Friday 20 January 2012

PENULIS TAMU :TABLIGH-SATU POST MORTEM



Dipetik Dari khairaummah.com

Ditulis oleh Khalif Muammar
Friday, 01 February 2008


Perkenalanku dengan jemaah Tabligh bermula ketika umurku masih belasan tahun. Aku berminat untuk mengetahui tentang jemaah ini kerana diajak oleh teman-teman Tabligh. Ketika itu yang menarik perhatianku adalah sikap dan akhlak mereka. Mereka menunjukkan sikap yang ramah, sederhana dan mudah bergaul dengan sesiapapun. Inilah bagiku keistimewaan dan daya tarikan jemaah Tabligh. Tidak diragukan lagi mereka adalah orang-orang yang baik dan ikhlas. Aku ikuti mereka sehingga ke Markaz mereka di Raiwind, Pakistan. Aku dapati pengisian rohaninya amat menarik dan memberikan keinsafan. Memang sesuai untuk sesiapa sahaja yang hauskan spiritualiti. Namun aku tidak dapat pergi lebih jauh dari itu. Dalam hati dan fikiranku tetap mengatakan ia bukanlah gerakan Islam yang kuidam-idamkan. Namun ketika itu aku tidak dapat menjelaskan mengapa.


Semakin dalam aku mempelajari agama semakin jelas kepadaku hakikat sebenar gerakan ini dan segala kekurangannya. Meskipun ia dapat memberikan kepuasan rohani dan mendidik orang-orang yang hauskan kerohanian, sama ada kerana baru mengenal Islam ataupun kerana lebih selesa dengan pendekatan ‘uzlah (menyendiri untuk beribadah),namun ia tidak terlepas dari banyak penyimpangan dan kekeliruan. Aku sedar pendedahan ini akan menyinggung saudara-saudaraku dari jemaah Tabligh, namun kebenaran perlu dinyatakan agar umat Islam tidak terus melakukan kesilapan.


Pertama, aku melihat Tabligh sebagai lambang kepada sebuah penafsiran Islam yang konservatif. Golongan ini menafsirkan agama secara kolot dan rigid. Hanya kerana Rasulullah s.a.w. keluar berdakwah menawarkan Islam kepada kabilah-kabilah Arab ketika di Mekah, maka apakah kita perlu melakukan persis hal yang sama? Mestikah kita mengikuti Sunnah Rasul secara rigid, ataukah pelaksanaan Sunnah tersebut diserahkan kepada kita untuk disesuaikan dengan keadaan semasa. Apakah ia satu perintah yang spesifik dengan kaedahnya ataukah satu kewajipan yang harus mengikut keadaan. Pada masa ini dakwah dapat dilakukan melalui seribu satu kaedah dengan kecanggihan teknologi. Aku tidak fikir caranya mesti sama dengan cara yang ditempuhi oleh Rasulullah. Apa yang penting dakwah dilaksanakan, Risalah diteruskan dan kebenaran Islam terserlah. Yang jelas dalam Islam banyak ruang untuk umat Islam menggunakan kreativiti dan kepintaran mereka dan Islam tidak sama sekali ingin menjadikan umatnya bersikap dogmatik dan kaku. Aku yakin, sebagaimana dicontohkan dalam peristiwa khaibar, Rasulullah memberikan kebebasan kepada umatnya untuk melaksanakan perintahnya mengikut kemampuan dan kefahaman masing-masing, asalkan perintah dilaksanakan. Semakin jelas kepadaku bahawa pendekatan konservatif tidak dapat dan tidak boleh kuterima. Allah telah kurniakan aku dengan akal untuk berfikir kehadapan. Oleh kerana itu aku tidak dapat menerima doktrin yang menuntut pengikutnya hanya mengikut sahaja. Aku yakin setiap pendekatan yang memenjarakan akal dan menutup cakrawala pemikiran bukan daripada Islam.

Aku melihat mereka adalah golongan yang anti kemajuan dan menerima budaya patriarki. Kerananya ramai daripada golongan ini merendahkan dan mengongkong wanita, melarang kaum wanita daripada bekerja dan mendapatkan pendidikan yang tinggi. Memang tidak salah menyuruh kaum wanita menjadi surirumah, bahkan ia juga satu yang baik untuk kepentingan keluarga, namun melarang mereka bekerja, atau bersekolah tinggi kerana takutkan pergaulan bebas adalah langkah ke belakang. Umat Islam memerlukan sumber manusia yang baik untuk membangunkan ummah. Tampaknya golongan Tabligh tidak menjadikan agenda pembangunan ummah sebagai keutamaan; mereka tidak melibatkan diri dalam membangunkan sistem pendidikan Islam, sistem ekonomi, politik dan perundangan Islam. Banyak cabaran perlu ditangani oleh umat Islam hari ini. Antara cabaran yang besar bagi umat Islam hari ini adalah mengenyahkan segala kekeliruan dan salah faham tentang Islam dan menegaskan ketinggian dan keindahan Islam di mata dunia. Semua ini hanya dapat dilakukan dengan menuntut ilmu setinggi yang mungkin dan meningkatkan diri, bukan mengasingkan diri, menolak kemajuan atau menolak dunia.
Islam tidak sesekali meremehkan dunia seperti dalam agama Kristian. Islam menuntut kesungguhan, disiplin, dan amanah dalam kerjaya, tanggungjawab keluarga, sosial dan ekonomi. Islam menuntut umatnya agar dapat menyeimbangkan antara keperluan dunia dengan akhirat, antara jasmani dengan rohani dan bukan meninggalkan atau meremehkan salah satunya. Kemajuan adalah sesuatu sifat semulajadi yang Tuhan berikan kepada manusia. Dengannya manusia mampu mencapai kesempurnaan (insan kamil) dan menjadi khalifah Allah di muka bumi. Tanpanya manusia akan kekal sebagai makhluk yang diciptakan dari tanah dan dengan itu telah mensia-siakan banyak potensi yang Allah berikan kepadanya.


Kedua, aku melihat golongan Tabligh memandang remeh terhadap ilmu pengetahuan. Golongan ini berpendapat ilmu yang tinggi tidak membawa apa-apa manfaat. Dalam satu dialog antara aku dengan seorang Tabligh, ia mengatakan bahawa keluar bermujahadah adalah lebih lebih penting daripada menimba ilmu. Dengan keluar bermujahadah (khuruj) seseorang akan memperoleh ilmu yang sebenar-benarnya. Tentunya ilmu yang ia maksudkan adalah ilmu dalam konteks sufi iaitu irfan. Secara tidak langsung mereka membiarkan diri mereka dibelenggu kejahilan dan meminggirkan ilmu-ilmu yang justeru telah mengangkat martabat umat Islam di masa dahulu. Aku yakin ma’rifatullah tidak akan tercapai selagi kejahilan membelenggu kita.


Kerana kejahilan inilah golongan ini cenderung mengulang perkara yang sama dalam setiap kesempatan dakwah mereka. Kerana kekurangan ilmu, mereka bercakap tentang perkara-perkara asas dalam Islam tanpa mampu menghuraikannya secara ilmiah dan matang oleh itu ia tidak menarik minat masyarakat khususnya kaum muda untuk mendekati Islam. Malah lebih malang lagi generasi muda orang bukan Islam cenderung mentertawakan golongan ini dan hal ini tidak baik untuk imej Islam.


Ketiga, mereka mempunyai sikap taassub dan fanatik terhadap guru dan ketua mereka. Mereka meletakkan syeikh Tabligh di atas segala-galanya. Setelah berbay’ah kepada guru tersebut, mereka percaya guru mereka mempunyai banyak keistimewaan yang tidak dimiliki oleh orang lain. Kedudukan guru ini seolah-olah lebih tinggi daripada Rasulullah sendiri. Mereka taat dan patuh kepada doktrin guru mereka bahawa khuruj lebih penting daripada menuntut ilmu. Sedangkan Rasulullah mewajibkan umatnya menuntut ilmu (talab al-ilm) sepanjang hayat. Bagi golongan ini ijtihad telah tertutup kerana tidak ada seorangpun yang mampu memiliki kecerdasan para Imam mazhab.


Keempat, doktrin-doktrin dalam Tabligh cenderung untuk membius pengikutnya sehingga tidak sedar akan tanggungjawabnya terhadap bangsa, negara dan umat. Mereka seolah tidak peduli dengan apa yang berlaku terhadap umat Islam. Kezaliman dan penindasan oleh penguasa-penguasa tertentu dan musuh-musuh Islam langsung tidak memberi kesan dan reaksi kepada diri mereka.


Pada asalnya, ketika gerakan ini dilancarkan akhir 1920an, gerakan ini bertujuan untuk mengajak masyarakat India Muslim yang masih berpegang dengan budaya Hindu agar betul-betul melaksanakan Islam dalam kehidupan mereka. Dalam usaha menyedarkan masyarakat lama-kelamaan mereka sendiri terbius oleh ketidaksadaran bahawa mereka telah mengobati penyakit dengan penyakit yang lain. Golongan ini semakin pasrah kepada takdir bahawa mereka adalah bangsa yang lemah dan tidak berdaya untuk melakukan perubahan. Mereka menemukan kelazatan, atau kepuasan, dengan mengasingkan diri secara spiritual daripada hiruk pikuk dunia. Secara tidak langsung mereka menyerahkan kepada Allah agar melakukan perubahan untuk mereka. Padahal sesiapapun tahu emas tidak akan turun dari langit.


Muhammad Ilyas, pendiri gerakan ini, memang telah mengambil tindakan yang betul dalam memperkenalkan pendekatan khuruj (keluar bermujahadah) dalam konteks masyarakat India yang terkebelakang pada masa itu. Tetapi untuk diikuti secara membuta tuli oleh kita di masa ini dalam konteks yang berbeza adalah sesuatu yang tidak rasional. Ia tidak sesuai lagi untuk masyarakat yang membangun di zaman globalisasi. Cabaran hari ini menuntut kita untuk mengemukakan idea-idea kita secara ilmiah dan mantap kerana masyarakat semakin pintar dan menuntut penjelasan yang matang. Permasalahan hari ini juga semakin kompleks, dengan tersebarnya fahaman sekularisme, liberalisme dan pascamodenisme, maka keadaan ini menuntut kita untuk memiliki keilmuan yang tinggi dan berfikir dengan mendalam dan komprehensif. Masalah ramainya orang Melayu murtad contohnya tidak dapat ditangani hanya dengan mengajak kaum muda mendirikan solat berjamaah.


Kelima, mereka melakukan banyak tafsiran yang menyimpang dan bid’ah. Jihad yang disepakati oleh para ulama sebagai mekanisme untuk mendaulatkan Islam,tetapi dalam tabligh umat Islam ditafsirkan secara simplistik dengan khuruj (keluar berdakwah). Pendangkalan makna jihad ini amat disukai oleh musuh-musuh Islam sehingga tidak melihat golongan ini sebagai ancaman kepada Barat. Mereka menetapkan bilangan tertentu untuk melaksanakan aktiviti mereka iaitu khuruj 40 hari dalam setahun , 4 bulan seumur hidup semua ini tentunya adalah bid’ah. Kerana dengan aktiviti tersebut mereka berharap ia akan bernilai ibadah di sisi Allah. Pemahaman mereka terhadap aqidah dan iman juga terlalu dangkal sehingga melihatnya terpisah daripada kehidupan harian apalagi meliahatnya sebagai asas cara berfikir dan worldview yang membentuk peradaban Islam.


Keenam, golongan Tabligh tidak memperdulikan permasalahan politik. Bagi mereka persoalan politik bukan sebahagian daripada agama. Mereka beranggapan bahawa perubahan masyarakat hanya mungkin dilakukan melalui dakwah secara tradisional; perjuangan melalui pendekatan selain dakwah termasuk politik dan pendidikan tidak akan membawa kepada kejayaan. Aku hairan, jika benar mereka ingin mengikuti Sunnah Rasul, maka seharusnya mereka tidak memisahkan agama dengan politik. Atau mengambil ajaran Islam yang bersifat spiritual sahaja dengan meninggalkan ajaran Islam yang berkaitan dengan politik dan pemerintahan. Tindakan ini sama sahaja dengan beriman dengan sebahagian daripada Kitab dan mengingkari sebahagian yang lain. Nyata sekali sikap seperti ini ditempelak oleh al-Qur’an dan hanya akan mendatangkan kehinaan di dunia dan siksaan Allah di akhirat (al-Baqarah: 85).


Begitu jelas bagiku bahawa al-Qur’an ingin Islam dilaksanakan sepenuhnya termasuklah dalam ruang publik dan politik. Rasulullah s.a.w. menggagaskan perlembagaan pertama di dunia dan berjaya memimpin sebuah negara yang adil, bertanggungjawab dan makmur. Negara dan Tamadun yang diasaskan oleh Baginda dihormati dan disegani oleh raja-raja dunia. Praktik politik pada generasi awal Islam adalah contoh bagaimana sebuah pemerintahan yang adil dan bertanggungjawab dapat dilaksanakan dengan berdasarkan kepada Islam dan bukan pemikiran manusia yang sempit. Semua itu perlu diikuti dan bukan hanya dibanggakan atau disembunyikan dalam lipatan sejarah. Dengan sistem yang menyeluruh dan holistik ini maka Islam dapat memperluas pengaruhnya ke seluruh dunia dan menjadi agama rahmatan li al-‘alamin yang menjanjikan keamanan dan kedamaian. Namun sayangnya keunggulan sistem-sistem Islam ini dikhianati oleh umat Islam sendiri yang sengaja menutup mata dan membutakan hati dari melihat dan mengkaji khazanah-khazanah yang ditinggalkan oleh para pendahulu mereka.


Pesanku untuk teman-teman dalam jemaah Tabligh agar jangan menjadikan Tabligh sebagai akhir pencarianmu tetapi jadikanlah ia awal pencarian yang dapat membawa kepada penyucian diri dan sebahagian daripada usaha untuk mencontohi Rasulullah. Jika kita buka minda, kita akan nampak banyak lagi tanggungjawab yang perlu dipikul. Alangkah baiknya jika usaha yang dilakukan oleh jemaah Tabligh, dengan jumlah mereka yang begitu ramai, disalurkan dengan tepat dan bijaksana. Tentunya usaha dan kegigihan mereka akan dapat memberi kesan yang besar terhadap pembangunan dan pemberdayaan umat Islam di zaman ini. Namun kerana ketertutupan minda mereka dari menerima pandangan-pandangan yang lain dari yang selalu mereka dengar maka selamanya mereka tidak berupaya memahami masalah sebenar umat ini. Oleh itu, keikhlasan dan kebaikan peribadi sahaja tidak cukup untuk menjadi seorang Muslim yang sejati. Banyak lagi prasyarat dan kriteria yang perlu dimiliki untuk menjadi hamba Allah sekaligus khalifahNya di muka bumi ini.

Wssalam.



ULASAN SAYA :



Dakwaan dan jawapan



Dakwaan :


1-      Karkun tabligh mendakwa mereka tidak menolak politik tapi yang mereka tolak ialah politik acuan yahudi seperti yang diamalkan zaman sekarang.Mereka mencela gerakan islam PAS kerana menceburi politik pilihanraya ciptaan yahudi sedangkan menurut tabligh zaman nabi tak ada pilihanraya.



Jawapan:


Sekiranya karkun tabligh menyemak kembali sejarah politik islam sejak zaman kenabian sehingga khalifah islam terakhir (Utmaniyah Turkey) nescaya mereka akan memahami kepelbagaian bentuk atau jenis pemerintahan yang telah berlaku sepanjang sejarah.Dimulakan dengan zaman kenabian yang dilantik terus oleh Allah sebagai ketua Negara islam pertama (Madinah),seterusnya diganti oleh Khulafa ar Rasyidin (bukan Nabi).selepas itu politik islam di ganti dengan system monarki ( beraja) iaitu perlantikan secara warisan sehinggalah zaman daulah Utmaniyah yang terakhir.

Sepanjang sejarah itu berlaku tidak pernah ada seorang pun ulama muktabar ( termasuk imam mazhab yang empat) mengencam atau mencela system politik yang telah lari daripada system poltik zaman nabi (seperti yang didakwa tabligh).Kita tak pernah jumpa satu buku atau kitab (kecuali syiah) yang ditulis oleh para ulama menghentam system politik yang berlaku pada zaman mereka.Iaitu system perlantikan kerajaan secara turun temurun yang bukan berdasarkan sunnah nabi.

Sebagaimana runtuhnya sistem syura di zaman khulafa ar rasyidin,lalu di ganti dengan sistem beraja maka begitulah juga bila runtuhnya sistem khilafah lalu di gantikan oleh sistem demokrasi oleh yahudi kristian yang menjajah negara islam maka kita yang hidup di zaman demokrasi yang diatur oleh yahudi,mahu tak mahu dalam keadaan terpaksa mengikut system yang telah sedia ada dalam berpolitik sebagaimana para ulama yang hidup di zaman Bani Umayyah sehingga Bani Utmaniyah berkurun lamanya mengiktiraf keberadaan dan keabsahaan  kerajaan tersebut walaupun mereka tidak mengikut sunnah nabi 100%.

Para ulama muktabar alim(pakar) dalam memahami sunnah nabawi.Mereka memahami secara yang benar kaedah usul fiqh:” mengambil mudharat yang kecil untuk mengelak mudharat yang besar” atau”melakukan dosa besar untuk mengelakkan dosa yang lebih besar”.

Maknanya dengan bahasa mudah,menceburi politik yang tidak islami(system yahudi) adalah dosa besar tetapi membiarkan kesucian agama islam dan maruah umat islam di hina kerana islam tidak memerintah negara dengan kuasa politik yang dengannya akan terlaksana hukum hudud,qisas ,takzir dll adalah merupakan  dosa yang lebih besar lagi.

Janganlah anda samakan khurujnya tabligh sama dengan hijrahnya Nabi saw dan para sahabat.Hijrahnya Nabi saw ialah untuk mendirikan negara islam yang terlaksananya politik islam secara syumul sedang khurujnya tabligh tidak ada langsung tujuan untuk mendirikan Negara islam tapi hanya sekadar ajak orang islam ke masjid solat jemaah , dengar bayan/taklim dan keluar dakwah sahaja.

Saya ambil contoh Negara Sri Lanka yang saya di maklumkan 100% orang islamnya adalah karkun tabligh tetapi Negara tersebut tetap di perintah oleh agama hindu.Ini adalah bukti jelas bahawa Negara atau politik islam bukan agenda utama tabligh.Tidak ada gunanya kitab Hayatus Sahabah yang di baca secara rutin oleh tabligh itu menjadi bukti mereka tidak menolak jihad kalau sekadar hanya dibaca tanpa dipraktikkan dalam kehidupan sebagaimana para sahabat yang mereka di beri gelaran “al quran bergerak”kerana mempraktikan ilmu yang mereka dapat.

System politik berkaitan pemerintahan Negara telah diberitahu oleh Nabi saw dalam sebuah hadith:

  Rasullullah SAW telah bersabda:”Tegaklah pada kamu masa kenabian sampai beberapa lama yang dikehendaki Allah, maka terjadilah ia, kemudian diangkat. Kemudian tegaklah selepas itu pada kamu masa khalifah atas manhaj kenabian, maka terjadilah kepada kamu beberapa lama yang dikehendaki Allah, kemudian ia diangkat. Kemudian terjadilah padamu masa kerajaan yang menggigit (Mulkan Ad Dhudhan), maka terjadilah beberapa lama yang dikehandaki Allah, kemudian diangkat. Kemudian selepas itu tegaklah kerajaan yang menyeleweng (Mulkam Jabbariyyan) terjadilah ia beberapa lama yang dikehendaki Allah, kemudian diangkat. Selepas itu tegaklah padamu Khalifah atas manhaj kenabian, yang mengamalkan sunnah Rasul di kalangan manusia. Islam akan tersebar luas di mukabumi yang diredhai oleh penghuni langit dan bumi. Langit tidak akan meninggalkan setitis pun air hujan, kecuali ai mencurah ke muka bumi. Dan bumi tidak akan meningggalkan tanaman dan berkatnya kecuali ia akan mengeluarkannya.” (Hadith Riwayat Thabarani) 

Daripada maksud hadith di atas dapat kita fahami bahawa istilah politik (pemerintahan) telah pun disebut oleh Baginda saw lebih 1400 tahun dahulu dan juga di sebut akan perubahan politik yang berlaku sehingga ke akhir zaman nanti.Kesemua perubahan itu berlaku atas taqdir Allah semata-mata.Cuma berapa lama ,tidak ada manusia yang mengetahuinya.

Kesimpulan

Akhirnya marilah kita menjadi seorang muslim yang berilmu dengan ilmu dan kefahaman yang benar tentang islam sebagaimana genarasi sahabat,tabi-tabi;n dan umat generasi pilihan.

Apabila kita berilmu maka kita akan memahami bahawa para nabi dan rasul terdahulu juga berdakwah dan berpolitik sebagaimana nabi Daud as,Nabi Sulaiman as dan nabi Yusuf as yang menjadi menteri dll.Sekiranya golongan tabligh mendakwa mengikut sunnah nabi tapi dalam masa yang sama tidak mahu melibatkan diri dengan politik (mengundi,menyokong PAS dll) bermakna mereka tergolong di kalangan orang munafik (apa yang diucapkan tak sama apa yang ada didalam hati.)

Apakah melaksanakan hukum-hukam yang ada dalam al quran bila tujuan berpolitik itu untuk menegakkan negara islam bukan politik ALLAH??

Sila jawab wahai karkun tabligh....












24 comments:

  1. Ulamak Pas seperti Tuan Guru Nik Aziz dan Hadi Yahya tidak pon memburukan kan jemaah tabligh dan kata mcam2 apa tah lagi buat fatwa sesat kepada jemaah tabligh..........yang menghairangkan orang yang dibawahnya ni melebih2 pulak dah??

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.....
    Ulamak Pas seperti Tuan Guru Nik Aziz dan Hadi Yahya tidak pon memburukan kan jemaah tabligh dan kata mcam2 apa tah lagi buat fatwa sesat kepada jemaah tabligh..........yang menghairangkan orang yang dibawahnya ni melebih2 pulak dah??
    Pengarang Kitab Fadhail AmalTaknak Tanya ke Siapa Guru kepada TG Nik Aziz semasa beliau belajar Hadis di India dan Pakistan?

    Sheikh Yusuf Qardawi tak pernah kritik JT, beliau hormat JT. Beliau sendiri pernah bertemu dengan Ulama' Ulama' JT, salah seorang nya Almarhum As-Syeikh Mufti Maulana Syed Abul Hassan Ali An-Nadwi Al-Hasani. Syeikh Yusuf Qardawi sendiri akui, ilmunya dengan ilmu2 yang ada pada Ulama' JT jauh berbeza.

    Habib Umar, Ulama' Yaman, Mudir Madrasah Darul Mustafa, beliau tidak pernah mencela JT.

    Benar tuan, org2 dalam JT jahil, sbb kami tangkap mereka, di bawah jambatan, kolong2, kelab malam, disco, macam2 tempat jijik JT masuk. Satu je niat kami, kami belajar2 nak selamatkan ummat, supaya kami mudah2an selamat di akhirat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy sokong,,ternyata post mortem itu tersasar,meleset dan sempit,,, adakh krn sbilangan ahli JT mk ''sebelangga'' rosak,, bgimn ahli pas ahli jg byk tiada ilmu dn byk tinggal solat mau dirikan negara islam,,,kelakar betoi.. adaka pas berjaya menyungkil manusia2 islam mlysia jauh agama di rumah,lorong2, kolong, hutan2, penjuru dunia kenal Allah swt,, yakni hanya dgn pentas ceramah shj...tidak,,, jd moralny saling hormat fikrah masing2,, kalo ckp2 kedai kopi fitnah xper mcm ahli JT buat kat PAS,, tp Ahli PAS sebar kekurangan gerakan fikrah lain dgn meluas di dada2 elektronik dll...busuk mulut betoi lar,,,

      Delete
  3. Wa'alaikum salam

    Pertama sekali saya nak maklumkan kami tak ada pimpinan yang bernama Hadi Yahya...

    Soalan tuan ttg pengajian Tg Nik Aziz belajar hadith di India,telah kami jawab dlm artikel yg lain.sila buat reseach.

    Betul ke Prof Dr Yusuf Qardhawi tak pernah kritik Tabligh?? atau anda tak pernah jumpa?...Maklumlah karkun Tabligh payah nak baca buku/kitab ulamak yang bukan drp aliran mereka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk Pengetahuan anda,ahli Pas tak jumud macam ahli tabligh.Ahli Pas dididik dgn ilmu islam yang mendalam sehingga kadang-kadang lebih agrasif drp pimpinan atasan.

      Kadang kala ada perkara yg Allah takdirkan ahli biasa mengetahui terlebih dahulu drp pimpinan.Hal ini tidak menghairankan sebab zaman nabi saw telah berlaku.

      kita lihat dalam peristiwa mencari kaedah melaungkan AZAN.Allah telah mentakdirkan 2 org sahabat ra yang menerima melalui mimpi kaedah laung azan tersebut iaitu Abdullah bin Zaid dan Umar al Khattab ra.

      Begitu juga dlm beberapa peristiwa yang lain.ini menunjukkan betapa hal(org bawah lebih2 pulak) ini boleh diterima.Sebab Allah boleh bagi ilmu sesuatu perkara kepada sesiapa yang DIA kehendaki.

      Asbabnya mesti orang tersebut berusaha terlebih dahulu sebagaimana kami mengkaji dan menyelidiki gerakan tabligh ini daripada berbagai sumber.Akhirnya kami mendapat apa yang kami tahu sekarang ini.

      sebenarnya kami tak pertikai usaha tablig yg berjaya menarik golongan yg jauh drp islam utk mengamalkan islam kerana ia amalan zahir yang kita nampak hasilnya.

      Tetapi yang kami pertikai ialah hal yg tidak nampak(masalah dalaman)yang hanya boleh di kesan berdasarkan ilmu islam yang sahih.

      kami bagi 4 perkara utama yg menyebabkan para ulama menghukum sesat JT iaitu penafsiran mereka ttg:

      1.ILMU
      2.POLITIK
      3.JIHAD
      4.AMAR MA'RUF & NAHI MUNKAR

      Penafsiran pimpinan tabligh ttg 4 perkara di atas berlawanan dgn penafsiran ASWJ.Inilah point yg meyebabkan tabligh dikritik.

      Sekiranya penafsiran JT selari dgn ASWJ nescaya 100% ahli tabligh adalah ahli PAS.Malangnya realitinya tidak begitu.

      Delete
    2. itu ahli PAS mahir,,benggong,, tp ahli pas biasa xmahir kat kpg-kpg tuh bgmana,,jahil dan benggong jgk...ahli tabligh pon ada kpgan (yakni alim (ustaz).. moralny mana2 gerakan/fikrah,,ada ahliny alim,xalim,benggong,bebal,jahil...mcm sy nih..hormat fikrah lain,,nasihat lah hikmah dan halus ssuai org melayu,,,

      Delete
  4. Tuan yang mulia.....
    Terkini banyak manusia ada yang ke neraka berlari terbang merangkak dan sbgainya!!!! Apakah tugas saya dan seluruh umat nabi yang mengaku allah rabbnya dan nabi utusan allah!!!

    Nabi S.A.W pda 1400 tahun dahulu telah lahir cahaya di tanah arab dan nabi saw telah melakukan kerja dakwah mengajak manusia yang kufur untuk kenal allah swt!!!! Kini nabi saw telah wafat maka kerja nabi masih lagi berjalan dipertanggungjawab ke atas umat ini meskipon umat ini bukan nabi tetapi merak diberikan kerja kenabian iaitu mengajak manusia kepada kabaikan dan mencegah manusia dari kemungkaran.....

    Pintu kenabian telah ditutop tidak ada lagi nabi selepas nabi Muhammad S.A.W.......

    Dakwah manusia dari rumah ke rumah, pintu ke pintu lorong ke lorong!!!

    3 Ciri Dakwah Para Nabi:
    1. Mengajak Manusia kepada Allah.
    2. Mendatangi Umat Nya( pergi kepada Umat nya)
    3.Tidak mintak Upah

    ReplyDelete
    Replies
    1. drp tulisan anda,saya yakin anda tidak membaca keseluruhan artikel saya ttg JT.

      Untuk pengetahuan anda kami tidak pertikai kerja buat JT yang nampak jelas depan mata spt solat berjemaah,zikir,dakwah dari pintu ke pintu dan mcm2 lagi tu...

      Yg kami pertikai ialah penafsiran dan pemahaman agama majoriti karkun tabligh yg terkeluar drp fahaaman ASWJ.

      kalau anda kurang jelas sila baca semua artikel di bawah label Tabligh.

      selamat membaca dan memahami...

      Delete
  5. huh!~!~
    Tuan yang mulia.....
    Tuan kita adalah umat nabi saw kan???
    Kita jangan jadi macam syaitan
    syaitan : aku lebih baeik daripada dia>>>

    Kita adalah hamba allah yang lemah btol x???

    Jadi kami umat nabi belajar2 amal sunnah....

    jika tuan boleh lapangkan masa 3h masya-allah...

    Kenapa Tidak Keluar Fatwa dari mana2? nagara mengatakan jemaah tabligh sesat??? Dan Pucuk pimpinan tuan sendiri tidak kata begitu....

    1 dunia ada mufti kenapa x kuar fatwa pasal jemaah tabligh ni eh???

    Boleh teranga kan
    1.ILMU>> adakah jemaah tabligh x de ilmu???

    2.POLITIK>> adakah jemaah tabligh tidak undi pas?? pas suruh kami undi parti bulan kononya perjuangkan islam keluar 4 blan tinggalkan anak bini pon takot!


    3.JIHAD>> kami tida jihad??? mcam mana tuan tahu?????
    Adakah seluruh orang pas yg berdaftar pergi jihad???

    4.AMAR MA'RUF & NAHI MUNKAR mne tuan tahu kami x amar ma`ruf nahi mungkar????

    boleh trangkan 4 ni apa mslahnya????? kurang jelas lah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Utk pengetahuan sdr,saya pernah keluar 3 hari ketika baru kenal tabligh.

      Drp 3 hari itu pengajaran yg saya dpt ialah tabligh tak ikut sunnah nabi dlm bab tidur.

      Say nak tanya sdr,sunnah nabi yg sebenarnya tidur sekejap sebelum zohor (khailullah) atau selepas zohor hingga nak masuk waktu asar??

      Ttg Fatwa,sila baca artikel bertajuk Tabligh:satu penjelasan tuntas yg berisi fatwa sesatnya tabligh oleh NU Indonesia tahun 2007 kesinambungan drp fatwa
      drp Ulama ASWJ India.

      Ttg 4 perkara itu akan saya jawab di bawah nanti.

      Delete
  6. Sekiranya orang bawahan dah tahu pasal tabligh pergi lah bagi orang atasan supayanmembongkarkannya???? kenapa x bagi tahu yer????

    ReplyDelete
    Replies
    1. persoalan ttg ILMU...

      Drp mana JT boleh membahagikan ILMU kepada 2(fadhail dan masail) shj??
      Ke mana perginya ILMU fardhu ain dan fardhu kifayah??
      Boleh nyatakan nama kitab dan pengarangnya?

      Ttg politik

      Sekiranya JT beriktiqad bahawa kerja dakwah (khuruj) itu sebagai amal agama kenapa melarang ahlinya berbicara masalah politik ketika melaksanakan khuruj tersebut atas alasan tak mahu berlaku perpecahan??

      Bagaimana boleh ada berlainan skop dlm politik iaitu perbezaan politik nabi tak sama dgn politik kita hari ini??

      Isu ini sentiasa bermain di bibir karkun JT dlm blog2 mereka.

      Anda tahukah apa maksud politik?

      Ttg JIHAD-dalam mendefinasikan maksud JIHAD,JT beriktiqad bahawa khuruj itu adalah jihad terbesar.Adakah fahaman ini bersamaan dgn faham ulama ASWJ??

      Ttg amr makruf dan nahi munkar...

      Kenapa JT melalui lidah maulananya menafsirkan nahi mungkar tidak sama dgn tafsiran ulama ASWJ??

      Delete
  7. Saya rasa tuan ni bnyak dah silap fakta dh ni...sye rse tuan hanya guna akal kepala diri sndri semata2 lah.....

    Adakah tuan mahu bermuzakara dengan orang alim kami???

    Dikalangan kami juga ramai para Alim Ulama...... Mungkin tuan boleh dapat kan jawapan dari para Alim Ulama kami.....

    ReplyDelete
  8. Adakah ulama ASWJ di India dan NU Indonesia tersilap fakta dlm mengeluarkan fatwa sesat kpd JT??

    Berfikirlah secara matang wahai sdr...

    Ya,mmg tidak dinafikan ramai ulama dlm JT tetapi tidak mampu berijtihad utk merubah doktrin tabligh yg menyimpang itu.

    Sejak dahulu hingga sekarang kami tak pernah mendengar para ulama JT mengeluarkan sebarang Fatwa isu semasa melibatkan umat islam seluruh dunia yg melibatkan keselamatan umat islam yg dizalimi dan seumpamanya.

    kalau tidak pun sekurangnya membicarakannya dlm ijtimak mereka.

    Saya tahu satu peristiwa memalukan agama islam telah berlaku ketika ijtimak tabligh di Yala Thailand yg lalu.Akibat drp peristiwa memalukan itu,seorang ustaz(berilmu) telah mufarakah drp tabligh selamanya.

    apa komen anda??

    ReplyDelete
  9. Tuan nak ke x nk ni bermuzakarah dgn orang alim kami???

    Itu lah kan orang kata nak ajak manusia kepada allah ni bukannya kerja senang.
    Nabi sendri dikatakan gila.

    Bila mana kita mencari keburukan maka allah swt akan manzahirkan keburukan.

    Bila mana kita mencari kebaeikan maka allah swt akan menzahirkan kabaikan.

    Yang peliknya kerja agama di india, Thailand dan Indonesia terus maju dari Malaysia .....

    Saya nak tanya sesuatu perlu ke bangkit kan isu semasa dalam ceramah perlu kutuk mengutuk yang sering terjadi dalam ceramah pas????

    ReplyDelete
    Replies
    1. [Saya nak tanya sesuatu perlu ke bangkit kan isu semasa dalam ceramah perlu kutuk mengutuk yang sering terjadi dalam ceramah pas????]

      tulisan ini menjadi bukti anda tidak memahami islam atau tak habis mengaji lagi rupanya...

      kalau sdr sudah ngaji kitab ihya ulumiddin karangan Imam al Ghazali pasti anda tidak akan bertanya soalan itu.

      Delete
  10. Untuk pengetahuan sdr,kami ada sejarah bermuzakarah dgn pemimpin Tabligh Malaysia tetapi hasilnya mendukacitakan.Mereka tidak memahami fiqh Aulawiyat dan maqasid syariah.

    Harus hukumnya bahkan boleh menjadi wajib mendedahkan keburukan org lain demi membela kemurnian ajaran islam sebagaimana yang di lakukan oleh al imam Ghazali rah.

    Maju tak semestinya BETUL...Massionari kristian pun maju juga dlm misi 'dakwah' mereka tapi adakah mereka betul??

    ReplyDelete
  11. Saya tahu satu peristiwa memalukan agama islam telah berlaku ketika ijtimak tabligh di Yala Thailand yg lalu.Akibat drp peristiwa memalukan itu,seorang ustaz(berilmu) telah mufarakah drp tabligh selamanya.


    hmmmm.... adakah ini bermakna perjuangan jemaah tabligh ini salah????

    orang murtad adakah kerana islam tidak benar???
    orang mufaraqah pas adakh pas tidak benar????


    kata imam hambali mengatakan>>> umat terkemudian tidak akan dapat di islahkan kecuali dengan cara terdahulu.....


    sbb itu jemaah tabligh buat kerja nabi melalui dari bawah ikut seperti cara nabi saw mula2 lakukan dahulu..... islam ni pd mulanya asing maka akan datang akan asing!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahai Sdr,

      Jgn tunjuk kejahilan diri,Cuba cek balik tulisan kami sebelum ini tang mana kami kritik tabligh.apakah kami perlu tulis 1000 kali utk soalan yg sama??.

      Soalan sdr mcm org baru islam gayanya...ishk..ishk...
      Jgn hanya pandai petik kata-kata ulama tapi tak faham maksudnya nanti org lain tempelak,malu sendiri.

      Tabligh ikut nabi dari segi praktikal shj tapi dari falsafah,aqidah Dan manhaj tak tahu ikut siapa....

      Delete
  12. Wahai sdr....

    mmg saya jahil dlm bab agama.....

    jadi kalau begitu marilah kita ikot praktikal falsafah, aqidah dan manhaj ikut orang pas..... bila ceramah kita pakat2 gi dengor ceramoh die.... bile demonstrasi kita pakat gi jugek.............

    kamu mmg x tau kami ikot aqidah siapa dan manhaj siapa falsafah siapa ye??? kamu x belajar agama ke sirah nabi2 dan sahabat??????

    dh2 lah tu sye mmg x de hikmah dlm perkara ini.... mmg maulana pon x galak debat....dh lh x de hikmah lg lah larang..... takot2 mnybabkan org lari dari usaha nabi...!!

    ReplyDelete
  13. Dari gaya tulisan,sy rasa sdr masih muda,kurang pengalaman,tidak menguasai ilmu agama dgn baik.jadi nasihat sy sdr pergi cari utz,ngaji kitab aqidah islamiyah dan kitab mustika hadis bab perkara yg membatalkan iman.

    Semoga ia akan menghilangkan kejahilan anda.

    ReplyDelete
  14. Syaitan pong bnyok ilmu..... tpi pong boleh sesat!!!!

    mentang sesetengah JT yg x undi Pas terus hentam sesat!!!!

    ini tidak bukanya fikir nak majukan agama.....
    islam x kan tertegak dengan pas!!!!

    ReplyDelete
  15. malas nak layan budak-budak...saya akan akan ambil 2 tindakan selaku admin samada delete komen yg merapu atau biarkan agar para pengunjung blog ini dapat melihat sendiri akhlak org tabligh yg cakap tak sama dgn perbuatan.

    Mereka marah org hentam tabligh tapi mcm mana org tak hentam kalau beginilah akhlak mereka!!

    ReplyDelete
  16. tuan punya blog dalam tulisan lain tuan kata perbuatan jt x salah fahaman nya salah .... lagi satu tulisan lain pulak ceritanya kata fahaman nya salah pulak dan......



    pelik2

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...