Wednesday 14 March 2012

SEJARAH DEMONTRASI DI ZAMAN RASUL SAW

                                          sekadar gambar hiasan

Sebelum ini kita telah maklum bahawa Rasulullah SAW pernah keluar bersama Para Sahabat berdemontrasi untuk memaparkan suara, kekuatan dan ramainya bilangan umat Islam ketika itu ; meskipun hal ini hasil desakan Para Sahabat Baginda.

Selaras dengan itu adalah pandangan Syaikh Abdul Rahman Abdul Khaliq. Beliau menerangkan: Demonstrasi ada disebutkan sebagai salah satu cara yang diambil oleh Rasulullah untuk mengenengahkan kekuatan Islam dan sebagai salah satu cara dakwah. Ini berlandaskan hadith bahawa kaum Muslimin keluar beramai-ramai setelah Umar mengisytiharkan dirinya menganut agama Islam berdasarkan arahan Rasul dengan dua barisan. Satu barisan diketuai oleh Hamzah RA dan satu lagi diketuai oleh Umar.

Teriakan mereka terdengar bagaikan deru kisaran tepung sehinggalah mereka masuk dalam masjid. Pada pengamatan saya tindakan tersebut semata-mata kerana mahu menunjukkan kekuatan (suara kebenaran). Versi hadith tersebut pernah diriwayatan oleh Abu Na’im dalam Kitab al Hilyah dengan sanad yang dihubungkaitkan dengan Ibnu Abbas.

Di mana di (riwayatkan) Saidina Umar berkata: Wahai Rasulullah , bukankah kita dipihak yang benar; samada semasa kita hidup atau kita mati? Bahkan, jawab Rasulullah. Kamu di pihak yang benar; samada ketika kamu hidup atau kamu mati. Maka aku pun meningkah : Kalau begitu mengapa kita harus menyepikan diri (bersembunyi) Demi Allah yang mengutusmu membawa kebenaran engkau mesti keluar menampilkan diri.

Lalu kami keluar bersama Baginda dalam dua barisan para penunjuk perasaan. Hamzah mengepalai satu barisan dan aku mengepalai satu barisan. Demonstrasi ini gegar dengan teriakan bagaikan bunyi alat kisaran tepung (yang besar) sehinggalah kami sampai dan masuk dalam masjid. Dia berkata lagi :

Kemudian aku dapati kaum Quraisy menoleh kepada ku dan kepada Hamzah dengan pandangan muram dan sugul. Mereka merasa kekecewaan yang tidak pernah mereka alami sebelumnya. Sejak daripada itu Rasululah memberi nama jolokan kepadaku sebagai Umar Al Faaruq. Kerana Allah telah menyerlahkan perbezaan antara kebenaran dan kebatilan, dengan (pengislaman) diriku. (Lihat Hilyatul Aulia’ Juz 1 hal:40 dan Fathul Bari Juz 7 Hal:59)


WALLAHU'ALAM

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...