Thursday 6 September 2012

Satu Wancana Ilmiah:Dakwah Menentang Taghut

BAHAGIAN 1






Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): "Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut". Maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayah petunjuk oIeh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-rasulnya.


Hakikat pengutusan Nabi Nuh ‘alaihissalam, Rasul Pertama yang Diutus oleh Allah Ta’ala
 
Allah Ta’ala berfirman:
إِنَّا أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ كَمَا أَوْحَيْنَا إِلَى نُوحٍ وَالنَّبِيِّينَ مِنْ بَعْدِهِ…( النساء : 163 )
Sesungguhnya telah Kami wahyukan kepada engkau (Muhammad), sebagaimana telah Kami wahyukan kepada Nuh dan para nabi setelah Nuh…” (An Nisa : 163)

Dalam hadits yang shohih, tentang hadits syafaat,
…اذْهَبُوا إِلَى نُوحٍ . فَيَأْتُونَ نُوحًا فَيَقُولُونَ يَا نُوحُ أَنْتَ أَوَّلُ الرُّسُلِ إِلَى أَهْلِ الأَرْضِ وَسَمَّاكَ اللَّهُ عَبْدًا شَكُورًا…
“…Wahai manusia, pergilah kepada Nuh. Maka manusia pun pergi menuju Nuh (untuk meminta syafaat) mereka berkata, Wahai Nuh engkau adalah Rasul pertama yang diutus kepada penduduk bumi, dan Allah telah menyebutmu sebagai hamba yang bersyukur…” (HR. Bukhariy dalam kitab shohihnya)

Timbul pertanyaan, mengapa dalam ayat tersebut (An Nisa : 163) dan hadits di atas, Allah menyebutkan para nabi, dimulai dari Nabi Nuh ‘alaihissalam??? 
Bukankah nabi pertama adalah nabi Adam ‘alahissalam?

Jawabanya adalah karena munculnya kesyirikan pertama kali di permukaan bumi ini adalah pada zaman Nuh ‘alaihissalam. Ibnul Qayyim rahimahullahu berkata, “terjadinya kesyirikan pertama kali adalah pada kaum nabi Nuh ‘alaihissalam, yaitu ketika mereka bersifat ghuluw (berlebih-lebihan) terhadap orang-orang sholeh” (Ighotsatul Lahfan, 2/204)

Ibnu Abbas radhiyallahu’anhuma mengatakan, “antara Adam dan Nuh terdapat 10 generasi, dan seluruh generasi tersebut berada di atas agama Islam”. (diriwayatkan oleh Al Hakim,2/546) (artinya : antara generasi Adam dan Nuh belum muncul kesyirikan, seluruhnya berada di atas tauhid)

Ibnu Katsir rahimahullah berkata dalam tafsir beliau untuk surat An Nahl : 36, “Adapun perintah untuk menyembah Allah semata dan perintah untuk menjauhi thaghut, maka Allah ta’ala tidaklah mengutus para rasul melainkan karena misi dan tujuan ini. (Yaitu dimulai) sejak munculnya kesyirikan pertama kali di tengah-tengah Bani Adam, yaitu pada zaman Nuh ‘alaihissalam. Maka Nuh ‘alaihissalam adalah rasul pertama yang diutus oleh Allah kepada penduduk bumi, hingga ditutup dengan risalah Muhammad shalallahu ‘alaihi wa sallam yang seruan beliau ditujukan kepada seluruh manusia dan jin, baik di belahan bumi timur maupun barat” (tafsir ibnu katsir, maktabah syamilah)

Dari penjelasan di atas dapat ditarik sebuah kesimpulan, bahwa ketika pertama kali terjadi kesyirikan di muka bumi ini, maka ketika itu pula Allah menurunkan rasul-Nya, yaitu Nuh ‘alaihissalam, agar para rasul utusan Allah tersebut memperingatkan manusia dari kesyirikan dan mengajak untuk kembali kepada tauhid. Inilah misi dan tujuan utama para rasul utusan Allah.




USLUB YANG MENCONTOHI RASULULLAH S.A.W
 

Di kalangan umat Islam terdapat mereka yang menyedari akan hakikat jahiliyyah yang menguasai dunia. Justeru itu, samada di dunia Islam atau di dunia bukan Islam, telah timbul berbagai-bagai gerakan Islam. Kebangkitan ini lahir daripada kesedaran bahawa umat Islam mesti berperanan dalam kepimpinan untuk menegakkan penyelesaian yang adil bagi menghadapi permasalahan atau krisis hidup manusia yang kian meruncing akibat ketidaksempurnaan sistem ciptaan manusia.

Kebangkitan gerakan-gerakan Islam itu amat membanggakan. Namun apa yang menjadi tanda tanya ialah tentang uslub yang digunakan. Adakah gerakan-gerakan itu berpandukan kepada uslub yang telah dilalui Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam dan sahabat-sahabat baginda Radhillahu’anhum? Uslub ini telah membawa Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam dan sahabat-sahabat baginda Radhiallahu’anhum mencapai kejayaan yang paling besar di sisi Allah Subhanahuwata’ala


Mujahid Fathi Yakan menjelaskan bahawa uslub gerakan Islam adalah suatu yang susah ialah wujudnya berbagai-bagai aliran, khususnya, aliran-aliran yang menekankan aspek tertentu (yang juz'i) tanpa menekan sifat-sifat takamul (kesyumulan Islam) yang sebanarnya. Penekanan secara juz'i cepat sekali berkembang. Sebenarnya amal juz'i adalah amal yang senang dan cepat berkembang, tetapi cepat pula gagal apabila menempuh suasana yang menekan. 'Amal Kulli, 'Amal Islam yang Kamil, 'Amal yang Mutawazin dan menyeluruh berlandaskan contoh kepimpinan Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam merupakan 'amal yang agak lambat berkembang dan sukar mendapat sambutan yang besar. Ini kerana ia melalui proses yang terperinci berserta matlamat yang besar untuk mengubah secara keseluruhan, bukan untuk menampung mana-mana yang bocor dan berlubang.




Umat Islam Terpecah Kerana Tidak Kembali Kepada Akidah Yang Benar

Berdasarkan bukti-bukti yang dibawakan, kita dapat membuat kesimpulan adalah mustahil ajaran Islam yang benar merestui perpecahan berlaku. Pun begitu tidak dapat dipungkiri umat Islam akhir zaman akan tetap terpecah kepada banyak golongan.
Bukankah Nabi sendiri pernah mewasiatkan bahawa umatnya akan terpecah kepada 73 golongan, hanya satu sahaja yang selamat masuk syurga, manakala selebihnya di neraka? Yang selamat menurut Nabi ialah mereka yang mengikuti jalan yang dilalui oleh Baginda dan sahabat-sahabatnya. (Maksud Hadith Tirmidzi)

Ada yang bergerak atas parti politik, pertubuhan bukan kerajaan, badan-badan dakwah dan medium yang lain. Sebilangan dari mereka mendakwa merekalah yang paling benar dan paling tepat. Secara zahir perbezaan golongan-golongan ini berlegar sekitar pendekatan, aliran pemikiran dan medium dakwah. Namun jika dicermati akhirnya perbezaan-perbezaan ini kembali berlingkar seputar akidah.

Akidah ialah set-set kepercayaan dan keyakinan. Termasuk di dalamnya ialah kepercayaan kepada alam ghaib, hari akhirat, dosa, pahala, berita-berita terdahulu dan akan datang yang dilaporkan dalam Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah. Kitab-kitab akidah klasik karangan sarjana Islam muktabar memasukkan kepercayaan kepada pemimpin sebagai sub-set akidah Islam. Ia dinamakan sebagai wala’. Perbincangan wala’ ini haruslah dibincang dengan penuh ilmiah berlandaskan pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah.



Ilmu yang menghuraikan cara-cara mentauhidkan Allah disebut sebagai akidah. Ia merupakan asas agama dan syarat sah diterima sesuatu amal. Orang-orang yang tidak berakidah dengan akidah yang benar, amalan baiknya tidak diterima. Sekalipun amal mereka banyak. Allah mengumpamakan amal mereka nanti di akhirat ibarat debu-debu berterbangan, tidak memberikan manfaat.

Peri pentingnya tauhid dan akidah yang benar, para ulama menyusun banyak kitab khusus menghuraikan akidah umat Islam yang benar. Mereka menghimpunkan secara khusus ayat-ayat Al-Qur’an dan hadis yang berkaitan.







BAHAGIAN II

KEISLAMAN HAMZAH DAN UMAR DIUMPAMAKAN PEMBERONTAKAN TENTERA DI ZAMAN KITA

Nas-nas tersebut menunjukkan bahawa gerak langkah yang berani ini telah memulakan gerak langkah baru dari dakwah secara rahsia kepada terang-terangan. Keadaan ini juga mampu memberi kebebasan untuk berdakwah dan beribadah tanpa berasa takut kepada ancaman dan sebarang celaan. Pada masa yang sama, ianya juga telah melemahkan tipu helah musyrikin.

Peristiwa keislaman Hamzah dan Umar Al-Khatab seolah-olah merupakan ‘pemberontakan’ tentera atau rakyat terhadap pemerintah taghut pada zaman ini. ‘Pemberontakan’ ini telah memberi peluang kepada gerakan Islam untuk berdakwah dan beribadah dengan bebas.

Suhaib RA pernah berkata, “Setelah Islamnya Umar, maka zahirlah Islam di Mekah. Dakwah kepada Islam dilakukan secara terang-terangan. Kami boleh duduk berkumpulan di sekitar masjid, melakukan tawaf dan mampu menangkis tohmahan yang dilemparkan kepada kami dan dengannya juga kami mampu untuk membalas sebahagian serangan yang dilancarkan kepada kami.”

Ibnu Mas’ud juga berkata, “Kami sentiasa merasa kuat semenjak Islamnya Umar.



KAJIAN METOD DAKWAH BAGI SUASANA KINI

Kita akan dapati wujudnya cetusan revolusi dari pemuda-pemuda Islam sekiranya pemberontakan tentera atau rakyat telah bangkit. Kita juga yakin bahawa pemuda yang cintakan Islam bersedia memberikan kebebasan yang selesa untuk berdakwah dan beribadah sebagaimana satu cara untuk mencapai matlamat menegakkan Kerajaan Islam di bumi ini dan dilaksanakan Syariat Allah SWT.

Namun begitu, kita perlu beringat dan berwaspada bahawa pemberontakan yang dicetuskan oleh Hamzah dan Umar Al-Khatab masih belum mampu untuk menegakkan negara Islam di bumi kerana masih wujud patung-patung berhala, berleluasanya arak dan zina, masih wujud ajaran-ajaran jahiliah tanpa berkurangan walau sedikit pun.

Oleh itu, walaupun hari ini sekiranya berlaku revolusi rakyat dan natijahnya menggalakkan kebebasan bersuara dan mampu menzahirkan dakwah dan ibadah, kita perlu memahami bahawa ideologi taghut seperti sekularisme, liberalisme, kapitalisme, komunisme, sosialisme dan sebagainya masih bermaharajalela di muka bumi ini.

Pengislaman Hamzah dan Umar Al-Khatab diibaratkan sebagai satu pembukaan bagi Islam serta satu kemuliaan yang besar kerana ianya memberikan satu langkah dakwah dari peringkat takut ditindas dan diseksa ke peringkat dakwah secara terang-terangan serta bebas untuk beribadah dan berdakwah. Bahkan Umar Al-Khatab digelarkan Al-Farouq disebabkan perkara ini.

Pemuda-pemuda yang ekstrim hari ini, kadang-kadang menuduh pemimpin gerakan Islam adalah lembab, lambat dalam tindakan, bodoh dan khianat kerana tidak bersungguh-sungguh dalam menegakkan syariat Islam di atas muka bumi ini. Padahal, walaupun kita telah dianugerahkan oleh Allah SWT revolusi rakyat, namun kita perlu faham bahawa keadaan ini masih tidak banyak menyediakan tempat dan peluang bagi merealisasikan gerak kerja dakwah. Kita perlu ingat bahawa persediaan masa dan perancangan yang tetap diperlukan dan pastikan gerak kerja kita adalah berbentuk nafas yang panjang. Sebahagian pemuda tidak faham dan tidak sabar lalu melancarkan peperangan terhadap pimpinan bahkan juga mentohmahkannya terhadap agama dan aqidah para pimpinan. Apa yang perlu bagi pemuda ini ialah beradab dengan adab Rasulullah SAW dan bersabar.

Walaupun berlaku kebangkitan rakyat, kadang-kadang gerakan Islam tidak berkemampuan untuk menghapuskan keseluruhan jahiliyah dari akar umbinya sebaliknya hanya menguasai keadaan politik dan masyarakat serta negara untuk sampai kepada pemerintahan melalui asas perundangan dengan cara kebebasan dan pilihanraya. Rentetan daripada ini, muslimin masih tidak memliki kekuatan tentera yang lebih besar demi menjaga kebebasan ini. Tambahan pula, wujudnya usaha rampasan kuasa oleh pihak musuh Islam.

Apabila diteliti lebih mendalam, setelah pengislaman Hamzah dan Umar Al-Khatab, orang-orang Islam ketika itu tidak mengambil tindakan untuk menghancurkan patung-patung berhala di sekeliling Kaabah dan tidaklah pula membakar kedai-kedai arak dan memusnahkan rumah-rumah pelacuran di Mekah. Mereka tidak akan melakukan perkara yang berlebihan dan melangkaui arahan pimpinan. Mereka hanyalah memasuki kawasan Kaabah, bersembahyang di sana, boleh berhimpun, membuat usrah di sekitarnya dan berdakwah kepada orang ramai tentang Islam. Hal ini merupakan satu kemenangan besar bagi orang Islam ketika itu dan ianya juga merupakan langkah pertama menuju matlamat terakhir iaitu mendirikan Kerajaan Islam.

Wallahu A’lam.

sumber: http://www.manhal.pmram.org/2012/07/pengislaman-hamzah-dan-umar-al-khatab.html


 




 

 
 

1 comment:

  1. Perintah kufur terhadap thaghut dan iman kepada Allah adalah inti dari ajaran semua rasul dan pokok dari Islam. Dua hal ini adalah landasan utama diterimanya amal shalih, dan keduanyalah yang menentukan status seseorang apakah dia itu muslim atau musyrik, Allah Ta’ala berfirman:

    فَمَنْ يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِن بِاللّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَىَ لاَ انفِصَامَ لَهَا

    “Siapa yang kufur terhadap thaghut dan beriman kepada Allah, maka dia itu telah berpegang teguh kepada buhul tali yang sangat kokoh (laa ilaaha ilallaah)” (QS Al Baqarah 2:256)

    Bila seseorang beribadah dengan menunaikan shalat, zakat, shaum, haji dan sebagainya, akan tetapi dia tidak kufur terhadap thaghut, maka dia itu bukan muslim dan amal ibadahnya tidak diterima.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...