Saturday 10 March 2012

ADAKAH SAHABAT TAK SAYANG RASUL SAW?




                                             sekadar gambar hiasan





Dalil yang menunjukkan tentang kewajipan membentuk 
kerajaan Islam :


Mula-mula ustaz Asri tanya; mana lebih penting

antara seorang ayah dengan seorang rasul?…Tentulah

kepada seorang rasul.Tetapi, antara tuan-tuan dengan

para sahabat; siapa lebih sayang kat rasul lagi?…Para

sahabat cukup punya sayang kat Rasulullah,tuan-tuan.

Menurut seperti kata Ibn Kathir,“Keadilan sahabat itu

dengan Quran/sunnahRasul.” Contohnya, kita lihat 

dalam Perang Badar,macamana para sahabat sanggup

membunuh kaum keluarga sanak saudara mereka sendiri 

demi kerana mempertahankan Rasul.


Sebelum kedatangan Islam, tuan-tuan nak tau kah
bahwa orang-orang Arab lah yang paling extreme dengan 
kaum keluarga depa.Pantang jangan sapa dok kata apa kat

depa,kerana semangat kabilah orang dulu-dulu cukup

punya kuat.Kalau sekiranya kerana sedikit penghinaan

kepada mak bapak depa, sanggup depa berperang

bermati-matian.Tapi tuan-tuan lihat lah, bila datangnya 
Rasul,dan bila iman masuk dalam dada, mereka

bunuh pula kaum keluarga sanak saudara mereka yang

datang dan ingin membunuh Rasul. ]


Jangan kata Arab, kita Melayu ni pun waktu tahun

50an/60an,iaitu sebelum berlakunya curfew.Sepertimana

yang diceritakan oleh orang-orang lama kita, di Pulau

Pinang ni, perasaan berpuak-puak ni cukup punya

kuat.Bukan kata orang P.Pinang dengan orang Kedah ka

apa ka, tapi diantara kawasan-kawasan saja pun sudah

kuat permusuhannya iaitu eg, antara geng Sg Ara dengan

geng Sg Nibong atau geng Sg Nibong dengan geng

Sg.Gelugoq.Saya bukan kata Melayu dengan Cina, tapi

saya dok cerita Melayu dengan Melayu sendiri ni.


Dulu mana ada motor, melainkan kena naik basikal lah

kalau nak pi tanjung.Time nak pi tanjung ni lah, kalau

geng Sg. Nibong lalu saja kot Gelugoq, siap geng

Gelugoq nanti sebat dia.Dan macam tu lah juga jadi

sebaliknya.Tapi bila jadi saja 13 Mei, semua Melayu

tak kira lah hang kawasan mana ka, semua pakat bersatu

pi pukoi cina pula….Yang ni bukan apa, saja bagi

selingan sikit.Seronok juga bila ternganga dengaq

cerita daripada orang lama-lama perihal sejarah depa.



Sepertimana firman ALLAH,“Kamu tak akan dapati 
wahai Muhammad, orang yang cinta pada ALLAH dan Rasul,
dalam masa yang sama mereka juga sayang kepada
orang-orang yang menentang ALLAH/Rasul.Walaupun para 
penentang ALLAH/Rasul itu ialah emak ayah mereka sendiri,  
sanak saudara mereka sendiri, kabilah-kabilah mereka sendiri.
Maka mereka itulah yang telah Tuhan tulis iman dalam
hati mereka,dan roh yang menguatkan iman itu.”


Inilah dia yang dikatakan para sahabat tu.Seperti 
Abu Ubaidah al-Jarrah,yang sanggup belah kepala bapa dia 
sendiri kerana mempertahankan ALLAH/Rasul.Yang kita pulak 
macamana tuan-tuan; sampai anak tak sembahyang pun,
kita tak boleh nak kata apa.

Bapa apa kita ni tuan-tuan? 


Dalam kita dok cerita tentang terlalu sayangnya para sahabat 
kepada Rasul ni, tapi tiba-tiba bila Nabi wafat, depa pakat 
tinggal jenazah Nabi dan pi berhimpun  di Bani Sa`idah 
untuk melantik orang yang patut menggalang ganti kerja Nabi.
Apa maknanya ini tuan-tuan?…

Inilah yang menunjukkan bahwa kerja melantik orang yang nak 
mengganti tugas Nabi adalah lebih penting daripada urus 
jenazah Nabi.Bukan kah urus jenazah orang yang dipanggil 
‘Nabi’ itu adalah satu tugas yang sangat besar tuan-tuan? 
Sebab inilah, ulama-ulama ahli sunnah diatas dasar waraknya 
mereka,membuatkan mereka rasa macam segan sikit nak sebut 
kata sahabat telah meninggalkan jenazah Nabi kerana pi bincang
isu politik nak lantik sapa jadi ‘khalifah’.


Mereka rasa berat lidah nak bagi tau,padahal peristiwa para 
sahabat berpusu-pusu datang ke Bani Sa`idah untuk menunaikan 
satu kewajipan agama yang sangat penting itu, benar-benar berlaku.
Sebab itu,kata ulama yang bernama al-Alamah al-Baztawi dalam 
usulnya:
“Sesungguhnya sahabat selepas wafatnya Nabi;

sibuk mereka itu dalam menentukan siapakah pemimpin.Mereka 
dahulukan tanggungjawab menentukan siapakah pemimpin ini,
mengatasi diatas segala kewajipan yang lain.”…Ini menunjukkan 
pada mata para sahabat bahwa isu melantik pengganti Nabi ini 
adalah sangat besar.”


Tapi kita hari ini, bila orang panggil kita pi mengundi saja, 
masa tu lah kita pulak pakat sibuk nak pi sembahyang
jenazah.Mau tak sibuk, kot-kot boleh kat dia  RM5 ka atau 
RM2 pun jadi lah(hadiah daripadapewaris kepada siapa  yang 
sembahyangkan jenazah).Sibuklah nak keluar dakwah 
(khuruj ikut tabligh) dll



Diatas alasan-alasan inilah, maka ulama ahli sunnah  
menyatakan wajibnya masalah Imam.Dan al-Quran sendiri 
berulang-ulang kali menyebut tentang masalah ini.Seperti firman ALLAH:
Hendaklah kamu hukum dikalangan mereka dengan apa yang 
ALLAH turunkan.”

[ Bolehkah kita berhukum dengan undang-undang ALLAH,

sedangkan kuasa hukuman tak dak kat tangan kita?




Tuan-tuan,kalau hari ini ada satu orang telah melakukan zina; 
bolehkah tuan-tuan pi sebat dia macamana  hukum syara` kata?
…Huh! silap-silap haribulan,orang lain nanti sebat tuan-tuan.
Sebab itulah,Quran kata,“Kamu semua hendaklah 
menyebatnya.”…Makna ayat ini,bukanlah pi suruh kita 
ramai-ramai pakat sebat tengah belakang orang 
yang berzina tu (mau hancuq belakang dia tu).
Tapi maksudNya ialah kamu semua mesti memastikan 
undang-undang sebat itu dijalankan.Macamana kita  
nak pastikan apa yang ALLAH haram itu diharamkan dan 
apa yang ALLAH halal itu dihalalkan?
…Yang ni, kita kena lantik ‘qadi’.Tapi macamana pula kita nak 
melantik qadi?…Jawabnya ialah hendaklah kita mewujudkan
pemimpin kerana beliaulah yang menentukan qadi. ]


Dengan dalil-dalil yang lain, yang mana Rasulullah telah 
dijanjikan oleh ALLAH, seperti firmanNya:

“Sesungguhnya ALLAH berjanji kepada orang beriman dan beramal
 soleh, yakni ALLAH akan melantikmereka menjadi khalifah 
di atas muka bumi.”

Tuan-tuan, bila Rasul dah wafat, orang yang pertama 
menggalang ganti kerja Rasul ialah Abu Bakr as-Siddiq. 
Kemudian diikuti oleh Umar,Osman dan Ali.Lalu kesemua mereka
ini kita namakan sebagai‘al-Khulafaq ar-Rashidin al-Mahdiyun’.
Oleh kerana pemimpin pertama orang Islam ialah Rasulullah,
maka pemimpin-pemimpin yang kemudian yang 
menggalang ganti kerja Rasul hendaklah melakukan kerja 
serupa macam Rasul buat.


Yang dikatakan al-Khulafaq ar-Rashidin ini, mereka mendapat 
bimbingan daripada ALLAH SWT dan mereka juga memimpin
orang lain ke arah jalan ALLAH SWT.Selepas daripada 
al-Khulafaq ar-Rashidin, dunia orang Islam dipimpin 
dalam satu tempoh yang panjang oleh kerajaan 
Bani Umaiyyah dan kemudian diikuti pula oleh kerajaan

Bani Abbasiyyah.Selepas daripada al-Khulafaq ar-Rashidin 
inilah, pemerintahan di dalam Islam ada cacatnya.
Tetapi kecacatan-kecacatan yang timbul adalah bersifat 
peribadi sahaja,yakni tidak melibatkan terpindanya hukum.
Hukum kekal dengan hukum Islam.Undang-undang kekal 
denganundang-undang Islam.


Pada ketika itu, apa yang ALLAH kata haram,masih lagi semua 
orang kata haram.Apa yang ALLAH kata halal,semua 
penduduk kata halal.Ulama-ulama ketika itu, tak dak kata 
undang-undang yang mereka cipta sendiri, melainkan
undang-undang kitab/sunnah juga yang mereka gunakan.
Qadi-qadi yang dilantik, mereka menguruskan hukum, 
yang mana hukumnya mestilah kitab/sunnah.Bahkan semua 
orang Islam ketika itu, tak tau kata ada undang-undang
selain daripada Islam.Kerana sejak mereka kenal dunia, yang 
mereka tahu hanyalah kitab/sunnah.Yang ni, kita mau clear

tentang orang dulu-dulu.Iaitu peribadi masing-masing

mungkin ada masalah, tetapi dari segi hukum, depa tak

kenal melainkan hukum kitab/sunnah.


Dikalangan pemerintahan Bani Umaiyyah, ada juga yang

cemerlang,seperti tokoh Umar bin Abdul Aziz.Yang lain pun hebat
juga, seperti Harun al-Rashid dari kalangan Bani Abbasiyyah.
Selepas daripada itu, muncullah kerajaan seperti Ayyubiyyah 
dan lain-lain lagi.Tapi yang pentingnya disini ialah kesemua 
mereka ini ada kelemahan-kelemahannya,tetapi 
undang-undang syariatnya tetap lah Islam.
Sehinggalah 13 kurun lamanya,sebahagian daripada 
bumi ini di bawah pemerintahan Islam.

Cumanya, orang Islam pernah menghadapi suatu zaman

yang mana ketika itu orang Islam sangat cuai hingga

mengundang bala ALLAH, yakni dengan ALLAH hantar

tentera-tentera Tartar masuk menghancurkan Baghdad.
Sapa lalu saja,depa sembelih.Habih semua kitab-kitab 
ulama Baghdad dimusnahkan.Ini semua bukan saja-saja 
orang-orang Tartar nak buat, tapi ini adalah salah satu
perancangan untuk menjatuhkan khilafah Islam.


Apabila orang-orang Tartar/Mongol ini berjaya menakluki 
Baghdad keseluruhannya, maka mereka pun mencipta dan
memperkenalkan satu undang-undang baru iaitu yang 
dinamakan undang-undang ‘yasakh’.
Inilah kali pertama kata Muhammad Shakir bahwa masuknya 
sekular dalam Islam.Yang dikatakan undang-undang yasakh ni, 
dia adalah cantuman daripada undang-undang yahudi sikit,
campur dengan undang-undang kristian sikit, ambik daripada
Islam sikit dan kemudian ambik sama hujah daripada tok nenek
depa (orang-orangMongol) sikit.Lalu apabila ini berlaku, 
maka apakah yang ulama-ulama kata? 
Adakah ulama-ulama ketika itu mengatakan 
bahwa ini adalah satu undang-undang yang bagus kerana 
boleh buat manusia membangun? Adakah ulama-ulama 
kata macam tu?…


Tapi sebenarnya ulama bangun dengan tegas mengatakan

sepertimana yang dikatakan oleh al-Imam Ibn Kathir;

dimana kata beliau,“Orang jahiliyyah dulu buat hukuman

pakai hawa nafsu dan undang-undang kesesatan mereka.

Oleh itu,samalah juga dengan orang-orang Tartar ni.Iaitu mereka

ambik undang-undang daripada Genghis Khan yang dinamakan 
‘yasakh’ itu, yang terdiri daripada berbagai-bagai syariat, 
yakni yahudi,nassara,Islam dan berbagai-bagai lagi yang 
merupakan pandangan mereka.Lalu mereka menjadikan 
undang-undang ini didahulukan melebihi undang-undang 
daripada kitab ALLAH.Sapa-sapa yang berbuat demikian, 
maka kafirlah ia.Maka wajiblah ia kembali berhukum 
dengan kitab ALLAH.”

…Tuan-tuan,dahsyat tak reaksi para ulama menghadapi situasi 
ketika itu.Mereka bangkit bagi memperbetulkan balik 
bagi jadi undang-undang Islam. Samalah juga kalau sesiapa 
menggunakan kitab Taurat setelah Nabi s.a.w. ada;
ataupun masih lagi pakai kitab Injil setelah Nabi mai; 
pun ALLAH menghukum mereka sebagai kufur.Inikan pula orang 
yang pakai undang-undang yang bukan daripada ALLAH, 
maka mereka lebih kufur daripada itu.

Muslimin/muslimat yang dihormati sekelian.Ini adalah

sejarah umum tentang latar-belakang hukum hakam

syara`.Yakni orang dulu-dulu tak pernah berhukum

selain daripada hukum Islam. ]



bersambung




ULASAN SAYA :


Selepas Nabi saw,manusia yang paling memahami syariat islam yang terkandung dalam al quran dan sunnah adalah para sahabat rdhumajmain.Contoh dan tingkahlaku para sahabat dalam dua peristiwa iaitu kewafatan Rasul saw dan melantik pemerintah yang baru adalah merupakan HUKUM dalam syariat islam yang wajib orang beriman samada dahulu,zaman kita kini sehingga hari qiamat mencontohi dan melaksanakan sebagaimana yang telah mereka tunjukkan.


Iktibar daripada peristiwa tersebut menunjukkan:


1. Kewujudan pemerintah (khalifah) untuk mentadbir negara umat islam tidak boleh terputus atau terhenti.Buktinya para sahabat tidak bertangguh hanya kerana perlu menguruskan pengkebumian Rasul saw sebaliknya majoriti sahabat besar bergegas melaksanakan "Pilihanraya" bagi melantik pemerintah yang baru.


2. Umat islam yang tidak mahu/enggan melibatkan diri dalam politik (mengundi) untuk memilih kerajaan bermakna tidak mencontohi sunnah para sahabat yang mulia.


3.Sejak runtuhnya Khilafah islam Uthmaniyah Turki tahun 1924,maka kewajiban umat islam untuk mendirikan khilafah islam yang baru adalah WAJIB   SYARIE.ADALAH BERDOSA HUKUMNYA ORANG/GOLONGAN YANG MENGAMBIL SIKAP BERKECUALI DALAM HAL INI.


4. Ini bermakna mengwujudkan jemaah yang objektif utamanya untuk memperolehi kuasa politik bagi mendirikan khilafah islam juga adalah WAJIB.BARANGSIAPA YANG TIDAK PEDULI@BERKECUALI MAKA IA BERDOSA sehingga ia ambil peduli hal tersebut.


5.Ramai orang yang mempunyai kefahaman yang keliru dengan jemaah politik.mereka menyangka bahawa ahli jemaah tersebut hanya sibuk berpolitik tetapi mengabaikan dakwah.Sebenarnya sangkaan terbut adalah meleset sama sekali.Sejarah telah membuktikan Pas telah berjaya melahirkan manusia mukmin yang sanggup ditangkap,di seksa,di penjara bahkan sanggup mati semata-mata membela islam.


6. Ini menunjukkan PAS mengikuti,mencontohi dan mengamalkan proses tarbiah islami sebagaimana yang diajar oleh Rasul saw kpd para sahabat sehingga melahirkan orang seperti Saidina Umar,Sy Hamzah,Khalid al Walid,Hanzalah dan ramai lagi.


7. Dakwah yang diamalkan/dipraktikan oleh PAS adalah mengajak manusia melaksanakan perintah Allah secara syumul merangkumi semua bidang kerana ajaran islam telah lengkap sepenuhnya selepas kewafatan Rasul saw.Maka tugas kita melaksanakannya sahaja mengikut kesesuaian tempat dan negara.


8. Dakwah yang sebenar ialah mengajak manusia kepada kefahaman islam yang syumul bukan mengajak kepada jemaah.Ini dibuktikan oleh tindakan para sahabat yang melakukan perkara yang tidak pernah berlaku di zaman Nabi saw masih hidup.contohnya membukukan al quran,membukukan hadis dan memperkenalkan displin ilmu hadis dll.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...