

Sekali peristiwa datanglah seorang sahabat kepada Nabi Saw. dengan mengajukan pertanyaan:
Wahai Rasulullah, apakah amalan yang lebih utama ?” Jawab Rasulullah Saw.: “Ilmu Pengetahuan tentang Allah ! ” Sahabat itu bertanya pula “Ilmu apa yang Nabi maksudkan ?”. Jawab Nabi Saw.: ”Ilmu Pengetahuan tentang Allah Subhanaahu wa Ta’ala ! ” Sahabat itu rupanya menyangka Rasulullah Saw salah tangkap, ditegaskan lagi “Wahai Rasulullah, kami bertanya tentang amalan, sedang Engkau menjawab tentang Ilmu !” Jawab Nabi Saw. pula “Sesungguhnya sedikit amalan akan berfaedah bila disertai dengan ilmu tentang Allah, dan banyak amalan tidak akan bermanfaat bila disertai kejahilan tentang Allah”[HR. Ibnu Abdil Birr dari Anas]

Kejahilan adalah kebodohan yang terjadi karena ketiadaan ilmu pengetahuan. Dengan demikian, kualiti amal setiap orang menjadi sangat berkaitan dengan keimanan dan ilmu pengetahuan karena Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal saleh, mereka diberi petunjuk oleh Rabb mereka kerana keimanannya … QS.[10]:9. Ilmu pengetahuan tentang Allah Subhanaahu wa Ta’ala adalah penyambung antara keimanannya dengan amalan-amalan manusia di muka bumi ini. Sebagaimana kaedah pengaliran iman yang diajarkan oleh Rasulullah Saw. bahwasanya iman adalah sebuah tashdiq bi-l-qalbi yang di ikrarkan bi-l-lisan dan di amalkan bil arkan …Dengan itu di simpulkan bahawa kita jangan memisah ketiga komponen yang telah kita perhatikan tadi , kerana pemisahan setiap komponen menjadikan islam itu janggal dan susah dan sukar.



Oleh : AMINUDDIN BIN ALIAS

Monday, 18 November 2013

Kisah mimpi bertemu Rasulullah s.a.w: Siri 3

SEBAB IMAM ASY-SYAFIE TIDAK DIHISAB

Imam Al-Baihaqi meriwayatkan di dalam kitabnya 'Al-Manaqib' melalui sanad Muhammad ibnu Hamdan at-Tara Ifi daripada Abu Abdillah Ad Dainuri yang berkata:"Aku mendengar Abul Hassan ASy-Syafie menyebutkan:

"Aku melihat Rasulullah S.A.W di dalam mimpi lalu aku berkata kepada Baginda:
"Ya Rasulullah,dengan sebab apakah Asy Syafie ( pengasas mazhab syafie) tidak dihisab pada hari kiamat?"

Baginda menjawab: { Asy Syafie menyebut di dalam kitab "Ar Risalah":


Thursday, 14 November 2013

Kisah mimpi bertemu Rasulullah s.a.w: Siri 2

Kemuliaan Imam Asy-Syafie dan Imam Ahmad bin Hanbal

Abu Bakar Ahmad ibnu Muhammad Ar Rahli, Qadhi di kota Damsyik berkata: “Aku memasuki kota Iraq lalu aku menulis kitab-kitab yang dikarang oleh penduduk-penduduk Hijaz.Oleh kerana terdapat banyak perselisihan pendapat maka aku tidak dapat menentukan yang manakah akan aku ambil untuk ditulis.

Menjelang tengah malam aku bangun mengambil wuduk dan bersolat dua rakaat serta berdoa:

“Ya Allah,tunjukkan kepadaku dengan apa yang Engkau suka.”

Setelah selesai berdoa,aku tidur di perbaringanku.Ketika tidur aku melihat Nabi s.a.w masuk melalui pintu Bani Syaibah (Masjidil Haram) dan menyandarkan belakang Baginda pada Kaabah.Aku juga melihat Asy Syafie dan Ahmad bin Hanbal berada di kanan Rasulullah s.a.w dan Baginda Melampar senyuman kepada mereka berdua manakala Bishrul Murisi(nama orang) berada di sudut yang lain.”
Aku berkata: “Ya Rasulullah,perselisihan yang banyak antara mereka (imam Syafie/imam Ahmad dengan Bishrul Murisi) menyebabkan aku tidak tahu untuk mengambil yang mana satu!”

Lalu Rasulullah s.a.w mengisyaratkan kepada Imam Asy Syafie dan Ahmad dengan berkata:

وَٱلنُّبُوَّةَوَٱلْحُكْمَٱلْكِتَٰبَ ءَاتَيْنَٰهُمُٱلَّذِينَ أُو۟لَٰٓئِكَ
Mereka itulah orang-orang yang telah Kami berikan kepadanya Kitab Suci, dan Hikmah (ilmu pengetahuan), serta pangkat kenabian. 
(Surah al an-a’nm-89)

Kemudian Baginda s.a.w mengisyaratkan pula kepada Bishrul Murisi dan berkata:


maksudnya:
Oleh itu, jika orang-orang (kafir) itu mengingkarinya, maka sesungguhnya Kami akan menyerahkannya kepada kaum (lain) yang tidak akan mengingkarinya. 
[90]
Mereka (Nabi-nabi) itulah, orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah,


Thursday, 7 November 2013

Kisah mimpi bertemu Rasulullah s.a.w: Siri 1

Imam Asy-Syafie rhm bermimpi melihat Imam Ahmad bin Hanbal yang merupakan murid dan juga sahabatnya akan menghadapi ujian yang amat getir mengenai al quran,samada ianya makhluk atau sebaliknya.Imam ibnu Jauzi rhm meriwayatkan kisah ini dalam kitab “Manaqib Al Imam Ahmad” dengan sanadnya kepada Ar-Rabie’ ibnu Sulaiman.

Ar Rabe’ berkata: “Asy Syafie telah berkata kepadaku:”Wahai Rabie’,ambillah kitab(surat) aku ini dan engkau pergi bertemu Abi Abdillah Ahmad ibni Hanbal serta serahkan kepadanya.Dan engkau bawa balik kepadaku jawapan daripadanya”.

Beliau pun berangkat ke kota Baghdad berserta surat tersebut.Beliau bertemu dengan Imam Ahmad di waktu solat suboh.Setelah selesai solat bersama,Imam Ahmad bangun menuju ke mihrab.Semasa inilah Rabie’ menemui Imam Ahmad dan menyerahkan surat itu seraya berkata: ”Ini adalah surat dari saudaramu Asy Syafie dari Mesir.”

Imam Ahmad bertanya: “Adakah egkau sudah melihat isi kandungannya?”

”Tidak,” jawab Rabie’ ringkas.
Imam Ahmad terus membuka penutup surat itu lalu membacanya.Tiba-tiba air mata kelihatan bergenang di kelopak matanya.Melihat keadaan itu Rabie’ bertanya:
”Ada sesuatu pada isinya wahai Abu Abdillah?”
Imam Ahmad berkata : ” Isinya menyebut bahawa dia (Imam Syafie) telah melihat Nabi s.a.w di dalam mimpinya.

Baginda berkata: { Tulislah kepada Abi Abdillah Ahmad bin Hanbal dan sampaikan salamku kepadanya.Dan katakan bahawa : ”Engkau akan diuji dan diseru kepada dakwaan bahawa al quran adalah makhluk maka jangan engkau menerima seruan mereka itu.Allah akan mengangkat bendera (kemenangan) untuk engkau sehinggalah ke hari kiamat}.

Rabie’ berkat: Ia adalah berita baik (mubasyirot)”.

Setelah selesai membaca surat Imam Syafie itu,Imam Ahmad menanggalkan pakaiannya yang menyentuh kulitnya (pakaiannya banyak lapis) lalu diberikan kepada Rabie’.apabila mendapat baju itu Rabie’ pun pulang ke Mesir dan menyerahkannya kepada Imam Asy Syafie.

Belum sempat menyerahkan pakaian sebagai jawaapan suratnya maka Imam Syafie berkata: ”Wahai Rabie’,kami tidak menyakiti engkau dengannya akan tetapi menyembuhkan (pakaian itu dijadi penawar untuk mengubati penyakit).Ambilkan air supaya engkau juga mendapatkannya.”

*keterangan*
Baju Imam Ahmad yang berpeluh itu direndam ke dalam air oleh Imam Asy Shafie untuk dijadikan sebagai penawar penyakit.


Wallahu’alam

Sunday, 20 October 2013

Satu Perbandingan: Dialog Yang Agung


Sidang pembaca yang dirahmati Allah

Entri kali ini kami ingin berkongsi dengan sidang pembaca akan satu dialog yang agung yang diucapkan oleh segolongan manusia pilihan Allah melalui lidah Rasulullah Sallahu'alaihi wassalam.Cuma kali ini kami hendak fokuskan dalam kontek yang berbeza daripada tulisan-tulisan lain yang menyentuh isu yang sama.

Sabda Rasulullah SAW ketika menggali parit dalam peperangan Khandaq, “…Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera…” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Contoh 1

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh. Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah SAW di dalam hadisnya itu.

Contoh 2

Suatu ketika, dalam perjalanan menuju keConstantinople, tentera al-Fateh melalui sebuah kebun anggur yang besar dan buahnya sedang masak ranum. Namun, sebelum melalui kebun tersebut, al-Fateh telah mengingatkan tenteranya supaya jangan diambil anggur itu walaupun sebiji.

Perjalanan diteruskan hingga sampai di suatu tempat, mereka berehat. Setelah didirikan khemah dan berehat, pembantu al-Fateh keluar dari khemah dengan wajah yang sugul dan memanggil semua tentera berkumpul.Paratentera diberitahu bahawa al-Fateh telah jatuh sakit. Setelah diteliti oleh tabib, ubat yang diperlukan adalah sebiji anggur. Maka dia bertanya kepada seluruh tentera, siapa yang mempunyai buah anggur, kerana jika tidak, mungkin al-Fateh akan terus sakit dan mati. Malangnya, tiada seorang pun tenteranya mempunyai buah anggur. Lalu tahulah al-Fateh, bahawa tenteranya bukan sahaja kuat dari segi fizikal, malah rohani mereka juga. Benarlah, tidak seorang pun dari tenteranya yang mengingkari perintahnya. Maka keluarlah al-Fateh dari khemah, dan memuji tenteranya dan menerangkan kepda mereka maksud sebenar.

Rata-rata umat islam yang membaca kisah dialog di atas kebanyakan hanya melihat dari skop yang kecil.Sebenarnya falsafah dialog di atas adalah sangat luas dan merangkumi berbagai bidang,Ia bukan sahaja dalam skop berperang  tetapi juga dalam skop yang berbagai.Dialog tersebut juga boleh di implimentasikan dalam sebuah syarikat,jemaah,pertubuhan dan seumpamanya sebagai kunci kejayaan .

Kesimpulan yang dapat kami buat dari inti dialog tersebut ialah:

1. Semua orang sama dalam amalan fardhu tetapi tidak sama dalam amalan sunat.
2. Sebaik-baik pemimpin tidak sama maqamnya dengan sebaik-baik pengikut.Contohnya kalau pemimpin perlu membuat 10 amalan sunat untuk menjadi terbaik,pengikutnya hanya perlu laksana 5 amalan sunat  sahaja untuk jadi terbaik. 
3. Sultan Muhammad Al Fateh tidak bertanya kepada seluruh rakyatnya samada pernah tinggal solat fardhu atau tidak tetapi memadai ke atas tenteranya sahaja sebagai prasyarat diberi kemenangan oleh Allah.Dalam kontek jemaah zaman kini PAS mencontohi perbuatan tersebut.PAS memfokuskan program tarbiyah hanya kepada ahlinya sebaliknya program ilmu kepada masyarat umum (yang bukan ahli) untuk memberi kefahaman islam yang sebenar.
4. Dalam organisasi HAMAS meletakan prasyarat yang ketat untuk menjadi anggotanya umpamanya tak tinggal solat fardhu,hafaz 30 juzuk al quran dan lain-lain lagi.Ini bermakna selagi mereka jahil tidak layak menjadi anggota kerana bimbang tidak memenuhi prasyarat kemenangan yang dijanjikan oleh Allah.
5. Dalam PAS syarat keanggotaan agak longgar sedikit berdasarkan mathod dakwah Wali Songo di Indonesia yang lebih menekankan kesahihan Aqidah barangkali.
6. Dalam jemaah tabligh pula mereka lebih menjurus seperti 'PUSAT PEMULIHAN'.Mereka 'mengutip' insan-insan yang 'tiada arah' atau 'hilang arah' untuk diperbaiki menurut kaedah jemaah mereka.Sebenarnya kaedah ini mempuyai banyak kelemahan dan jauh dari prasyarat diberi kemenangan oleh Allah kerana tidak secocok dengan sunnah Rasulullah SAW.

Bila kita menyemak sirah Rasul dan para sahabat,Penghijrahan mereka ke Madinah bukan kerana mereka berjaya mendakwah (mengislamkan) seluruh penduduk kota Mekkah tetapi kerana prasyarat kemenangan telah mereka penuhi maka atas sebab itu Allah perintah mereka berhijrah untuk menzahirkan kemenangan (negara islam).Rasul SAW hanya memilih manusia terbaik pada zaman itu untuk didakwahkan sebagaimana doa Baginda keatas Saidina Umar al Khattab ra. Sebaliknya jemaah tabligh tidak mencontohi perbuatan sunnah tersebut.

Prasyarat kemenangan bukan dengan ramainya umat islam dalam sesebuah negeri atau negara.Buktinya kita boleh lihat negara Sri Lanka yang majoriti karkun tabligh teramai didunia tetapi tampuk pemerintahan negara masih di pegang oleh seorang wanita yang tidak laksanakan syariat islam.Yang lebih malang Jemaah tabligh di sana tidak berusaha merubah keadaan itu bahkan mengambil sikap berkecuali pula.Mereka hanya berbangga ramainya pengikut mereka dalam ijtimak tahunan di Tongi dan seumpamanya.

Benarlah hadith Nabi SAW yang bermaksud:"Daripada Tsauban r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”. Maka salah seorang sahabat bertanya “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi s.a.w. menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’.”
Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu hai Rasulullah?” Nabi kita menjawab, “Cinta pada dunia dan takut pada mati.”
(Riwayat Abu Daud)

Biarlah kita seperti pejuang Hamas yang sedikit bilangannya tetapi tidak ada penyakit WAHAN itu.Kita lebih bergembira menjadi golongan yang sedikit kerana Rasul SAW pernah bersabda:

“Sentiasa akan ada sekelompok dari umatku yang sentiasa berjuang bersama2 kebenaran, mencabar dan menentang musuh2 mereka. Musuh2 mereka tidak dapat memberi mudarat kepada mereka sehingga Allah mendatangkan keputusannya.Mereka tetap dalam keadaan demikian.” Maka para sahabat bertanya,”Dimanakah mereka?” Jawab Rasulullah.” Di Baitul Maqdis dan sekitarnya”
Riwayat Bukhari
Istilah Kelompok bermakna tidak ramai.....

Wallahu'alam


Wednesday, 2 October 2013

Ulama Ahlul Bait Yang Pernah Bersama Jemaah Tabligh



Sidang pembaca yang dirahmati Allah

Segala pujian bagi Allah Azza wa Jalla yang telah memberikan hidayah Islam dan Iman kepada hamba-hamba-Nya yang Ia pilih. Shalawat dan salam senantiasa tercurahkan kepada junjungan mulia, Rasulullah Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga dan para sahabatnya, ridhwanullahi ‘alaihim.
Perjalanan Revolusi Suriah selama 2 tahun memunculkan nama-nama bintang ‘lapangan’ yang lantang menyuarakan dukungan terhadap revolusi rakyat Suriah. Yang sering kita dengar adalah Syaikh Adnan Al-Ar’ur. Beliau bahkan mengawasi sepak terjak pejuang Suriah, Free Syrian Army.
Namun di samping itu, ada nama lain yang muncul sebagai pendukung revolusi Suriah. Hal ini bukan sebagai pembeda antara satu dengan yang lain. Namun ada sesuatu yang unik dari sosok ini. Dia pun ikut dalam medan pertempuran setelah memperingatkan Milisi Syiah Hizbullah Lebanon agar tidak mendukung Bashar Assad dalam membantai rakyat Suriah.


Beliau adalah Syaikh Ahmad Muhammad Hilal Al-Asir Al-Husaini, Ulama Sunni Lebanon yang dimusuhi oleh milisi Syiah Hizbullah, Milisi Syiah Harokah Amal, pasukan 14 Maret dan oknum Tentara Lebanon.
Syaikh Ahmad Al-Asir lahir di daerah ‘ainul halwa, Shaida, Lebanon Selatan, pada tanggal 21 Rajab 1388 H bertepatan 13 Oktober 1968 M. ayah beliau adalah Muhammad Hilal, seniman dan mantan penyanyi dan ibu beliau adalah seorang penganut Syiah dari kota Shur. Syaikh Ahmad Al-Asir memilik dua istri dan tiga orang anak : Muhammad, Abdurrahman dan Umar.
Di hidup di dalam rumah yang bersuasana seni karena pengaruh pekerjaan ayah beliau seorang penyanyi. Syaikh Al-Asir tumbuh di daerah Harrah, Shiada, yang memiliki populasi penduduk mayoritas Syiah yang jauh dari religious.
......Beliau lebih menyelami kehidupan reliigius setelah invasi zionis Israel ke Lebanon pada tahun 1982 M. Pada tahun 1985 M sampai 1988, beliau bergabung dalam barisan Jamaah Islamiyyah berperang melawan pendudukan Zinois ‘alaihim la’ainulla tabarok wa Ta’ala.....
Ulama Sunni dari Ahlul Bait Melawan Israel
Beliau adalah seorang Da’i Lebanon Sunni dan imam Masjid Bilal bin Rabah. Beliau dianggap sebagai ulama Sunni rujukan di Shaida. Syaikh Al-Asir memulai perjalanan ilmunya pertama kali di sekolah-sekolah Shaida.
......beliau dari keturunan ahlul bait Rasulullah, dari Imam Husain bin Ali radahiyallahu ‘anhu. Makanya beliau memiliki gelar Al-Husaini di belakang nama  Al-Asir. Dan beliau mendapatkan kebasahan nasab beliau dari otoritas dan tambahan Al-Husaini di belakang namanya pada tanggal 11 Juli 2006......
Kemudian beliau melanjutkan studi di Universitas Islam Beirut yang berafiliasi ke Darul Fatwa. Syaikh Ahmad mengambil jurusan syari’at dan mendapatkan ijazah. Beliau juga mengambil diploma dalam bidang Al-Fiqhul Muqorin.
Yang lebih menarik lagi, beliau dari keturunan ahlul bait Rasulullah, dari Imam Husain bin Ali radahiyallahu ‘anhu. Makanya beliau memiliki gelar Al-Husaini di belakang nama  Al-Asir. Dan beliau mendapatkan keabsahan nasab beliau dari otority dan tambahan Al-Husaini di belakang namanya pada tanggal 11 Julai 2006.

Abang beliau adalah Syaikh Yusuf bin Abdul Qadir bin Muhammad Al-Husaini (1232 H-1307 H/1819 M-1889 M), ulama besar terkenal di Lebanon pada zamannya. Adapun julukan Al-Asir sebabnya adalah salah seorang dari kakek beliau pada era pendudukan Perancis, ditahan oleh pihak Perancis di Malata. Ketika ia kembali ke Shaida, maka warga mengenalnya dengan sebutan Al-Asir.
Beliau lebih menyelami kehidupan reliigius setelah invasi zionis Israel ke Lebanon pada tahun 1982 M. Pada tahun 1985 M sampai 1988, beliau bergabung dalam barisan Jamaah Islamiyyah berperang melawan pendudukan Zinois‘alaihim la’ainulla tabarok wa Ta’ala.

Pengalaman Bersama Jama’ah Tabligh

Ketika kita menyebut Jama’ah Tabligh (JT), maka yang terbayang di benak kita adalah sekelompok muslimin yang berjalan di muka bumi Allah Azza wa Jalla mengajak muslim lainnya untuk dekat dengan masjid. Mereka juga mengajak muslim untuk ikut dalam rombongan dakwah mereka.
Syaikh Ahmad Al-Asir pernah ikut dalam kafilah mereka. Pada tahun 1989 M, beliau mulai berkecimpung dalam kafilah JT. Syaikh Ahmad pun melakukan beberapa kali perjalanan dakwah ke luar Lebanon. Beliau sempat mendengarkan bayan-bayan dari Masyayekh dan Ulama JT di Pakistan dan India.
Ia pun mengunjungi masjid-masjid sunni di desa-desa dan kota-kota, mengajak muslimin menghidupkan amalan-amalan masjid seperti halaqoh, khidmah dan syuro. Syaikh Ahmad Al-Asir temasuk dari pendiri Jama’ah Tabligh di Shaida dan Selatan Lebanon.
.....Masjid Bilal bin Rabah didirikan untuk meluruskan persepsi orang tentang masjid dalam Islam. Di mana fungsi masjid tidak sebatas sholat dan khutbah Jumat.  Syaikh pun memberikan kuliah setiap hari antara Maghrib dan Isya yang dihadiri oleh ratusan muslimin dan muslimat.....
Mendirikan dan Memakmurkan Masjid Bilal bin Rabah

Perjalanan panjang bersama JT tidak lah kemudian membuat beliau terus menerus berada dalam kafilah tersebut. Disebabkan ada beberapa masalah yang berbeza, beliau dan bersama pengikutnya pun mendirikan masjid Bilal bin Rabah di Abra, timur Shaida, pada tanggal 1 Ramadhan 1418 H bertepatan dengan 30 Desember 1997 M.
Masjid Bilal bin Rabah didirikan untuk meluruskan persepsi orang tentang masjid dalam Islam. Di mana fungsi masjid tidak sebatas sholat dan khutbah Jumat.  Syaikh pun memberikan kuliah setiap hari antara Maghrib dan Isyak yang dihadiri oleh ratusan muslimin dan muslimat.
Selain itu, Masjid Bilal juga mengadakn Syura untuk membahas problem yang berkaitan dengan pelayan (Khidmat) terhadap jamaah sholat dan agenda setiap hari dalam sepekan.
Beliau pun ada jadwal khusus untuk pengajian muslimah setiap hari Khamis sebelum shalat zuhur. Sedangkan waktu untuk mudzakaroh dalam urusan dakwah dan da’i setiap Rabu selepas shalat Isya.
Beliau menegaskan, Masjib Bilal bin Rabah tidak berafiliasi kepada jama’ah mana pun dan tidak membawa panji khusus. Masjid Bilal terbuka untuk setiap muslim dan jama’ah yang ikhlas tulus berkhidmat untuk Islam dan msulimin. Dan Syaikh Al-Asir menyerukan agar setiap jama’ah hanya membawa panji Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.

Dukung Muslim Suriah, Dari Jihad di Al-Qusayr Hingga Pindah Ke Lebanon Lawan Oknum Syiah Pendukung Bashar

Beliau adalah sosok Ulama Sunni yang membela revolusi rakyat Suriah semenjak 2011. Semenjak tahun itu pula beliau sering tampil di media dalam rangka memberikan dukungan kepada rakyat Suriah.
Bahkan harian Sidonia News meletakkan beliau sebagai figure pada tahun 2011. Dan saat itu pula semakin terlihat jelas penentangannya terhadap Hasan Narullah, yang membantu Rezim Syiah Nushairiyyah Suriah membantai rakyat Suriah.
.......Syaikh Ahmad Al-Asir dalam sebuah konfernsi pers menegaskan bahwa dia tidak memiliki masalah dengan sekte Syiah. Dan itu dibuktikan bahwa ibu beliau sendiri adalah Syiah. Namun masalahnya adalah dengan proyek Iran yang ingin mendominasi Arab yang di Lebanon direpresentasikan oleh Hizbullah yang membantai Ahlussunnah di Lebanon dan Suriah.......
Apalagi setelah Hasan Narulullah mengirim pasukannya ke Suriah, beliau semakin gencar memperingatkan Nasrullah.



Setelah sikapnya mendukung revolusi rakyat Suriah, beliau dan pendukungnya terus mendapat tekanan. Belau dan pendukunganya pun menggelar aksi pada tahun 2012 yang membuat kota Shaida lumpuh (saking banyaknya orang yang ikut) beberpa minggu dalam rangka memprotes sikap Syiah Hizbullah yang terus menerus membantai muslim di Suriah.
Syaikh Ahmad Al-Asir dalam sebuah konfernsi pers menegaskan bahwa dia tidak memiliki masalah dengan sekte Syiah. Dan itu dibuktikan bahwa ibu beliau sendiri adalah Syiah. Namun masalahnya adalah dengan proyek Iran yang ingin mendominasi Arab yang di Lebanon direpresentasikan oleh Hizbullah yang membantai Ahlussunnah di Lebanon dan Suriah.

Sampai-sampai, karena belau tidak tahan dengan ulah Hizbullah, beliau melaknat Hasan Nasrullah, Marja Syiah dan Iran (Kemarahan Syaikh Ahmad Al-Asir atas kezaliman yang menimpa rakyat Suriah & Syaikh Ahmad Al-Asir melaknat Hasan Nasrullah, Iran dan ulamanya yang andil dalam pembantaian Ahlussunnah)
Tahun 2013 adalah tahun di mana beliau membuktikan kepeduliannya terhadap muslimin di Suriah. Beliau pun berangkat ke Al-Qusayr, di mana Milisi Hizbullah memfokuskan personilnya ke kota tersebut (Syaikh Ahmad Al-Asir ikut dalam front di Al-Qusayr melawan Hizbusysyaithan dan pasukan rezim Suriah).
Setelah kembali dari Al-Qusayr, beliau menceritakan kondisi peperangan dan muslimin di sana (Syaikh Ahmad Al-Asir bercerita tentang kondisi Al-Qusayr). Namun, di Lebanon beliau dan pendukungnya masih mendapatkan tekanan. Karena beliau membela rakyat Suriah, beliau harus mendaptkan tekanan dari tangan Iran di Lebanon, Hizbusysyaithan.

Tidak tanggung-tanggung, Hizbusysyaithan ini pun berkonspirasi dengan Tentara Lebanon (terutama dalam oknum pemerintah yang memusuhi beliau adalah Nabih Birrih, ketua DPR Lebanon) menyerang Masjid Bilal bin Rabah. Sampai sekarang, lebih dari 20 orang pendukung Syaikh Al-Asir gugur mempertahankan kehormatan Masjid Bilal bin Rabah.
Namun ternyata Syaikh Ahmad Al-Asir tidak sendiri. Selain pendukung beliau, ulama-ulama Ahlussunnah Lebanon dan Mesir pun mengumumkan dukungan mereka untuk Syaikh Ahmad Al-Asir.

Semoga Allah melindungi Syaikh Ahmad Al-Asir dan juga wali-wali-Nya.

Oleh Abu Asybal Usamah

Komen kami:

Seorang lagi ulama ahlul baits yang mempunyai pengalaman dengan jemaah tabligh dan tidak bersetuju dalam beberapa hal yang menjadi pegangan jemaah tabligh.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...