Tuesday 24 January 2012

Menyingkap sejarah




PAS menjadi pilihan utamanya


Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz menjadikan Islam sebagai panduan hidupnya, dan beliau tidak akan menyertai mana-mana kegiatan yang tidak ada hubungan dengan Islam.

Beliau menyertai Kelas Dewasa dulu adalah kerana tarikan Islam dan beliau mengundurkan dirl daripada Kelas Dewasa juga kerana Islam.
Dengan erti kata lain, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah meletakkan Islam sabagai panduan dalam membuat keputusan dan mengendalikan semua urusan hariannya, sebaliknya beliau akan menentang dan menolak semua amalan dan pandangan yang dianggap tidak Islamiyah.
Inilah sikap dan pendirian Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz sejak dulu lagi hingga ke hari ini.
 
Kalau beliau menyertai Kelas Dewasa dulu kerana hendak menyebarkan ajaran Islam, maka beliau menyertai PAS pun kerana tarikan Islam juga dan tidak kurang daripada itu.

Walaupun beliau dianggap sudah terlewat menyertai PAS kalau dibandingkan dengsan ulama-ulama dan tok-tok guru lain di Kelantan tetapi ini bukan bererti beliau tidak berrninat untuk berjuang dalam sebuah parti politik yang memperjuangkan cita-cita Islam seperti PAS itu.
Sebagai seorang ulama yang berpegang teguh kepada prinsip Islam, beliau tidak mengutamakan 'nama parti politik' yang tertentu tetapi yang paling penting bagi beliau ialah dasar perjuangan parti politik yang akan dianuti itu nanti.

Berdasarkan kepada sikap dan pendiriannya ini beliau mungkin berkeinginan 'menyertat UMNO' kalau parti itu benar-benar berhasrat untuk menegakkan negara Islam di Malaysia ini.
Dan mungkin juga beliau tidak akan menyertai PAS kalau parti itu tidak benar-benar memperjuangkan cita-cita Islam sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaannya.
Ramai antara sahabat karib dan guru-gurunya menghendaki supaya beliau menyertai PAS selepas beliau meletakkan jawatan sebagai pensyarah agama Kelas Dewasa.
Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz sendiri pernah membayangkan kepada Cikgu Wil tentang hasratnya untuk menyertai PAS setelah usahanya untuk menyebarkan ajaran Islam melalui Kelas Dewasa tidak dapat diteruskan lagi.

Almarhum ayahandanya dan Tuan Guru Haji Abas juga mengharapkan supaya Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz turut berjuang dalam PAS sebagaimana ulama-ulama lain di Kelantan.
Dalam satu pertemuan dengan wartawan-wartawan Harakah di kediaman rasmi Menteri Besar pada 25 Ogos 1991 beliau telah menyebut kisah yang menyebabkan beliau tertarik kepada perjuangan PAS. 
Beliau mengakui pernah mengikuti ceramah-ceramah yang disampaikan oleh Allahyarham Ustaz Shafie Ahmad, Allahyarham Abdul Samad Gol dan Allahyarham Ustaz Zulkifli Muhammad sebelum menyertai PAS.

"Saya tertarik kepada ucapan-ucapan Ustaz Shafie dan Allahyarham Abdul Samad Gol yang menyentuh tentang perjuangan PAS yang hendak menegakkan sebuah negara Islam di negara ini.
'Setelah mengikuti ceramah para pemimpin PAS itu beberapa kali maka terlintaslah di fikiran saya satu keinginan untuk ikut serta dalam memberi penerangan kepada umum tentang Islam.
'Hati kecil saya berkata: kalaulah ana sendiri memberi syarahan, maka sudah tentu banyak lagi penjelasan yang akan dapat diberi kepada umum tentang Islam.'
Oleh kerana didorong oleh keinginan untuk memberi saham dalam perjuangan Islam itulah saya menyertai PAS," jelas Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz.

Dalam satu pertemuan dengan para penyokong PAS di Rumah Kelantan, Kuala Lumpur pada 13 Oktober 1991 beliau menerangkan sebab-sebab yang mendorongnya memilih PAS dan tidak menyertai parti-parti politik lain.
Menurut beliau, PAS ialah sebuah parti politik yang lebih syumul dan lengkap jika dibandingkan dengan parti-parti politik dan badan-badan dakwah lain di negara ini.

Sebagai contoh, katanya, Jama'ah Tabligh hanya sesuai bergerak di bumi India yang dikuasai oleh golongan Hindu.
'Tetapi Jama'ah Tabligh tidak sesuai di bumi Malaysia di mana suasana politik, ekonomi dan kedudukan penduduknya amat jauh bezanya dengan bumi India itu.
"Parti-parti politik dan badan-badan dakwah lain juga tidak lengkap dan syumul kalau dibandingkan dengan PAS yang bukan sahaja bergerak dalam bidang dakwah, malah berjuang dalam arena politik untuk menegakkan hukum Allah di negara ini.

"Berdasarkan kepada hakikat itu saya memilih PAS dan menolak parti-parti politik yang tidak memperjuangkan Islam secara total." tegasnya.
Dari sudut pandangan Cikgu Wil pula, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz boleh dikatakan menyifatkan 'PAS dan Islam' sebagai bakul yang penuh dengan buah duku yang manis.

"Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz, menyertai PAS bukan kerana nama PAS itu tetapi kerana Islam yang diperjuangkan oleh parti itu.
"Begitu juga dengan nilai sebakul buah duku.  'Yang menjadi tarikan kepada seseorang pembeli ialah buah duku yang ada tersimpan di dalam bakul tersebut, dan bukan kerana bentuk bakul yang terjalin indah itu."
Perbandingan ini dibuat untuk membuktikan kepada umum bahawa Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz menyertai PAS bukan kerana kemasyhuran nama paru itu, tetapi sebaliknya kerana dasar perjuangan PAS.
'PAS hanya sebagai bakul atau wadah kepada Islam sebagaimana bakul yang menjadi tempat menyimpan buah duku yang lazat dan manis itu,"Jelas Cikgu Wil yang mengenal peribadi Tuan G uru Haji Nik Abdul Aziz dari dekat sebelum para pemimpin lain mengenalinya.
Mengikut maklumat yang tidak rasmi, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz menyertai PAS secara rasmi menjelang pemilihannya sebagai calon PAS bagi pilihanraya kecil Kelantan Hilir pada tahun 1967.
Saya telah diberitahu bahawa borang permohonan untuk menyertai PAS itu telah dibawa oleh tiga orang petugas Perhubungan PAS Kelantan iaitu Encik Salahuddin Abdullah, Tengku Jaafar Ahmad (Ku Par) dan Tuan Gunong.

Borang keahlian PAS itu dibawa ke Pondok Almarhum ayahandanya di Pulau Melaka kira-kira setahun selepas beliau berhenti daripada Kelas Dewasa. 
Apa yang paling menarik sekali dalam penyertaan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz ke dalam PAS ialah beliau tidak ditawarkan untuk memegang apa-apa jawatan dalam PAS sehingga beliau dicalonkan untuk bertanding dalam piliharaya kecil kawasan Kelantan Hilir pada tahun 1967.

Dan pada waktu beliau dicalonkan untuk bertanding dalam pilihanraya kecil kawasan parlimen Kelantan Hilir (sekarang Pengkalan Chepa) itu pun, kedudukan beliau hanya sebagai seorang ahli biasa PAS sahaja.
Tidak ada satu jawatan dalam parti yang diamanahkan kepadanya selepas beliau memenangi pilihanraya kecil Kelantan Hilir ltu. Pada waktu itu beliaulah Ahli Parlimen yang pertama yang tidak memegang apa-apa jawatan dalam sebarang peringkat kepimpinan paru yang dianggotainya.
Sebagai ulama dan wakil rakyat yang tidak mahu menonjolkan diri atau hubbu riasah beliau tidak bersedia untuk bertanding merebut apa-apa jawatan dalam parti.
Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz sudah berasa cukup puas dengan kedudukannya sebagai Ahli Parlimen dan beliau tidak perlu bertanding untttk merebut apa-apa jawatan dalam PAS.

Jawatan dan kedudukan dalam parti bukan matlamat perjuangannya yang hakiki kerana apa yang penting bagi beliau ialah memperjuangkan Islam menerusi tugasnya sebagai Ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat.
Saya telah mengemukakan soalan kepada seorang tokoh veteran PAS, Ustaz Nik Abdullah Arshad (Pak Nik Lah), mengapa Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz dipilih sebagai calon PAS untuk bertanding dalam pilihaimaya kecil Kelantan Hilir sedangkan beliau pada waktu itu tidak memegang jawatan apa pun dalam PAS.
Ustaz Pak Nik Abdullah Arshad menjawab: "Pemilihan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Haji Nik Mat sebagai calon PAS dalam pilihanraya kecil Kelantan Hilir adalah kerana beliau seorang ulama yang layak mengambil tempat dan mengganti AllahyarhamTuan Haji Ahmad Perai di Parlimen.
"Walaupun beliau tidak memegang apa-apa jawatan dalam PAS, beliau telah dikenali sebigai seorang ulama yang dapat menghayati ajaran Islam secara yang lebih berkesan.
'PAS memerlukan seorang wakil rakyat atau Ahli Parlimen yang bukan sahaja dapat memperkatakan tentang Islam, tetapi juga dapat mengamalkan dengan apa yang diperkatakan itu.
"Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz ialah seorang pendakwah dan seorang Tok Guru yang mengamalkan apa yang beliau ajar kepada umum. Beliau tidak terpengaruh dan tidak akan dapat dipengaruhi oleh suasana dan situasi yang bercanggah dengan Islam.
'Apa yang diajar dan apa yang dinasihatkan kepada orang-orang kampung, itulah yang diamalkannya setiap hari. Segala amalan, gerak-geri, tingkah laku, pergaulan harian dan pakaiannya, semuanya disesuaikan mengikut ajaran Islam yang dipelajari daripada guru-gurunya.

"Berdasarkan kepada faktor-faktor itulah PAS memilihnya sebagai calon untuk bertanding dalam  pilihanraya kecil kawasan Kelantan Hilir, berikutan dengan kematian Allahyarham Tuan Haji Ahmad Perai yang mewakili kawasan itu sebelumnya."
Walaupun beliau dianggap "orang baru' dalam PAS pada waktu itu, tetapi pemilihannya sebagal calon PAS untuk bertanding di satu kawasan yang paling selamat itu tidak menimbulkan krisis dalam parti kerana beliau ialah satu-satunya calon yang paling layak untuk menambahkan bilangan ahli Parlimen PAS yang berkaliber di Dewan Rakyat.
Jawatan yang pertama sekali diamanahkan kepadanya selepas menjadi Ahli Parlimen ialah Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, mengantikan Allahyarham Tuan Guru Haji Hussin Rahimi dalam pemilihan pimpinan PAS bagi tahun 1968/69.

Kalau dalam soal pemilihan untuk mendapatkan seorang calon pengganti kepada Ahli Parlimen Allahyarham Tuan Haji Ahmad Perai, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz dianggap calon yang paling layak sekali, maka dalam mengisi jawatan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat juga, beliau telah diakui dan diiktiraf sebagai seorang ulama yang paling sesuai dan wajar untuk mengambil tempat yang ditiriggalkan oleh Allahyarham Tuan Guru Haji Hussin Rahimi itu.

Tidak ada ulama dan Tok Guru dalam PAS yang mempertikaikan kemampuan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz untuk menjadi pemimpin baru Dewan Ulama PAS Pusat.
Perlantikannya itu membawa erti beliau telah diiktiraf sebagai seorang pemimpin dalam PAS.
Perlembagaan PAS tidak menghalang seseorang Ketua Dewan Ulama memegang jawatan-j awatan lain dalam parti itu tetapi Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz tidak bersedia untuk merebut jawatan lain dalam parti samada diperingkat negeri, kawasan, bahkan cawangan sekalipun.

Beliau kekal sebagai Ketua Dewan Ulama PAS Pusat  berfungsi sebagai penasihat atau tempat rujukan kepada pemimpin PAS sehingga berlakunya perubahan politik di negeri Kelantan pada tahun 1978.
Kekalahan yang dialami oleh PAS dalam pilihanraya negeri yang barasingan daripada pilihanraya umum pada tahun 1978 itu menyebabkan pula PAS terpaksa menyusun semula pemimpinnya di peringkat perhubungan dan  kawasan.

Dalam penyusunan semula kepimpinan PAS peringkat perhubungan dan kawasan itu, beberapa tokoh veteran PAS terpaksa mengundurkan diri untuk memberi peluang kepada 'angkatan baru' mengambil alih pimpinan PAS Kelantan.
Dalam suasana yang bergolak inilah, Tuan Guru Haji Nik AbduI Aziz muncul sabagai Penyelamat Parti. 

5 comments:

  1. Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz ulama malaysia yang sangat saya muliakan dan saya tidak rela kalau ada orang yang menghinanya saya akan bela sedaya upaya yang saya mampu.

    Persoalannya kebelakang ini apa bila saya mengikut perkebangan politik semasa khususnya Parti PAS melalui blog blog ahlinya. Ia sangat memilukan hati betapa tidak selama ini kita bertegang urat membela mereka tapi ini pula balasannya...semoga ALLAH melidungi kita dari bisikan syaitan dan hawanafsu.

    Dengan izin ALLAH tiada makluk yang boleh merubah keyakinan aku terhadap kerisauan dan kebimbangan nabi S.A.W. terhadap umatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sdr tidak menjawab sekian banyak soalan saya tapi membebel melalut.

      Sila beri pandangan isu fatwa tabligh sesat yg telah dibuat oleh NU Indonesia!!

      APA jawapan anda?

      Delete
    2. i sokong ramly yakni pndptny,, ahliny dan blog mereka jg jumud,,mnunding gerakan/parti lai sesat/salah ttp mereka/ahli biasa juga jahil ilmu dan jumud fikiran mereka...sy dulu dr thun 1994 hgg kini masih cinta parti itu,,ttp golongan spt pnulis ini menyebab sy makin jauh kpd PAS...ramai jg kwn2 bgitau hal ini,,kesian.. wahai pemimpin pas didiklah org bawahan kamu spy bertertip hormat org/gerakan islam lain lbh santun dan halus...

      Delete
  2. Saya telah lihat dan saya telah dengar tentangnya...sesunguhnya aku hanya beriman pada Allah dan Rasulnya. Ya Allah klu benar fatwa mereka tentang usaha tabligh mengajak manusia pada mu sesat, kau tunjukkan aku jalan yg benar dan kau lenyapkan kami dari kesesatan tapi kalau mereka berdusta tentang kebenaran kau ampuni mereka dan kau berilah mereka hidayat.

    ReplyDelete
  3. boleh di jadikan hujjah ka begini cara penulisannya,tiada sumber rujukan di nyatakan di dalamnya...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...