Sunday 11 March 2012

ANTARA POLITIK DAN SAYANG NABI SAW

SAMBUNGAN...




Apabila Nabi SAW wafat pada pagi Isnin, 12 Rabi’u Awwal, tahun 11 Hijrah, Sheikh Safi Al-Rahman Al-Mubarakfuri melaporkan dalam kitabnya yang terkenal “Al-Rahiq Al-Makhtum”, pertikaian meletus di kalangan para sahabat Nabi yang diredhai oleh Allah itu tentang siapakah yang sepatutnya menjawat jawatan khalifah. Sedangkan pada masa itu, jasad baginda yang mulia, belum lagi disiapkan untuk proses pengebumian.

Perbahasan dan dialog yang bertempat di Thaqifah Bani Sa’idah itu berterusan sepanjang hari Isnin yang penuh dengan kesedihan itu sehingga menjelang malam. Ia melibatkan umat Islam di antara kaum Ansar dan Muhajirin. Perbahasan tersebut berlanjutan hingga hampir subuh hari Selasa, sedangkan jasad Nabi SAW yang mulia itu masih dikunci di dalam bilik!

Apabila keputusan dicapai, Abu Bakar r.a. dilantik sebagai khalifah, barulah jasad Nabi SAW dimandikan pada hari Selasa oleh Al-Abbas, Ali, Al-Fadl dan Qathm. Al-Fadl dan Qathm adalah anak Al-Abbas. Turut terlibat ialah Shaqran (hamba yang telah dimerdekakan oleh Nabi SAW), Usamah bin Zaid dan Aus bin Khauli. Selesai dimandikan, umat Islam memasuki bilik yang terdapat jasad Nabi SAW dengan bilangan 10 orang pada satu masa silih berganti sehingga habis waktu siang hari Selasa. Berdasarkan riwayat Aisyah, jasad Nabi SAW hanya disemadikan pada hari Selasa malam Rabu.

Kelewatan proses persemadian jasad baginda yang mulia ini selama hampir mencecah dua hari menjadi bukti bagaimana pentingnya politik di sisi sahabat Nabi SAW. Sudah tentu mereka lebih tahu bagaimana cara menghormati Nabi SAW termasuk mesti menyegerakan proses pengkebumian, tetapi politik juga sangat penting!!

WALLAHU'ALAM




ULASAN SAYA :


Daripada peristiwa dalam sejarah yang berlaku selepas kewafatan Rasul saw oleh para sahabat tersebut,di harap tidak ada lagi DAKWAAN DAN TOHMAHAN yang mengatakan "Nabi dan para sahabat tak berpolitik lah","islam tak dibangun dengan politik lah" dan berbagai dakwaan lain yang senada dengannya oleh golongan yang JAHIL DAN BUTA SEJARAH.

1 comment:

  1. Saya berminat untuk memberi komen kpd artikel drp blog al-alostari yang bertajuk "Politik vs Syura".

    sebenarnya drp tajuk itu pun sudah SALAH!!!
    Sepatutnya tajuk yang betul ialah "DEMOKRASI VS SYURA"

    Apabila tajuknya pun dah salah bermakna huraiannya pun otomatik salah.

    Oleh itu untuk membetulkannya silalah baca dan selepas itu berilah komen pada artikel saya yang bertajuk: "PERBEZAAN ANTARA SISTEM SYURA DENGAN SISTEM DEMOKRASI.

    selamat membaca....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...