Sunday 4 March 2012

resolusi ulama sedunia





"Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani".

Berasaskan nas nabawi yang mafhumnya: Tidak beriman seseorang kamu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri.Hadis Sahih bUkhari dan Muslim.Seterusnya sabda Nabi SAW yang mafhumnya:Siapa yang tidak prihatin hal ehwal umat Islam, maka dia bukan di kalangan mereka.Hadis riwayat Hakim.

Justeru, atas semangat ukhwah Islamiah yang prihatin, cakna dan kasihkan saudara mereka sesama Islam, maka Lajnah Penyelidikan Dewan Ulamak PAS dengan ini menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi dan padu kepada saudara seIslam di Syria yang sedangditindas, dibunuh, dipenjara tanpa hak yang sebenarnya.
Allah SWT telah berfirman yang bermaksud :
Maksudnya: Dan mereka tidak menyiksa orang-orang mukmin itu melainkan Kerana orang-orang mukmin itu beriman kepada Allah yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji.
(Surah al-Buruj: 8)
Sokongan ini selari dengan resolusi dan bayan yang dikemukakan oleh Persatuan Ulama Sedunia seramai 107 orang yang dipengerusikan oleh Al-Allamah Dr. Yusuf al-Qaradhawi.
Antara ulama yang menyatakan sokongan ialah:
•Syeikh Abdullah bin Biah, Timbalan Persatuan Ulama Sedunia.
•Syeikh Sadiq al-Ghiryani, Ulama Besar Libya.
•Syeikh Nasir Farid Wasil, Mantan Mufti Mesir.
•Dr. Ali Jumuah, Mufti Mesir.
•Dr. Salman bin Fahad al-Udah.
•Syeikh Nabil al-Iwadi.
•Dr. Isam al-Basyir.
•Dr. Abd Majid al-Zandani.
•Syeikh Iwadh al-Qarani.
•Dr. Tariq Suwaidan.

Dengan situasi yang terkini amat wajar pemimpin OIC, para ulama dan umat Islam di seluruh dunia wajar memberi tekanan kepada rejim Asad di Syiria agar berundur dengan menyantuni suara dan hasrat rakyat.
Dalam masa yang sama sebarang campur tangan kuasa asing dan bukan Islam melibatkan ketenteraan sepertimana berlaku di Iraq juga perlu ditolak kerana akhirnya hanya menambahkan kemusnahan negara dan tamadun umat yang dibina.
Antara resolusi awal yang dicadangkan ialah diadakan Qunut Nazilah sebagai senjata spiritual bagi mukmin serta memberi bantuan kepada penduduk Syiria.
Bagi menambahkan lagi kefahaman dengan situasi semasa dan terkini di Bumi Syam, pihak Lajnah Penyelidikan PAS bercadang untuk mengadakan Seminar Khas berkenaan isu terkini Kemelut Syria pada 25 MAC 2012 akan datang.

Sekian,
Lajnah Penyelidikan Dewan Ulama PAS Pusat
1 MAC 2012 bersamaan 8 Rabiul Akhir 1433H

ULASAN SAYA:

Mutakhir ini kita melihat kesan daripada jatuhnya sistem khilafah 90 tahun yang lalu,menyebabkan umat islam seperti kata pepatah:"seperti anak ayam kehilangan ibunya".

Fenomena ini akan terus berlangsung sehingga khilafah islam yang digeruni oleh musuh islam (yahudi,nasara,komunis dll) dapat ditegakkan semula dengan izin Allah melalui usaha bersungguh-sungguh umat islam yang cintakan agama yang mulia ini yang perjuangannya telah di rintis dibumi Mesir oleh As Syahid Hasan Al Banna rah melalui wadah Ikhwanul Muslimin.

Cuma yang kita pelik ada golongan yang kerap melaung-laungkan ungkapan "fikir agama"..."fikir masalah umat"tapi dalam soal umat islam yang diperangi dan dibunuh oleh musuh islam,langsung tidak kedengaran suara-suara golongan ini bahkan para ulama mereka umpama "syaitan bisu".Tidak ada satu kenyataan atau memorendum atau resolusi yang dibuat untuk menyatakan pendirian mereka.

Yang hanya mereka gembar-gemburkan adalah bilangan mereka yang ramai diseluruh dunia tapi umpama 'BUIH DI LAUTAN ', langsung tidak digeruni oleh musuh islam.

Mungkin mereka menganggap umat islam yang mereka "risaukan" itu  kerana tidak sertai jemaah mereka.Sedangkan kerisauan kami ialah keadaan umat islam yang di ancam oleh musuh islam yang menyerang dari segenap penjuru.

Perbezaan kami dengan jemaah mereka ialah kami menyeru manusia/umat islam untuk kembali memahami dan mengamalkan islam dalam bentuk yang syumul(berdasarkan perintah ALLAH) tanpa perlu menjadi ahli PAS.Samada mereka hendak menjadi ahli atau tidak terpulang kepada mereka.Tapi sejarah telah mencatatkan bila seseorang itu telah didedahkan dengan kefahaman islam yang sahih dan benar,dengan sendirinya tanpa dipaksa mereka akan sertai PAS.
Seruan kami hanya agar umat islam melaksanakan rukun islam yang lima dan memantapkan ilmu aqidah maka itu sudah memadai.

Sebaliknya jemaah mereka selagi tidak keluar berdakwah(ikut jumlah hari yang ditentukan),iman mereka tidak akan sempurna.Mereka  telah mewajibkan dalam jemaah mereka satu bentuk ibadah tidak berdasarkan dalil dan nas yang sahih.

Bahkan sejarah berdirinya jemaah mereka hanyalah berdasarkan mimpi pendirinya yang diseliputi dengan unsur israeliyat (tidak berdasarkan manhaj majoriti ulama)

Berdasarkan realiti yang berlaku ini,marilah kita memperdalamkan lagi kefahaman islam kita agar anasir-anasir yang menyeleweng ini ini tidak menjadi virus kepada umat ini.

Wallahu'alam

  

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...