Friday 2 March 2012

Muhasabah 5

Mengenali Teknik Pihak Musuh Islam







Perjuangan Islam pastinya tidak akan disenangi oleh pihak musuh. 
Pihak musuh akan sentiasa merancang untuk menyekat kemaraan
perjuangan Islam sehingga mereka berjaya mencabut Islam dari 
akar umbi dalam diri pemuda Islam. 

Penentangan ke atas perjuangan Islam merupakan lumrah 
sejak zaman para nabi AS dahulu lagi. Bahkan tidak ada dalam 
satu sejarah bahawa perjuangan Islam akan diberikan layanan 
yang istimewa.Sedangkan Nabi Muhammad SAW turut mendpat
kecaman dan tentangan daripada bapasaudaranya serta penduduk
setempat dengan bagindaSAW. 

Pihak musuh akan merancang pelbagai teknik sehingga 
pemuda Islam melutut di hadapan mereka dan meninggalkan
perjuangan Islam. Hal ini sebagaimana yang diingatkan oleh 
Allah SWT di dalam AlQuran berkenaan perihal kaum Yahudi 
dan Nasrani serta golongan yang bersama  dengan mereka 
sesekali tidak akan redha dan berdiam diri melihatperjuangan 
Islam sehingga pemuda Islam mengikuti mereka, iaitu
meninggalkan Islam dan identiti Islam dihilangkan dalam diri 
pemuda Islam.

Maka kita mestilah mengenali teknik pihak musuh agar tidak
terpedaya.Antara pendedahan teknik musuh ialah 

- Kesatuan Dianggap Sebagai Taaksub

Pihak musuh tidak akan senang melihat pemuda Islam
yang berjuang bersatu dan mempunyai kesatuan yang utuh.
Mereka akan melemparkan sertamemomokkan bahawa 
kesatuan yang dipegang olehpemuda Islam merupakan
satu bentuk taaksub.

Mereka yang bersama-sama dengan gerakan Islamyang sebenar 
akan Dimomokkan bahawa mereka adalah golongan taaksub. 
Momokan ini akan dijajakan seluruh peringkat sehingga pemuda 
Islam meragui konsep kesatuan yang sedang dipegang tersebut.

Akhirnya, apabila pemuda Islam meragui dengan kesatuan 
tersebut, maka mereka akan memasukkan doktrin bahawa
kumpulan-kumpulan yang ditubuhkan untuk memecah belahkan
kesatuan yang sedia ada sebagai salah satu juga medium yang 
mesti mereka menerima dalam kehidupan mereka.Apabila pemuda
Islam terpedaya maka mereka akanbersama-sama dengan 
kumpulan yang membawa agenda perpecahan sekaligus 
menyebabkan kesatuan yang sedia ada runtuh

Justeru, pemuda Islam mesti sedar bahawa ungkapan-ungkapan 
pihak musuh pastinya akan menimbulkan keraguan. 
Mereka tidak menyenangi kesatuan yang ada, dengan 
mereka memomokkan istilah taaksub. 
Sedangkan mereka sebenarnya menyeru ke arah kepada 
perpecahan. Dan inilah realiti yang berlaku bahawa kesatuan 
itu dianggap taaksub manakala bersama-sama dengan 
perpecahan dianggap sebagai toleransi.

Sedangkan Allah SWT menyebut bahawa bersatu di atas
tali Allah (Islam) dan jangan berpecah belah. Maka pemuda 
Islam mesti memahami 2 perkara iaitu 

1. Mesti bersatu dan memberikan komitmen yang penuh terhadap 
kesatuan tersebut.

2.Menolak perpecahan dan segala unsur yang membawa kepada 
perpecahan. Mereka yang bertoleransi serta bersamasama
dengan perpecahan bermakna mereka sedang menjayakan
unsur perpecahan.

- Mewujudkan Perkumpulan Baru Yang Menentang

Pihak musuh akan mewujudkan pelbagai nama perkumpulan baru
bagi menarik minat pemuda Islam untuk keluar daripada 
kesatuan yang sedia ada.
Mereka mungkin tidak mampu mengharamkan kesatuan yang 
sedia ada atau tidak berani mengharamkan kesatuan yang 
sedia ada kerana bimbang pemuda Islam dapat menghidu
teknik perpecahan yang dirancang.Namun mereka 
mengelirukan pemuda Islam dengan mewujudkan
perkumpulan baru agar kesatuan yang sedia ada 
dipecahkan serta dibahagikan. Akhirnya, berjayalah 
agenda perpecahan yang mereka bawa.

Pemuda Islam mestilah sedar bahawa pihak musuh tidak 
kisah sekiranya  mereka tidak berjaya mengumpukan
semua pemuda Islam untuk bersama-sama dengan mereka. 
Mereka hanya mahu kesatuan yang sedia ada itu dipecahkan
sahaja. Itu sudah memadai bagi mereka

Ibrah atau pengajaran yang boleh diambil dalam Surah AlFil, 
bagaimana Raja Abrahah yang tidak menyenangi 
kewujudan Kaabah di Mekah kerana berjaya menarik manusia 
serta pelabur-pelabur ke sana, dan akhirnya Raja Abrahah 
membina satu bangunan tiruan yang menyerupai Kaabah bagi 
mengalihkan pandangan manusia ketika itu daripada
menuju ke Mekah.

Begitu juga dalam kisah masjid yang dibina  oleh kaum
munafik yang digelar di dalam Al-Quran sebagai 
Masjid Dhirar kerana dasar dibina akan masjid tersebut adalah 
untuk memecah belahkan kesatuan yang dibentuk oleh 
Nabi Muhammad SAW ke atas umat Islam di Madinah 
ketika itu.

Ekoran tidak senang melihat kesatuan umat Islam dan 
melihat kewujudan masjid yang sedia ada sebagai 
medium menghimpunkan para sahabat. 
Ketika itu, kaum munafik membina sebuah masjid 
bagi memecahkan himpunan serta sekaligus kesatuan
yang telah terbentuk. Dan akhirnya, Allah SWT
mewahyukan kepada Nabi Muhammad SAW mengenai tipu 
helah mereka, lantas baginda SAW membakar masjid tersebut.
Hal ini demikian ia menjadi unsur perpecahan kepada 
kesatuan umat Islam.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...